Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

08 October 2014

Be a good parent

1. Dont try to make happy baby happier.

Kalau anak kita dah happy, jangan cuba nak happy kan lagi. end up sebenarnya kita yang happy. sebab push anak ikut apa yang kita suka, bukan apa yang mereka suka.

2. Be consistent.

Membesarkan anak, of course need a routine to set. routine ini penting untuk membentuk satu rule secara tak sedar. contoh hari ni kena mengaji jam berapa, atau berapa kali etc. dan meletakkan routine ni adalah seharusnya dari peringkat awal lagi. jangan dah besar baru nak set. agak sukar untuk anak follow bila diorang dah terdedah dengan routine yang di set sendiri atau kawan-kawan setkan.

3. Listen.

Berapa pun umur anak, mereka perlukan ruang untuk didengari. janganlah pulak masa baby syok je kita dengar diorang bercakap, even masa tu sepatah haram pun kita tak paham. tapi bila dah besar takde pulak kita nak dengar apa diorang nak share. kegagalan untuk mendapatkan ruang didengari dirumah akan membawa kepada mendapatkan ruang didengari diluar. mungkin dari kawan-kawan. yang kita taktau root dia macam mana.

4. Set a good example.

Nak anak jadi ustaz, kita dulu kena jadi ustazah. Nak anak tidak merokok, kita dulu kena berenti merokok. Nak anak jangan malas, kita dulu kena jadi rajin. sobs T.T.. Kanak-kanak belajar dari apa yang mereka dengar dan lihat pada saat yang paling kita taknak dia belajar.

5. Spend time.

Masa anak membesar adalah sangat pantas. sedar-sedar, dia dah datang pada kita cakap nak kawen. oh no! so, spend your time wisely!

6. Let them be who they are.

Kadang-kadang apa yang anak kita nak jadi, atau apa interest diorang tak sama dengan apa yang kita harapkan mereka jadi. Jangan paksa mereka jadi apa yang kita suka, instead bantu mereka untuk jadi the best version of themselves.

7. Love them out loud.

Bila sayang katakan, tunjukkan. period.


Sekian untuk coretan pagi Rabu. terima kasih kepada buku Life untuk makluman bermakna yang dapat aku kongsikan pada kawan-kawan mak ayah sekalian. ofcourse buku ni adalah dari negara barat. so yang mana sesuai tu haruslah di follow. hikmah ni Allah beri bukan pada orang Islam jer.. kat non-muslim pun banyak. tinggal kita ambil untuk dimanfaatkan.

:)

p/s: aku tak kawen lagi, ofcourse tak da anak lagi. aku anggap ini sebagai coretan masa depan. atau, mungkin juga boleh diguna pakai untuk 'anak' halaqah? heuheu..

07 October 2014

Erti Korban

Selamat hari selasa, bagi yang masih bercuti selamat bercuti. Dan bagi yang dah bekerja, betulkan niat dan bekerjalah lillahi taala. bersungguh dan bekerja keraslah sehingga kita kembali kepada Dia nanti.

Jadi, untuk korang yang kerja tu aku temankan korang dengan sedikit rasa untuk di kongsi.

sempena hari raya aidiladha ni.. aku rasa pesan ustazah yasmin di instagram ni betul betul menyentuh rasa aku. aku sharekan untuk korang. supaya korang pun boleh merasai apa yang aku rasa.


sembelihlah apa yang mengikatmu kepada dunia. Semoga perjalanan panjang kita di dunia membawa hati kita kembali kepada Allah, bukan lebih jauh dari Dia.

InsyaAllah.

amin.

06 October 2014

Kesungguhan Kerja

"Bukan soal tau berniaga atau tak, tapi kesungguhan kerja tu yang penting"
Adik lelaki duk sembang ngan mak pasal kerja nya yang berat tapi gaji ciput. pastu dah rasa nak berenti lagi. Itu komen mak pada dia. Sekali gus aku yang masih duduk2 pasca sarapan merasakan sentapannya. Sentap mak! aih..
"Kesungguhan kerja tu yang takda dalam family kita"
aku senyap. mengiakan. memang betul. kalau scan balik sorang2 punya personaliti yang paling ada hanyalah mak. Mak cakap, itupun dah makin pudar sejak tahun2 nak bersara nih. Aku rasa logik lah. Katalah mak kerja dari umur dia 21 tahun.. sekarang umur mak dah 54 tahun. So, dah 33 tahun kerja. Logik lah ada rasa kurang dah spirit tu. Ni aku, baru berapa tahun kerja dah selalu mengomel. Haih!

Walaupun perbualan tu sebenarnya isu dia pasal adik aku. tapi, normallah untuk manusia yang berakal, untuk refleks kan tiap kejadian tu dengan diri sendiri. kan?

kesungguhan kerja.

T.T

bukan takat di ofis je sebenarnya. ia meliputi konteks yang lebih besar sebenarnya. baik kerja mengemas rumah, kerja2 kesukarelawan, kerja2 kepartian, kerja2 kebajikan mahupun yang lebih penting dan utama kerja untuk Allah. ya, beribadah. Kalau kita mampu bersungguh dalam membetulkan ibadah kita pada Allah.. insyaAllah untuk bersungguh dalam membuat amal2 lain tu pasti dah takde isu kan.

*sigh*

aku berazam untuk perbaiki yang itu, kesungguhan!
azam sempena aidil adha.
doakan.

Salam Aidil Adha semua >.<

03 October 2014

Slow down

Nampak macam post semakin slow down ni..
alamak! kena giatkan menulis dan schedule ni.
kalau tak pisang akan berbuah berkali-kali.

!==

cuba teka hari ni hari apa? :)

02 October 2014

Aidil Adha bukan sekadar pengorbanan

hari ni minyak naik 20sen kepada RM2.30/liter.
pre - menghayati ibadah qurban.
kah?

Tak lama lagi kita akan menyambut hari raya AidilAdha. Dimana didalamnya juga di lakukan ibadah Qurban. Ibadah yang dilaksanakan sempena mengingati/menyelami pengorbanan Nabi Ibrahim a.s ketika di uji Allah untuk mengorbankan anaknya Ismail.

Biasa kita dengar Aidil Adha sebagai sebuah kisah pengorbanan.

Tahun ini, aku belajar lebih lagi dari itu. Sebuah kaca mata berbeza tentang Aidil Adha. Ia bukan sekadar pengorbanan. Ia lebih dari itu.

Ia merupakan sebuah pengembaraan hati yang sejahtera dalam mengutamakan Cinta Tuhan di hati berbanding dunia dan seisinya. Dan persoalan Cinta Tunggal ini (Khullah) mendepani soal pengorbanan.

Ia sebuah kisah cinta, keutamaan, amanah dan seterusnya melahirkan rasa pengorbanan.

oh so sweet.
inilah Kisah cinta Agong barangkali. *lap peluh*

ok, jemput baca lanjut di link berikut.
Bacalah bacalah.. best giler, tak tipu!

rujukan:
+ http://ondastreet.wordpress.com/2009/11/26/tazkirah-aidiladha-sekeping-hati-milik-ibrahim/
http://saifulislam.com/2012/10/aidiladha-ujian-cinta-keutamaan-dan-pengorbanan/

tambahan:
http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/219-zulhijjah-a-idiladha-beberapa-isu-a-hukum.html