Barangkali tuhan sedang tidak ingin kamu jatuh cinta.
Agar kamu bisa mencintai dirimu lebih lama.
[Obrolan Singkat di Pinggir Laut, Boy Candra]
Kami tiba di Rivisha Hotel agak-agak tengah malam jugaklah. Meskipun jalan sepanjang dari Merapi nak ke Jogja tu agak teruk jugak lah sehingga masa pergi haritu, beberapa kali kami terjaga dari tidur sebab van langgar lubang. Tapi, unbelievable masa gi hotel cam tak sedar je semua tu. Lepas kenyang amik dinner, masuk van terus terlelap. Sedar sedar Jito ketuk tingkap bagitau da sampai (lepas dia da deal ngan orang hotel)
Day 5 (Sabtu, 23 April 2016)
Rivisha Hotel, Kabupaten Sleman,
Wilayah Istimewa Jogjakarta.
Pagi tu, dah cakap ngan Jito ambil jam 8 untuk memulakan perjalanan hari ni. Dalam 7.30 pagi aku, edah & yadha dah ready, perut pun lapar, jadi berjalan kedepan sikit area hotel ni... singgah pekena indo mee sat untuk sarapan. Excited okay, sebab rasa macam masuk dalam sinetron. Kedai2 dia macam dalam drama indon! haha. (Nama pun kat indon kan. lol)
Ni menu sarapan aku, megi goreng dan capucino panas ^^,
Bila kami patah balik selisih dengan wan, mirul dan amir. Diorang baru siap dan nak cari sarapan pagi yang akhirnya mereka tapau je, nasi lalap sebab Jito dah pun tiba. Maka perjalanan pun dimulai.
Candi Prambanan
Candi Prambanan adalah salah satu dari banyak lagi candi yang terdapat di Indonesia. Sama ada yang ternama mahupun populariti yang sedang-sedang saja. Kami menuju ke candi prambanan tanpa banyak ilmu tentangnya. Punya rajin aku buat kajian tentang gunung-gunung yang nak di daki ikut jalur mana dan berapa lama etc.. tapi candi ni lupa pulak nak buat kajian.
Memasuki Candri Prambanan ni, memang ketara unsur2 agama Hindu disebaliknya. Kalau dilihat, ada 6 candi terbesar iaitu Brahma, Siva, Vishnu, Nandi, Garuda dan Angsa. Lepas tu, adalah candi apit, candi kelir dan candi sudut. Kalau nak tengok Ganesha (yang berkepala gajah) boleh la tengok kat candi Siva. Candi Siva ni paling besar, ada 4 pintu. Candi lain ada 1 pintu je. Kalau jalan disekitar 'anjung' candi boleh lah tengok ukiran2 pelbagai gambar. Aku rasa memang ada cerita di sebalik ukiran2 tu, tapi tak taulah cerita dia. Mungkin yang beragama hindu lebih tau kut.
ukiran di sepanjang 'anjung' candi
candi nandhi
Runtuhan candi di luar lingkaran candi utama
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cerita sebenar candi yang runtuh mohon korang Google k. Aku pun macam separa hati nak teruskan pembacaan. Haha!
11.40 pagi kami keluar dari candi selepas puas bergambar.
Gua Pindul, Gunung Kidul
Dari Candi, kami bergerak ke Gunung Kidul untuk water tubing di Gua Pindul. Sampai disana, pihak pakej air bagitau, pakej kami dengan javenasia hanyalah 30 minit iaitu water tubing sepanjang gua pindul. Dan yang itu akan memakan 30 minit saja. Jadi dia cerita selain dari ini, kami boleh memilih nak sambung lagi tak dengan 2 pakej dia yang lain, tapi kena tambah duit sendiri lah. Lepas berbincang, kami setuju nak sambung tubing kat Kali Oya dengan tambahan masa 1 jam. Satu lagi adalah tubing kat Gua Sriti, yang ni kami tak ambil.
Kami solat dulu disini dan ganti baju. 2.10 petang kami pun memulai explorasi Gua Pindul. Nothing much about the tubing actually, except fun jugalah sekadar berbaring kat pelampung sambil orang tarik kita kan.. relaxing! Aku pun tak rasa apa yang brader guide tu duk citer ada historic value. Macam xde je. Dia macam duk mumbling jer! (maaf mas aku lupa apa yang bermakna dari kata-kata mu) Ada satu tempat dalam gua yang bertebing sedikit. Pak Aji kabarkan, siapa pandai berenang, boleh lah nak terjun tiruk kat situ. Since aku tak pandai, maka aku relax je lah atas pelampung!
Dari Gua Pindul menuju Kali Oya
3.10 petang kami bergerak ke Kali Oya untuk menyambung pengembaraan. First few minutes aku rasa, pecah abis! Sebab ala-ala white water rafting gituh! lalu air deras, tapi kali ni dalam pelampung solo! Tapi first few minutes jer la, sebab lepas tu takde dah kawasan air deras tu!
Inilah permulaan Kali Oya
Amacam? Ready?
Santai bro
Sekali je kut aku try benda ni, mendebarkan!
Depan sikit ada kawasan macam air terjun. Mengalir deras. Semua tak sabar gi sana. Feeling jakuzi sikit, disamping dapat lah berurut dengan air terjun kan~ Lama pulak diorang berendam. Aku tengok warna langit dah bertukar kuning ni. Kira-kira kalau kat kampung kat malaysia.. warna macam ni, dalam around jam 4-5 petang macam tu.
"Yadha, korang bukan nak tengok matahari terbenam ke kat Timang?" pesan aku kat Yadha.
