Ini sekadar nota-nota ringan untuk para aweks sekalian. Almaklumlah dunia sekarang semakin mencabar dan bahaya. Jadi, kena extra work sikitlah. Bila bawa handbag, selain dari segala jadah barang make up dan purse, bawa sekali lah 2 perkara.
1. Lampu suluh kecil.
Motif kan?? sebabnya untuk kes aku, lif rumah rosak. Maka selalu kena naik tangga. Naik tangga pulak, lampu rosak. Apalah nasib, jadi lampu suluh amat membantu. Selain tu, ada gak masa-masa kecemasan lain lampu suluh ni mampu membantu. hehe. (Kalau korang nak cakap korang ada lampu handphone, up to you. Harap batery tak flat bila waktu waktu memerlukan)
2. Pisau lipat pelbagai
Sejak aku tengok 127 hours haritu, tetiba terus terpengaruh untuk beli pisau lipat multi purpose nih. Untuk keselamatan je la, mungkin juga untuk menajamkan daya kretiviti kalau waktu2 tersepit.
Ok itu jer lah nak cerita nya.
Sekian.
Petaling Jaya Selatan,
Batu 6 1/2
12.46pm
No comments:
Post a Comment