Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

30 April 2016

Jogjakarta - Mt Merbabu (3 142 mdpl)

Cinta selalu mengubah seseorang.
Namun, tidak pernah memaksa seseorang untuk berubah.
Kau tetap bisa menjadi dirimu sendiri.
[Saat serius mencintai seseorang, Boy Candra]

Makanan lunch dah disediakan dan hantar ke homestay. Makanya lepas makan dan solat, semua pun sambung tidur. Sebab nak naik the finale mountain kan. Tapi, aku agak telat jugak. Kisahnya, aku makan dulu, lepas tu baru mandi. Mandi plak campur sekali dengan basuh baju, hantar spin then sidai. Pastu baru solat Asar.


Masa sampai katil jam da menjengah jam 5. Pulaknya, jam 5.30 da maghrib. Ahaha. Maka dapat lah tidur dalam 30 minit. Terus bangun untuk solat Maghrib. Isyak tu, gerak semua. Tapi semua pun mungkin penat Merapi pun tak abis lagi. So, lambat-lambat je semua bangun.

Anton, Aji dan Fajar.. aku tengok Anton paling awal bangun. Tapi biasala Ton, blurr je selalu. Jitho (the supir) dari lepas aku solat Asar tadi aku tengok tak tidur pun. Lambat-lambat semua pun duk bangun dan solat. Mengemas beg bagi yang belum habis mengemas. 2 gunung sebelum ni, hanya sediakan day pack beg, so takde lah pening sangat. Kira, ni first time la nak bermalam. Jadi, akan bawa beg besar malam ni.

9.40 malam van pun bergerak menuju jalur pendakian Selo. berhenti ambil permit dan kemudian van pun menurunkan kami berhampiran musolla, tepi pintu masuk Jalur Pendakian Selo. Untuk pendakian Merbabu ni Fajar tak ikut, keletihan sejak Merapi belum hilang. Jadi Anton dan Aji saja yang mengiringi.

"Sekarang kita berada di Jalur Pendakian Selo menuju ke puncak Merbabu. Di dalam nanti, jika ada yang ngerasain sesuatu atau terlihat sesuatu yang aneh, diamkan aja sehingga kita keluar balik ke sini" - Aji

semua diam. sekejap ada rasa creepy. tapi sat ja la. bila da mai penat mendaki tu, hilang da segala creepy semua.

10.25 malam, pendakian pun dimulai. 2 gunung sebelum ni rasa macam masih boleh hadap lagi, tapi naik kali ni, cepat betul terasa lelah. Mungkin sebab kali ni bawa beg besar sikit. Jadi nafas pun pendek pendek. T.T

11.50 malam tiba di Pos 1, berehat 10 minit. Sambil Aji sap-kok-lu. Aku memang da separa nyawa.


Day 4 (22 April 2016)

12.00 tengah malam pendakian di teruskan. Sejuknya bila menuju tengah malam dan awal pagi. Selepas 30 minit berjalan, kami tiba di Pos 2 bayangan. Tak berehat lama kaki terus melangkah.


1.20 pagi kami tiba di Pos 2, katanya dah tak jauh dari pos 3, maka nanjak terus! Sebab lagi lambat kami sampai, lagi lambat tidur dan esok nak climb up lagi.

2.10 pagi tiba di Pos 3, akhirnya! Pos 3 ni merupakan tanah lapang, taktau lah boleh memuatkan berapa banyak tenda. Disebabkan kami datang ni weekdays maka takde lah banyak sangat tenda. Ok disebabkan tanah lapang atas gunung. Freezing cold! Aku memang takleh buat apa dah time tu, menahan sejuk je, sementara tunggu orang lain menyiapkan kemah. :D

3.00 pagi kemah pun siap terbina. 3 buah semuanya. Laju-laju terus masuk kemah, sarung selapis lagi baju luar, masuk sleeping beg. But still, menggigil sampai ketap2 gigi! Malam tu aku tak tidur sangat pun, sebab sejuk sangat. Aku dengar Mirul masih bersembang. Tak tau pukul berapa aku dengar Mirul panggil
"Edah, Yadhaa, Kak Sarah taknak minum ke? Meh la makan.." - Mirul
Separuh hati aku macam nak mempersoalkan, weyh makan apa lagi da 3 pagi ni. Tapi, separuh lagi rasa nak bangun minum kopi panas. Namun, aku pilih sambung tidur je. Ahaha, sorry Mirul. Huluranmu tak dapat kusambut. Zzzz.

