Quotes..
Sedikit Renungan
08 January 2019
Happy New Year 2019
Dah 8 hari berlalu untuk 2019. MasyaAllah, aku predict kelajuan 2019 pasti lebih laju dari 2018. Mungkin saing-saing kelajuan roket ke angkasa lepas? Ahaha~
Satu yang pasti dengan perubahan tahun, pastilah memberi erti pertambahan usia. Akan masuk 32 this year. Aduhai. Banyak tu. Aku menulis ni since 2008 kan? ok dah 11 tahun. Maksudnya cerita2 dalam blog ni dari aku umur 21 lah kan? Wow. Cerita lebih sedekat lalu dan mungkin juga kisah dari 20kg yang lalu.
Ok untuk 2019,
💕 moga kesihatan aku tidak sehingga menyusahkan orang lain
(dah 30an ni, dah tak sama sihat macam 20an. Cuma tulah, harap2 kalau sakit tak sampai menyusahkan orang)
💕 moga diberi kekuatan untuk rajin dan ikhlas beramal
💕 moga dapat increase metabolisma (rajin bersenam plis sis!)
💕 moga makin firm dengan purpose of life, so tak mudah losing grip in between
💕 moga dapat menjadi manusia yang bermanfaat! (kepada keluarga, tetangga dan agama)
Jodoh? Takde hope for this. haha! Rezeki dari Allah, kalau ada kita terima, bonus!
Untuk kalian semua, moga impian2 korang tentang 2019 ni juga termakbul.. Amin.
07 January 2019
My Brother The Serial Killer
31 December 2018
2018, the conclusion.
Ok lets recap!
Per perpindahan Nani menyertai team Teach For Malaysia (TFM) ke Johor, menjadikan kedudukan Grads Project sangat-sangat crucial. Sukarelawan yang tak tetap dan tiada pertambahan, maka aku pun take charge menyertai the team. Sebelum ni memang aku join projek ni betul2 sukarela je, tapi tahun ni dah kena slot in dalam planner. we are running out of volunteer.
Tahun ni yang paling utama haruslah highlight untuk Malaysia Baru! Akhirnya.. macam tak sangka je kan, dapat bernafas sampai umur ini. Tapi macam biasa lah kan, new things takkan lah flawless, just because we know the old things nearly broken, doesn't mean the new one serve better. kan?
Sayangnya tahun ni, tak dapat pi Indon! Sobs. Plan asal nak ke Rinjani. Tapi taktau lah kenapa keep on delaying untuk beli tiket. Then the hikmah show, gempa bumi di Lombok! Maka, officially trip Lombok cancel! Tak lama lepas tu ada gegaran pulak kat Bali. Jadi,adhoc plan bertukar, ada few cadangan. Samada ke Surabaya untuk menuju Semeru atau ke Kalimantan menziarahi peradaban. Ada yang cakap untuk kepulauan Jawa jangan pergi dulu, sebab nampak tak stabil keep on gegar. So we go for Kalimantan, baru nak memperincikan itinerary, Dapat berita Kalimantan jerebu. Oh, how sad was it? No Indonesia for this year. T.T (Turut berduka cita dengan bencana alam yang terus menerus menimpa Indonesia - Palu, Sulawesi, Krakatao anak, Sumatera) Bertahan ya teman2!
Tahun ni jugak,
- Fikri kawen!
- First time sampai Kinabalu Park
- Join team Ahli Majlis!
Ingatkan things getting better through time. Nampaknya, lagi banyak kerja! Moga Allah terus beri kekuatan untuk terus melangkah. Lebih baik terus diberi ruang untuk melangkah di medan baru dari dihentikan langkah. Kan?
Dulu masa mula-mula habis belajar, baru kira-kira setahun habis UM. Junior keep on tanya,
"Macam mana akak boleh terus tsabat untuk bergerak dengan kerja-kerja ni?"Masa tu aku memang tak boleh nak jawab, sebab bagi aku baru setahun kerja kut, takda apa pun yang menguji ketabahan dan kekuatan. Sekarang lepas hampir 10 tahun meninggalkan zaman universiti, aku rasa jawapan yang aku boleh bagi adalah,
"Beranilah bergerak sendiri dengan keyakinan yang benar"Bila kita yakin kita di jalan yang benar, beranilah untuk bergerak sendiri. Takkan selamanya kita akan bersama dengan orang yang sama. Semua kita akan ditinggalkan dan meninggalkan, temuilah orang baru, hargai masa yang ada dan melangkahlah bersama. InsyaAllah, pada tiap simpang yang menjadikan kita sendiri, Allah akan pinjamkan orang baru untuk kita melangkah lagi. Jangan mengalah dan teruskan melangkah dalam kepayahan! ^.^ Rasa jatuh. Rasa sendiri. Rasa sakit. Rasailah! Selalulah percaya, rasa ini tidak kekal, semuanya bergiliran. Enjoy!
