Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

08 September 2016

the North trip - part 3

Isnin, 29 Ogos 2016


Sebelum memulakan hari, testing sikit makanan mamak bawah Ros Heritage ni. Boleh tahan jugak. Roti puri nya diorang cakap sedap. Aku tak makan, amik roti bakar dan telur separuh masak je. Makanan standard.

15. National Park, Teluk Bahang || 9.00 pagi

Hari Isnin, ketika semua bekejar ke kantor, maka kami pun bersegera mempersiapkan diri menuju Teluk Bahang. Tentatifnya, ke Monkey Beach! Aku ingat nak push lagi alang-alang, apa lah salahnya terus ke rumah api. Tapi, once sampai monkey beach, aku pun dah malas. hahaha.


Sampai. Parking. Register. (free je) Dan perjalanan bermula.

Aku rasa ringan-ringan je la perjalanan dia, tapi boleh membakar kalori jugak. Kira menelusuri teluk bahang ni lah citer dia. Sambil on track, boleh nampak ombak-ombak kecil memukul gigi pantai. Nyaman.


Along the way, nampak la jugak budak-budak tengah buat assignment kut, tak tau lah. maybe kos maritim ke kan! Sebab kat tepi pantai tu jugak ada check point USM Cemac. Jalan lagi dan terus berjalan sehinggalah dah tak nampak orang. (Hari Isnin kan, siapa je nak masuk national park)


Dan, akhirnya sampai!

Sesampai je monkey beach, nampak ada kedai jual air kelapa. waaah! Pakcik plak ramah semacam.

"Jauh berjalan, marilah singgah dulu minum air kelapa"



Apa lagi terus lah lepak situ minum air kelapa sejuk lagi menyegarkan. Sambil layan mak arab main ATV kat belakang tu, eksaited betul ye dorang main ATV. Ahaha~

Setelah berbincang, kami decide untuk tidak patah balik jalan yang sama. Nak naik bot! Dah takda mood nak jalan. Hehe. Menurut pakcik kedai. Naik bot ni caj yang dikenakan biasanya RM40 kalau dari national park, dan RM50 kalau kita call dari monkey beach sebab, kira macam dia nak cover 2 hala perjalanan.


Tapi pakcik kata, dia boleh hantarkan dia pun ada bot sendiri. Dia caj RM30 je per boat. Wah! Terima kasih pakcik. Moga bertambah rezeki pakcik.

Bot sehala: RM30
Air Kelapa: RM15 (3 biji)


Kemudian sampai jeti pintu masuk tadi, terus lah singgah petronas pergi salin baju. Belengaih kut duk trekking tadi, pakej kena air laut lagi.

Makan Laksa Tepi Laut || 12.30 tengahari

Lepas siap tukar baju, mulalah berasa lapar. Ude tanya nak makan nasi kandar tak, kami cakap tak rasa nak nasi. Laksa or char kuey tiaw pun ok. Maka, ude pun singgah tepi laut ada kedai laksa.




dan rojak buah.

memang rojak buah dia sedap betul! sampai order satu lagi la citer dia. Laksa dia pun not bad, kuah ceroi tapi aku suka je asalkan rasa dia ada kat situ. Ahaha.


16. masjid terapung || 1.30 tengahari

Siap makan, kami pun bergerak ke masjid terapung. Solat Jamak Zohor, Asar. Masjid ala-ala masjid kristal kat Terengganu.


17. Muzium Terbalik, Georgetown || 2.45 petang

Nak dijadikan cerita, sepatutnya nak terus ke Bukit Bendera, tapi dari keluar masjid nak menghala ke Bukit Bendera da start hujan. Pastu fikir kalau hujan, susah pulak nak berebut naik cable car lagi kan. Jadi pusing, pergi ke Upside Down Museum ni.

Selalu aku tengok orang pi Penang g Muzium ni. Nak bajet2 trendy, bagus kita cuba. Macam tu. Tapi sad sikit lah, cost dia agak mahal bagi aku untuk saiz yang kecil dan hanya bergambar. Taktaulah kalau korang suka, bagi aku not worth it la. Tapi kalau muzium tu memang historic ke apa, aku ok je nak pay more. Sekadar untuk fancy aku rasa, pelaburan yang tak berapa nak bijak lah untuk aku.

