Seperti kebiasaannya, lewat malam-malam hidup orang muda dibandar akan dihabiskan dengan kehidupan sosial. Siang mencari rezeki, malam mencari tuhan. Alhamdulilah untuk yang demikian :)
Maka, malam tadi aku pun sempat la duk lepak barang semeja dengan adik2 Taman Medan yang pada saat akhirnya sudi tampil menemankan tambah memeriahkan lagi perbincangan tingkap projek hari keluarga kawasan PJS. (Jom, ahli keluarga yang nak join 8,9 dis ni.. moh le kite!)
Perbincangan bermula tak berapa nak lewat sangatlah, biasa2 saja. Tak on time jugak, biasa-biasa saja. Seperti aku yang juga biasa-biasa saja. Cuma ada seorang raving fan :P (thanks hajja, tanpa anda siapa lah saya, ayat perlu artis)..
Selepas perbincangan meja T-shape yang berlangsung kira-kira 2 jam yang menokhtahkan tempat dan tarikh program, perbincangan pun berakhir. sebelum menghantar pulang anak gadis nan berdua, maka sebiji kereta ku bersama moto Hajja bergegas ke gerai feveret mereka bertiga.. Mali.. mali ke dorang duk sebut2 tu. lebih kurang macam tulah jugak bunyinya..
Nak kira, boleh cakap first timer jugakla aku lepak gerai makan menghampiri tengah malam gini.. Aku tengok ramai anak muda, aku tengok banyak asap di sana sini. Tak cukup di gerai-gerai.. di persisir jalan juga ramai motor-motor yang bersidaian. Ya, tentunya.. tetap anak muda.
"Akak da berapa lama kak kat PJ ni ye?"
"Akak da kat sini since 2006, masa masuk first degree.."
"Ktorang baru masuk form one kak time tu.."
erk, jatuh rahang. am i that old? ahak, ini lah geng saya sekarang.. padanlah rasa kembali muda remaja :P..
*k lah, till then.. Nite everyone! Baca doa tidur dan bangun esok k! moga esok lebih baik.