15 minit berbaki untuk bersama 2018, moga 2019 memberi semangat baru untuk kita semua ya. Dahlah tu bersedih. chin up and make a move! Getting stronger and lets be the better version of ourselves.
30 December 2018
Of kenduri Anak Kak Mela
Semalam sebelum balik ke kampung halaman yang tercinta, sempatlah singgah ke jemputan kenduri kahwin anak Kak Mela di rumah Alumni UM. Pelan asal nak pergi dengan kak Ujie, tapi sangkut sebab adhoc plan nak balik kampung 😆😎 So tukar plan.
'Makcik, pergi ke kenduri anak kak Mela?'
'Pergi, Sarah nak join ke?'
Begitulah perbualan singkat wasap aku dengan Cikgu Kalsom. Lepas kelas makcik pun sampai, solo.
'Eh makcik sorang je?'
Makcik jelaskan kondisi ustaz yang makin tak sihat dan anak-anak pula xnak ikut. Maka kami (campur kak Siti) bergerak ke kenduri anak Kak Mela.
'Ni kalau saya tak wasap pagi td ni makcik datang sorang lah ni? Ke tak datang?'
'Eh makcik Mela ajak, mesti datang'
Little that people know, Kak Mela dan Pakcik Syed (ramai orang mempersoalkan kenapa aku panggil kak sedangkan dia level makcik 😂) ni memang dah jadi idola aku since 2010. Masa tu pakcik belum jadi yb, kak Mela pun belum tukar fakulti. Spirit dia, mengagumkan. Terinspirasi. Kak Mela mengahwinkan anaknya yang ketiga. Tinggal sorang lagi anak bujang kak Mela. Laju betul masa.
'Dekat betul rumah alumni ni dengan rumah makcik kan, kalau makcik tak pergi memang saja je lah' saja aku basa basi sebelum makcik drop aku ke kereta.
'Eh makcik Mela buat kat mana pun mesti makcik akan datang punya. BFF!' Kata makcik sambil ketawa.
Agaknya macam tu lah rupanya definisi kawan sampai syurga yang biasa kita tulis dalam buku biodata masa sekolah menengah dulu. Kadang2 connection diorang ni sungguh mengharukan.
'Dulu anak2 kami hantar pi skolah sama-sama. Kadang bila van buat hal hantar anak sukahati tempat, Makcik Mela lah tolong pi marah orang van' ujar makcik lagi sambil senyum mengenangkan cerita lama.
Indah.
So, siapa kawan sampai syurga korang? BFF anyone? Hehe.
29 November 2018
Beb, chin up!
Lunch tadi, dapat lah makan 'bareng' dengan the girls.
Biasalah bila dah duduk sama, duk catch up things yang tertinggal in between. Takde lah lama sangat rasanya balik KL, tapi bila kira-kira dah 2 bulan jugak rupanya.
After all, things arent that good. As we grow, the world too and most of the things we loved, changed. I just hope my girls mampu bertahan dan become stronger! Moga Allah menjaga sis! Saat jatuhnya kita dari cengkaman/rangkulan manusia, ketahuilah Allah telah dulu menyediakan pelukan yang lebih empuk untuk menyambut kita. :) Kembalilah kedalam dakapan DIA. InsyaAllah, things will gettin' better through time. Setiap kali cerita macam ni muncul, igauan lama akan selalu menjelma. I think, the wound never heal. It just, we choose to forget and try harder to move on.
Eh, apahal citer sedih lak balik PJ ni kan. huhu
To the girl i love and i've met along the way, keep strong ya! Cause i believe u r stronger than u think ^^, keep it up! Dunia ni tak lama, sikit je lagi. Chin up, stay strong, pray more! 💕 Moga Allah redha.
Jalan Klang Lama, 1513.