Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

10 February 2017

the girls school

Hari ni dalam sejarah.

17 tahun yang lalu.
hari pertama berjauhan lama dari keluarga.
hari aku belajar menjadi dewasa.
hari aku berdikari.

Alhamdulillah

terimakasih untuk semua nya.
Allah.
keluarga.
guru-guru.
sahabat.
pengalaman.
ilmu.
cinta.
pengorbanan.
persahabatan.

i'm blessed!

~the quick post, tengah nervous ni, esok kakak exam. Doakan ya!

01 February 2017

Gunung Berembun, Jelebu

Orang cakap hiking ni tempat yang bagus untuk heal 'luka' betul ke? aku cuba try lah kan.

Pertengahan minggu last week tiba-tiba Naufal keluarkan idea nak pergi mendaki Gunung Berembun dan Telapak Buruk kat Negeri Sembilan. Aku rasa dah lama sangat dah tak hiking (satu memang aku malas, dua sebab musim hujan) tapi, tempat ni aku pernah dengar jadi terus teringin nak pergi.

The last time hiking, April 2016. Lepas tu langsung lemau. Takde jogging, takde run. Paling cantik Disember aku stop sat kelas zumba. Memang totally tidak bersenam. Dan 1 Januari plan nak naik gunung. Ahaha.

Aku tak baca, aku tak trening. So mentally kosong. Untuk elakkan stress dan takut. Tapi pagi tu lepas Subuh terus memerut. Masa sarapan pun aku hilang selera, makan beberapa cubit roti canai dan teh o panas je. Serius eh naik gunung punya panik tu memang susah nak hilang. Lepas pekena breakfast ala kadar tu aku setelkan last phase memerut.

Kemudian barulah menuju ke starting point. Loji air.


Tudia muka start, masih ada sinyum. Total line up, 9 perempuan 10 lelaki. Dalam ni aku akan citer kan log perjalanan aku lah kan, sebab ni bukan log diorang. haha! Oh ya, group kali ni merge dengan geng2 ultra marathon. Maka, kau kena imagine dan pahamkan how hard to catching up (alasan sangat)

8.50 pagi - Start hiking.

Sepanjang perjalanan ni aku memang among the last person in line (tak leh jadi last, sebab last sentiasa sweeper). Masa awal-awal lagi aku dah boleh bajet akan pancit. Tapi trek awal macam ok lagi, mostly mendatar. Belanja view hutan yang indah mata memandang. 

(Awal-awal trekking lagi, tapak kasut ita dah koyak. Ahaha, apa akan terjadi kepada Ita. Ita, jom mental sesama ^^,)

Disebabkan kitorang dalam group yang slow, jadi tiba-tiba terjumpa port cantik terus rasa excited nak bergambar. (Aku share gambar afiq je lah, sebab ada gaya model sikit, maklumlah kaki panjang. Untuk kitorang yang taraf hobbit ni simpan dalam fon je lah gambar semasing. Aha)


9.40 pagi - balak tumbang. 

Dan aku rasa kat sini lah kebahagiaan dan kegembiraan aku mula diragut perlahan-lahan. Ada satu kayu balak patah yang sangat besar merentang sungai. So, kita kena meniti balak tu. 

Sumber: google (link)
Selepas je dari titian balak tu, the challenge start. Ada banyak part menaik dari part mendatar atau menurun. Sobs. Aku punya kaki dah beberapa kali diserang cubaan untuk krem. Sat sat dekat betis, kadang bila nak melangkah balak yang super besar tu, kat paha pun dia duk kream. Tapi tak pa ejas2 sikit, xjadi krem. 

10.48 - gua kambing

Lepas gua kambing adalah klimaks azab! Pangok all the way. Dan kat sini lah aku layan mental. Tepaksa drag naufal ngan Fareez sekali dalam ke'mental'an tersebut.

"Saya tunggu sini je lah, korang naik. Nanti turun kita jumpa balik kat sini"
"Ala ok je kasara, kaka sara boleh" Fareez

Aku terus kan lagi perjalanan. Walaupun kaki dah hazab nak diangkat. Masa ni lah aku duk nak menyesal tak makan sarapan dengan proper. Tapi sebabkan penyesalan tiada berguna, maka terus lah membara rajuk dan tangis sang hati ke puncak berembun.

"Beg tu berat sangat ke, meh barang sikit" Naufal
Aku pass 2 butane.

Untuk hilang kan bosan dan penat, kadang-kadang duk sembang pasal retreat. Eh eh dah tinggal lagi 2 minggu nak retreat. Tetiba aku macam teringat tugas teknikal aku. Macam tak setel lagi. Tapi tak serius sangat lah duk pikir, layan mental punya pasal. Memang tak kemana la. Haha.

