13 Julai 2016
Disebabkan Jue minta buat tajuk ni untuk post terbaru. Maka, here it is..
*Taayah - adalah sebuah sekolah di Ipoh, tempat aku membesar dari 2000 - 2004.
Random
1. Pertama kali berjauhan dengan ibu dan ayah untuk tempoh lebih dari sebulan.
2. Belajar basuh baju sendiri
3. Aku selekeh sangat. (sebab sekolah 1 gender kut?)
4. Dapat baju sekolah (kain licin) masa form 2 dari Dora sebab dia da tak muat? atau sebab dia da buat baju baru? Masa aku form 1 memang baju cotton, brand canggih tak silap aku. Gigih sangat aku iron tiap malam/pagi. Lepas dapat baju licin, memang seminggu sekali je kut aku iron. haha!
5. Dapat baju prep (kain licin) masa tingkatan 4 dari Suwaibah sebab dia jadi prefect.
6. Dapat baju rasmi (yang warna purple - masa form1 warna merah) masa form 4 dari Jue sebab dia da jadi prefect
7. Kerja KHB jahitan kena jahit pembalut untuk kotak elektronik, punyalah malas nak beli kain/request mak untuk beli kain, maka balik kampung aku mintak maklong lebihan kain langsir dia. Walaupun corak tak begitu cantik, ok what? hantar gak. hehe.
8. Perkara yang aku sangat teringin nak beli zaman sekolah adalah sweater! Tapi, sampai sudah tak beli. Sayang duit! hehe. Cuma tahun akhir dapat wind breaker, menang kawad :D (Akhirnya, first time aku beli sweater adalah masa kat Matrik Penang)
9. Menang baju tercantik kawad kemerdekaan 2003 dan no.2 untuk kawad.
10. Masa sekolah aku adalah sangat skema, nerd.
11. Suka usha kakak2 yang maskulin. (Malas nak letak nama, korang agak sendiri. haha)
12. Simanis. ^^,
13. Baca mathurat tiap subuh dan senja
14. Kuliah maghrib, umum, dhuha dan subuh
15. Ada Liqo' usrah, ada liqo' tadarus.
16. Jadi PERSADA, biro iktisad a.k.a ekonomi
17. Bergiat dengan koperasi a.k.a jaga koop masa rehat/prep
18. Bukan ahli PUM, rajin beli roti PUM jer.
19. Pernah pergi program koperasi peringkat nasional kat KL dengan teacher Zaleha dan abang STAM (x faham sangat lah kaitan abang STAM dalam siri rombongan koperasi nih. hahaha)
20. Bila cek-cek, aku banyak gak join program keusahawanan/berkaitan pegang duit ni, tapi asal lah sampai sudah aku tak jadi usahawan.
21. Masa form 1 - form 3 jadi AJK tingkatan untuk kelab seni kreatif dan pencinta alam.
22. Sayangnya kelab ni bubar masa aku form 4. (Aku dah aim nak jadi presiden dah. hmm)
23. Masa form 1 - form 3 jugak aku jadi AJK tingkatan untuk kelab bola baling. Walaupun aku bukan atlit untuk game ni. Haha! Tapi not bad juga la .. dapat gak jadi S/U kelab masa upper form. :P
24. Badan beruniform? Bulan Sabit Merah :)
25. Jadi paramedik masa tingkatan 4, duk gigih follow event orang sebagai pasukan para medik. Bagilah program sukan antara sekolah-sekolah agama negeri perak, baik program nasyid. (walaupun less significant paramedik dengan program nasyid T.T) Aku ok as long dpt jalan free. hahaha
26. Masa haflah kat Tepeng, tengah cuti sekolah. So habis event aku lepak sat rumah opah reen. Masa tu lah first time aku tengok parkour dan terus minat. Filem: Yamakasi (2001).
[later of this year, aku baru tau jiran opah reen kawen ngan my close fren kat um. Huhu]
27. Baju kelas prep warna pink. (Masa tu aku belum bias terhadap warna, mungkin kalau sekarang, aku akan hantar memorandum kepada pihak sekolah untuk tukar warna baju prep kepada hitam. loL)
28. Oh ya selain dari menjadi ahli KSK, aku juga join persatuan sejarah dan geografi.
29. Masa tingkatan 1, aku duduk sebaris dengan bedah dan aimi (a.k.a rakan meja)
30. Ada satu turning point yang aku rasa sangat significant masa kat Taayah.
31. Masa di tingkatan 1 aku mendengar satu kuliah umum ketika itu, tajuk dia Dimanakah Hak Ketuanan Islam. Sampai sekarang aku ingat tahun kejatuhan Empayar Uthmaniyah adalah 1924. Dan itulah turning point dia.