kemah 1: aji, anton, mirul
kemah 2: amir, wan
kemah 3: aku, yadhaa, edah
4.30 pagi aku dah bangun. Its time for Subuh prayer. Aku kejutkan Edah. Tapi ya ampun, sejuk macam ni, memang menduga iman. Nak amik wudhuk pun macam berperang. Tak lama lepas tu, Amir, Wan dan Yadhaa pun bangun dan solat subuh bersama-sama.

5.30 pagi masing-masing dah keluar kemah dengan kamera masing-masing. View dari Pos 3 pun dah priceless. Memang tak dan nak kejar sunrise kat puncak Merbabu. Jadi, awal-awal semalam Aji dan Anton dah pesan. Pagi lepas Subuh, naik sikit di bukit sebelah Pos 3 ni, akan nampak sunrise dan gunung merapi. Jadi boleh tangkap gambar kat sana. Dah puas bergambar baru kejut diorang untuk guide naik ke Puncak Merbabu.

dari bukit di Pos 3, berlatar belakangkan Mt. Merapi

Aku join diorang, tapi sat ja. Sejuk! Jadi lepas beberapa snap, turun dan lepak depan kemah 1 (dimana terletaknya perkakas masak) Panaskan air, dan buat kopi! peh, sorga!

  
si pemalas yang kesejukan. haha!

Guide yang perform, bangun tido terus masak sarapan.

7.57 pagi lepas memakan mi sedap goreng dan air panas, kami pun free body naik ke puncak Merbabu. Makanan tambahan dan air semua isi dalam satu beg dan Anton tolong angkatkan beg tersebut. Sementara Aji tunggu dibawah jaga kemah. Kitorang memang naik tanpa much expectation. Ada satu je dalam fikiran. Reaching peak of Merbabu dan menghabiskan misi ini.

Nanjak terus! 

8.43 pagi kami tiba di Sabana 1. MasyaAllah ya ampun! Subhanallah, Allahuakbar. Cantik gila! Jap belanja gambar sket.




ok habis bergambar, sambung lagi layan view.

9.25 pagi kami sampai ke Sabana 2. Masa tu, pemandangan dah bertukar, putih dan kelabu. And thus the nightmare. Dah tak ada lagi warna hijau sabana. Anton cakap, biasa keadaan tu diatas gunung, kerana angin yang membawa embun. Tapi kalau makin gelap, itu memang petanda badai. Beberapa siri jugala perbincangan, nak teruskan atau nak patah balik. Dalam lebih kurang 50 minit - sejam jugak lagi nak sampai puncak. Tapi kalau betul hujan ribut, naik puncak pun merbahaya sebab kat sana memang da tak ada pokok. Tambahan pula, bila da ribut, memang tak ada view. Memang no point jugak nak teruskan.


Mirul dah agak mental, kesejukan.

9.52 pagi, kami berhenti di point terakhir, dan berkeputusan untuk patah balik. Setelah tanya 2-3 group dan perseorangan yang baru turun dari puncak. Katanya badai teruk diatas. Maka berjalan turunlah kami dalam hujan yang sejuk. Turun tu aku dah tak tengok belakang lagi. maju terus! Kadang-kadang dengar Anton sembang dengan Aji via walkie talkie. Dengar2 da siap mee goreng dan telur rebus. Argh.. lagi termotivasi nih! Solo je melaju turun. 

11.09 pagi, aku sampai ke Pos 3 kembali. Terus ke kemah. Naik sejam 50 minit, turun sejam 20 minit. 
"Aji, nak kopi" power kan, order cam kat kedai kopi
"Masuk ke tendanya dulu mbak. Nanti aku buatkan kopi" - Aji
"Mbak, masih di pintu tenda?"
"ya"
*aji keluar hulur kopi* sedapnya kopi panas dikala kesejukan ini.
Dalam 5 - 10 minit kemudian ahli pasukan pun tiba. Dan megi goreng, nugget dan telur rebus dihulur oleh Aji. Erm, sejuk, perut lapar, makanan! Paling enak! 