"Akak kalau saya pasang lagu akak ok tak?"
"Kalau dah mental tokie, ada lagu ke takde ke sama jer" (azab betul nampak gayanye aku ni)

Lagi 800m nak ke puncak, berselisih dengan adik2 ni depa turun.

"Jauh lagi ke dik? Tadi turun dari puncak berapa minit?"
"Tak jauh dah, tadi 20 minit" adik
"Kalau turun 20 minit, so kita lagi sejamlah kaka sara" fareez

Walaupun aku dah boleh agak dah respon dalam hutan yang biasa dengan terma tipu sunat ni, tapi aku tetap nak tanya kan. Hmm, lagi sejam. Tokie dah hilang dah ke depan. Ita masih ada. Tadi ada jugak hakim lalu lalang. La ni, mungkin dia pun dah sampai puncak.

Tengok teruk sangat, Fareez dan Naufal berusaha keras buatkan tongkat (yang aku pakai sat ja, lepas tu buang sebab nampak tongkat yang lebih pendek dan ringan. Sorry guys) Tak lama ita pun dah hilang.

"Fareez, selain hiking memang selalu jogging ke? atau bersenam"
"Aku? mana ada. Last tu lah masa yybtn tu. Mana ada dah" fareez
"Tapi korang fit je eh. Ke ni faktor usia eh"
"Mana ada. Semua nya bersenam je. Kena rajin training. Kalau usia, ada je pakcik2 40, 50 tahun tu boleh marathon lagi" fareez
"Tapi memang lah bila kita semakin tua, kekuatan tu akan degrade. Tak sama dah lah dengan zaman kita muda. Tu lah kena lagi rajin latihan" naufal

Bila aku dah sampai 10 langkah berhenti. Naufal mintak beg. Dia cakap, nanti dah dekat puncak ambil balik beg tu. Aku lepas bagi beg pun tetap rasa takde beza gak. Penat dia sama je. Aduh

"Rasanya saya memang dah kena berhenti lah buat benda ni"
"Eh apa pulak berhenti, kan kita baru je bermula. Baru 1 Januari, takkan nak berakhir dah" fareez
"Tapi takleh lah kalau macam ni"
"Apa-apa pun sihat tubuh badan tu kan 10 muwasofat muslim. Kena gak bersenam" naufal

Ok sedas. pedas. Terus aku dah tak mengomel lagi sehinggalah sampai ke puncak,  

12.15 - puncak berembun (30 minit lewat dari amar dan orang depan)


Aku sampai je puncak, diorang dah siap makan. Kak siti minta nugget dalam beg aku. Aku pun buka beg, keluarkan nugget pas pada kak siti. Keluarkan kain batik. Cari port, terus baring! Lupakan sat makan-makan. Aku terus demikian kurang lebih 10 minit. Lepas tu bangun, makan. Dan cari ubat panas yang mampu menguatkan kaki. 

Sepanjang ke puncak, memang aku duk setup otak taknak pegi air crashed area, nak lepak puncak je. Punah teruk kut semangat bila jadi orang last. Sobs. Plus rasa down, sebab sampai orang kena bawakan beg. Hmpfh. 

Depa duk siapkan fly lagi bawah beirut, takut hujan nanti lenjun pulak aku kan. Tapi lepas tu aku fikir2 lagi dan lagi. Teringat masa aku sampai pasar bubrah dan melihat puncak merapi. Perasaan yang sama, aku taknak buat. Tapi berkat pujukan dan kata2 semangat teman-teman, aku buat jugak. Same goes this time. Thanks, Tokie, Ita, Salha and the rest. 

12.48 - gerak ke crashed sites

Kemampuan kali ni nampaknya lebih baik dari masa ke puncak. Kali ni, tokie dan Ita decide untuk accompany me. Bagusnya hangpa. Sedih sis keharuan. Ita depan, aku belakang, tokie belakang sekali. Bila letih, tokie depan, ita belakang tokie, aku belakang sekali. 

"Sarah mesti boleh ni, tadi aku tengok ko da makan ayam goreng dah tadi" kata fareez. 

Ok fine. memang pun, membantu sangat lah makanan tu semua. Alhamdulillah. Tapi aku rasa plus dengan trek nak gi crash area ni mostly landai je. Naik sikit, turun sikit. Tapi takdelah teruk macam nak ke puncak. mostly mencanak masa nak ke puncak tadi.

Punyalah syok dah bertenaga dan boleh laju, sampai tak tengok orang belakang yang memerlukan krim ketika cramp. Maaf ye dik non. Saya alpa dengan nikmat tenaga.

