Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

16 February 2015

WWR & Caving

Program kali ni, jumpa lagi muka baru :D .. Hajar Hamidon dan Hajar Ayob.

Hajar Ayob adalah sangat attitude dan banyak cakap k. A lawyer to be. So, no wonder la right? Baru kenal macam da lama kenal, banyak nauu menyembang nya. Dalam way kitorang nak ke Gopeng tu. Hajar (A) cakap dia baca dalam blog, nak main White water rafting ni, tak boleh pakai spek. Ok! Aku ngn Najwa terus kalut. Sebab antara 4 orang dalam myVijay ni Hajar (H) sorang je tak pakai spek.

"Habis, kalau tak leh pakai spek, kita nak buat apa kat sana? Rugi ar" antara keluhan mangsa berspek.

Lepas go deep2 sket, rupanya aku, Najwa ngan Hajar (A) semua stok pakai spek since darjah 2 dan 3. Dan dapat di kenal pasti rabun apabila tengok tv nak dekat memanjang. hehe. First time i jumpa orang same shoes with me T.T *terharu sangat*

Ok, to the topic, maka abg guider kabo boleh jer pakai spek tapi atas tanggungjawab sendiri la. Dan paling bagus ada tali (yang macam orang tua pakai tu) sangkut kat spek. Sebabkan non of us yang bawa tali tersebut, maka dorang tolong buatkan tali tu ngan gelang getah. Sebab atleast kut kitorang jatuh masuk sungai, cermin tu tak terus tercampak, masih bergantung kat leher. cenggitu lah logiknya

Oh ya, selain 2 kereta dari Shah Alam, terdapat jua 2 kereta dari Penang. Bertemu kami di exit PLUS Gopeng. Lead by motor brader Radak sehingga lah sampai ke kem diorang. Sesampai tu, kitorang duduk kat bawah pondok sambil light taaruf. Dapat lah berkenalan ngan Fizah, Lina, Rabiatul, Kak Mira dan Shafik. :D


Setel je Radak Adventure setting2 bot atas lori semua, then kitorang pun naik lori sama, gi ke tempat nak mula rafting. Masa drive nak masuk tempat radak ni aku baru perasan, tempat ni lah aku gi masa Company Trip, 4 years back. Kitorang park bas kat somewhere kat luar, then naik lori ke Adeline Resort untuk makan lunch.



Ok, sesampai ke tapak untuk berlepas. Ada taklimat sikit. Kemudian bahagi kumpulan untuk berakit!!

Overall it was fun. Tapi, aku bagi syor kat korang yang nak buat aktiviti ni, sila la mai dalam bulan 10 ke bulan 1. bulan 12 paling cantik kut. sebab time tu kan musim hujan, so air akan lebih deras. Jadi level dia level 3-4, kitorang pergi time ni level 1-2 jer dia kabo.. So, macam agak WWR tahap manja2 jer la. Aha~



Ada brader ni mention, ada satu sungai ni tahap dia level 5-6 .. dan amatur tak disyorkan untuk pergi. tahap dia, kompem bot akan terbalik. cenggitu! Alhamdulillah sepanjang WWR semalam, aku tak de la masuk sungai time lalu jeram, cuma ada sekali guider tu terbalik kan bot sbb nak kasi semua rasa terjatuh masuk sungai. K fine bang, fine! Yg paling memalukan adalah, aku begitu panik ye sebab terbalik. Guider tu keep repeat, "berenang ke bot! berenang ke bot!" tapi aku duk pening, cmner nak berenang, aku kan tak reti berenang. Last-last guider tu fed up. "Ok, berdiri sekarang!"
Deng! bleh jer berdiri, ingat dalam sangat tadi. bahahaha~

Ada pondok kecik lak kat situ, rilek jap sementara tunggu makanan sampai.

Ni bergambo sat ngan Hajar (H) sebelah surau atas bukit.

Lepas makan, bersihkan diri dan solat jamak zohor+asar. then, terus ke next aktivity, caving!