(aku kan makcik2 sikit, so memang tak amaze sangat la perkara fancy ni)

Tapi da masuk, aku belanja sikit lah korang gambar sekitar kejadian.

  


 

18. Bukit Bendera, Air Itam || 4.00 petang

Keluar dari muzium terbalik, tengok langit nampak cerah, jadi kami pun bergerak menuju ke Air Itam, Bukit Bendera!

Kali terakhir aku ke Bukit Bendera masa darjah 5, rombongan sekolah ayah. (Masa kat KMPP pun tak gi bukit bendera tau) Pergi bukit bendera dan komtar masa tu. Pun dah gembira sangat. Dasar kanak-kanak!

Pergi kali ni, eh lain sangat dah bukit bendera. Aku pun dah macam lupa bukit bendera yang dulu. Tapi teropong yang boleh tengok satu penang tu aku rasa masih ada. Dulu 10sen atau 20sen kalau nak tengok. Sekarang ni dah RM1 ada kut. Aku tak cuba pulak.


Kat puncak bukit bendera ada masjid, ada temple. Sebelah2. Kami ke sana singgah Asar. Lepas tu kat bawah tu ada owl museum, ada pad lock love tu macam kat korea tu. Tumpang bergambar je la tak kuasa la aku nak pi gantung mangga kat situ kan.


Sekejap je lah pusing-pusing tak de perkara menarik sangat. Tiba-tiba tengah tunggu cable car nak turun, jumpa Aifaa! What!! haha..

19. Nasi Kandar, Deen Jelutong || 6.30 petang

Dari Bukit Bendera, kami ke Nasi Kandar Deen Jelutong. Memenuhi perasaan ude nak nasi kandar. Aku dan Awanis sebenarnya tak into sangat la nasi kandar. Sebab nasi mamak ni kan dia macam oily dan memberi efek full pada perut.

Tapi sebab ude macam dari tengahari dia duk tanya pasal nasi. Jadi, kami kasi chance la follow kegemaran ude. Orang kata Nasi Kandar Deen Jelutong ni antara yang must go la kalau cari nasi kandar kat penang. level2 sama macam nasi kandar beratur.

Wahaha! tapi bagi aku, kau nak beratur ka tak mau ka, nasi kandar ja kut!

Lepas pekena nasi kandar, aku nampak ude macam bertukar! Ada sinar cahaya di wajahnya, bright! Senyum ada sampai telinga! Rupanya kejadian2 ala pms yg terkeluar sikit2 along the way tadi sebab tak dapat nasi!! kesian.



20. Masjid Negeri Pulau Pinang, Jln Air Itam || 7.45 malam


First time aku datang sini 11 tahun lalu, masuk je masjid. Peh, terimbau kenangan lalu. Dibawa oleh van padat dari KMPP ke masjid negeri untuk hadir program Karisma Penang. Masa tu first time nampak Wan Am dan Naim Jusri, tengah road show bentang pasal FIDAK kat Penang. First time dengar talk Dr Daniel. First time jumpa kak Sodiqa. Ah, macam-macam la first.


First time jatuh cinta! Walau pun banyak turun dari naik, tapi cinta tu kekal hingga hari ni insyaAllah. ^^,

Sebak pulak dada di asak kenangan.

21. Padang Kota, Georgetown || 8.34 malam

Selepas siap sembahyang semua, kami pun menuju ke padang kota. (Lepas balik KL aku baru notis ada Mi Sotong sedap dekat esplanade sebelah padang kota. Hmm) Saja ajak ude singgah padang kota sebab 24 Sept ni ada sukan gema kat sini. Perasmiannya di Padang Kota, jadi sajalah nak tengok kawasan gitu.


Tamatlah perjalanan untuk hari ketiga, hari terakhir menyusul kelak.

ok, till then.

bye.

05 September 2016

the North trip - part 2

Ahad, 28 Ogos 2016

Pulau Pinang.

9. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Kepala Batas || 10.04 pagi

Dari masa merancang perjalanan program Ude duk ajak pi KMPP. Aku sampai confuse, yang KMPP ni aku ke dia. Awat dia yang begitu sentimental ni. Hmm.. Tapi dah alang lalu, aku pun pulun jugak la bergambar. Wahaha. Usha tempat membesar. Syahdu gak. Bila duk kenang-kenang zaman hingusan dulu. Apa lah kabar Ustazah Latifah. Dah bersara kut noh?


tu kompel A

astaka 

tempat study group dulu dengan Habsah, Una dan Shidah?

Yes, here i was. My room! A3

Such a huge memories jugak lah, mengenang kira-kira 15kg yang lalu. Sobs.

10. Taman Pauh Jaya, Seberang Prai || 10.49 pagi

Dari KMPP, kami menuju ke Seberang Prai. Kali ni rumah Shake, member bioinfo masa zaman degree dulu. Shake ni memang bright girl semenjak zaman universiti. Ceria sangat! dan ofkos adalah sangat bersemangat dan all out kalau buat sesuatu perkara.

Sekarang shake suri rumah, tapi bisnes online dia tetap kencang!


Pelbagai hidangan yang, ahhh sedapnya!

Tu dia tuan rumah dan shafiyah.

Kami singgah dengan perut dah separa penuh (kut) sebab lepas makan kat Subaidah, duk lepak KMPP. Dah hilang kut half of the makanan dalam perut? hehe.

Shake bagi makan lontong! ah sedapnya. Dia cakap first time masak, tapi awat sedap nau Shake? dan ya tak dilupakan, sagu kacau! Thanks a zillion shake and family! Ah comel2 lah anak awak. ^^,

"Bai kawan mama!" - Cinta

Dari Seberang Perai, Ude patah balik nak naik feri punya pasal. Kalau ikut jambatan sebenarnya lagi dekat dah dengan rumah Arina, tapi sebab Awanis tak pernah naik feri pi pulau, jadi kita raikan lah kan. Kuatnya angin, hujan rupanya tengah laut! Ahaha~


11. Halaman Cendana, Bayan Baru || 1.50 petang

Dalam 1.50 jugak lah kami sampai rumah Arina. Dia siap dah Nasi ayam! Oh ya, anak dia Auni pun cheeky sangat. Mana belajar ntah ramah benar menyapa. Kami sampai depan pintu rumah, terus dia hai. Ah, comel!


Lepas pekena Nasi ayam, solat zohor asar pastu sambung lagi makan murtabak dan pekena neskepi panas. Waaahh, murah rezeki betul duk berziarah ni ya. Ada mak arina datang rumah, eh eh! teringat pulak dulu masa matrik aku pernah lah duk bermalam kat rumah Arina ni. Siap makan malam ngan family dia lagi kat kedai makan. Ahaha~ Masa singgah ni ada Arina ngan Zana je, Zarif ngan Zani takdak.

Jam 3.50 petang kami pun keluar dari rumah Arina dan menuju ke Batu Maung! War Museum!

Oh tapi sebenarnya, rumah Ude dekat je dengan rumah Arina ni, maka kami singgah sat rumah Ude amik seterika. Incase kat hotel satgi takdak seterika kan.

12. War Museum, Batu Maung || 4.30 petang

Plan asal, nak pergi war museum ni hari Selasa, since Batu Maung ni tak jauh dah dengan airport. Tapi lepas duk borak dengan Yan awal pagi tu, dia cakap tempat ni agak menyeramkan. Kami pun berkira-kira. Weekdays mesti lagi seram sebab tak banyak tourist. So, pulun la jugak pi Ahad.


Tapi sampai sana pun dah lepas Asar, sama gak lah mana nak jumpa tourist dah. Orang tempatan pun dah ready gamaknya nak prepare diri esok nak kerja kan! Sudahnya kami bertiga je masuk jam 5 tu!

Start laluan masuk dah berasa seram, memandangkan laluan kecil je dan menuju ke tempat terpencil. Sampai sana, di sambut oleh kakak (aku syak la dia indon) jaga tiket.

"Kak kat dalam ada surau tak? kami nak tumpang sembahyang Asar"
"Ada. tapi kena bayar tiket dulu, surau kat situ" sambil tunjuk arah surau.