Maka yadha pun terus menggesa yang lain untuk naik pelampung. Dan kami pun pas-pas an menghabiskan perjalanan sungai untuk menuju ke tepian.
4.20 petang kami tiba semula di tempat peminjaman jaket pelampung dan kasut getah. Jito da tunggu kat sana. Laju-laju pi salin baju. Matahari nampak semakin menjatuh. Tak lama dah rasanya ia nak tenggelam. Mendebarkan.
4.45 petang perjalanan menuju ke Timang Beach dimulai
Timang Beach
Ini kisah sedih dalam kembara kami yang advantura. Ahaha! Aku tak tau yang among them memang nak sangat ke Timang Beach ni. Almaklum sajalah, aku kan tak study tempat percutian ni, study gunung jer.
Ini lah Timang Beach. Ihsan Google.
Yang menarik tentang tempat ni adalah view dia yang menawan kalbu, dan gondola ni lah! Korang boleh naik gondala ni, dan hanging sampai ke belah sana tu. Then patah balik. Lebih menakjubkan, gondola ni digerakkan oleh orang kampung! Ha, tak pakai mesin atau apa! 100% tenaga manusia k tolong tarikkan gondola ni. Setakat naik gondola ni, aku tak de la mesmerise sangat. Haha! Tapi aku baru tau masa naik flight nak balik Malaysia, kat Pantai Timang jugak yang popular adalah, lobster dia! Fresh dari laut dan masak kat tepi pantai tu. Arghhhh!! Itu yang aku kesal! Sebenarnya, masa dinner kat New Selo tu, Jito dah bagitau. Tapi lupa!
Ceritanya, kami sampai kat Timang Beach ni dah kemalaman. Ingat dekat jarak antara Pindul dan Timang. Jauh bhaii.. sejam lebih ada kut! Edah keep on tanya
"Sempat dak ni kita nak tengok sunset"
"Sempat" itulah jawaban yang sering diberikan. Tapi yang jawab bukan Jito. Jito da senyap seribu bahasa sejak gerak balik dari Gua Pindul.
Tapi semakin van melalui jalan-jalan yang haru, aku nampak perlahan lahan warna langit yang kemerahan da makin hilang ditelan pekat malam! Ahaha~ Memang musnah harapan gini!
Masa sampai Timang Beach, aku kira dah 6.30 petang jugak lah! Selepas Maghrib dan menghampiri Isyak. Langit memang dah hitam pekat. Walaupun tak dapat lihat matahari terbenam, tapi masih ada bintang malam yang menemani. Bahagia kan sederhana, nikmatilah apa adanya ^___^
gondola sepi di malam hari
(First time aku tengok Edah dipenuhi perasaan dan betul-betul frust. Selalu tengok dia berperasaan sederhana saja)
Cubaan jito meredakan keadaan yang tegang
Lepas kurang lebih 20 minit menghadapi fasa sunyi yang membekukan rasa. Dan beberapa percubaan Jito memberi kata-kata semangat, akhirnya kami pun bergerak balik ke van. Lapar kali ya? Terlalu emosi semuanya.
Baru perasan.. selepas sarapan pagi tadi, memang kami tak ada ambil heavy meal lagi. Padanlah emosi! Jam 8 malam, kami singgah di satu kedai nasi ayam. Wan makan dengan bersemangat sekali hingga mata dia pun di berinya (baca: terpercik) sambal. Pastu kepedasan! Ahaha.
"Kesian kau Wan tapi aku taktau nak tolong macam mana" ujar Mirul sambil terus menghabiskan nasi di pinggannya. Tapi reaksi muka Mirul tak nampak macam kesian pun.
Lepas makan, semua dah nampak bertenaga dan mampu tersenyum kembali. Jadi masa singkat tu, bincang-bincang sikit lah untuk perjalanan hari berikutnya. Perlu lebih disiplin dengan waktu. Perlu bermula awal!
9.10 malam selepas puas mengisi perut, kami pun bergerak ke Alun-alun Selatan.
Alun-alun Selatan
Alun-alun = tanah lapang yang luas
Terdapat beberapa alun-alun di Jogja. Selain alun-alun selatan, ada juga alun-alun utara. Letak alun-alun ni adalah di sekitar Keraton. So alun-alun selatan di selatan keraton, manakala alun-alun utara, di utara keraton. Alun-alun Selatan juga di dalam peta di tulis sebagai Alun-alun Kidul.
Apa yang menarik di Alun-alun? [Nah baca lanjut]
Kalau aku tengok secara tidak sejarahnya, ala-ala i-city gitu. Banyak lampu neon. Tapi kalau i-city neon nya dekat pokok kan. Yang ni, neon dekat kereta. Maka, boleh lah kalau nak fun, pergi sewa kereta tu dan pusing alun-alun bersama rakan-rakan. Camtu!
Selain dari itu, berkat menonton jalan-jalan men aku sempat jugak lah tau tentang kewujudan 2 pohon beringin di tengah alun-alun ni. Katanya kalau ada yang boleh berjalan antara 2 pohon beringin tu dengan mata tertutup adalah memiliki hati yang bersih. Katanya lah.. (aku biasalah, sentiasa pesimis dengan idea2 sekadar untuk tarikan pelancong ni)
"Jika lho mempunyai mimpi, kejar mimpi lho! berlari ngedapatin mimpi itu!"
[Jibraw, Jalan-jalan men]
Aku tengok hanya anak muda yang galak berpacaran sahaja yang kelihatan memenuhi alun-alun. Sementara para wisatawan sibuk mencuba kereta neon. Jem jugakla bulatan alun-alun tu! Tak kuasa nak menambah sesak! Ahaha~
#jombloberpetualang #wonderfulindonesia
to be continued..