Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

12 April 2015

Sebuah pesanan.

Ada satu pesan.

Saya telah katakan dan masih mengatakan kepada Ikhwan dalam setiap muhasabah. Sesungguhnya kamu tidak akan sekali-kali dikalahkan kerana sedikit bilangan kamu, tidak juga kerana lemahnya peralatan kamu dan juga kerana ramainya musuh kamu, bukan kerana penguasaan musuh musuh ke atas kamu. Walaupun penduduk muka bumi ini semua berkumpul mereka tidak berupaya untuk mengenakan kamu kecuali dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah keatas kamu. Akan tetapi kamu kalah dengan sebenar-benar dan hilang setiap perkara yang menyambungkan kepada kemenangan dan kejayaan dengan beberapa sebab iaitu apabila rosak segala hati kamu dan Allah tidak membaiki amalan kamu atau apabila kamu tidak bersatu dan berlainan pendapat

...

*nanges sepanjang malam*

10 April 2015

The momment

Bila camping, malam adalah masa yang aku suka. Sejuk. Walau tak tinggi mana pun, tapi malam dalam hutan memang sejuk. 

Dulu masa aku kecik, aku selalu bayangkan camp fire. Nampak seronok. Hehe.

Tapi end up bila besar, baru tau.. orang camping sekarang memang tak bakar2 guna kayu api, instead they use gas dan stove. So punah lerai harapan aku nak camp fire. Make a group in circle and start exchange story. Lalala~ Nampak sangat banyak tengok drama inggeris. 

Ok.

1. Star Gazing

Baring atas batu dalam kepekatan malam sambil menatap bintang yang bertebaran luas pada dada langit. Sambil tu alam membelanjakan bunyi air yang tak pernah berhenti mengalir. Nyum2. 

those moment.

2. Heart to heart

Bangun awal sebelum Subuh with a group of girls friend, perform Qiam dan heart to heart session! Memang meresap betul, kalau ada yang nak sampaikan so, time camni la the perfect timing nak spill, nak muhasabah. Nak nangis ke, nak sendu ke.. Dalam malam yang gelap dan ditemani terang purnama. Subhanallah.

those moment.

For both, i cherish the most. 

Alhamdulillah.
Terima kasih Allah untuk semua rasa yang kau beri. 
Jalan hidup kita lain-lain tapi setiapnya, ada rencana Allah yang indah. 
InsyaAllah.

01 April 2015

the Strive before Amir's Wedd

Aha,

semalam ni aku makan tengahari (baca: lunch date) dengan kawan lama. Acah acah Soul-Mate gitu. Lama tak jumpa, dulu duk sekali hari hari jumpa, tak jumpa hari hari pun still hari hari borak. Terima kasih kepada teknologi untuk kemudahan yang diberikan.

Tapi, lepas dia quit dari rumah sewa. dan semakin sibuk dengan kerjaya. aku pun bajet bizi bersosial. maka ada banyak benda tak tercatch-up. Ada cubaan nak catch up tapi tak sempat nak lama. Rushing kut lunch hour T.T. Last time ada ofis mate sekali, so macam tersangkut sikit kut nak berborak sangat. Ni, tetiba ofis mate ada hal nak ke tempat lain, jadi dapatlah spend quality time.
"Aku ingat kalau Amir cakap nak kawen nanti, mungkin time tu aku akan shock sikit"
- somewhere 2013 -
Macam tulah luahan dia bila aku bincang dengan dia pasal adik aku nak kawen. Sedangkan aku ngan kakak belum nampak sinar2 tersebut. Aku dengan adik beza setahun. So, tak janggal lah kalau dia kawen dulu. Baya-baya gitu. Masalah nya dia dengan adik dia beza 7 tahun. Sebab tu mungkin dia keluarkan ayat macam tu.

Ahaha.

Aku tak jangka perkara tu akan menjadi realiti. Tiba-tiba hujung minggu lepas dia bagitau ada kat Melaka tengah merisik. T.T

Macam mimpi dah jadi kenyataan.

Sebenarnya, bila kita dah expect sesuatu perkara.. badan kita automatically akan develop something untuk menghadapi the worst case senario. Nampak macam sedih sebab 7 tahun kut beza, tapi kawen dulu. InsyaAllah perkara ini memperkukuhkan lagi terhadap satu perkara yang kita sedia tahu,
Jodoh itu rahsia Allah. Datangnya tak pernah terlalu cepat mahupun terlewat. ^.^

Untuk Awanis, semoga bertemu jodoh sebelum Amir kawen!! Berusaha. =)

31 March 2015

Esok dan GST

Sebenarnya last few months aku ada pegi talk pasal GST nih. Ada beberapa reason konkritlah kenapa aku pergi talk regarding this. Antaranya:

- dah lama aku dengar pasal GST, tapi tak dan nak membaca. Jadi kesempatan ada talk kena manfaatkan
- lokasinya makaih dekatnya ya ampun, kat UM yang 10 minit jer dari rumah :)
- speaker dia la (ofkos) iaitu Rafizi Ramli dan Ust Zaharuddin
- mencari sebuah penjelasan

Ahaha, reason yang paling tepat sebenarnya adalah yang last sekali tu.

Banyak informasi yang diperolehi sepanjang talk. Idea GST ni pun sebenarnya dah di bincangkan baik buruk dia sejak sekian lama. Now baru implement. Biasalah, new things come with pro n cons.

Apa yang boleh aku pointkan secara ringkas ttg GST: 
Kebaikan - dpt membantu meningkatkan ekonomi negara dan mengembalikan reputasi kewgn malaysia pd pndgn dunia (jika dan hanya jika dilaksanakan scr beramanah) 
Keburukan - Konsep pukul rata. Org miskin pun dikenakan kdr cukai yg sama dgn org kaya. Bakal meningkatkan jurang ekonomi, miskin semakin miskin, kaya semakin kaya. 
Kesimpulan saya.. sekiranya rasuah dan penyalahgunaan kuasa tidak diperbetulkan berilah cukai apa pun tidak akan berguna.

the problem is the root, but we keep beautify the branch. what for? 
- 11 Mac 2015, Facebook
Esok 1 April, dan lembaran baru bakal bermula. Oh ya, by the way.. aku mahu promosikan juga program yang akan berlangsung Khamis ni.. ingat tak i talk about Bouazizi semalam? Tau tak siapa dia? Jom reramai.


till then, hello April!