Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

19 August 2014

kalimah syahadah.

Assalammualaikum,

Ini sebuah cerita yang berputaran di whatsapp. Semoga sama-sama kita mendapat iktibar dari cerita ini. Sungguh menyentuh hatiku, semoga hati kalian juga tersentuh.

قصہ رائعہ جدآ
KISAH YANG SANGAT MENGESANKAN
أحببت أهديها لمن أحب
Ku ingin hadiahkan kepada orang yang kucintai
كان هناك شيخ يعلم تلاميذه العقيدة
Ada seorang guru agama yg mengajarkan Aqidah kepada murid2nya
يعلمهم لا إله إلا اللـه يشرحها لهم
Dia mengajarkan "La ilaaha illallah" kepada mereka & menjelaskan maknanya
يربيهم عليها أسوة بما كان يفعل رسول الله صلى الله عليه وسلم
Mendidik mereka dengan keteladanan Rasulullah -Shallallahu alaihi wa sallam-
عندما كان يعلم أصحابه العقيدة ويغرسها في نفوسهم
Ketika mengajarkan aqidah beliau berusaha menanamkannya ke dalam jiwa murid-muridnya
وكان الشيخ يحب تربية الطيور والقطط
Sang guru itu senang memelihara burung & kucing
فأهداه أحد تلاميذه ببغاء
Lalu seorang muridnya pun menghadiahkan padanya seekor burung kakak tua
ومع الأيام أحب الشيخ الببغاء
Makin hari sang guru pun makin suka dgn burung itu
وكان يأخذه معه في دروسه
Dan sering membawanya pada saat mengajar murid-muridnya
حتى تعلم الببغاء نطق كلمة لا إله إلا الله‼
Sehingga kakak tua itu pun belajar mengucapkan kalimat tauhid "La ilaha illallah"
فكان ينطقها ليلا ونهارا…
Burung kakak tua itu pun mampu mengucakan (laa ilaaha illallah) siang & malam
وفي مرة وجد التلاميذ شيخهم يبكي?
Suatu ketika murid-murid mendapati sang guru sedang menangis
وينتحب وعندما سألوه
Ketika ditanya beliau pun menjelaskan dengan terbata- bata
قال لهم هجم القط على الببغاء وقتله
Kucing telah menerkam kakak tua dan membunuhnya
فقالوا له لهذا تبكي ‼
Mereka pun bertanya dgn hairan: kerana inikah engkau menangis!!
إن شئت أحضرنا لك غيره وأفضل منہ ..
Kalau engkau menginginkan, kami mampu datangkan burung yang lain bahkan yg jauh lebih baik
رد الشيخ وقال لا أبكي لهذا …
Sang guru berkata: bukan kerana itu aku menangis
ولكن أبكاني أنه عندما هاجم القط الببغاء
Tetapi... Yang membuat aku menangis adalah: ketika diserang kucing
أخذ يصرخ ويصرخ إلي أن مات
Burung itu hanya menjerit2 saja sampai matinya
مع أنه كان يكثر من قول لا إله إلا الله
Padahal dia sering sekali mengucapkan kalimat "laa ilaaha illallah"
إلا أنه عندما هاجمه القط نسيها
Tetapi ketika diterkam kucing ia lupa kalimat tersebut
ولم يقم إلا بالصراخ ‼
Tidak mengucapkan apapun kecuali hanya menjerit & merintih!!!
لأنه كان يقولها بلسانه
Kerana waktu hayatnya ia hanya mengucapkan "laa ilaaha illallah" dengan lisannya saja
فقط ولم يعلمها قلبه ولم يشعر بها ‼
Sementara hatinya tidak memahami dan tidak menghayatinya
ثم قال الشيخ :
Sang guru pun berkata
أخاف أن نكون مثل هذا الببغاء
Aku khawatir kalau nanti kita seperti kakak tua itu
نعيش حياتنا نردد لا إله إلا الله
Saat kita hidup mengulang-ulang kalimat "laa ilaaha illallah"
بألسنتنا وعندما يحضرنا الموت ننساها
Dengan lisan kita, tapi ketika maut datang kita pun lupa
ولا نتذكرها؛ لأن قلوبنا لم تعرفها
Tidak mampu mengingatnya, kerana hati kita belum menghayatinya
فأخذ الطلبة يبكون؛ خوفا من عدم الصدق في لا إله إلا اللـه
Kemudian para muridnya pun menangis, khawatir tidak jujur terhadap kalimat tauhid ini
ونحن.... هل تعلمنا لا إله إلا الله بقلوبنا !!!!
Dan kita sendiri... adakah kita telah menanamkan kalimat "laa ilaaha illallah" ini ke dalam hati sanubari kita?
ما ارتفع شيء إلى السماء أعظم من الإخلاص ،
Tidak ada sesuatu pun yg naik ke langit yang lebih agung berbanding keikhlasan
و لا نزل شيء إلى الأرض أعظم من التوفيق
Dan tidak ada sesuatu pun yang turun ke bumi yang lebih agung dari taufiq Allah
..و بقدرالإخلاص يكون التوفيق
Sesuai kadar keikhlasan kita taufiq Allah kita dapatkan
من روائع ما وصلني ..
Ini termasuk hal-hal menarik yang sampai kepadaku
إهداء لمن أحبهم
Hadiah buat org2 yang kucintai...

