hari ni Najiha (adik bongsu) menyertai pertandingan lumba lari di sukan sekolahnya. Lalu mengenangkan aku pada satu masa dahulu. Waktu sekolah rendah maksudnya. Dulu masa aku sekolah rendah aku masuk larian. Tapi tak pernah masuk yang versi solo lebih kepada pas baton. 4x100m dan 4x200m. yang melibatkan lari ni je aku boleh sikit, mana2 yang berkait dengan bola memang fail. (haih, sungguh tak atlet)
masuk sekolah menengah pulak.. aduhai, sekolah tengah bandar. xcukup tanah dah untuk padang. (sekarang ni aku dengar sekolah aku kalau buat sukan sewa padang kat bandaran ^___^ ahha~) aku ingat kalau nak main pas baton kat sekolah tu muat untuk 4x75m je. sedih tak sedih. hehe. dan disebabkan short distance, maka sinar aku tak gemerlap dah time skolah menengah. di situ boleh lihat semakin slow terhadap aktiviti mengekalkan badan yang fit. meskipun sangat kaki bangku dan tidak atlet, aku tetap meminati sukan sebenarnya (sekadar menonton), disebabkan kesukaan ini, dapatlah jadi paramedic masa tingkatan 4. So escort la team skolah kalau ada game ^___^. Jadilah kan?
Matrik? masa matrik aku enjoy jogging. ni projek hujung minggu.. aku akan pakat2 dengan x-schoolmate untuk keliling matrik lepas subuh, boleh tahan besar gaklah matrik penang ni aku rasa, siap ada astaka dan tasik lagi (pintu gate depan ladang sawit, gate belakang tanah sawah). kalau keluar tu agak elok2 lepas subuh, bila lalu surau dengarlah kuliah subuh :).. kalau agak2 da lewat sikit tu, kitorang takdelah lalu kat surau, nanti budak2 ni balik dari surau bertembung macam tak manis disitu. dan larian kami akan berakhir di tasik, kak situ ktorang akan mengambil nafas, sambil2 tunggu matahari naik dicelah2 pokok kelapa sawit, warna jingga yang menawan. fuhlamak! rindulak zaman tu. bestnye..
universiti? agak pancit nampaknya. kalau ikutkan pernah lah 2 kali aku main kayak. jogging? phew~ memang taklah! lain2? kalau pergi program yang outdoor jelah satu2nya harapan untuk aku beraktiviti gerak otot sikit. ahaha.
tetapi berdasarkan pemerhatian akulah kan, both matrik dan universiti dapat diselamatkan lagi memandangkan, aku constantly berjalan kaki pergi dan balik kuliah. Alhamdulillah, berlaku jugak senaman ringkas disitu.
Now? after school and graduate? phew~
Ini adalah nightmare! sebenarnya sebelum aku habis belajar aku tak pernah amik kisah pun pasal semua ni. tapi, bila umur makin lanjut ni.. dan badan pun rasa macam kurang stamina, aku makin terfikir-fikirkan mengenai peri pentingnya senaman demi kesihatan ^___^.
aku ingat kena start bersenam. nak mula dengan apa ye?