Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

11 May 2011

20 hari.

"Akak, berhati-hatilah. lelaki ni suka buat baik je. cakap ikhlas, tapi dia tak sedar pun dia ikhlas ke tak"

tadinya, aku sembang-sembang sikit dengan adik² ni tentang cinta. Almaklumlah, aku baru habis baca karya Burhan Sodiq, 'Ya Allah, Aku Jatuh Cinta'. So, sebabkan best.. aku pun share la ngan adik² ni. Bila aku cerita pada mereka, seolah-olah aku memandang aku yang dulu. polos, jujur dalam masa yang sama ada sesuatu yang keras dan menyendal persepsi tentang cinta. Jadi, kalau adik masih ada stigma dan prejudis, aku paham.

seperti satu tajuk artikel didalam solusi #30: menjadi kismis sebelum anggur. kan xbagus? biarkanlah benih menjadi anggur sebelum tibanya saat menjadi kismis. kan? tidak apa² adikku. perlahan-lahan menapaki kehidupan. lama-lama kau bisa paham. ^___^ (aku pun baru belajar²)

berbalik pada ayat pertama diatas sekali tu, sebenarnya aku pun tak berapa paham apa yang cuba disampaikan. tetapi yang aku dapat, perasaan belas dan prihatin mereka terhadap aku. bersungguh lak tu warning aku. hehe. terima kasih nad. tak bagitau pun aku tau nad sayang akak kan? terharu sangat. :P

"Cinta ibarat kupu-kupu. Makin dikejar, makin ia menghindar. Tapi bila dibiarkan ia terbang, ia akan menghampirimu saat yang tak terduga. 
Jadi, tenang-tenang saja, jangan terburu-buru dan pilihlah yang terbaik"

ok, quote kat atas ↑ ni.. bukan ayat aku ye. ni aku copy+paste dari buku. so, amacam? menarikkan? jemputlah ke kedai buku berhampiran. 

dan.. what? 20 hari? aku beli buku ni 30.4 habis baca pada 10.5.. bermaksud aku amik 20 hari untuk habiskan baca buku ni. bleh tahan teruk gak akunyer kebolehan membaca akhir-akhir ni. *haih*

10 May 2011

Forkustik.

dalam setiap perkara sebenarnya terpulang kepada diri kita untuk mendapatkan pengajaran dan hikmahnya. Jadi, aku beri peluang kepada kalian untuk fahami sendiri koleksi YouTube ini. Revolusi seni.

Hishamuddin Rais - selama ni duk baca Tukar Tiub saja, kalini layan sket You Tube pulak.

Nurul Izzah - jom selami rasa hati politikus.

aku rasa macam dapat sesuatu. kalian?

.hidup sihat.

dulu, aku tak pernah terfikir pun pasal saiz badan aku. kerana memang terbukti badan aku punyai tahap ketahanan dalam kenaikan badan ni. seingat aku, dalam tempoh 24 tahun hidup, ketika aku masuk sekolah menengah saja ada sekali mak aku cakap aku dah naik badan sket. (oh biasa la, makan teratur. harusla ada perubahan sikit)

selain dari itu. memang aku jarang amatla dengar orang cakap badan aku naik. yang selalu didengari, "awat, kte tengok hg makin cengkung skrg?"<- ini ayat eri sebenarnya, masa mula-mula aku masuk kerja dulu. ah itu, haruslah cengkung. hectic life gile masa tu. xleh nak cakap apa. mana taknye. kadang2.. habis kerja jam 5.30ptg gitu, ktorang balik mandi jap.. kalau ada makanan, jamah sket then 11.30mlm masuk balik ofis sampai dalam pukul 5 pagi (atau kadang-kadang 8.30pg kalau hari Sabtu) baru balik rumah.

tapi tu cerita dulu. memang kat ofis lama, aku pun jarang makan tengahari. sebab kedai dia jauh. aku slalu cari makanan ringan je kat kedai runcit bawah ofis.

dulu, aku selalu berfikir.. orang cakap biasanya bila dah kerja badan akan makin sihat bagai dipam-pam. aha~ aku tak percaya. sekarang baru dah percaya. T_T

erm, bukan.. bukan aku tersampuk dengan ideologi zaman kini yang mengatakan kurus itu cantik dan gemuk itu hodoh. as long as sihat, I thing tak kisah la saiz camne pun.

tapi, aku rasa. aku da makin tak sihat. T_T dan tidak selesa. nak tau sesuatu tak? (kususnya kepada semua kakitangan kerajaan mahupun swasta yang kerjanya 8 jam duduk di ofis SAHAJA)


jangan lupa cari kebenarannya >>disini<<
terima kasih Awanis perkongsian ini, saya kongsikan kepada rakan-rakan yang lain ye!

So, apa tunggu lagi? draft your plan, untuk esok yang lebih baik! Bersenam! Berusaha!

09 May 2011

kadang-kadang

kadang-kadang,
hidup anda yang seawalnya tenang,
boleh juga menjadi murung di petang hari.

hidup.
tentang naik dan turun,
jatuh dan bangun.

Iman, bertahanlah bersamaku.

08 May 2011

Sunday.

hari ni, ada yang aku korbankan untuk aku setelkan kerja-kerja tertangguh. Meskipun masa yang panjang dirumah..nampaknya tak berhasil untuk fully utilized.

tetapi,
berjaya juga menyiapkan surat jemputan dan pemplet. Alhamdulillah.

*come on Sarah, u can do better.

source: stumble.

ok, ada beberapa jam sebelum esok. terus berusaha!