Tapi perjalanan kali ni, aku dah boleh enjoy lagu-lagu dalam fon tokie. Sesekali mampulah nak sing along. Lagu nasyid lama, dan kadang-kadang lagu2 kopratasa dan jenis2 ilmiah gak. Kadang bacaan surah. (Masa naik tadi langsung! nak dengar pun tak mampu)

1.55 - air crashed area (10 minit beza dengan orang depan)

Sampai kat kawasan air crashed area akan ada signage dia. Kalau terlajak, akan terus ke telapak buruk. Dekat sebelah kanan korang akan ada satu bangkai ekor kapal terbang yg besar. Kat sebelah kiri pulak ada laluan turun yang curam. Kalau nak tengok lebih banyak serpihan kapal bolehlah turun.

Pada asalnya aku malas nak turun (sebab duk bayangkan kepayahan nak naik) tapi sebab diorang cakap nak group photo kat bangkai kapal, turun jugaklah!


2.41 - gerak ke puncak berembun

Lepas lepak lama layan bergambar dan tempat bangkai, kami pun bergerak pulang ke puncak berembun.

3.39 - reach puncak berembun

Kami solat zohor dan jamak disini, berbekalkan baki air yang masih tinggal. Sebelum bergerak turun. 

4.41 - gerak ke gua kambing

Waktu ni pun terpecah dua. Yang laju gerak dulu. Aku masih di kumpulan belakang. Masa turun dah tak sepenat masa naik. Tapi macam biasa, ibu jari dah mula sengal. Setiap kali menapak rasa nak menangis

"Kalau kita ambil pain killer, sakit ibu jari ni boleh hilang tak?"
"Sakit sangat ke? Kalau boleh tahan, tahan dulu. Pain killer ni tak bagus."

5.26 - reach gua kambing

Kat sini kumpulan depan da sampai dulu. Tapi berhenti lama sikit sebab ada yang tak jamak tadi. Berhenti untuk solat Asar. Tambahan kat sini ada air mengalir macam paip, memang puas kalau nak ambil wudhuk.

Kat sini aku dah tak boleh tahan, maka dua bijik panadol active fast pun masuk ke perut. (Percayalah saya bukan drug addict, saya terpaksa. Saia taa kuad)


5.38 - gerak ke balak

"Kalau sampai sebelum 6.30 kat air terjun then boleh lah nak mandi, kalau sampai lewat dari tu.. kita terus kan berjalan or else kita akan kemalaman dalam hutan" - naufal (yang tak bawa headlamp) 

Alhamdulillah, setelah melupakan rasa sakit (pengaruh dadah?) lancar sikit pergerakan. Namun bukan laju ya. Sekadar lancar. 

6.37 - reach balak

Kumpulan depan dah tiba dulu, maka dari kejauhan nampaklah manusia sedang berkubang di dalam jernih air sungai. 

Aku turun gaklah, basuh muka. Buat lepas gian.

6.45 - gerak ke starting point

Perjalanan menuju ke starting point macam biasa, mostly landai, paling2 ada buluh tumbang. Masa ni kumpulan belakang ada 5 org, aku, ita, tokie, fareez dan naufal. Dan aku ngan ita je bawa headlamp. 

Ita pulak kasut dia memang dah nazak habis. Keep on kena betulkan getah untuk ikat kasut.

Beberapa minit sebelum sampai starting point kedengaran sayup2 suara azan dilaungkan. 

Wahh.. rasa nak nangis! Akhirnya sampai..

7.30 - reach starting point

Dah sampai tu, memang macam biasa lah. Kaki tak serupa kaki. Singgah balik masjid yang sama masa subuh tadi. Tapi toilet kan tak banyak, maka aku tukar apa yang patut dulu dan kejar maghrib. Lepas maghrib barulah mandi dan solat isyak. 

Lepas isyak baru gerak cari makan. Maka singgahlah satu kedai tomyam yang aku dah tak ingat nama ni. Satu kereta tak join. Depa makan gerai tepi masjid je.

"Awak neves ke?" tegur abg pali kpd naim (tukang tangkap gambar).
tapi somehow aku rasa kelakar pula.

3 pasang beradik spotted here.

Sekian, pengembaraan di Gunung Berembun, N9. Lepas sebulan peram, aku up lah hari ni kan. Ahaha~ walaupun hari ini, dua2 ibu jari dah takde kuku, tapi aku rasa kena meneruskan projek pendakian ni (at least konsisten jogging please sarah!). Or else, kau akan menyusahkan orang lagi like forever. Till then.

27 January 2017

Tidur.

Ok ni aku rasa last post dah kut untuk Januari?

Lepas aku belek-belek post Januari ni, aku rasa semuanya sedih belaka pulak. (Walaupun memang sedih sebenarnya) Asal eh Januari tahun ni lain macam pulak syahdunya. Adakah berkaitan dengan hujan yang sering muncul di petang hari? ditambah pula dengan banjir di beberapa kawasan di sekitar tanah air?

