kadang-kadang aku simpati dengan lelaki² diluar sana. macam manalah diorang nak survive dengan keadaan kehidupan sekarang. aku keluar je makan tengahari tadi, aku lihat.. amoi2 cina ni baju semua pakat nak skirt koman2 atas lutut, maka menampilkanlah kaki yang putih gebu tersebut.
Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: "Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi)
para non-muslim tu da satu hal lah kan. yang aku hairan nye.. yang muslimah pun nak berlumba sama. semua nak menyerlahkan diri. kasi nak sama cantik ala-ala artis. haih. Bayangkan, kalau kita duduk di pihak jackass² ni. Agaknya susah jugak kut ye nak bertahan dan bertabah. Sabarlah ye jackass budiman sekalian. Sabar ni ganjarannya syurga.
oh, untuk rakan perempuan seIslamku sekalian. Ayuhlah, memelihara aurat kita sebaiknya. Tahukah anda, 4 gol lelaki akan ditarik ke neraka hanya kerana diri kita yang tak menjaga aurat ni? iaitu, ayah, suami, saudara lelaki, dan anak lelaki.
penat² dulu abah hantar kita masuk sekolah agama petang untuk belajar kelas fardhu ain. bukan abah taknak ajar sendiri. tapi abah nak yang terbaik untuk anaknya. takkanlah kita nak balas segala jasa abah tu dengan hantaq depa pi masuk neraka. kan?
So sahabat sekalian.. bantu diri kita untuk tidak menjadi salah seorang dari penyumbang fitnah akhir zaman.