Aku rasa paling seram adalah gaya kakak ni. Gaya macam citer seram tau, tak senyum langsung! Lepas bayar 3 tiket dewasa. RM20++ kitorang pun terus masuk, tunggu ude solat Asar. Dalam tu ada kami dan beberapa pekerja construction. Taktaula apa lagi yang diorang tengah enhance.

Pekerja ni pun beberapa kali dah memeranjatkan aku. Waha! Dah dasar mindset tempat tu seram, memang little things pun boleh terperanjat! hahaha.


Overall, aku rasa tempat ni tak ada lah seram sangat pun. Kecuali ada beberapa tempat yang aku rasa mcm tegak bulu roma jugaklah. First gambar ude yang sebelah kanan atas ni. Masa nak lalu bilik tu aku nampak beberapa pintu memang dah kunci, aku rasa lain. Sebab aku pernah baca diorang cakap ada banyak pintu kat sana dah dikunci sebab ada kes histeria. Jadi, aku amik jalan selamat (takut punya pasal) ikut laluan jauh sikit dari koridor tempat tu. Awanis follow aku, tapi ude aku rasa dia tak perasan. So dia lalu ikut koridor. Sampai kat tingkap last tu memang terkejut la dia! Hehe. Dalam tu patung je, tapi scary gak la kalau kau tengok time2 senja.


Ni tempat ada jeneral Jepun di hukum bunuh


Satu lagi yang agak eerie adalah di tempat rumah pelacuran. Sebab diorang adalah patung perempuan rambut panjang menghadap dinding. Situlah agak seram sikit. Yang lain tu biasa je aku rasa.

Tapi semua kawasan2 yang berlorong sempit muat2 badan kitorang tak masuk pun. Hahaha! Bajet2 kejar masa, tapi sebenarnya, nervous noks.

Ngam-ngam jam 6 petang, pengembaraan tamat. Masa kitorang nak keluar tu, siap ada brader motor follow, rupanya gate depan dah tutup pun! So, brader tu follow untuk bukakan gate. >.<

Keluar dari War Museum nampak ramai abang bangla bersidai kat sepanjang jalan, maybe susah kut nak dapat kan line fon. Jadi they all lepak kat luar. Dan terus aku rasa abang bangla memang berani! (kaitan sangat!)

13. Mi Udang Salwa, Teluk Kumbar || 6.20 petang

Keluar dari War Museum dah jam 6 petang, on the way back tu singgah lah Mi Udang tepi jeti kat teluk kumbar. Mula ingat akan kenyang sampai malam dah makan rumah arina kan. tak sangka masih lapar. Kahkah!



Eh tapi view dari jeti ni cantik wo! it just, hari tu langit mendung kat teluk kumbar, jadi matahari yang terbenam malu malu  nak menyerlahkan diri. Terpaksalah sambung layan mi udang je (dah tak dapat nak layan sunset kan)


By the way, selain dari kedai mi udang kak Salwa ni. Ada banyak lagi mi udang lain yang sama waktu dengannya. Bagi aku mi udang ni biasa aja lah. yang luar biasa harga dia.. RM20 per plate, like seriously? Haruskah daku berlapang dada dek saiz udangnya yang besar? Hmmm..


Takpelah, pape pun dah masuk perut. dan portion dia besar jugak sebenarnya. Aku makan share dengan Awanis pun rasa macam bukan share. rasa macam makan sepinggan sorang.

Maghrib singgah kat Petronas saja. dan terus ke Ros Heritage.

14. Check-in Ros Heritage, Georgetown || 9.00 malam

Masa check in dah 9 lebih. Jadi, memang takdak plan dah la nak pi mana-mana. Mengantuk dan letih jugalah. Dari Kedah ke Penang, siap singgah muzium perang lagi! Letih kut! Woha.


Ros Heritage ni sebenarnya adalah motel or hostel. Bilik-bilik, then toilet share. No wonder, RM75 per nite untuk sebuah bilik. Tapi yang paling amazing dan unik sekali adalah, ia sebenarnya betul2 atas kedai mamak, dan kedai mamak tu lah lobi hostel. Wuwuwu. Tempat cashier tu lah, check in dan ambil kunci. ^^, #rare. Ros Heritage ni letaknya betul2 depan Kapitan, kat lebuh Chulia.

