Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

19 August 2015

Sejatinya Cinta

Akhir-akhirni, aku banyak taip.. tapi end up kat draft box jer. idea mari tapi sat-sat saja. Makanya, tulisan tak berhujung.

Tapi tetap nak letak post baru kan #gigih.
Jadi aku share kan lah lirik lagu ni.
Entah macam mana aku boleh jumpa lagu ni.
Menangkap beb maksud yang tersirat dia!

Kalau korang nak dengar, try la pi search Youtube ke or any.

Album : Bahasa Jiwa
Munsyid : Maidany
http://liriknasyid.com

Tuhanku, janganlah Kau menjauh
Hatiku s'lalu rindu 'tuk bertemu denganMu
Tuhanku, bimbinglah daku dalam cintaMu
Tunjukkanlah padaku jalan kebenaran
Siramilah jiwa ini dengan kasih sayangMu
Agar dapat kupetik buah cintaMu yang abadi dalam hidupku

Semua kata cinta di dalam dunia ini
'Kan kubungkus dan kurangkai di dalam cintaMu
Menjadi sebuah cinta yang sejati

Tuhanku, aku hanya hambaMu yang lemah dan tiada berdaya
Mengharap damba dari segala damba dariMu
Janganlah hilangkan cintaMu dalam hatiku
Oh janganlah hilangkan kasihMu dalam jiwaku


Sedih plak lirik dia, mari lah sama-sama kita masuk ke mode muhasabah. 
Syahdu k, nak nak kat luar pun mendung je dah beberapa hari ni. 

18 August 2015

Bahasa Jiwa Bangsa

Aku nak huraikan tentang tajuk diatas. Tapi. panjang pulak nak tulis. Tapi jangan bimbang, kita minta tolong Mahmoud Abdel Fattah Ibrahim Essa lah untuk sampaikan isyarat hati aku nih.

Saksikanlah. :)

Al Misri 

Cintailah Bahasa Melayu! Biar apa pun langgam bahasanya. eh!

#bulanKemerdekaan
#yukCintaiBahasaCinta
#semogaMalaysiaLebihBaik

14 August 2015

Ada tak?

Ada tak atau pernah tak korang 'annoyed' sangat dengan orang sampai suara dia pun korang rasa tanak dengar?

haaa..

petanda apa?

13 August 2015

2 perkara.

Ini sekadar nota-nota ringan untuk para aweks sekalian. Almaklumlah dunia sekarang semakin mencabar dan bahaya. Jadi, kena extra work sikitlah. Bila bawa handbag, selain dari segala jadah barang make up dan purse, bawa sekali lah 2 perkara.

1. Lampu suluh kecil.

Motif kan?? sebabnya untuk kes aku, lif rumah rosak. Maka selalu kena naik tangga. Naik tangga pulak, lampu rosak. Apalah nasib, jadi lampu suluh amat membantu. Selain tu, ada gak masa-masa kecemasan lain lampu suluh ni mampu membantu. hehe. (Kalau korang nak cakap korang ada lampu handphone, up to you. Harap batery tak flat bila waktu waktu memerlukan)

2. Pisau lipat pelbagai

Sejak aku tengok 127 hours haritu, tetiba terus terpengaruh untuk beli pisau lipat multi purpose nih. Untuk keselamatan je la, mungkin juga untuk menajamkan daya kretiviti kalau waktu2 tersepit.

Ok itu jer lah nak cerita nya.

Sekian.

Petaling Jaya Selatan,
Batu 6 1/2
12.46pm

07 August 2015

3 things to succeed.




tahu tujuan.
tahu jalan.
get a partner.

jom, cari jalan menuju syurga
>.<