.. teh O.
Assalamualaikum dan selamat petang semuanya.
Alhamdulillah, hari ni bersamaan pagi tadi, telah berjaya dan berlangsungnya program yang telah dirancang sekian lama, iaitu Nasi Lemak Teh O. (takleh la nak guna nama kopi o kan, kang kena saman ngan TV9, sapa nak jawab?) Program, memberangsangkan! Ummi Rose punya sportsmanship memang xleh nak dinafikan pun kan? Well as a muslim, i think it is a must, to be excellent in every way..
Meskipun terdapat banyak kekurangan dan kelemahan dari aspek perjalanan program, tapi aku rasa itu adalah normal. Apa yang penting, next time perkara yang kurang itu dapat di tambah baik lagi. kankan?
Untuk kawan-kawan bloggers sekalian, yang berada di sekitar Petaling Jaya, jemput lah datang bila ada program ni lagi next time k!.. Ye lah, kadang-kadang hujung minggu ni bosan jugak kalau tak ke mana. Nak berdating? haih kalau tiap hujung minggu dating dengan muka yang sama tak ke bosan? Lagi satu..(bagi yang dah bekerja) cuba ingat-ingat balik, lepas habis belajar ni.. berapa kali je kita join program-program bersama masyarakat?? Kalau masa universiti dulu oklah kan, sempat lagi join projek kolej, anak negeri atau jabatan. Dah kerja ni? kalau tak tengok muka housemate, tengok muka officemate. Muka ni lah yang akan kita tengok untuk beberapa tahun akan datang, Fuh, betapa bosan dan kecilnya dunia kita ni.
So, jom jom jom! Keluar bermasyarakat dan dapatkan kawan baru, mengenali orang baru memberi ruang untuk kita bersyukur sebenarnya, dalam masa yang sama memberi ruang untuk kita memberi sebanyak-banyaknya. Kan erti hidup pada memberi? kankan..
Atleast, we give something before we gone. Isn't it?
Ok rakan-rakan semua, next time aku promosikan kat sini tentang program ni. Before ni aku share kat FB je. So, mungkin tak dapat tulis panjang-panjang dari segi promosi. Bukan apa, rugi sangat-sangat rasanya, jika masa muda kita ni terbazir tanpa 'memberi'.
Malam ni ada juga ceramah khas di SUK Shah Alam, jemputlah bagi yang berkelapangan :)
p/s: oh selain dapat seru dan termotivasi dari sembang pagi Ummi Rose, aku jugak terkesan dengan filem Uwais Al Qarni yang aku tengok malam semalam. Orang biasa yang tak dikenali penduduk bumi, tapi menjadi buah mulut penduduk langit. Awesome kan? Ah, betapa jauhnya langit dan bumi mu Allah!
Sekian dulu, wassalam.