Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

15 December 2016

FM Round trip

Untuk pengetahuan semua GEMA Selangor akan menganjurkan free market Ahad ni, salah satu slot dalam Hari Belia Taman Medan. Jadinya, untuk minggu ni memang nak tak nak kena all out pusing kumpul barang.

Spontaniously aku text Nina Lani untuk temankan. Walaupun dia duk condemn aku ajak dia lambat, tapi sudi juga dia teman.

Patut aku gerak 5.30 ke Subang, uruskan hal lain before collection. Tapi cancel on the way nak pick up Nina. Betapa aku berasa kesal pada awalnya sebab nak pi amik Nina kat Mid Valley, 45 minit dari Klang Lama! hmm.. pastu dah nak sampai northpoint teralit dan terlajak. Nasib sempat uturn.

Dari Mid Valley masuk PLUS, dan berhenti dinner dan maghrib di RnR Sg Buloh. Pukul 8 bergerak ke Sg Buloh.

8.15 malam - Nadiah | Sg Buloh.
8.47 malam - Saiful | Kepong.
9.30 malam - Hannah | Setiawangsa.
9.40 malam - Iwan | Setiawangsa.
10.14 malam - Athiyah | Gombak.
10.30 malam - Salwa | Batu Caves.

Sampai tempat untuk pengumpulan, sekitar 11.30 malam. Punggah barang dan macam biasa bertukar info. Biasa lah dengan YB kan, kena selalu dapatkan update perkembangan terkini. Lepas chit chat, hantar Nina balik Mid, dan aku pun balik ke tempat asal.

Subhanallah, banyak betul manusia berhati mulia dalam dunia ni. Banyak yang suka menyumbang ke arah program2 charity ni. Dalam banyak-banyak ni aku amaze betul dengan Kak Salwa, dia da siap packing kan each baju tu dalam plastik jernih. Senang dah untuk orang collect, terus ambil je. Kata Kak Salwa dia nak berhijrah dari Malaysia untuk beberapa tahun, jadi memang nak letgo semua yang boleh letgo. ^^,

Besarnya pahala para penyumbang semua. Semoga Allah lah sebaik baik pemberi ganjaran untuk kalian semua. MashaAllah. Semoga yang menerima juga kelak dapat memanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

The things i always love to do, berjumpa manusia2 cantik dan kacak yang berbudi luhur.

And of course, thanks Nina! ^^, you r one of a kind.

Oh ya, Ahad ni jemputlah hadir ke Hari Belia Taman Medan bertempat di Dataran Anak Muda, PJS1. Macam-macam aktiviti ada.

Till then. Jom tido! esok kerja.

12 December 2016

7 perhentian | Jangan biar hidup anda bosan.

Hari Sabtu hari tu, akhirnya aku drive solo lah dari PJ ke Kg Gajah. Memandangkan partner in crime siti hajar takdek. Pergi kenduri kahwin di Johor katanya. (First time drive solo, kebimbangan family dah macam first time naik bas solo dulu. Oh plis nak masuk 3 dekad dah. LOL) Kenapa aku balik hari Sabtu? oh sebab ada orang nak baiki jubin rumah sewa di PJ and of course i need to entertain them.

Menjadikan pergerakan bermula selewat jam 3.45 petang. (Walhal orang baiki siap dah jam 11.30 pagi. Tapi duk mengemop + rest jap tu yang jadi drag tu)

Ok, masuk hiway adalah agak banyak kenderaan tapi amazingly tak jam seperti yang digembar gemburkan. (Oh perhaps yang jem teruk adalah pagi dan adalah di kawasan lebih utara dari slim river sebab sana lorong tinggal 2 kan) Exit Tg Malim jam 4.30 petang.

1. Umi Sushi, Tg Malim.

Lepas exit Tg Malim aku terus ke Umi Sushi, sebab katanya kedai sushi pertama orang melayu. Excited aku nak pergi plus selalu balik tak dan, ni sebab balik sabtu hopefully berpeluanglah. Tapi sedihnya, awat tutup? Arghh.

2. Surau An Nur, UPSI

Hujan pulak lepas ke Umi tu, jadi aku park sebelah lorong kedai sebab lebat sangat sehingga menyeramkan untuk terus memandu. Sambil tu aku wasap Syidah Rasli sebab nak bagitau umi kensel dan perlu decide tempat lepak lain. Jadi Syidah suruh aku masuk upsi dulu, solat sana.