Ok, kita stop sat feeling2 sedih ni. Kita tukar genre lah pulak. Citer sedih ni, kita sambung lain kali. Ahaha~

Semalam hari Jumaat, opis lengang. Biasa la, para jejaka mengerjakan solat Jumaat sementara para tak jejaka menghabiskan masa di mall (tipikal kan cerita begini) Oh ya, aku bukan di syarikat selalu. Tempat dirahsiakan :D untuk elemen saspen berlebihan. Kat department ni, memang tak ada cina biasanya.

Jadi aku tinggal dengan sorang je rakan sekerja. Nama dia imah. Imah duduk kat bilik belakang, dan aku duduk depan tepi pintu masuk. Lepas pekena lunch mata pun layu. Lagi2 lampu tutup masa rehat. Penjimatan elektrik kan. Memang membantu sangat. Maka di posisi masing2 kami pun memulakan pelayaran.

Mula2 aku takdela nak tidur. Tapi dah perut kembung kan. Mengantuk juga. Tersengguk ketika menopang kepala. Terus aku tidur betul2 (telangkupkan kepala ke meja) Baru je nak lelap, tiba2 aku dengar ketukan.

Terus aku terjaga balik. Siapa pula nak datang lunch hour ni. Dah la ofis depan halfday hari ni. Aku tengok kat pintu kaca sebelah aku tu, xde tanda ada orang datang. Hmmm.. ok mungkin bunyi dari toilet kut.

Aku pun mencuba lagi nak sambung tidur. Terjadi lagi, baru je nak lelap aku terdengar pulak bunyi pakaian berlaga (bunyi bila org berjalan) dekat laluan antara bilik imah dengan tempat aku. Ah parop gini!

(Aku rasa aku ada buat cubaan tidur kali ketiga tapi tetap tak berjaya, aku tak ingat bunyi apa pulak)

Hilang mood aku nak tidur. Aku pun terus melayari internet sampai la budak lelaki balik dari sembahyang jumaat.

Aku pun tak pasti sejak bila aku sensitif sangat masa tidur siang (sampai bunyi sikit pun terjaga) sedangkan, beberapa hari sebelum ni ok je aku tidur. Ada sampai setengah jam tidur xdengar pape pun, dengan lena lagi.

Hmmm...

Adakah kesan khas selepas pagi tu aku duk baca pasal renjer hutan tweet tanda2 mistik kat hutan.

24 January 2017

the pain & struggle

Malam semalam, aku temankan makcik kalsom ke satu perjumpaan. makcik kalsom ni naqibah lama aku. lama jugaklah aku ngan makcik. style2 mak aku dah makcik ni. cikgu. umo pun saing2 mak.

Walaupun aku sebenarnya dah set date ngan Ita, nak pergi program gelandangan. Tapi atlast aku terpaksa withdraw. Bukan apa, lama rasanya tak gi program jumpa akhwat. Asyik bergema-gema ni, kadang rindu gak suasana program soleh-solehah ni. hehe.

Aku rasa Januari ni gloomy betul kehidupan aku. Rasa macam entahlah. 2017 akan jadi a sadful year to start with. Tapi tu lah, aku terbaca status ni kat FB Ita. Dan aku rasa sangatlah tepatnya.
ALLAH breaks our heart to make us whole..ALLAH sends us pain so we can be stronger..ALLAH sends us failure so we can be humble..ALLAH sends us illness so we can take better care of ourselves.ALLAH takes 'something' away from us so we can learn the value of 'everything' we have.
Kalau Allah tak hantar ujian kesedihan dan kesusahan. Kita akan selamanya 'lepak' di zone selesa. Dan lama-lama tali kita kat Allah pun semakin longgar dan terlepas. Nauzubillahiminzalik.

So, untung lah. dan bersyukurlah bila Allah uji. Allah nak kita balik kat Dia kan?

Bila sedih, ingatlah balik doa-doa lalu. Mungkin ada doa kita yang Allah sedang makbulkan, tapi kita tak sangka doa itu termakbul tapi bersama dengan kesakitan ini. Kan?

Jadi seorang mukmin tu untung, bila bersyukur mendapat pahala, bila diuji pun dapat pahala. Sentiasa dalam kebaikan, insyaAllah.

Allah knows best.
Lets flee to Allah.

Oh ya, balik tadi makcik belanja topup touch n go.
"Eh janganlah makcik, banyak sangat ni"
"Alah bukannya awak nak pergi tempat maksiat pun.."

wuwuwuwu~ Moga makcik terus di beri kesihatan dan keberkatan umur. Aku selalu amazed dengan orang-orang yang pemurah dan dermawan ni. Moga aku pun akan tergolong dalam golongan ni satu masa nanti. Ok, kena kerja keras nak jadi kaya dan dermawan ni. Hihi.