Lepas kenyang melahap, semua hibernate dalam kemah, kat luar masih ribut dan sejuk. Aku yang da kebasahan sejak turun dari Sabana 2, terus salin baju. Masalahnya sekarang sweater aku pakai pun da kebasahan T.T. Gila sejuk, tidur kesejukan! Last weapon yang aku ada tinggal poncho hujan je! Ahaha~

Setelah diserang mental akibat kesejukan, kami pun rehat dalam kemah kurang lebih 3 jam. Sambil tenangkan otak, sambil tunggu hujan reda. Jam 2 kami pun keluar bersiap-siap kemas kemah dan barang untuk turun. 

sejuk gila, tak tipu! meskipun da petang time tu.

rakan-rakan mengemas, sekadar terduduk menahan sejuk. 

2.33 petang, kami pun memulakan pendakian turun. 


Bila da lama berjalan, mula lah berasa panas. Hehe, baru lah pandai nak buka baju hujan. 

 
seluar hiking da basah, seluar batik je ada. hipsturr style.

2.55 petang tiba di Pos 2
3.16 petang tiba di Pos 2 bayangan
3.35 petang tiba di Pos 1

view ketika turun.

4.22 sampai semula ke pintu masuk. Masa turun ni, berselisih berbondong-bondong manusia. Aku pikir ada parti ke kat atas malam ni?! Ahaha~ Then lepas lama fikir baru ingat, ok malam ni Jumaat malam Sabtu! Hari liburan kan~

tengah tunggu van menjemput. Lelah.

Alhamdulillah, misi 3 gunung 3 hari selesai! its a wrap. Walaupun tak dapat menjejak puncak Merbabu, bak kata Anton, itu kan takdir. Ya usahanya udah kan? 

Balik ke homestay, Jito bagitau kita akan bergerak ke hotel di Kota Jogja selepas Maghrib. Memang agak rush gakla sebenarnya, aku turun sempat lagi basuh baju seround, siap spin sekali. Huahua~ Mesti ar da predict kan, kat hotel mana de mesin basuh. Laundry service je la harapannye pun. 

Aji cakap biasanya dia akan ikut trip jika ada melibatkan pergunungan saja. Kalau pusing bandar dia tak ikut. Plus ada plan bareng dengan teman2 nya di hujung minggu. 

Lepas maghrib, kami pun ber-sayonara dengan Aji dan bapak dan ibu homestay. Its farewell time! Selesai bertukar salam dan senyum, kami pun bergerak ke pekan New Selo, untuk mengisi perut. Dinner time! Makan malam terakhir sebelum meninggalkan daerah pergunungan~~ 

Ah, rindu!

Makan malam tu, nampaknya ramai gak yang keluarkan gorgon semasing. 2-3 mangkuk makanan di order. 

Pekan kecil berudara digin yang meminati upin ipin :) bapak dan ibu yang tak lokek senyum. ramah berbual (walaupun ada masalah bahasa sikit) bye New Selo! kami bawa Abang Salleh a.k.a Mirul balik dulu k, nanti datang Malaysia boleh jumpa lagi. 

Anton dan Jito meneruskan kembara bersama kami. daerah pergunungan pun kami tinggalkan, menuju ke daerah liburan di sekitar kota. 

>.<

#tripplesummit2016 #jombloberpetualang

to be continued..

29 April 2016

Jogjakarta - Mt. Merapi (2 913 mdpl)

Akan ku peluk semua yang patah.
Biarkan kembali rindu lahir dari sebentuk harapan yang mengalir.
Doa-doa mungkin tak akan berharga,
tanpa rasa syukur kerana kita masih ada.
[Tak pernah habis, Boy Candra]


 
Home stay ananda. Ruang belakang rumah boleh sidai baju.


pemandangan di hadapan homestay, priceless.