18 August 2014

Come Back

Show me the way back to your heart
Let me see a sign to know if I'm close or far
Lead me back to the road
That leads back to your arms
Back to your arms

ok. come back bermakna kembali aktif menulis. Setelah membuat pemerhatian sekian lama, boleh lah aku kaitkan bahawasanya kerajinan update post di blog adalah berkadar songsang dengan tahap kesibukan. Nampak tak betapa rajinnya aku post blog sekarang? 

(walaupun semua hampir nampak cam crap belaka kan. lalala~ hey, atleast im trying k!)

Selain dari itu, ada satu lagi function yang membantu kembali aktif, ya betul! schedule! Tulis post bila free, schedule dia hari-hari.. hehe. So nampak macam setiap hari buat post baru, walhal tulis satu hari, cerita untuk tujuh hari terus. 

Haha.. nampak tak permainan dia kat situ. 

Hurm, mungkin aku kena start buat novel? atau segmen cerita bersambung kat sini.. Maybe boleh meningkatkan lagi kerajinan menulis. hehe

Takut gak aku, bila tengok list artikel semakin merosot semenjak bekerja ni. Adakah skill menulis aku semakin melumpuh. Maka, inilah inisiatif nya. 

So, welcome back blogging world! im back.

16 August 2014

2 bulan

Nampaknya da genap 2 bulan aku bertukar department.

not much acheived.
aku sedeyh.

k tu jer.

eh.

next month, 16 sept cuti hari malaysia.
ingat nak apply leave 15hb.

aish, xleh jadi ni.
kena bersungguh-sungguh!

gambateneh!!

15 August 2014

entri untuk bujangan

im aging.

dalam mendepani usia, banyak yang difikir untuk buat, tapi lebih banyak yg tinggal draft je dalam otak.
terutamanya bila lihat kesihatan pakcik,makcik,mak,ayah dikampung yang semakin merosot. kita sibuk menjadi dewasa, mereka juga lebih awal berusia tua.


ok, aku jumpa list ni dekat status member kat FB. Jom usha.

12 perkara yang kau ‘wajib buat’ (wajibat) ketika bujang.

list ni banyak berputaran kat internet, ni aku buat versi aku nyer checklist la. Korang kalau nak baca panjang lebar leh cek kat sini.

1) Tinggalkan rumah, jangan duduk dengan mak ayah. 
[Done, since 13y.o]

2) Travel 
[Macam pernah sekali je, itupun dalam negara. Takut naik flight! ahha~ klishe]

3) Cari ilmu banyak-banyak-banyak-banyak-banyak-banyak !!!!
[Macam tak banyak, melainkan hanya ilmu FB. Lol! Ok, shud take note ini]

4) Spend duit beli buku.
[Sejak kerja memang spend for this, masalahnya beli je tak baca! Tu problem paling besar]

5) Belajar bawak kereta.
[Done!]

6) Join Usrah
[Done!]

7) Cuba benda baru
[Current yang aku cuba, outdoor activities. macam hiking? Soon, kena explore more ruang lain]

8) Berniaga kecil-kecilan
[ok, ni blom cuba. Asyik mengharap gaji opis je. aish~]

9) Simpan duit dan Belajar perancangan kewangan
[problem terbesar! masih tak setel even dah 5 tahun kerja. aish~]

10) Jaga kesihatan, awasi berat badan dan banyakkan exercise
[perlu lebih usaha dan displin! gambateh.. da beberapa kali percubaan macam failed. aiya..]

11) Suka Apa yang kau buat
[i wish i could love my job more, i wish i could care about me even more.]

12) Cari jodoh
[Jodoh, where r u?]

score: 3/12 
pergh banyak lagi tak setel!

till then, see u again later on!

14 August 2014

up-to-date

mencabar.

kadang-kadang. ada benda sehari-hari buat kita nak taknak kena up to date. dan ilmu kita pun kenalah meningkat. benda ni adalah pushing factor.

cth. bila pergi usrah. orang akan menjadikan anda library bergerak. tanya macam-macam. so nak taknak kena la up kan level ilmu tu. kalau tak tau pun, berusaha tanya orang yang tau. end up kita pun bertambah ilmu.

itu biasa jadi, dulu. er, skrg pun ada juga la. tapi terkawal lagi la.

bab yang agak mencabar sekarang ni bila melibatkan officemate.

hari isnin, 11.8

skype masuk.
+ can i ask u smth? agak sensitive
- ok silakan
- nervous.
+ what is ISIS?
- alamak, kena google dulu tu
- haha
(sebenarnya aku pernah dengarlah nama ISIS ni, ia regarding isu di Syria. Tapi tak in detail lah)
+ i know terrorist from Iraq or Arab… and saw many news about these group killing over 100 families beragama christian
- i knew a little, berkaitan syria and wgypt..
- *egypt
- nanti i get in depth dulu then explain back to u
+ and saw many kids got killed or head ripped of from body etc
+ dasyat

hari selasa, 12.8

skype masuk.

+ http://absolute-news.com/2014/08/250-christian-girls-gang-raped-executed-name-allah/
(klik link, baca tajuk dan several isi penting, di akhir artikel ada link ke cerita pasal ISIS)
- where did u get this?
+ my fren share this on fb
(jump to the conclusion, citer ni pasal kat Syria..)
- actually cath just ask me about this ISIS group yesterday
- but i havent explain yet to her.
+ isis?
+ u mean about this nigerian case?
(eh? baru scroll back, apa nama kampung google. ok cerita kat nigeria!)
- oh isis regarding syria
- about this nigerian issue i first time heard wo
- need to research it further first
+ o

ok.
sekarang inilah dua perkara yang menyebabkan aku rasa kena improvekan pengetahuan am.
dan menjadi up-to-date