Maka first time juga la aku masuk UPSI, ok kecik je upsi ni.

3. Sarang Art, Rumah Rehat Tg Malim.

Setelah sembang-sembang, Syidah ajak pergi Sarang Art. Katanya mamat khalid punya. Dia da memang teringin pergi sini, tapi takde geng. So, aku pun on kan je lah keinginan sahabat ni kan ^^,

Not bad jugak lah kedai ni, hipster. Ada style lah. Nanti korang google k. Aku xde mood nak tangkap gambar that day. Hahaha. Menurut abang kaunter, kalau takde hal mamat khalid tiap malam ada je kat kedai. Kebetulan masa kami pergi mamat ada event plak kat KL. Maka tak dapat la nak belanja korang gambar selpi ngan pakcik mamat ni eh..

Tengah rancak 'pillow talk' ngan Syidah di ambang langit senja itu, tiba-tiba phone berdering
"Ha dah kat mana dah kau?" - bapak
"Tg Malim lagi"
"Tg Malim lagi? pukul berapa nak gerak tu, dah nak maghrib ni"
"Tadi makan, ni nak gerak lah ni. Maghrib jap pastu gerak balik"
"Ha cepat sikit, dah gelap dah ni"

Syidah gelak jer la tengok aku kena marah. Haha! Tak sedar dah 3 jam dah aku melepak kat Tg Malim rupanya.

4. KFC drive through, Tg Malim

Bajet-bajet nak mem'beli' hati-hati orang kat rumah, nak belanja la KFC kan. tiba-tiba ramai lah pulak orang kat KFC nih. Terus tawar hati nak beli KFC.

5. Masjid Slim River

Aku sebenarnya tak pasti sangat masjid ni di kawasan mana, nama masjid ni pun aku tak ingat. Tapi aku singgah kat sini lah untuk jamak maghrib dan isyak. Plan asal memang nak maghrib kat UPSI je, tapi masa Asar td, lepas kilat elektrik problem. Maka bergelap lah aku ngan Syidah masa solat Asar tu. Ingat Maghrib dah ok, rupanya tak ok lagi.

6. Petronas Sungkai

Sebab tak dapat beli KFC, aku pun singgah lah Mesra demi mendapatkan makanan ringan untuk menggembirakan hati. HAHA. Dasar! Sebenarnya agak mengantuk juga.

7. Batu Hitam, Kg Gajah.

Ya, dan akhirnya aku selamat tiba di Kg Gajah pada jam 9.30 malam. AHAHA!

29 November 2016

Pijah

Hari Ahad lepas aku ke Banting, wedding Nurul. Wahaha! panjang betul ceritanya. Pelbagai halangan. My bad sebab lemah geografi. Dan sangatlah tak organize nya, menjadikan the plan sangatlah kelaut. Banyak lesson learnt from this journey.

But, all is well. Sampai jugalah ke kenduri Nurul ^^,

Tahniah Nurul!! akhirnya berakhirlah penantian Nurul selama ini terhadap seorang Mr Right. (Teringat pulak Nadya, semoga arwah Nadya baik sahaja di alam sana. Alfatihah)

Ok, nak cerita kan perjalanan ke Banting ni, aku disertai Pijah dan rakan USIMnya Zara. Ini first time aku jumpa Pijah, selalu tengok dalam wasap group je. I really thought Pijah adalah one of geng usrah Nad, turn out she is not! wahaha. ok xpe.

Pastu aku tanya lah Pijah macam mana boleh kenal Nad. Dia cakap Fb. Aku like, seriously FB?
'Betulke ni Pijah, FB ke twitter ni? macam rare gila kut FB' Pastu pijah cakap,
'Kak Nad add FB dulu baru twitter' Peh, lagi aku rasa rare!

(Haha, sorry Pijah if u read this. tapi i memang masih curious orang kenal kat FB ni. Kalau twitter dulu baru FB boleh hadam lah jugak)

Atau mungkin berkenalan kat FB adalah sesuatu yang tidak asing pada satu masa dulu, cuma sekarang ni je dia nampak asing? Atau sebab aku hanya add orang yang aku kenal je kt FB? (Biasalah orang tua) Maka tak dapat connect kan relation dia?

