Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

01 February 2016

Girls School.

Menjadi dewasa bersama perempuan di sekolah perempuan.


menjadikan aku, 


begitu keperempuanan~
(ke?)

#ziarahWana #usrah #endofJan #muchLove

cerita semalam.
melawat Wana yang dah berhijrah semula ke Lembah Klang. 
Moga Wana diberi kesembuhan dari sakit-sakitnya. 
Moga Wana cepat dapat baby. 
Moga Wana berbahagia dengan kehidupan berumahtangga.
Cepat-cepat jadi AJK Makanan Surau Seri Jati. 

Next Ziarah, maybe kena pekena nasi Kambing?
atau main belon di surau setia city mall? 

hehe

okbai

nota: terima kasih beauty effect dari kamera terlibat,
mengembalikan keremajaanku >.<

26 January 2016

Sembilan [9]

Sedar tak sedar, dah tahun kesembilan bersama blogspot.
Allahuakbar, summa Alhamdulillah. 

Gambar, hasil suntingan di canva.com (dah tau lama website ni tapi baru sekarang nak cuba), 
background bukit gasing pada 2014, last minute training before CBL. >.<

Semalam ada siri usrah yang dikira terakhir untuk tempoh 2 tahun.. ada rombakan kecil. Jadi, ada lah sesi muhasabah dan curhat. Tak banyak yang nak di curhat kan, lagi-lagi lepas dengar mutiara-mutiara hikmah dari Kak Naqibah. Rasa hilang terus apa-apa yang tak habis kat dalam hati tu. Bila kak naqibah tanya, 
"Sarah pulak lah share ada apa-apa nak cakap atau kongsi ke?"
"Saya tak ada lah nak beri ucapan apa-apa. Cuma nak bertanya, kak dah ikut usrah dari foundation lagi. Sepanjang tempoh tu sampai sekarang, tak ada ke rasa nak quit dan macam mana kak overcome perasaan tu?"
"Rasanya sama je semua orang mesti akan lalui fasa tu, untuk akak sendiri Alhamdulillah takde lah rasa sampai nak quit tapi lebih kepada terlalu banyak kerja sampai kita rasa tak de masa dah. Masa tu memang banyak-banyak lah berdoa. Dan bagi kak, apa yang menguatkan untuk terus juga datang usrah dan buat kerja-kerja dakwah ni ialah, apa nak jawab kat Allah nanti kat akhirat"

ok, ayat terakhir kak tu, benar-benar menyentap~

Moga menjadi pembakar semangat untuk kita semua terus melangkah. Jangan menoleh lagi. Minta kat Allah, Dia lah sebaik baik pemberi kekuatan. Kita tak pernah sendiri. 

18 January 2016

Tempoh

Alquran diturunkan berperingkat. tidak sekaligus.
Adam diciptakan juga mengambil masa beberapa hari. tidak sekaligus.
Untuk bayi dilahirkan juga mengambil berbulan lamanya. tidak satu malam.

Kita belajar berjalan, ada tempohnya.
Kita belajar membaca, mengira, menulis, ada tempohnya.

Semua yang terjadi bersama tempoh tertentu.
Jadi mengapa kita sering mahukan sesuatu tanpa tempoh.

Berdoa hari ini, mahu esok terus memiliki.
Mula usrah hari ini, mahu esok terus berdakwah.
Masuk kerja hari ini, mahu esok terus bijak setaraf manager.

Semuanya bertempoh.
dan ada hikmah di sebalik tempoh itu.
InsyaAllah

hari ini, ada hikmah yang aku lihat.
Untuk salah satu tempoh yang telah Dia tetapkan.

14 January 2016

Nuang via Janda Baik

#throwbackVersion
2 Januari 2016

Pengembaraan ke Nuang aku kira pastinya mempunyai sentimental value dan nilai lain yang tersendiri. Sebab apa? Approx. 7 years back, ada bunyi-bunyi untuk ke Nuang via Hulu Langat. Masa tu aku sedang praktikal di Ampang lagi. Tapi at last, change of plan. Pergi Air Terjun Perlus sahaja.
(Bila difikirkan balik, masuk Perlus pun dah sengal. Kalau naik Nuang via Langat taktau la apa akan jadi dengan aku)

Cerita Lama | Air Terjun Perlus, Langat

Berbalik kepada kisah Nuang. Kisahnya, kawan kak Siti nak buat trip Trans Nuang. Naik Hulu Langat, turun Janda Baik. Tapi macam hard core sangat bila dipikir-pikirkan, jadi kak Siti cakap dia nak buat Janda Baik - Nuang - Janda Baik. So, i'm on with the idea. Aku pun sebenarnya lama teringin nak naik Nuang nih. Maka setelah di timbang tara, 4 orang akan naik dari Langat dan 3 orang akan naik dari Janda Baik. Jumpa kat atas jam 12.30 tengahari.