Masa makan kat mamak bawah hostel, terasa seperti di India. Haaa..

till then,
c u later for part 3.

02 September 2016

the North trip - part 1

Malam sebelum kejadian aku ada dinner company, makanya memang agak kelewatan lah sampai rumah. Itu tak siap kemas beg lagi tu. Wahaha! tapi sebab dah penat dan mengantuk bersangatan maka aku terus tidur, dan bangun sekitar jam 3 lebih untuk bersiap.

Sabtu, 27 Ogos 2016

5.30 jumpa Awanis di KL Sentral dan ambil bas jam 5.40 pagi. Flight pukul 8.15 so memang seharusnya jam 7.15 dah kena ada lah kat sana. Sampai kat KLIA2 pukul 6.40, solat semua then terus rush ke boarding area. Masa tu boleh tahan lapar, ye lah bangun pukul berapa kan. Tapi sebab duk teringatkan Penang katanya syurga makanan, takpe, tahan dulu pi makan kat sana saja.


9.06 pagi, Hi Penang!!

(Plan asalnya, sebaik tiba kami akan terus bergerak ke Air Itam, rumah Adila Teh. Dia ni kawan sebilik masa matrik, orang kokdiang. Tapi tiba2 katanya balik kokdiang, so xdan singgah rumah. Sebab lepas tu bila dia balik Penang, tok sedara pulak meninggal. Memang xdak jodoh nak jumpa kali ni. Tengok lain kali pulak ya Dila)

Dalam jam 10 pagi kitorang dah berada di warung makan bukit gedung. Tapi makanan kedai brader macam pelik sikit, awat manis? Cheq bukan makan warung kelantan kan?

Lepas kenyang bersarapan, kami pun memulakan pengembaraan. Dimulai dengan Kedah! Oh dan tidak lupa, sebelum menuju Kedah, topup Touch n Go dan refill minyak kereta dulu.

ya Kedah, kami mai na!!

Kedah.

1. Lembah Bujang, Merbok || 11.45 pagi

Tak lengkap rasanya pi Kedah tak singgah Lembah Bujang. (lagi-lagilah orang bujang macam kami ni. ahaha, ok tak kelakar #siscuba) Sekitar jam 11.46 pagi kami pun tiba di Lembah Bujang. Tak ramai mana pulak orang hari ni. Mungkin kami pi awal sangat kut. Mula-mula, masuk galeri. Candi yang kat sana adalah campuran antara Hindu dan Buddha. Ada candi hindu dan ada candi buddha. Yang duk melilau dalam galeri sama kami, tu lah dia orang india. Ahaha, mungkin dorang sedang menjejak sejarah agama mereka agaknya. Menarik jugalah. tempat nih.


Pusing sat ja tempat tu, kecik saja. Lepas tu terus keluar, naik tangga tengok kawasan-kawasan candi kat sana. Berhampiran galeri tu ada 4 candi. Lain-lain style dia. Nama pun lain-lain. Tapi aku rasa candi ni ada banyak lagi, tapi mungkin bukan kat area galeri. Masa kami nak masuk jalan ke lembah bujang ni pun masih terdapat tapak arkeologi dan kajian sejarah di sepanjang perjalanan. Lamanya diorang duk kaji ni ya. Bertabah lah~



Untuk yang tak tau, Lembah Bujang ni area kaki Gunung Jerai jugaklah. Tapi nak masuk gunung jerai (kawasan resort) tu tak dak lah dari lembah bujang ni.

2. Kawasan Rekreasi Lubuk Tupah, Merbok || 12.40 tengahari

Lepas keluar dari Lembah Bujang baru notis, yang kawasan rekreasi Lubuk Tupah sangat hampir dengan Lembah Bujang. Maka kami pun masuk lah. Sebab katanya antara kawasan pelancongan jugak. Tapi tak ramai orang pulak, yang nampak lelaki2 muda ja masuk naik motor.



Sampai kat sana, parking je. Nampak papan notis. Kawasan ancaman Leptospirosis, siap bagi amaran jangan sentuh air sekiranya tangan ada luka. Wahaha. Terus seram nak masuk air. Tapi rasa sayang pulak, tak dapat merasakan kenyamanan air terjun, aku masuk gak lah celup tangan sebelah (lepas memastikan takdak luka) Hehe..