Ok berbalik kepada kes ni, aku teringat pulak dulu masa zaman-zaman blogspot tengah hit dikalangan rakan sebaya. Masa tu bukan main syok lagi duk tukar-tukar template blog semua nak nampak sweet-sweet gitu. Aku tengok template blog Izzah ni, memang teringat lah dulu aku pernah gak guna template nih.


Masa zaman blog ni lah selalu jumpa random people on the internet (selain dari di chatroom yang rajin di lawati lebih kerap berbanding masjid) Aku ni menulis blog adalah secara picisan dan tidak lah saing2 blogger femes yg sering menghadiri gathering bloggers. maka, kadang-kadang bila ada orang selalu singgah dan komen kat post, rajin jugaklah aku melawat blog depa.

So dari sini i gain more stranger friend. Aku ingat ada sorang ni nama dia Izzah Sakinah aku selalu follow blog dia, macam best. sampai tahap aku pernah ada fon number dia, tapi tulah.. once upon a time. mana ntah nombor dia. Biasalah fon pun berapa kali dah tukar.

Oh berbalik kepada zaman rajin tukar-tukar template ni. Biasalah zaman blog dulu masih beginner bab bab IT ni, so tiap kali tukar template boleh kata half of bloglist hilang. T.T Maka, yang remain hari ni adalah yang terselamat je. Banyak lagi yang dah hilang seiring dengan zaman.

Kesimpulannya, aku nak relate kan dengan kes Pijah ni je lah. Aku pernah berkawan dengan stranger on the net, tapi tak sempat jumpa je la. Pijah ni dengar nya sampai gayut berjam jam lah selalu dengan Nad. Hehehe.

Sekian.

24 November 2016

Kadang-kadang

Seperti yang kita tahu, dunia yang sebentar ni adalah sebuah persinggahan menuju ke negeri abadi.

Seperti sedang berada di atas sebuah bakul yang tergantung bersamanya belon helium yang besar. belon ni nak bawa kita menuju Allah.

Tapi, dalam masa yang sama ada banyak perkara mengikat bakul ini dari terus terbang bebas. Nak kita buang tali itu, sayang nya! Semua pun adalah kesayangan-kesayangan kita.

Dan itu lah,

selagi kita masih berkehendak kepada dunia, perkara-perkara yang mengikat kita ni takkan sanggup kita lepaskan. semua kecintaan. memaksa kita. melambatkan masa berusaha menuju Dia.

sebenarnya,

dah sampai masanya untuk kita memotong tali-tali yang menahan langkah kita untuk terbang menuju Dia. apalah luka meninggalkan dunia, sedang akhirat makin melambai-lambai memanggil kita.

'So, flee to Allah'
Al Quran 51:50

strive to Jannah yuk!

ada rindu yang panjang tentang seorang aku yang dulu.

23 November 2016

five point o

Dah sejak sekian lama aku memaku hasrat untuk menghadirkan diri.
tanda solidariti aku terhadap keinginan rakyat demi Malaysia yang lebih baik.
terhadap usaha mematahkan kleptokrasi pimpinan.
terhadap pilihanraya yang lebih telus.

bila orang kata, apa sebab untuk bersama Bersih?
aku rasa tiada sebab untuk tidak bersama.

bila orang kata, ala sama je mana-mana pun bila dah teruji dengan wang semua akan gelap mata.
bagi aku, gelap mata is our prediction yang tak tau pun akan jadi atau tak. tapi jelas-jelas keadaan sekarang dah membuktikan pimpinan yang ada tak mampu dah nak beri nafas yang lebih stabil untuk Malaysia.

So no biggies to have a try aite? kita pun dah dalam worst state scenario. we have nothing to loose btw. Tanpa kita berbuat apa-apa pun, negara kita dah tergadai.

Bersih mungkin tak akan menjatuhkan pimpinan, tapi bersih adalah suara rakyat untuk Malaysia. Dan saya berada disini bersama semua, untuk turut menyatakan betapa berduka cita nya saya terhadap Malaysia hari ini.

Berilah nafas baru kepada Malaysia, berilah harapan untuk anak muda.

untuk Malaysia yang lebih baik~


pen off.
#hoppingmiracletohappen
(pinjam sket tagline izzah)