Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

16 May 2011

Selamat Hari Guru II

pagi ni aku baca Sinar harian.. Cuepacs syorkan KPT untuk wujudkan Hari Pensyarah.. wow! semua orang nak ada hari tersendiri, sebelum ni ada hari jururawat. wahaha.. ok, bila nak ada hari penganggur? kalau ada aku submit resignation letter skrg jugak. hihi.

ok, sebenarnya nak cakapnya.. bagi akulah kan, as long as dia pernah mengajar kau walaupun satu huruf pun. maka automatik dia dah jadi cikgu kau dah. pensyarah ke, naqibah ke, ustazah ke, boss kau ke.. semua tu dikira guru lah tu. Tak perlu nak rungsing perkara yang tak perlu rungsing. fokus kan je, macam mana korang nak selesaikan masalah simbah asid yang berleluasa di Lembah Klang belakangan ni. ok, melalut sudah.

maka di kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat hari guru kepada guru-guru aku yang memang aku panggil cikgu, ustad dan ustazah.. juga yang aku panggil Puan dan Encik, doktor atau profesor..

*terima kasih.. to che.. syukran.. thank you!*

juga, aku ucapkan terima kasih juga kepada kakak² STA/STAM yang jaga aku masa form 1, kakak² bilik masa form 2 dan form 3. seterusnya naqibah²ku.. (Ustazah Latifah, Kak Salisa Ali, Kak Asmaa' Ismail, Ustazah Anisah, Kak Nor Ampang dan Mak cik Kalsom Ariffin). Banyak SANGAT yang aku belajar dari kalian.

terima kasih ^________________^!

Last sekali, terima kasih cikgu amir zahid untuk segala pembelajaran ilmu coding mahupun SQL! tq!

Selamat Hari Guru
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

*Amboi bukan main lagi tema hari guru tahun ni!

14 May 2011

Jangan Biarkan Surau ini Roboh


Yes! Done with Jangan Biarkan Surau ini Roboh. Cerita diantara Ibrahim, Yusuf, Sarah dan Partinah.

"Biarlah kawan-kawan mencari rezeki dengan merantau. Rezeki Allah bukan hanya di kota. Rezeki Allah ada dimana-mana"

..untuk menyelesaikan masalah hidup, manusia memerlukan pertolongan orang lain. Tetapi oleh sebab orang lain juga mempunyai batas, maka akhirnya manusia memerlukan pertolongan zat yang diluar segala batas iaitu Allah swt..

"Ubat jiwa yang terbaik adalah solat. Bacaan yang paling agung adalah AlQuran. Senandung yang paling mendamaikan hati ialah zikir.Dan tiada yang lebih indah dari doa"

Yang Maha Cinta, Yang Maha Kasih,
Hanya Dia yang berjanji dan tidak mengingkarinya,
CintaNya hanya untuk cinta, 
Bagai titis-titis embun pada pagi yang dahaga.

Komen aku:
♥overall oklah ceritanya. tapi ada jugaklah part-part yang tak berkenan dihati. yang lebih penting aku tak nampak sangatlah, relation perjuangan dia dalam mempertahankan surau dia tu dengan kisah cinta dia. hurm~
♥Cuba korang baca pulak, dan bagi komen. TQ!

Kembali Bersiaran

Selamat pagi rakan/sahabat/temanku..

6.13am:
Subuh ni langit masih gelap, sebentar lagi harap-harap matahari masih ingin bersinar cerah seperti semalam dan bukan seperti kelmarin saat mentari malu² untuk menjelma disebalik kabut tebal lapisan jerebu.

10.30am:
Nampaknya hari memang cerah, Alhamdullillah. tak banyak yang nak aku kongsikan hari ni, sekadar hebahan beberapa program yang akan berlangsung di sekitar PJ. Kalau kalian free, jemput²lah datang k!
Esok, 15 Mei 2011, IKRAM PJ.

Cuti Wesak, Selasa, 17 Mei 2011

Minggu depan. Sabtu, 21 Mei 2011

ok, jemput datang mana yang berkesempatan ye!
Hari yang cerah macam menarik untuk buat laundry kan? Jom!

*blogspot, bila nak pulangkan 2 komen aku yang hilang?

12 May 2011

Tragedi di pagi hari

ahha, tajuk bikin gempak. sebenarnya, pagi ini sungguh mengantukkan. entah apa yang silap dipermulaan hari sehingga terlalu mengantuk ini. dari jam 8 bawa ke 9 pagi. perasaan mengantuk tak dapat ku bendung lagi. lalu, rasa asal untuk tidak membancuh air panas pagi ini aku padamkan. "haih, kena gak bancuh air ni. minum air panas kasi segar sket mata"

lalu, dengan perasaan kantuk yang masih tebal, aku pun bergerak ke pantri. mencapai mug dan seuncang teh lipton. hasrat dihati untuk mendapatkan teh semalam, aku teruskan hari ni. setelah mug hampir dipenuhi air panas, aku pun tolak balik pedal tuas yang menghentikan air keluar dari mesinnya. tapi, awat ayaq ni tak mau henti?

the tragedy.

oh men, apa aku nak buat ni. air tak mau berhenti lak. dahlah air panas lak tu. aku tutup suis dia. ahha nampaknya bukan tindakan yang bijak disitu. apa kaitan tutup suis dengan berhentikan air dari mengalir? memang taklah kan. aku try tarik plak. yes. air da berhenti geng! ahha!

But?!

ok, pedal tuas dia da patah. maka, nanti satgi hangpa semua yang nak buat ayaq. kreatif sket la no.. aku pun tak tau la penyelesaian sepatutnya bagaimana. haha.

p/s: tragedi tersebut benar-benar berkesan nak hilangkan mengantukku pagi ni. ^____^

11 May 2011

mungkin.

sekarang.
keadaan semakin menghimpit..
harga barang makin naik..

politik lucah dimana-mana.
kata-mengata antara pimpinan ke-parti-an.
inikah yang kita mahukan untuk masa depan?

rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. 
kabarkan aku dari sudut mana slogan ini mampu dibuktikan?

apa semua ini?

mungkin sudah tiba masanya..
dari masa-masa lepas yang kita tangguhkan..
untuk satu perubahan.

Malaysia makin aneh. 
lakukan sesuatu wahai orang muda!