astaghfirullah.
pagi ni terdengar Tanyalah Ustaz, katanya menurut syekh arab.. internet adalah jalan mudah untuk kita membuat maksiat. bermaksiat ketika bersendirian, apabila berjumpa dengan orang kelihatannya biasa saja. yang begitu menakutkan fenomena ini tak sekadar menyapa rakyat kebanyakan, malah yang lebih memeritkan apabila melibatkan mereka yang bergiat dalam jamaah dan dakwah.
woah~
seram.
kan?
inilah yang diertikatakan sebagai muflis akhirat. giat beraktivitas pelbagai ruang dan peluang, gemar beramal dan membantu masyarakat. tetapi apabila sendirian, mata, telinga dan tangan dibiar merayapi sesuatu yang tak ingin kita fikirkan.
nauzubillah.
astaghfirullah hal a'zim.
kadang-kadang, bila sendiri aku selalu terbayang bagaimana agaknya di akhirat nanti. saat aku terpandang rakan-rakan yang sama menggerak ummah, pakcik makcik, dan solafus soleh terdahulu duduk di makam indah disyurga, akankah aku berpeluang duduk sebaris dengan mereka?
takutnya akhirat.
we always think about heaven, but we often forget that hell also there! aiyark~
bagaimana kau merasa bangga akan dunia yang sementara,
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi meninggalkan dirimu..
ada satu perkara yang kak lin cerita tadi mengetuk kotak pikir ku. perempuan ni senang nak masuk syurga, lelaki pulak kalau nak masuk syurga, kena tengok dulu macam mana isteri dan anak-anak dia. terlaksana tak segala amanahnya. terjaga tak aurat dsb. meskipun demikian ramai dari perempuan ni jadi kayu bakar api neraka. kan?
double seram, tambah seriau.
^mood hujung minggu ni betul-betul swing. hmpfh..
I'm walking while searching. i've walked this path this far, but where is me? Searching for myself, that might
take forever. Can i feel tired now? or is it too early?