Terus kepada tajuk, Sabtu lepas (24 Jan) aku dan 6 orang rakan sebujangan telah menuju ke Kg Ulu Selim, Slim River untuk menjayakan sebuah piknik a.k.a reunion kecil-kecilan warga Serata Batch 40. (Makluman awal kehadiran adalah lebih dari angka tertulis, tetapi disebabkan komitmen yang pelbagai, maka 7 orang sahajalah berjaya turn up) Bila reunion sekolah ni, haruslah sedia maklum bahawasanya aku adalah berasal dari Girl School dan ofcourse, semuanya gigirl. So, agenda Gossip Gurl pastinya tak terlepas. :P
Sebelah paginya jam 9 macam tu, sempatlah aku menjalankan tanggung jawab rohani dengan pergi usrah di Taman Rimba Kiara, TTDI. he he. First time datang, best juga tempatnya. Orang yang datang taman tu pun friendly belaka. Terus macam ada idea nak ronda taman-taman sekitar PJ - Subang untuk next usrah. hehe.
Sebaik sahaja habis usrah dalam jam 10 ketika itu, teruslah aku belok ke arah PLUS dan menuju ke Slim River. Tempat dia agak pendalaman ye, aku syak sekiranya aku pergi solo kemungkinan besar tak berjaya menjejak mereka. Nasib baik, Ude cakap dia pun akan datang lewat, jadi aku follow dia je. Private area juga sungai tu. [Next trip (jika ada): maybe kena extra caution part keselamatan, all gugurl kan]
Sesampai kat sungai tu, aku memang ingat dah leh terus terjun sebab BBQ semua yang sampai awal da ready.. sekali kau, kena rentas sungai dulu baru leh gi tempat BBQ nya. Sobs. Air takat peha. Sebab da beberapa kali g trip rentas sungai diingatkan pasal phone. Maka sesiap aku letak phone dlm beg dan junjung. Sedih sekali, Aimi punya phone dah terendam. So sad, by today harap phone dia berjaya recover.
A small gathering.
Makan-makan.
Chit chat.
Kawan-kawan yang kita suka.
oh ya btw, salah seorang dari 7 yang hadir akan menamatkan zaman bujangnya mei ini, maka sebab tu lah tajuk adalah seperti tertera. haruslah ada segmen, macam mana kenal? tak gitu? (segmen khas ni adalah wajib untuk bachelorette party k) haha.
till then.