Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

30 May 2010

Penang Trip

gaya orang (konon) sibuk. ke Penang petang Jumaat dan pulang ke KL semula petang Sabtu.

Pulang dari Penang, duduk single seat.. Miha di depan.
Duk sorang diri melayan perasaan,
seorang itu sudah bertunang, yang dua menunggu masa bernikah..

Cepat betul masa berlalu.. T_T
Rasa baru semalam kenal.. duduk dalam usrah sama2..
kena marah sama2.. buat keja balai.. buat keja k-um..

Apapun,
Semoga dipermudahkan jalan kalian sampai ke alam perkahwinan.
Selamat menjadi ahli syurga sahabat! ^___^

"Apabila seorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan taat kepada suaminya, Maka dikatakan kepada wanita itu.. 'Masuklah ke dalam syurga dari pintu mana yang kamu inginkan'"
- HR Ibnu Hibban dari Abu Hurairah r.a

Sekian.

28 May 2010

Mencari bahagia

kadang-kadang dalam hidup,
kita sering tercari-cari.. tetapi tidak tahu apa yang kita cari..

mencari tenang yang xketemuan..
stress yang tak nampak penghujung..
dan bahagia diri yang selalu hilang..

sebenarnya,
semua telah dihadapan kita sendiri,
tinggal kita untuk memilih..

terima kasih Hajar B,

*thumbs up!!*

.sekian.

26 May 2010

Sabar

sabar. 5 huruf saja. dan 2 suku kata. tapi prektisnya? terlalu sukar.

telah mencuba memupuk sabar. berulang kali tewas, berjuta kali kecundang. biar telah sering derai air mata gugur dan tumpah.. namun belum juga sabar mahu berdamping..

terima kasih untuk idola2 sabar yang berlegar-legar di sekelilingku..

yang paling sabar tentu mak dan ayah..
ayah yang selalu steady dan cool (idola anak2.hehe),
dan mak yang selalu sabar dan mengalah bila anaknya yang sorang ni jarang2 mahu balik..

kak Shira,
sabar betul mendengar dan melayan kerenah budak yang suka merengek itu dan ini tapi tak reti-reti nak berubah..
cekal meneruskan juang sendiri di medan sana T_T (saya tahu kamu kuatkn kak?)

kak zira,
kesabaran beliau menjadi pendidik .. dan ketabahan beliau berulang dari kolej 12 ke tadika.. dia bukan ada transport.. tapi? memang xpernah aku dengar dia mengeluh.

Awanis,
yang selalunya berdiam dari melenting bila keadaan menekan.. tinggi sabar dia ni..(membebel tu biasalakan perempuan)

Amir,
ini memang tak tahulah nak kata sabar cap apa. kena maki hamun pun masih steady. resepi beliau, "aku pikir, dunia ni semuanya permainan.."
*thumbs up!*

terima kasih semua idola2 sabar saya,
perlahan-lahan akan saya belajar itu dari kamu..

~t.e.r.i.m.a.k.a.s.i.h.s.e.m.u.a~

22 May 2010

Rasional

bersiaran dari Kg Gajah,

mood hari ni sudah bagus.. setelah semalam habis kerja diambil Siti Hajar dan mengembara pulang ke kg halaman.. tiba2 aku rasa sungguh tidak matang dan memalukan semalam. ah! mendahulukan emosi dihadapan akal.. memang ciri2 tipikal wanita.. *sigh*

semalam dalam perjalanan 6 ptg - 8.45 mlm.. kak Siti memainkan dan jamming sekali lagu Yang Abadi . fuh, menangkap.. terus aku insaf.. kehidupan kehadapan perlu lebih baik dari semalam ... seharusnya begitu.. semoga lebih rasional di masa depan.. hurm~

Tuhan, ku harapkan
Kepada-Mu, keampunan
Keredhaan, kasih sayang
Kehidupan terpelihara

Hati yang dahaga
Mengharapkan sinar cinta
Nur kasih-Mu yang sejati
Bahagia kekal abadi

Tapi Engkau pun tahu
Onak dan duri pada dunia-Mu
Engkau ciptakan pagar rintangan
Harga cinta-Mu jiwa ku korban

Tuntun langkahku ini
Tunjukkan jalan yang Kau redhai
Jangan biarkan hamba terkorban
Dengan dunia

Selamatkan dengan rahmat-Mu
Nama-Mu biar dalam hatiku
Menanti hari di pertemuan yang abadi

sekian, salam dari kg halaman
9.14pagi

21 May 2010

Amarah 2

<----| OK aku delete post tadi.. sebab nafsu amarah sungguh xbagus kan ^__^ |---->

aku post ini ajelah sepatutnya,

"Never underestimate the pain of others..
The TRUTH is everyone is STRUGGLING..
Its just some people hide it better than"

(^^,) Ayuh ceria2 semua!!
pss..hujung minggu ni aku balik kampung..
re-charge sambil survey tapak kut2 bleh bukak perniagaan

sekian,salam.