How can I summarize my 2025 ek? hmm. Makin berkurangan dan kurangnya kosa kata untuk aku meluahkan di blog akhir-akhir ini. Tapi for sure with all the lesser bujang friend and all the notis2 kematian membuatkan hidup terasa semakin berat. I guess its just an adulting process, isn't it?
Ok, lets recap!
Bila di fikir-fikir masih aktif aku mendaki perbukitan di awal tahun, tapi hujung-hujung nak sampai ke Disember tu, malasnya masyaAllah minta ampun. Musim hujan tu satu hal lah kan. Tapi itu lah tu.
Tentang Gunung
Tahun ni ada 2 gunung je yang aku daki, selain dari Kinabalu, Gunung Besar Hantu adalah yang satu lagi. MasyaAllah. Memang menguji perasaan jiwa raga, fizikal dan mental. 20km return mat. Tapi so far Alhamdulillah meski menangis seret kaki ke puncak, kaki tu boleh lagi bagi kerjasama masa turun ke trailhead. Kat Kinabalu, kaki tak bagi kerjasama mat. Lunyai. Hence, ada bau-bau mau pencen dalam dunia pendakian.
Selain itu, ada 3 tempat aku travel this year.
1. Mei, Hatyai
Join ABI team. Nak cukupkan tempat dalam bas je tu. Hehe. Tapi seronok jugak, masuk Thai naik bas. Lama rasa tak join rombongan. Tapi aku tak pernah ceritakan pasal ni kat blog? Kat IG pun aku tak letak kut any posting. Biasalah. haha. Agak-agak tahun ni boleh crash rombongan siapa plak ek. Hehehe.
2. Disember, Sabah
Ok ni aku dah cerita dalam posting sebelum ni. Trip mendaki Gunung Kinabalu sebenarnya. Tapi aside tu, adalah juga singgah di Pasar malam Kundasang dan hiking Sosodikon Hill. Balik dari gunung ada jugak naik train lama Sabah tu. Tapi yang ni aku tak cerita jugak lagi. Reason? sama macam no.1 LOL
3. Disember, Kelantan
Ini paling latest, betul-betul paling hujunglah ni ye lepas krismas hari tu. Hal nya, kawan sekolah (mengajar) kak Siti menjemput kenduri kawin di Tumpat, Kelantan. Hence! Mak, ayah, kak siti, aku dan Jiha pun ke Kelantan! Jem maap cakaplah ye kat jalan Gerik-Jeli. Ada beberapa eksiden sepanjang jalan. Oh dan antara fun fact, pergi kitorg nampak sekor gajah, balik nampak 10 ekor kat sepanjang jalan Gerik-Jeli. Fuh!
Selain dari hal ini, apa lagi yang perlu di highlightkan di 2025 ya?
Committee Office Event
Tahun ni tahun kedua di office baru, secara tak langsung junior lah kan. Maka, auto jadi ajk untuk program office - Team Building dan Dinner. So kena incharge untuk 2 perkara ni.
Untuk Team building kali ni buat di Sunway Lagoon! Thanks Allah, first time in 38 years, merasalah masuk sunway lagoon. Haha. (sebelum ni pernah lah pergi cabang dia, Lost world of Tambun tapi cerita 14 tahun lepaslah) Lain rasanya bila masuk taman tema air masa umur nak masuk 40an ni ek, masa kat Tambun dulu takde lah rasa letih sangat.
Untuk Company Dinner pula buat di M World Hotel, Damansara. Tema? Movie character. Macam biasalah, being the timid Sarah cepat-cepat aku offer diri jadi JK Pendaftaran. Biasanya aku memang tak amik portlah tentang tema ni, tapi sebab jadi pendaftaran, berusaha jugaklah tipis2.
![]() |
| Please, nampaklah effort aku tu please ;P |
So far, tak banyak kerja sangat pun sebenarnya jadi jk ni. Banyak Tira yang dah buatkan. Serbasalah rasanya. Huhu.
Mid relapse.
Perkara ni agak menggetarkan perasaan sebenarnya. Dari KPJ Ampang - Hospital Ampang - PPUM. Semoga dengan ujian kesakitan demi kesakitan yang di balas dengan kesabaran dan pengharapan, Mid di beri kesembuhan total dari penyakitnya. Bertahan Mid! Moga 2026 membawa kabar yang lebih indah. Bismillah.
Itu jelah summary.
Till then, more stories and adventure await next year!


No comments:
Post a Comment