Malam ni bersamaan malam ke-20 Ramadhan. Berbaki lagi 10 hari nampaknya. Macam mana dengan pecutan amal kita? (Kalau agak-agak dah makin lemau, cepat-cepatla beristighfar sambil bersenam - regangan laju2 supaya kembali segar dan bertenaga :P)
Bukan apa, datangnya Ramadhan selepas penat menunggu selama 11 bulan. Takkan la dah tunggu sikit punya lama.. atlast tersia-sia pulak kan? ok. ini peringatan yang men'slap' -laju2 kat muka sendiri.
Nak ceritanya, minggu lepas aku pergi training, PHP. ^__^ (dah 4 tahun kerja ngan PHP code, tapi baru nak gi training dia, apacer?) Dalam several class yang pernah aku follow, aku rasa pakcik trainer kali ni sangat unik. Dia bukan seorang programmer, bahkan kalau ikut lulusan dia.. patutnya engineer. Tapi, sebabkan dia punya kecintaan yang tinggi dalam ilmu ni.. maka dia dah learn programming himself..
Lebih menampakkan kecintaan beliau, bila dia jadi trainer lak kan.. Dah dapat ilmu.. nak spread lak ilmu yang dia ada. wow! oh yeah, sometimes in our world nowadays.. education is a sort of business jugak. kan? Dia cakap, dalam minggu ni dia akan attend klas Biostatistik. Aku macam? err... (jawdrop)
"But why suddenly you want to take Biostatistic class? why not just taking statistic?" - me
"(while grinning) its my passion, learning" - him
(thumbs up) So, menjadikan inilah first dari several class yang aku pi.. trainer dia memang into education sesangat.. Dia siap kasi link untuk perbahasan ilmiah diantara orang-orang PHP lagi.. kenapa cara yang ni lebih baik dari yang ni.. (meskipun sampai sekarang aku tak baca pun lagi :P).. Masuk kelas dia, rasa macam masuk kelas kat universiti balik :) Lain rasa belajar dengan trainer yang memang dalam industri dengan trainer yang betul2 dalam education line.
Sebelum kitorang balik dari kelas (last day) dia bekalkan each one of us 2 pieces of Secret Recipe's Cake.. buat berbuka katanya.
Aku doa, dalam banyak-banyak subjek yang pakcik Lee pergi belajar, satu masa nanti terbuka hati dia untuk belajar pasal Islam pulak :) May Allah open your heart sir.. to the beauty of Islam.
Maka sahabat semua, sempena bulan Ramadhan yang masih berbaki ni.. marilah kita mula mengamalkan satu aspek yang sering kita terlupakan. Memberi dengan sebanyak banyaknya!
Sekian, wallahualam. Semoga dikekalkan kesihatan untuk terus beramal.