Ok, mengenai gua tempurung. Ini adalah kali kedua aku datang kesini. Kali pertama adalah pada tahun 2002, iaitu aktiviti habis PMR pelajar tingkatan 3 masa tu. Aku rasa sangat thrill jugak masa pergi tu, sebab pergi shud b dalam bulan 10 lah kan, habis PMR. dan air dia tinggi juga la, sebab yang aku ingat part merangkak dalam gua tu, badan aku total sunk kepala je ngam ngam lepas. wuwuwu~ 

Alhamdulillah this time around, datang bukan masa musim hujan, jadi air dalam gua tu pun tahap manja-manja gak. He he.

Semasing excited nak masuk gua. Pintu masuk.

Kitorang masuk atas tiket Grand tour. Should be total perjalanan adalah 4 jam. Tapi disebabkan kitorang yang agak kelewatan dari tapak WWR, maka terpaksalah dilajukan perjalanan.

Naik tangga, turun tangga. Then ke phase yang lebih grand.. iaitu caving ar... hehe. jalan-jalan, gelongsor gelongsor. Pastu sampai ada satu tempat tu abang tu suruh semua tutup head lamp dan dengar bunyi alam. Dan, harus lah dengar bunyi kelawar. Langsung takda cahaya dalam tu *scarry sebab terbayang 'sesuatu'* Tapi aku terbayang gak, macam manalah perasaan pemuda kahfi yang berlindung dalam gua untuk menyelamatkan akidah tu kan. They were very brave indeed!



Kitorang masuk dalam 2 lebih, then keluar setel semua dalam 5 lebih. So 3 jam lebih jer la kat dalam tu, memang laju sangat abg guider ni bawa k.

Ni dah pintu keluar. bersih2 kasut sat.

Ok, time to say goodbye!

Perkara berjaya dilakukan. Kutip sampah, sayangnya lagi beberapa minit nak nampak pintu keluar baru jumpa plastik sampah ni, so dapatan tak berapa nak memuaskan lah. 
huhu~

Perkara highlight? Aku terjatuh dan memberikan bunyi kuat gedegangggg!!

Sehingga bertemu lagi di next event...

Sekian.

13 February 2015

Perginya seorang pejuang.

Semalam jam 9.40 malam, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat telah pulang kerahmatullah. Berikut adalah butiran lanjuk tentang beliau. Wajar diteladani semua. 

------

Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Tarikh Lahir: 1931 Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan. Pengajian : 1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut 2-Universiti Deoband India 3-Universiti Lahore Pakistan 4-Universiti Al Azhar 5-Sarjana Muda bahasa Arab 6-Sarjana Perundangan Islam Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931. Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat. Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid. Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika. Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah. Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua. Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain. Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris. Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962. Perkhidmatan : Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun. Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu. Bidang Politik : Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang. Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa. Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil. Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah. Pendakwah : Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah. Seorang Petah Bercakap Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi. Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi. Keistemewaan : Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung. Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’. Penghargaan : Beliau mendapat penghargaan: 1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim. 2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. 3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995. Perkahwinan : Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki. Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila. Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama. Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau. Ahli Parlimen yang komited : Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut. Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat. Kerajaan contoh : Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu. Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu. Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu.

12 February 2015

Hampir Buta

Jalan-jalan makan lunch kat Matahari Mall, Taman Dato Harun. Jumpa kedai spek. Try sket cek cek.

Ok.


hampir buta.
kah?

06 February 2015

Akhir sebuah kisah gigi

Akhirnya semalam, aku mencabut gigi geraham ku. sobsob. Setelah bertahun tahun melalui mehnah dan ujian kesakitan bersama-sama. Menjadikan gigi ni gigi kekal kedua terkorban. (Gigi bongsu memang semua selamat terkorban, Alhamdulillah :P)

2010

Kisah gigi ni memang panjang, aku kira dari setahun lepas habis universiti. Aku ada sebatang gigi yang dah patah separuh. Maka, aku pergi berjumpa dengan seorang student dental yang dah tahun akhir. Dia bantu aku dengan membina semula bahagian gigi yang dah patah tu. huhu..

Dua minggu kemudian baru tau gigi tu ada problem, so gigi tu dah start berdenyut teruk gila sampai aku tak boleh tidur malam. Dan kakak tu tak dapat nak attain aku sebab dia punya kes untuk tu dah setel. Aku hilang punca, kebetulan ada kawan yang sedang bekerja dengan fakulti pergigian UM juga. Maka dia minta tolong kawan dia, suruh bantu aku. Maka RCT pertama pun berlangsung.

