Lately agak susah untuk fokus.
(macam forever je problem ni)
jadi, aku pun lalu lalang dekat internet sambil google 'playlist to listen while in work' so kat sana ada banyak lah list yang dia bagi. so aku try satu link ni. Dia listkan sound cloud playlist untuk kau buat kerja sambil dengar muzik.
kita try lah dulu. kut berguna kan?
kalau mampu menaikkan semangat aku dan terus siap satu apps terus lagi bagus.
hehe. till then~
Quotes..
Sedikit Renungan
[Syed Qutb]
13 August 2014
12 August 2014
Kiamat? cerita 2012
Sejak akhir-akhir ini, banyak sungguh tentang kiamat di gembar-gemburkan. Yang paling hebat bila munculnya Filem 2012. Mula dari itu orang pun mula bertanya-tanya..
#siriThrowback
"eh betul ke kiamat 2012? saintifik kata gini gini.. mesti betul.. "
paling baru, ada pulak yang kaitkan dengan hadis nabi tentang kiamat akan berlaku pada hari Jumaat.
"21.12.2012 = Jumaat. Adakah kiamat berlaku hari tu?"
hebat betul segala perancangan Benedictine dan New World Order. Sampai macam ni dia bleh pusing otak Muslim sekalian..
sah-sah dah dari kecik kita belajar yang Hari Kiamat termasuk dalam perkara ghaib yang kita xtahu.. Buat apa lagi mahu di teka-teki..
Kadang2 aku terfikir, yang dok kecoh sangat nak tahu bila ni masalahnya apa?Adakah jika dengan pengetahuan tersebut bolehlah 'bajet' masa bila mahu ber'taubat'?Begitukah?
Serasanya.. peringatan-peringatan tentang Hari Kiamat itu sendiri sudah cukup untuk kita gerun dan memulakan usaha amal Islami buat bekal diSana..
Janganlah sampai kita menjadi seperti Yahudi, bertanya itu dan ini.. namun tetap jua menyimpang dari Ajaran Tuhan,nauzubillahminzalik..
AlMulk, 25-26:
Dan mereka (yang ingkar) berkata: "Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?"
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata".
Bergeraklah menambah ilmu dan belajarlah menjadi hamba terbaik.
#siriThrowback
11 August 2014
poseidon dan nilai
bayangkan.. kalian sedang dalam perjalanan menuju ke satu destinasi.. perlu naik kapal, di tengah lautan bergelora yang dalam.. gelora lautan telah memukul kapal.. sekaligus merosakkannya.. (peringatan:ini bukan cerita Titanic) lalu kapal terbalik, dan kamu.. terperangkap didalamnya.. what should one do? FUh!!
selepas menonton Poseidon, saya rasa sungguh! saya takut laut..
macam nak pecah kepala aku tgk cerita ni.. tertekan, sbb ada part diorg kena kawal pernafasan dan berenang dalam kadar yang sangat jauh.. (tanpa berjumpa ruang untuk menambah nafas.. )
moral of the story: sekali membuat keputusan, tiada masa lagi untuk berpatah balik.. pikir ke depan.. dan cara untuk mendepaninya.. bukan melarikan diri..
*draft lama keluarkan semula :P
*draft lama keluarkan semula :P
10 August 2014
ER
Life and death intersect several times a day in ER
In this battlefield, we learn and realise things we didn’t know before
This is where many people do their best with one goal of saving lives
So this is where miracles happen
We experience stunning miracles
and learn pure passion from them here
A perfect life doesn’t exist
Unexpected accidents happen in life
and we make irreversible mistakes too
But,
every time we fall and get hurt in life
we definitely find ourselves changed in the midst of it
we realise others people pain
or we realise ourselves maturing
Wouldn’t it really be like the beginning of love?
So.. even if we keep making mistakes and failing
We’ll keep growing and challenging ourselves
p/s: bkn pengalaman aku, aku bukan doktor. tapi banyak nilai yang boleh dikutip.
.the end.
sembang bm
aha. bahasa melayu atau baitul muslim?
semalam ke jamuan raya. jumpa naqibah lama. adalah sembang sikit pasal progress bm seorang sahabat. at the end of the conversation,
'so awak bila lagi? cepatlah berusaha nak dapatkan jodoh'
'camner usaha tu makcik? adakah dengan text fb - hai awak jom kahwin' sengih kerang busuk.
ofkos im joking.
'ish awak ni.. ha, sembahyang hajat tiap malam tak lagi ni? sembahyang tahajud?'
*sentap*
geleng.
'tapi saya doa tiap kali lepas solat makcik'
'ha, tak cukup usaha lagi lah maknanya tu'
jodoh ni rahsia Allah, kita mohon kat dia, cara kedatangan dia tu InsyaAllah Dia akan tentukan.
'semalam.. saya tengok citer korea makcik' telus.
krik krik
makcik buat muka, sambil berleter beberapa dass ke aku..
terima kasih untuk yang care tentang jodohku.
InsyaAllah, akan sampai masanya nanti.
semalam ke jamuan raya. jumpa naqibah lama. adalah sembang sikit pasal progress bm seorang sahabat. at the end of the conversation,
'so awak bila lagi? cepatlah berusaha nak dapatkan jodoh'
'camner usaha tu makcik? adakah dengan text fb - hai awak jom kahwin' sengih kerang busuk.
ofkos im joking.
'ish awak ni.. ha, sembahyang hajat tiap malam tak lagi ni? sembahyang tahajud?'
*sentap*
geleng.
'tapi saya doa tiap kali lepas solat makcik'
'ha, tak cukup usaha lagi lah maknanya tu'
jodoh ni rahsia Allah, kita mohon kat dia, cara kedatangan dia tu InsyaAllah Dia akan tentukan.
'semalam.. saya tengok citer korea makcik' telus.
krik krik
makcik buat muka, sambil berleter beberapa dass ke aku..
terima kasih untuk yang care tentang jodohku.
InsyaAllah, akan sampai masanya nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)