3. Taman Suasana Permai, Jitra || 2.45 petang


Dari Merbok, terus ke Jitra untuk ke rumah Kak Shira! (to be exact rumah in law dia) It has been ages kut tak jumpa kak Shira (er, atau baru je last PTI jumpa? exaggerate sangat k) Pukul 2 petang sampai je tol Jitra, kami belok kiri dulu pi solat zohor sesiap.

Mesej kak Shira, melompat dia, sebab kami dah kat tol. Ahaha. Sembang gitu-gitu je lah dengan kak Shira. Dia pun nak mai PJ dah lepas ni sambung blajaq. Tak dan nak selfi dengan kak Shira, sibuk main dengan anak-anak dia. Umar dan Dhuha. Umar mula-mula taknak ngan orang, lama-lama siap lentok lagi. Duha senang je, kita kawtim dengan papadom je, setel. Ahaha.


Dalam tak dan nak borak tu 4 lebih jugak bergerak keluar dari rumah dia. ^^,

4. Taman Inang, Alor Setar || 4.45 petang

Lebih kurang 4.30 kami tiba di Taman Inang lepas tersasar sikit. Orang kabo Taman Inang, aku tuju Sri Inang. Hahaha! Ini, rumah kak Ila! Kak ila ni kawan masa tahun 3 kat kolej 12. Kak ila sama jk dengan aku kat JKP Balai Islam, AJK Tugas-tugas khas. Kerja duk menghias dewan kalau program dan buat sijil. Dua ni lah kerja wajib kami.

Dengan kak Ila ni betul2 lama haih tak jumpa, last aku jumpa adalah tahun 2010 masa dia konvo. Dia konvo setahun selepas aku. Masa tu dia baru keguguran. Tapi dia hat tu jugalah, lawak. Tak ada lah nampak kemurungan ke apa.

Sedar-sedar dah ada anak, Adam. Besar dah kut anak dia tak dan jumpa. Masa kami mai, Adam tido. Kak Ila kadang di Alor Setar, kadang di SP. Lawak kak Ila masih tara tu gak la. Sama cam dulu. Saiz badan je naik sikit, sama lah aku pun. Biasa lah faktor usia. Hehe.

5. Rumah kampung, Pendang || 6.45 petang

Dalam aku duk selak FB beberapa hari sebelum trip, aku perasan Adila Rahim (adik SEGI Kolej kat PJ ni) ada balik kampung kat kedah. Terus aku roger habaq nak singgah. Adila ni aku kenal 2 tahun lepas, sebab dia nak pi iBantu Kelantan, tapi sebelum tu bermalam dulu rumah aku, aku hantar kan ke PiPJ.


Cerita tentang kisah hidup Adila ni sayup2 di ingatan, tapi yang pasti masa aku dengar citer dia dulu aku ada sikit sedih jugak lah. Sebak gitu. Dengar cerita orang kan, kisah hidup lain-lain. Bila dengar hidup orang yang kurang mampu dari kita, betapa bersyukurnya kita. Dan rasa alahai tabahnya hang.

Adila ambil kami di Kolej Matrikulasi Teknikal Pendang. Lepas tu bawa kami pi bendang, duk bergambar dengan sunset. First time aku duk bergambar dengan bendang ni haruslah masa Matrik dulu. Belakang Matrik aku kan bendang. Masa tu tak da henfon kamera lagi, duk tumpang kamera kawan, lepas cuci simpan tu duk dalam album. Mana ntah album tu.

Rajin dak aku nak cuci gambar kat bendang jiran Adila ni. Hmm.


Sampai rumah Adila, singgah sembahyang maghrib dan dapat la pekena jambu air dan durian. :)

6. Check in CMN Hotel, Sungai Petani || 9.35 malam




Dah lambat juga sebenarnya sampai SP, dengan duk berputar2 nya nak mencari lokasi, check in sat hotel pastu terus keluar balik cari rumah Alia Kassim plak!

7. Bandar Amanjaya, Sungai Petani || 10.30 malam

Punya lah kalut aku duk nak search rumah Alia nih. Sampai aku dah menyesatkan lagi keadaan. Wahaha! Sorry Ude, my bad tak minta Alia awal-awal suruh share location.