Sampai di Homestay semua beratur nak mandi. Mandi pertama sejak tiba di Jogja. Ahaha T.T Dapat pula air macam ada ais kiub kat dalam kolah. Sejuk grrr.. Petang tu sebelum sampainya waktu Maghrib bersiar siar sebentar di sekeliling rumah. (Sambil-sambil recovery walk la kononnya) Dapat pulak jiran depan rumah sedang menuai lobak. Maka join la bergambar barang sekeping dua. Cool gila tempat nih. Semua orang makan sayur dari halaman rumah je. Soooooo nais.


Beramah mesra dengan anak kampung.

Projek bersiar-siar kami terhenti bila gerimis mula turun. Maka, kami pun balik lepak kat dalam rumah je.  

7.00 malam, dinner di pekan New Selo yang jarak perjalanan jalan kaki dari homestay hanya 5 minit. Aku order bakso je semangkuk. Yang lain-lain nampak macam makan dengan penuh semangat sekali. 

8.30 malam, kami bergerak pulang ke Homestay. Sebenarnya kami kena berehat, sebab rencananya jam 12 tengah malam ni, kami akan mendaki Merapi pula. Jadi balik dari dinner, semua pun masuk selimut. Ketiduran.

Day 3 (21 April 2016)

Sepatutnya, kami bangun jam 11, bersiap dan jam 12 bergerak ke New Selo basecamp. Tapi nampaknya tersasar. 1.30 pagi baru masing-masing tersentak dan terjaga dari tidur. Arghhh~~ Begitu-begini bersiap, 2.16 pagi kami pun bergerak ke Merapi. 2.46 tiba di pintu gerbang, ambil permit dan meneruskan pendakian. Jalannya, agak menanjak pada permulaannya.

4.16 pagi kami tiba di Pos 1, memandangkan pos ini ada wakaf, maka kami terus berhenti dan berehat untuk solat Subuh di sini saja. 

5.00 pagi meneruskan pendakian. Memang dah jangka kali ni tak dapat kejar sunrise. Lambat dah kan tertidur pagi tadi. Drag berapa jauh tu. Sejam kemudian kami tiba di Pos 2, dan sejam kemudian lagi kami tiba di Pasar Bubrah. 

amir, wan dan mas aji. berhenti bergambar sebelum pasar bubrah.

Reaching Pasar Bubrah, mengah!

melepas lelah.

7.00 pagi kami berhenti rehat sebentar beberapa langkah selepas pasar bubrah, bersiap-siap untuk memuncak! Aku duk tengok beberapa kali puncak Merapi. Dari point ini dah boleh nampak puncak, so duk fikir nak teruskan atau tidak. Tapi, kalau tak teruskan macam sayang pulak. 

anton, fajar dan shela berehat disini. Sementara kami di temani aji menuju puncak merapi.

7.42 pagi kami pun meneruskan langkah untuk ke puncak Merapi. Perjalanan ternyata sangat mencabar. Kat sinilah orang cakap, naik 3 langkah, turun 2 langkah. Sebab kat sini da takde pepohonan. Tinggal batu-batuan dan pepasir je. Memang mengundang amarah bila da 2 kali melangkah tak juga berganjak. 

ternyata tak mudah. dan jelas menjemput putus asa.

9.03 pagi, kami sampai ke puncak Merapi. Alhamdulillah! we did it! Jangan berhenti melangkah walaupun letih. Tapi kat atas ni agak gayat juga lah. Sebab belakang tempat kami duduk tu terus kawah gunung. Silap langkah memang boleh sadaqallah kat situ. Memang ada kes juga yang mati tergelincir sebab ralit sangat bergambar. 

Gambar kenangan di puncak Merapi

Setelah berehat dan letih bergambar jam 10.05 kami turun ke Pasar Bubrah. 10.39 pagi kami tiba semula di tempat Anton dan Fajar, berhampiran pasar bubrah. Waaah~ naik sejam lebih turun +-35 minit jer. Lepas layan kopi dan buah duku, bergerak turun ke bawah jam 11.15 pagi. Aji bilang, kali ni kita tak menggunakan jalan yang sama ketika naik. Kali ini kita gunakan jalur evakuasi.

12.48 tengahari, tiba di Pos 1.


2.34 petang tiba semula di basecamp New Selo, tempat van terparkir.

