Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

12 February 2015

Hampir Buta

Jalan-jalan makan lunch kat Matahari Mall, Taman Dato Harun. Jumpa kedai spek. Try sket cek cek.

Ok.


hampir buta.
kah?

06 February 2015

Akhir sebuah kisah gigi

Akhirnya semalam, aku mencabut gigi geraham ku. sobsob. Setelah bertahun tahun melalui mehnah dan ujian kesakitan bersama-sama. Menjadikan gigi ni gigi kekal kedua terkorban. (Gigi bongsu memang semua selamat terkorban, Alhamdulillah :P)

2010

Kisah gigi ni memang panjang, aku kira dari setahun lepas habis universiti. Aku ada sebatang gigi yang dah patah separuh. Maka, aku pergi berjumpa dengan seorang student dental yang dah tahun akhir. Dia bantu aku dengan membina semula bahagian gigi yang dah patah tu. huhu..

Dua minggu kemudian baru tau gigi tu ada problem, so gigi tu dah start berdenyut teruk gila sampai aku tak boleh tidur malam. Dan kakak tu tak dapat nak attain aku sebab dia punya kes untuk tu dah setel. Aku hilang punca, kebetulan ada kawan yang sedang bekerja dengan fakulti pergigian UM juga. Maka dia minta tolong kawan dia, suruh bantu aku. Maka RCT pertama pun berlangsung.

Alhamdulillah .. lega. Aku tak ingat pesan doktor apa. Tapi, aku ada jugalah tanya tanya kawan yang student dental tadi. Dia pesan kena buat crown. Tapi aku tak buat. Masa tu aku rasa kekangan masa. Sebab kalau buat crown kat UM, mungkin ambil masa dalam 3-4 kali pertemuan. Dan aku kan dah kerja memang malas lah aku nak ambik time slip all the time.

2012

Gigi yang sama, sakit kembali!! Aku siap ke klinik swasta kat Bangsar dan habis RM200 hanya untuk ubat, xray dan nasihat doktor. Belum buat pape pun lagi kat gigi. Lepas makan ubat, ok dah. Tapi tak lama muncul balik. T.T Sakit dia memang tak terbendung dah aku rasa. Lepas aku riki riki, aku jumpalah klinik kat PJS ni, Klinik Pergigian Famili Dr Zambri. Second RCT buat kat sini. Tapi yang pelik doktor cakap, lepas dia buka tak da apa pun kat dalam, mean first RCT memang ok. Dalam pun clean jer. Aku da macam puzzle, apa yang sakit sebenarnya. hurm.

Sekali lagi, doktor ingatkan aku untuk buat crown, tapi kali ni aku tak buat sebab mahal. RM350 k sebatang.

Over the year

2014

Aku datang lagi untuk buat tampalan semula sebab kepala gigi tu dah tercabut. Ini lah padahnya tak buat crown, keep on kena repeat tampalan. Sebab gigi tu dah tak kuat, asyik duk hentam jer memang pecah je la pakai tampalan biasa.

2015 ( Febuari 4)

Lepas tampalan terakhir, tampalan tu keep on hancur sikit sikit bila aku makan. Tapi lately lagi teruk, bahagian gigi yang rebuilt tu pun dah tercabut. aiyark. Sejak dari tu gusi aku berkala bengkak, surut, bengkak lagi dan sakit, ofcourse. Maka, aku pergi la klinik semalam, dengan harapan doktor akan bagi ubat dan aku leh rehat jap kesakitan before decide untuk tampal atau cabut. Sekali, doktor cakap kena cabut terus on the dot. Huhu, tekejut eden. Hilang lah sebatang lagi gigiku.

Rupanya.

Kalau kita dah pernah buat RCT, nak cabut gigi lagi sakit eh. Sebab RCT tu akan menghilangkan sambungan struktur asal gigi.

Sakit gila semalam, aku hampir nak tepis tangan doktor.

Ok tu jer. cerita pasal gigi.
Tq baca.

03 February 2015

cuti thaipusam 2015

cuti di pertengahan minggu sebenarnya agak leceh. dan agak kekosongan kalau tak de event. sejak semalam aku gigih bertanya semua orang apa aktiviti hari ni, kutla aku dapat slot in aktiviti menarik mereka.

plan dengan ofismet - tak berhasil
tanya grup40 - krik krik
adik usrah - ajak gi bukit gasing.
personally - ada gak rasa nak balik kuala selangor, tapi sebab perjalanan solo. So, terbantut sket rasa.

hehehe.