(Alia adalah rakan serumah masa beliau masih bekerja di PJ dan masih bujang dulu)



Sampai rumah Alia, husband dia dah keluar bekerja. Maka Alia dengan kuasa mengayat dia, berjaya memaksa kami tidur di rumah beliau.

"Bagus jugak korang ada kat sini, aku 2 hari lepas duk tengok orang meninggal. Dah terbayang-bayang da 2 malam ni. Atleast korang kat sini kurang lah sikit duk teringat" kemain ayat Alia kan.

Walaupun, aku berkeras nak balik hotel (sebab aku dah bayar) tapi aku kesian jugak kat Ude, dia yang drive since pagi kut! Mesti dia penat. Jadi dia cakap nak tidur rumah Alia, kita layan kan ajelah.

Anak Alia, Husna cheeky sangat! Halus dan rasa cam nak picit2!

Ahad, 28 Ogos 2016

Rancangnya nak keluar around 4 pagi lah, nak pi hotel. Wakaka! Tapi aku langsung tak dengar bunyi jam. Pukul 6 pagi baru bangun. Solat subuh, then baru gerak ke Hotel untuk bermandi manda.


Lepas solat tu, aku nak gerak la Alia kononnya, nak keluar awal kan. Baru je aku toleh hadap tangga, nak naik gi bilik dia, tengok dia da ada kat tangga. Berdiri tegak kat situ. Putus nafas jugaklah aku kat bawah tu. Tekejut tau!

8.20 pagi, checkout CMN Hotel.

8. Restoren Nasi Kandar Subaidah, Sungai Petani || 8.50 pagi

Lepas check out dari CMN hotel, terus menuju Restoren Subaidah untuk sarapan pagi, dan bertemu dengan Yan! Yan ni adik Mahsa amik medik. Tapi sama lah ngan aku dan awanis masa last time naik CBL. Aku tengok kat telegram ada member batch dia bagitau da habis da belajar. Jadi alang-alang aku da kat Kedah ni, gi lah meet up dia sekali, fikir ntah bila la dapat jumpa dah since da abis belajar kan.


Alih-alih Yan bagitau, dia kena extend lagi satu sem. Oh then takpa lah, jumpa lagi kat PJ ok Yan? Haha.

Jenuh aku minta alamat Yan, pulun dia takmau kasi. Duk minta kami jumpa di Subaidah jugak. Dia cakap malas nak bawa balik rumah sebab xda siapa kat rumah. Ahaha. Untunglah Yan, ada mamak dekat rumah, boleh divert orang pi mamak. Kg Gajah xdak Subaidah, xtau mana nak divert member kalau mai. Haha!

Bye Kedah, till we meet again!


01 September 2016

the North trip (pre)

Nak dijadikan cerita, aku dah pernah plan dengan Awanis untuk ke Penang. Lama sangat dah, sampai dah lupa 2 atau 3 tahun kebelakang. Disebabkan perancangan itu, aku pun adalah deal sama dengan Una Mat zin untuk singgah rumah dia, sebab rumah dia kat Penang (masa tu) Siap deal nak g war museum sesama lagi.

Tapi atlast, wahaha! Una pun dah pindah Melaka! Lol. (punyalah lama)

Aku cam biasa, kalau xde book any tix memang biasanya xgi lah jawabnya. Sebab biasalah bila kita bergerak dengan NGO, pastilah masa yang digunakan adalah di luar waktu kerja, jadi memang terhad lah masa2 untuk di bahagikan pula kepada rakan2 handai, macam tu.

Nak dijadikan cerita GEMA buat event on the 27th of August tu sampai 30hb. Dan disebabkan trip tu agak hardcore jadi aku refuse untuk join. (Kalah sebelum bertanding lah ceritanya?) ^^,

Then awanis booked kan flight tix, thus no turning back dah! Wahaha~

Maka perlahan-lahan aku design kan itinerary. Sambil tu kita roger rakan derak dari utara, Miss Udez!! (terima kasih Ude, sudi jadi our partner in crime)

till then, let the journey begin.

(nanti aku sambung, bajet2 bz kerja)