Pengambaran ke Merapi berakhir disini. Mission success. kami pun masuk van dan bergerak ke homestay. Perlu berehat lagi sebelum bergerak ke Merbabu pula malam nanti. Untuk menjimatkan masa, Fajar orderkan nasgor (nasi goreng) dan minta dihantar ke homestay. asyik!

#triplesummit2016

to be continued..

28 April 2016

Jogjakarta - Mt. Prau (2 565 mdpl)

Ada sesuatu yang aku pelajari hari ini,
Tuhan selalu memberi kejutan kepada kita.
Padahal yang tak begitu kita suka pada awalnya.
[Semoga nanti kita bertemu lagi, Boy Candra]

Masa mula-mula dapat itinerary aku tengok ada 2 gunung yang akan di daki. Tetiba dah dekat date, Edah bagitau ada tambah 1 lagi gunung dan itti hanya akan dapat lepas sampai Jogja. Aha, punya nak suprise kan

Day 1 (19 April 2016)

Di Bandara, sementara tunggu Yadhaa sampai aku pun selak itti. Ok, malam tu tepat tengah malam kami akan terus mendaki Mt Prau. Pergh pergh. (aku da tau awal sebenarnya, tapi biasalah nebes tetap ada)

6.20 petang kami berhenti makan di gerai bapanya Fajar (Fajar ni ejen yang bawa kami bercuti di Jogja tu lah. Represent Trip Javanesia Travel Buddies) Lapar betul, dari tengahari aku tak makan, nervous nak naik flight punya pasal. Paranoid! haha~

7.00 malam kami pun berangkat menuju ke musolla untuk solat Jamak Maghrib & Isyak. Disamping, salin baju untuk hiking. Betul-betul sebelah musolla tu ada kedai runcit ala-ala 7E gitu. Jadi kami pun singgah jugalah untuk beli sedikit makanan dan air isotonik bekalan pendakian.

9.00 malam, van pun meluncur laju memecah sejuk malam menuju Deing Plateau, wilayah Wonosobo. Di sanalah letaknya tapak mula untuk pendakian menuju ke Gunung Prau.

Day 2 (20 April 2016)

Kami sampai di Dieng, jam belum pun mencecah 12 tengah malam. Jadi, lepak sat layan jalan yang kosong, pergi toilet dsb. Sejuk dia.. pergh. Gila! Fajar dan Anton selaku guider dan sweeper memanaskan badan dengan menyedut beberapa batang rokok sebelum memulakan pendakian.

12 tengah malam, kami pun memulakan pendakian melalui Jalur Deing Wetan. Menurut pembacaan jalur pendakian yang ini sedikit panjang, tapi landai dan banyak view menarik. Perjalanan di mulai dengan melalui kebun sayur, kemudian hutan dan celahan pohon pinus yang tinggi. Tapi sayang nya kami kan jalannya di malam hari, maka segala yang indah itu samar-samar sahaja.

Bila nak dekat puncak, kami lalui kawasan yang mengingatkan kepada trek Tabur. Lalu di kawasan yang berbatu sikit, di sebelah kanan boleh nampak biasan cahaya lampu kejiranan Dieng. Sesekali angin berhembus, ok menggigil chuolls. Tapi as long kita masih melangkah, kesejukan masih boleh ditahan, memandangkan badan masih hangat.


Fajar bagitau perjalanan dalam 4 jam, aku pun dari baca-baca blog begitulah cadangan masa perjalanan. Tapi nampaknya, kami sampai sedikit awal dari estimation. Bersemangat sangat kah? 3.30 pagi dah sampai. Reaching the peak, kawasan dia adalah landai tanah lapang dan tidak berpokok. Ada sejam lagi sebelum Subuh. Kami dah berhenti mendaki, tinggal tunggu masa untuk Golden Hour. Memasing pun mula keras kejung, kesejukan. Fajar dan Anton pantas buka stove masak air. Yadhaa dan Wan tewas, tertidur kesejukan. Kami yang lain, keep on moving nak hilangkan sejuk dan beri kehangatan pada badan.


Tak dapat tidak, mengambil wudhuk kali ini terasa paling mencabar sedunia. Tengah kesejukan yang kejung, kena buka stokin nak ambil wudhuk. Nangis. Cramp jugaklah sekejap masa aku basuh kaki tu. Solat Subuh berimamkan Wan.