Alhamdulillah .. lega. Aku tak ingat pesan doktor apa. Tapi, aku ada jugalah tanya tanya kawan yang student dental tadi. Dia pesan kena buat crown. Tapi aku tak buat. Masa tu aku rasa kekangan masa. Sebab kalau buat crown kat UM, mungkin ambil masa dalam 3-4 kali pertemuan. Dan aku kan dah kerja memang malas lah aku nak ambik time slip all the time.

2012

Gigi yang sama, sakit kembali!! Aku siap ke klinik swasta kat Bangsar dan habis RM200 hanya untuk ubat, xray dan nasihat doktor. Belum buat pape pun lagi kat gigi. Lepas makan ubat, ok dah. Tapi tak lama muncul balik. T.T Sakit dia memang tak terbendung dah aku rasa. Lepas aku riki riki, aku jumpalah klinik kat PJS ni, Klinik Pergigian Famili Dr Zambri. Second RCT buat kat sini. Tapi yang pelik doktor cakap, lepas dia buka tak da apa pun kat dalam, mean first RCT memang ok. Dalam pun clean jer. Aku da macam puzzle, apa yang sakit sebenarnya. hurm.

Sekali lagi, doktor ingatkan aku untuk buat crown, tapi kali ni aku tak buat sebab mahal. RM350 k sebatang.

Over the year

2014

Aku datang lagi untuk buat tampalan semula sebab kepala gigi tu dah tercabut. Ini lah padahnya tak buat crown, keep on kena repeat tampalan. Sebab gigi tu dah tak kuat, asyik duk hentam jer memang pecah je la pakai tampalan biasa.

2015 ( Febuari 4)

Lepas tampalan terakhir, tampalan tu keep on hancur sikit sikit bila aku makan. Tapi lately lagi teruk, bahagian gigi yang rebuilt tu pun dah tercabut. aiyark. Sejak dari tu gusi aku berkala bengkak, surut, bengkak lagi dan sakit, ofcourse. Maka, aku pergi la klinik semalam, dengan harapan doktor akan bagi ubat dan aku leh rehat jap kesakitan before decide untuk tampal atau cabut. Sekali, doktor cakap kena cabut terus on the dot. Huhu, tekejut eden. Hilang lah sebatang lagi gigiku.

Rupanya.

Kalau kita dah pernah buat RCT, nak cabut gigi lagi sakit eh. Sebab RCT tu akan menghilangkan sambungan struktur asal gigi.

Sakit gila semalam, aku hampir nak tepis tangan doktor.

Ok tu jer. cerita pasal gigi.
Tq baca.

03 February 2015

cuti thaipusam 2015

cuti di pertengahan minggu sebenarnya agak leceh. dan agak kekosongan kalau tak de event. sejak semalam aku gigih bertanya semua orang apa aktiviti hari ni, kutla aku dapat slot in aktiviti menarik mereka.

plan dengan ofismet - tak berhasil
tanya grup40 - krik krik
adik usrah - ajak gi bukit gasing.
personally - ada gak rasa nak balik kuala selangor, tapi sebab perjalanan solo. So, terbantut sket rasa.

hehehe.

nina, nani dan su ajak ke bukit gasing semalam. tapi sebab aku dah pergi dan rasa tak de pushing factor yg kuat utk pergi lagi, so aku tak la join diorang. tp lepas dorang turun pandai plak nak join makan sarapan sesama kan. ahha~

btw, not much la yg menarik untuk anda sertai bila ada masalah gigi ni (as malaysian, food always be the biggest factor untuk gather.. haha) ok gigi masih sakit, duit gaji lak baru masuk tak clear lagi dlm bank, esok da clear laju2 aku pi cari dentist.

jadinya disebabkan kekangan2 dan tiada idea nak kemana-mana, maka aku rasa macam nak buat sesuatu yang rare. aktiviti ni akan berlangsung dlm rumah jer.

harap menjadi :)

till then, semoga berjaya operasi dan misi ini.

oh ya, banyak aku nak cerita lewat hari-hari yang berlalu.
tapi.. nantilah~