nina, nani dan su ajak ke bukit gasing semalam. tapi sebab aku dah pergi dan rasa tak de pushing factor yg kuat utk pergi lagi, so aku tak la join diorang. tp lepas dorang turun pandai plak nak join makan sarapan sesama kan. ahha~

btw, not much la yg menarik untuk anda sertai bila ada masalah gigi ni (as malaysian, food always be the biggest factor untuk gather.. haha) ok gigi masih sakit, duit gaji lak baru masuk tak clear lagi dlm bank, esok da clear laju2 aku pi cari dentist.

jadinya disebabkan kekangan2 dan tiada idea nak kemana-mana, maka aku rasa macam nak buat sesuatu yang rare. aktiviti ni akan berlangsung dlm rumah jer.

harap menjadi :)

till then, semoga berjaya operasi dan misi ini.

oh ya, banyak aku nak cerita lewat hari-hari yang berlalu.
tapi.. nantilah~

29 January 2015

Teringat

Sesuatu organisasi, pertubuhan mahupun syarikat.

Apabila semakin lama, ada dua sahaja kemungkinan yang akan terjadi. Samada semakin berkembang pesat bak cendawan tumbuh selepas hujan. Atau menguncup macam pokok semalu.

Dan both keadaan akan memberi impak berbeza, berkembang nampak bagus, tapi mungkin bila da terlalu ramai tak rapat plak antara each other. Berbanding masa memula dulu, masa sesama berusaha keras nak besarkan apa yang kita punya. Menguncup nampak sedih, tapi memang sedih. Takleh nak hurai.

Kita akan dapat nampak/rasa both situation bila kita dah berada dalam organisasi tersebut lebih dari 2 tahun.

For me, aku rasa lepas 2 tahun di tempat yang sama. Perasaan dah jadi numb. Takde rasa sangat lah, orang keluar tak de lah begitu/ terlalu sedih, dan orang baru masuk, takdela terlalu excited. Macam mula-mula dulu.

Oh, kepada tajuk.

Tapi kadang-kadang aku teringat masa-masa hectic buat programming, dapat berbincang dengan rakan sekerja cara untuk solve the problem. Get the idea, share and troubleshoot. Rasa macam bekerja sangat! haha.

ok, mungkin aku rindu nasyrah :P

itu saja untuk hari ni. kbai,

26 January 2015

Bachelorette Party a.k.a Bridal Shower untuk Atikah

Ok, tajuk nak paling gempak dan hedonis.


Terus kepada tajuk, Sabtu lepas (24 Jan) aku dan 6 orang rakan sebujangan telah menuju ke Kg Ulu Selim, Slim River untuk menjayakan sebuah piknik a.k.a reunion kecil-kecilan warga Serata Batch 40. (Makluman awal kehadiran adalah lebih dari angka tertulis, tetapi disebabkan komitmen yang pelbagai, maka 7 orang sahajalah berjaya turn up) Bila reunion sekolah ni, haruslah sedia maklum bahawasanya aku adalah berasal dari Girl School dan ofcourse, semuanya gigirl. So, agenda Gossip Gurl pastinya tak terlepas. :P

Sebelah paginya jam 9 macam tu, sempatlah aku menjalankan tanggung jawab rohani dengan pergi usrah di Taman Rimba Kiara, TTDI. he he. First time datang, best juga tempatnya. Orang yang datang taman tu pun friendly belaka. Terus macam ada idea nak ronda taman-taman sekitar PJ - Subang untuk next usrah. hehe.

Sebaik sahaja habis usrah dalam jam 10 ketika itu, teruslah aku belok ke arah PLUS dan menuju ke Slim River. Tempat dia agak pendalaman ye, aku syak sekiranya aku pergi solo kemungkinan besar tak berjaya menjejak mereka. Nasib baik, Ude cakap dia pun akan datang lewat, jadi aku follow dia je. Private area juga sungai tu. [Next trip (jika ada): maybe kena extra caution part keselamatan, all gugurl kan]

Sesampai kat sungai tu, aku memang ingat dah leh terus terjun sebab BBQ semua yang sampai awal da ready.. sekali kau, kena rentas sungai dulu baru leh gi tempat BBQ nya. Sobs. Air takat peha. Sebab da beberapa kali g trip rentas sungai diingatkan pasal phone. Maka sesiap aku letak phone dlm beg dan junjung. Sedih sekali, Aimi punya phone dah terendam. So sad, by today harap phone dia berjaya recover.

A small gathering.
Makan-makan.
Chit chat.
Kawan-kawan yang kita suka.

perhaps i should do this often?

oh ya btw, salah seorang dari 7 yang hadir akan menamatkan zaman bujangnya mei ini, maka sebab tu lah tajuk adalah seperti tertera. haruslah ada segmen, macam mana kenal? tak gitu? (segmen khas ni adalah wajib untuk bachelorette party k) haha.




till then.