Macam tulah plan asalnya. Tapi, disebabkan kemalasan yang menebal, maka pagi pukul 5 lebih baru ke Puchong amik Kak Jijah. So, sembahyang Subuh dan barulah gerak ke Janda Baik. Tapi sampai Gombak singgah jap kat Leha Kelfood, lapar punya pasal! ahaha~ Boleh tahan meletop gak rege kedai Leha nih. Masa tu dalam jam 7 pagi jugalah. Pastu kak Siti dapat wasap memberitahu geng Langat da start hike up. Ahaha, dan kami masih kat Gombak :P

Lepas makan terus ke Janda Baik. Petunjuk arah hanya signage ILMU. Sampailah kami ke kaki Nuang. Park kereta, then mula berjalan. Perjalanan bermula jam 9 pagi. Mula-mula jalan agak meletihkan jugalah, sebab lalu antara kebun. Dan keep on wonder, bila nak sampai nih. Ahaha~walhal baru tak sampai 30minit berjalan.


Jam 10.30 pagi kami tiba di air terjun. Ingat nak relax sekejap kat sana, tapi Kak Jijah pesan kita main air lepas turun dari Nuang. Now, kita kena keep going untuk sampai ke puncak. Takut tak sempat sampai ke puncak kalau lambat sangat. Jalan dan jalan dan jalan lagi. Alhamdulillah perjalanan kali ni tak begitu mental, memandangkan group kecil plus aku sibuk dengar cerita kak Jijah dan kak Siti jer.

Pukul 1.20 petang akhirnya, kami tiba di puncak. Phew~ Sejuk betul kat puncak Nuang ni, member sampai menggigil jugak lah.


Berehat jap, sembahyang Zohor kemudian bergerak turun jam 2.40 petang. Turun agak mencabar juga lah, memandangkan agak curam dan kebolehan kaki dah semakin merudum. Walau bagaimanapun, nampaknya kami turun masih agak laju berbanding naik. (laju sejam dari masa naik. Aku rasa punca utama kelajuan adalah disebabkan saiko ngan group belakang - dorang nyanyi kuat kuat dan kami tersaiko macam mereka nak beat kami) 

Sampai di air terjun balik pada jam 4.30 petang. Bersihkan diri, makan apa yang ada, solat Asar dan kemudian sambung perjalanan jam 5.20 petang. Sengal! lama gak rileks kat air terjun eh. Haha! Bergambar sikit masa perjalanan turun (dah nak sampai kebun) view dia memang priceless! Masa naik tak pulak perasan, mungkin sebab masa tu view kat belakang kami, manalah nak perasan kan!




Then, lepas tu jalan lagi untuk sampai ke kaki gunung tempat park kereta. 6.45 petang kami pun tiba semula di tapak mula! Tapak mula tu, ada anak sungai kecil. Masa nak naik berialah mempertahankan kasut dari basah. Nak balik, masing-masing duk rendam kasut! Lecah teruk sampai kasut dah betukar warna lecak. =.= Oh ya, tapak kasut aku pun da mula ternganga!


Aku, kak jijah dan kak siti naik kereta dan terus mencari destinasi tidur malam tu! Teratak di Hujung Kampung namanya. Unik unik! Tak jauh pun dari tempat park kereta. 

Dekat kawasan chalet, kakak kepada kak jijah a.k.a Kak Ecah dah memulakan aktiviti BBQ dan masak memasak. Alhamdulillah! Berbaloi skip lunch! hahaha. Jap aku belanja sikitlah gambar chalet, sebabkan dah malam dan lupa terus nak tangkap gambar tempat tu, aku minta khidmat google dan ihsan utusan online. 




Aha, walaupun da agak ke-maghriban masa kitorang sampai tu, tapi sebab sungai dia betul-betul tepi chalet aku, maka tak dapat nak melepaskan peluang. Tetap gelap-gelap tu aku terjun masuk sungai. Nasib baik tak kena sampuk ke apa ke kan~ Maghrib-maghrib mandi sungai kan. 

Lepas maghrib terus makan! Menu: nasi putih, sayur masak air, sambal telur dan ayam bakar! Ah, nyaman gak balik2 dapat makan dan tidur selesa. Haha.

