Assalamualaikum,
hari ni aku akan menulis sepanjang yang mungkin. konklusi untuk perjalanan sepanjang 2011, ngam kan? aha.. tau sangatlah dah ramai yang menanti post baru yang lebih bernas dari ku kankan? aha.
ok, hari ni merupakan last day on 2011. tadi jam menghampiri 11 malam kami 3 bersaudara di rumah sewa ni, baru sahaja melakukan proses pemindahan barangan buat kali ke-berapa-ntah. Oh ya, sempena 2012.. kami keluarga bujang di Kelana Jaya ni akan berpindah ke rumah baru di SS2. Jadinya, atas alasan malas nak menyewa lori yang mahal, maka kami pun berdikit-dikitlah memunggah barang.
Balik kerja tadi, ada juga orang pindah di tingkat 12, jadinya lif digunakan, maka itu yang jadinya berpindah terlebih malam tu. Alhamdulillah, proses evakuasi berjalan lancar. Sekejap saja rupanya nak memindahkan barang, cuma mengambil keputusan untuk berkemas dan memindahkan saja yang lama, dari sehari bawa ke sehari. Macam tulah.
Ok, sekarang mari masuk ke summary of 2011. Tahun 2011 sebenarnya merupakan tahun ke 2 aku bekerja. kalo ikut genapnya.. adalah bersamaan 15 Julai 2011. Tapi malangnya, tanggal 20 Jun 2011 aku dah pun diberhentikan
(baca: retrench) dari syarikat. Mula-mula kena berhenti, sangat shock dan selepas tu ada rasa macam kosong dan entah apa lagilah perasaan yang tak tergambarkan.
Siapa sangka, lepas dari pemberhentian aku tu, banyak lagi episod gembira yang berlaku dalam hidup aku. Dalam kekalutan aku yang masih terumbang-ambing tu, aku dapat emel dari UM, permohonan untuk sambung master aku diterima, (punyalah masa aku nak apply master ni.. esoknya tarikh tutup.. malam ni baru aku kalut call adik di kampung suruh carikan segala bagai dokumen yang ada kat rumah) Alhamdulillah rezeki. Meski demikian, aku tak meneruskan niat asal menyambung Master aku tu, disebabkan beberapa nilai tara yang aku buat di belakang hari.
Dalam masa yang sama, aku juga dapat panggilan untuk interview kerja. sehari selepas aku dapat berita tentang master, esok tu aku di panggil untuk interview. Dan, seminggu selepasnya dipanggil masuk bekerja. Tarikh aku mula bekerja di syarikat baru adalah 2 Ogos bersamaan 2 Ramadhan. Nak kata aku macam akward tempat baru, tak sangatlah sebab aku memang boleh kata biasa gerak sendiri juga. Cuma, mungkin sebab suasana kerja yang baru yang mana semua rakan sekerja adalah non-muslim, jadi kena beradaptasi semulalah.
Sebulan setengah selepas aku kerja, 16 September aku join pulak company trip. Antara sebab aku join adalah,
1.aku rasa itu merupakan jalan singkat untuk nak kenal orang. Bagi aku cepat mesra, cepatlah kita nak selesa ditempat baru.
2. of course sebab hadiah2 yang tersedia. Haha!
Dengar kabarnya ni first time syarikat buat trip secara besar-besaran. Berkampunglah di Tambun kami satu bas. Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu kan kan? Yes! Antara keinginan dan impian aku yang tertangguh di tahun 2010 tercapai pada tarikh tersebut, dapat First Prize Lucky Draw, sebuah tablet yang bernama Samsul Maarof. (ok abaikan saja nama, aku random pick je masa awal-awal dulu, mana tau adik aku amik seriuslak) + Voucher Parkson RM100.00
Bulan Oktober, Nasyrah join company.. dan keadaan nampaknya semakin membaik. Kami semua mula hidup dengan rukun di pejabat. Mereka perlahan-lahan mula memahami Melayu-Islam, dan kami juga sedikit-sedikit mempelajari sosio-budaya cina. hihi.
Oh ya, dan di awal Disember akhirnya dibukakan pintu hati untuk membeli kereta. Mungkin tak cantik atau tak besar mana.. tetapi InsyaAllah, semoga dapat dimanfaatkan untuk gerak kerja Islam. (Sarah, now you can stop 'beralasan'!)
Seperti yang sedia maklum di awal-awal karangan ni.. sempena 2012 ni, aku juga akan berpindah rumah. Rumah baru, bolehlah dijadikan satu analogi untuk sebuah penghijrahan. Semoga ada membawa perubahan yang lebih baik, InsyaAllah.
Kemas-kemas rumah, seperti menyimpan balik semua lampiran-lampiran kisah sepanjang 2 tahun lebih meninggalkan alam belajar. Dari rumah ini kosong, menjadi penuh dan sekarang akan menjadi kosong semula! Ok sedikit syahdu.
Esok, akan ke masjid negara, mengulang lagi pengalaman manis bersama sahabat2 1000Jiwa1Hati penghujung 2010 yang lalu!..
Tahun baru datang lagi, semoga menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua.
Selamat Tinggal 2011, Happy New Year 2012!
(workplace, lokasi terbaru kawasan paling stress dan paling fun)