Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

31 December 2009

Last post for this year..2009

Salam.

Hurm.diam xdiam dah habis dah 2009.rasa macam baru semalam bersesak-sesak berprogram karnival di Shah Alam. tup tup dah setahun dah cerita itu. mcm sekelip aje baru mata ini berkedip..

Tahun ini.2009.
-[checked] sudah berprektikal di Tekad,Ampang
-[checked] sudah tamatkan belajar Sarjana Muda Sains (Bioinformatik)
-[checked] sudah bekerja di Nepiege,PJ.. Alhamdulillah.

seharusnya aku perlu berpuas hati dengan apa yang aku telah ada..
tetapi, hakikatnya ada sesuatu yg gugur dalam jalan panjang ini..
nilai ruh dan nilai tarbawi..
entah dimana telah aku cicirkan..
entah dimana aku tinggalkan..

Ya Allah,
untuk tahun baru 2010 ini, cuma satu yg aku harapkan..
semoga aku jumpa semula 'nilai' yang telah terhilang dari diri itu..
dan semoga.. aku mampu mengerah diri menjadi mukmin sebenar..

mohon ini,Engkau kabulkan Ya Allah..ameen.

2009-12-31 21:21:00
+Rumah Kelana Jaya+

27 December 2009

berlabuh sudah tirai PKN'09



Alhamdulillah.. setelah tambah tolak lebih 3 bulan merancang dan bekerja.. berakhir sudah PKN'09.

Mungkin aku seorang pesimis yang selalu melihat kepada air yang separuh kosong pada sebiji gelas.. Namun, akhirnya aku tersentak dek kisah Badar.. tentera Islam yang 313orang juga boleh menandingi tentera kufar yang 1000 orang..

maka, tahniah kepada Karisma PJ atas kejayaan antum menjadi penganjur PKN'09 kali ini.. jangan terlalu kecewa dek kekurangan, kerana dari situ akan sentiasa ada ruang pembaikan..


Tahniah juga kepada Asiyah Hasanah ^_^!! I know you can do lah.. berdebar sket2 sebelum bahas tu biasalah kan.. (tapi sila jangan suruh saya berbahas..haha)

Mabruk juga kepada ukhti kita Samihah.. atas taklifan baru yang diterima.. Moga ini merupakan tarbiyah baru untuk kamu.. ^^,

Antara kanak2 yang turut menjayakan PKN'09

Renungan PKN'09:
Qalbun mariidh* - terhasil bukan sekadar apabila tidak menjaga pandangan atau melakukan perkara 'lagho' .. malah, kemalasan dan sering berlengah dalam melakukan perkara dakwah juga sebenarnya petanda qalbun mariidh.. - Pakcik RM, Petaling

Nauzubillah, minta dijauhkan..
*terima kasih cik anon.

Rumah Kelana Jaya,
jam 10.51 pagi.

21 December 2009

Sahabat..

kalau kau rasa penat dan hampir give up dengan apa yang melelahkan sekarang..

jangan dulu..

kenang semula saat kita mengambil keputusan untuk kesini dahulu..
bukan ada sesiapa memaksa..
malah kitalah manusia matang yang membuat keputusan itu..

dan saat ini..
ketika zaman menghimpit kita dengan pelbagai rasa..
perlukah kita mengalah??
setelah awalnya kita sendiri yang memilih untuk disini..

Sekian,
Selamat bekerja semuanya..
^_^

4.11pm
Nepiege Holdings.

17 December 2009

Sandakan - bye.

Sepanjang ber'training' di Sandakan ini tentulah kerja nya di ofis saja kan.. mana da pergi mana2.. ulang-alik ke ofis dan hotel saja..

satu2nya tempat yang pergi ialah.. Sepilok..


Sepilok tempat rehab orang utan di Malaysia ni kan.. ada lah orang utannya.. tapi jauh bah~ sebab kami sampai tu dah lewat.. jadi orang utannya sudah masuk balik ke hutan..


Atlast.. its time to going back.. dan misi saya untuk menangkap gambar bersama orang-orang Sabah yang cun ini nampaknya tidak berjaya.. haha!

Sekian dulu..
*tiada souvenirnya bah..gi sepilok apalah barang menarik utk dibawa pulang..

5.21pm,
Sandakan.
tunggu flight jam 8.25mlm

15 December 2009

Sandakan

ye telah terbang ke Sandakan dan akan berada disini sehingga Khamis.. untuk m'entertain' client Nepiege disini.

ya!banyak giler2 punya pembetulan perlu dibuat.. (jadi perlu prepare minda ya wahai programmer Nepiege)
aku cuba betulkan yang mana boleh.. tapi internet sini.. agak poor sebenarnya.. jadi mungkin dapat betulkan di localhost saja.. mahu membetulkan di winscp memang tidak mampu.. jadi perlu kamu di Selangor membantu..

nda ada banyak gambar bah dari Sabah.. ada 3 gambar saja sejak dari LCCT - Airport Sandakan..
Ini di LCCT - bergerak naik ke Air Asia flight - jam 7.00 pagi.


Ini di Airport Sandakan - sedang beratur ambil permit masuk Sabah - jam 10.30 pagi

Setakat ini.. semua module sudah di present.. hanya tinggal Branch sahaja lagi Khamis pagi.. (dan mungkin XQCC perlu briefing sekali lagi) jadi sudah ada bannyyyak kerja..

5.34pm,
Sandakan,Sabah.