32. Tapi turning point ni orang cakap macam something yang spark je. Tak semestinya directly after, anda akan terus bertukar. But, it really does give something inside me. :D
33. Tingkatan 1 ada join Tamrin Qiyadi Pemantapan Tarbawi. Kelassss kau nama kursus dia. Singkatan dia TQPT. (sebenarnya masa program tu berlangsung aku tak paham langsung apa tu tamrin qiyadi)
34. Yang aku ingat, diorang pilih budak-budak form 1 yang ada jawatan untuk ke kursus tu. Samaada AJK dalam kelas, Pengawas Pusat Sumber, JK Koperasi mahupun AJK tingkatan untuk kelab atau badan beruniform
35. Aku pernah join program puisi masa kat sekolah. Walaupon macam samar2 je ingatan tapi ada lah sekali atau 2 kali. Peserta je lah~
36. First time caving adalah tingkatan 3, gua tempurung, gopeng. Masa tu rasa dah paling adventure! Haha
37. Sepatutnya first time kayaking jugak, tapi kumpulan aku xdpt main kayak tingkatan 3, Amir chalet, kem Bahasa Arab.
38. Burung hantu! a.k.a jalan malam. Ni kerap sangat, xlalu nak list kan satu persatu.
39. Sebelum pergi prep malam singgah dulu motor arwah makcik bi (betul tak namanya ni? Isteri awah pakcik usop) kalo lapar beli roti hotdog. Kalau x lapar, beli kudap2.
40. Float PUM! Asal malam minggu je mesti meluangkan masa pergi gerai PUM.
41. Servis mesra! Aku tak sure real life dia consider macam mana. Tapi a kind of special delivery service gitu lah. Korang pilih junk food listed, lepas tu tulis kad nak beri ke siapa. Kalau xpun, beli je bagi diri sendiri banyak2 baru nampak hot gitu. Hehe :D
42. Rumah berhias masa hari sukan. Struggle jugaklah nak menghias rumah sukan nih, nak nak time form 5. Masa form lain tu buat bodo je, biar kakak2 je hias. :D
43. Oh, masa form 5, aku jadi fasi .. aha, eh apa ntah nama kumpulan aku? Oh no, lupa plak.. tapi tekong nasyid dia aku ingat, Aishah nama dia. Kecik je dia. Dan yg lebih penting, masa kat PJ ni end up aku terjumpa one of my adik fesi, nisa.. masa dulu nampak gangster. haha. Jumpa dia haritu, dia cam segan2.
44. I got Ecah name, masa kat Taayah. Kak eda mahpot yang mulakan (Fesi Alwaqiah). Power kak eda sekarang, seben nye orang pemes.. eh citer kak eda plak pehal kan.
45. Aku bajet aku bersuara sedap, aku pun berusaha buat cubaan suara masa cari tekong nasyid, 2x gak la diorang suruh aku nyanyi untuk mengesahkan suara aku tak sedap dan terus memilih Habsah jadi tekong untuk kumpulan kami. Hmmm.. punah harapan nak join buluh perindu Taayah.
46. Masa form 1, boleh pakai beberapa hanger je kut untuk hang baju belakang katil.
47. Jadi, aku ambil keputusan untuk tidak hang baju prep. Everytime lepas prep malam, aku akan salin dan lipat kembali letak dalam loker. Busuk gila! tau! haha.
48. Masa form 1 jugak aku pakai 2 buku sabun mandi je untuk setahun. Jimat kan? jimat gila. Eh tapi aku mandi 2x sehari gak. Aku rasa teknik penggunaan yang penting! (Busuk gila, kuasa dua!)
49. Form 1 juga aku selalu lepak ngan Ain Syahdu masa petang2, kat hujung RPBD menghadap bilik dobi. Macam mak2 gak ain ni, suka bagi tips2 camner nak membasuh dengan bersih.
50. Kalau time balik kampung, selalu order biskut kapal terbang dengan arwah fadhilah ^_^
Ok nanti panjang sangat pulak, jadi aku pecah kan kepada 2 post lah eh tajuk ni. Selain tu, dapatlah aku tambahkan bilangan post aku. Ahaha!
#menujuPertemuan20tahun
#dakdakseratabatch40
bersambung..