Teratak ni aku kira best jugak lah, sebab dia ada sediakan chalet2 (some ada bilik air kat dalam, some tak ada, tapi ada sediakan bilik air awam) pastu ada dewan terbuka ada 2 meja dapur kat sana dengan kerusi2. Ada kawasan lapang tepi tu, boleh lah kalau nak solat berjemaah. Kitorang makan dinner kat situlah, dewan terbuka tu. Pastu ada sediakan dapur awam jugak! (macam dalam gambar) Boleh masak-masak sendiri! yeah! tapi kena take turn la kalau ramai sangat. Nasib masa kitorang datang tu ada 2 kumpulan jer. So kami duk bergilir ngan kumpulan makcik tu je la. Lepas tu, ada tempat BBQ, dan ada tempat untuk duduk2 (satu meja dapur dengan kerusi) betul2 depan dapur awam tu.

Malam tu, lepas dinner kitorang naik untuk solat Isyak. Lepas tu turun balik, lepak jap kat tempat duduk2 tu, sambil pekena kopi o cicah biskut tawar! Dan, ok main regu (random gila nak main regu plak kan) Main sampai dekat 12 lebih gak rasanya. Siap ada yang sambung masakkan megi lagi T.T Ok aku memang tak ambil lah. Kenyang sangat dah!

Esoknya, lepas subuh aku bersiap-siap lah untuk pulang ke tempat asal :) 

Begitulah kisah ke Janda Baik. So, yang da biasa ke Nuang via Pangsun mungkin boleh cuba untuk lakukan via Janda Baik. Hehe. Dan jangan lupa bermalam di area Janda Baik! Udaranya nyaman sekali. Camtu.

Okbai.

13 January 2016

Sakit tekak & selesema

Aha, ni namanya macam takde kerja. Tapi takpe, saja nak jot down, so soon bila kena sekali lagi ada refer page untuk teknik berubat.

Sakit tekak & selesema adalah penyakit biasa penyebab aku demam. Nak dijadikan kisah, hujung minggu lepas pergi program. Program ni indoor, takde lah terdedah sangat dengan kepanasan. Menjadikan lagi lupa nak minum air banyak.

Petang Ahad, shoot terus ke usrah. Dijamu pula dengan roti cicah kuah durian. Aduh sedapnya, makan 2 mangkuk! Walaupun sebelum ni aku perasan, durian memang paling cepat buat aku panas dalam. Tapi sebab ni sekadar kuah durian maka aku bersemangat je makan.

Esoknya Isnin, terus diserang bersin-bersin dan mengantuk yang bersangatan (mungkin badan tengah produce antibodi untuk melawan serangan dalaman? so guna tenaga yang banyak. dan aku mengantuk) Makan tengahari ku order teh o limau suam berbanding selalu order teh o ais limau. Balik makan, aku beli jambu 4 ketul (jambu banyak vitamin C, kalau yang tak tau lah) Toward end of the day, asyik menguap jer. Dan bersin lebih giat.

Malam tu, dah start sakit tekak. Bila sakit tekak ni, minum pun lagi la malas. So, malam tu aku tak tido banyak panas punya pasal. Selang 2 jam bangun dan basahkan kepala. Bila sejuk kepala ok sikit nak tidur. Esoknya Selasa memang sakit tekak teruk.

Pagi-pagi terus ke seven E dan beli 2 batang paddle pop. Sampai ofis terus makan satu (ada petua kata aiskrim bersusu ni sesuai untuk heal sakit tekak) Pukul 3 petang tu makan sebatang lagi. Balik kerja terus ke pasar malam, beli air kelapa dan jeli kelapa (katanya air kelapa boleh menyejukkan badan, tapi bukan yang ada ais kut.. wakaka, lupa nak suruh brader kedai buang ais nya)

Malam tu aku tidur awal, sebab selesema memang penting untuk tidur yang cukup. Maka jam 1 pagi baru terjaga, bangun sat gigih nak makan jeli kelapa dan sebiji ubat selesema. kemudian tuam kepala dengan tuala basah yang telah disimpan dalam fridge.

Alhamdulillah.

Hari ni sakit tekak dah hilang, tinggal flu. Lunch tadi dah boleh berbual dengan gembira dan berjaya. Makan lagi 4 ketul jambu today, hopefully may heal faster.

Ok, berbalik kepada kesakitan..
Masa aku terjaga tengah malam semalam, aku duk fikir.. bila sakit-sakit time muda ni boleh lah gigih buat itu ini sendiri. Tapi kalau dah tua esok, badan pun dah tak berapa kuat. Memang tak larat dah nak manage sendiri. Aduh rasa sedih pulak, kenangkan orang tua di kampung. Macam mana bila diorang sakit kan? Tapi tulah bila memikirkan komitmen bayar pinjaman, terbantut je hasrat nak kerja di kampung.

Baiklah itulah sekadar cerita yang dapat dikongsi hari ni!
Apa-apapun, yang kita mampu lakukan hanya berikhtiar, semuanya ketentuan Allah juga, nak beri kita sihat atau tak. Jadi, doa jangan putus ya!