Lepas Subuh, rilek2 sambil layan air panas tunggu sunrise. Dan ofcourse aktiviti wajib. Bergambar! Tapi aku malas nak tangkap gambar, mengharap ihsan rakan2. Rakan2 pulak, dari Edah je gambar yang berjaya diperolehi. So, untuk laporanjurnal takdelah banyak sangat gambar k!

anggota pasukan #friendshipGoal #jombloberpetualang

berlatar belakangkan Sindoro dan Sumbing

aku dan yadhaa

anton dan fajar

6.50 pagi kami pun bergerak turun setelah berkeping-keping gambar yang memenuhi memory phone dan camera memasing. Perjalanan turun adalah tidak melalui jalur yang sama ketika naik. Aku kira kali ini kita mengikuti jalur Patak Banteng dimana alurnya adalah sangat menanjak. Kira-kira jalannya pendek, namun dek kerana kecuraman yang tinggi akan begitu melelahkan lah sekiranya naik tadi kami guna jalan ni. Duh! tak leh bayang.

 
hidup memang tekadang melelahkan, memeritkan.

gambar sikit ngan edah anggun~

Perjalanan turun diteruskan hati hati. Sambil memelihara keupayaan lutut dan tulang ankle. Jam 8 pagi, kami tiba di sebuah gerai kecil bermeja dan kerusikan buluh. Singgah sat, minum kopi!

memasing khusyuk makan. lapar kan turun~

Lepas setengah jam berehat makan dan minum, sambung lagi perjalanan turun. 8.50 sampai ke tepi jalan besar. Menunggu Mas Jitho sampai.


Lepas menunggu kira-kira 15 mnt, Mas Jitho pun sampai. Kami terus berangkat menuju ke homestay berhampiran New Selo. Kerana esok, kami akan bersapa dengan Merapi pula.

Nampaknya, perjalanan ke New Selo ternyata sangat jauh. 2.45 petang kami tiba di Homestay Ananda berhampiran kaki gunung merapi dan gunung merbabu. 

#triplesummit2016

to be continued..

27 April 2016

Jogjakarta Trip

Berlarilah mendapatkan mimpimu

Jika diikutkan kronologi, perancangan trip ke Jogjakarta ni telah direncanakan sejak tahun lepas. Masa tu Edah yang ajak, tapi aku macam biasa seorang aku yang meragu. Maka sekitar Ogos tahun lepas AA buat free seat, return tix masa tu sekitar RM100 ++ sahaja. Aku tak beli.
(memikir baki cuti dan kos, so aku reluctant)

November, AA buat free seat sekali lagi, kali ni return tix da naik kepada RM300++. Setelah bermuhasabah panjang, maka aku grab the tix. camner nak kumpul duit tu, kita fikir kemudian. Ahaha~

Pakej adalah RM800, 3 gunung + lawatan sekitar Jogja.
Hanya perlu bawa wang lebih untuk belanja makan dan souvenir. Untuk aku, wang lebih yang aku bawa RM400 (sekitar 1.3 juta rupiah)

Menjadikan total cost termasuk renew passport adalah sekitar RM1.8k. Beg dan gear2 lain aku pinjam je. Aku rasa harga ni dah kira paling mampu milik lah untuk orang yang agak kedekut macam aku. hihi.

Tanggal 19 April jam 3.15 petang kami berenam pun berangkat dgn pesawat AK348 meninggalkan KLIA2 menuju ke AdiSutjipto International Airport, Jogjakarta. Perjalanan adalah kurang lebih 2 jam. Kami tiba di Jogja pada jam 4.50 petang waktu Jogja. Kemudian tunggu Yadha dan bergerak meninggalkan bandara sekitar maghib. (Maghrib kat sana jam 5.30 petang. Dan waktu adalah awal sejam dari Malaysia)

Harapan itu bukan sesuatu, tetapi seseorang - Yadhaa

and the journey begin..


#jombloberpetualang #tripplesummit2016

18 April 2016

Mengapa

Dalam kehidupan sehari-hari yang berbilang pilihan.
Mengapa masih bukan Allah yang kita pilih?

.muhasabah