Hari ni, turun tangga dah rasa lagi sakit dari naik tangga. haih, teringatlah hari-hari awal selepas pendakian menuju
Jeram Perlus. lagi perit yang tu. kalau orang ajak aku sekarang, nak hiking tak? harus aku jawab
TAKMAU! haha.. so, tunggu 2-3 minggu lagi.. baru ajak eh.
Oh, semalam setelah memendam keinginan sekian lama untuk panjat Broga, akhirnya termakbul. Alhamdulillah! (
Alhamdulillah Ya Allah, tahun ni banyak sangat rasanya keinginan menjadi kenyataan. Juga untuk jalan-jalan lain yang Engkau permudahkan) Berkumpul di Tesco Puchong, bertolak jam 5.30 macam tu, singgah Subuh di Petronas Semenyih. Memulakan pendakian kurang lebih jam 6.15 pagi. Masih gelap, jadi haruslah bawa torchlight. (Awanis, I pinjam your torch. hehe) Sebelum jam 7 sampailah kami ke puncak ke-4, (ada 3 lagi puncak yang tak sanggup untuk kami terus daki) dan melihat indahnya bumiMu Allah.
pada matahari yang baru muncul, Subhanallah.
pada saujana pemandangan, Subhanallah.
pada angin yang sepoi-sepoi bahasa, Subhanallah.
maka nikmat Tuhan yang manakah yang engkau dustakan?(55:13)
peringkat awal pendakiran rasa macam ok lagi, sampai curam agak-agak macam 45 degree dah rasa macam.. wallaweh, kalau naik ni macam mana nak turun. haha.
"I feel like hanging on the sky.Why? sebab I rasa dah sampai atas ni tak tau macam mana nak turun balik. So hanging kat sini" - Joseph
Begitu dan begini, lepas stay atas tu dalam 15-30 minit, kami pun turun. Singgah di mamak (somewhere in Semenyih) untuk sarapan. Lepas sarapan bertolak pulang.
* * * * *
Petangnya, ke kenduri perkahwinan Mun :) anak YB Haniza. Bila aku recall tak banyak memori yang aku ingat tentang Mun masa dia belajar. Mungkin pernah berjumpa 2-3 kali dalam program. Tapi menjadi agak rapat sejak Mun banyak bergiat di PJ.. ^___^ Barakallah!