Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

29 May 2013

Training: Day 3

Assalamualaikum,

Terasa nak menulis pulak hari ni. kita akan membuat satu jurnal harian

Ok. hari ni adalah hari ke-3 aku dan seorang rakan ofis aka rakan univ aka rakan satu supervisor (final year project) iaitu Nasyrah di Cyberjaya. Ya training adalah tentang membangunkan aplikasi.

So, bila nak cerita training untuk membangun aplikasi haruslah ia ada kaitan dengan database, tentang syntax, tentang language, dan bukanlah tentang tool semata-mata. camtu.

Terus kepada topik. Dan subjek hari ketiga ni nampak susah sikitlah. untuk orang yang hanya memahami 2 bahasa iaitu HTML dan PHP sahaja. untuk membangun aplikasi iOS kena guna bahasa Objective-C sementara untuk database boleh guna PList, SQLite atau JSON. Aha jargon apakah kan?

Kelas overall ok lah, sebab group kecil dah ala-ala discussion je dah. siap task yang boss suruh buat tu trainer dah kasi jalan da.. tinggal brush sana-sini sket je lagi. InsyaAllah may run. Ahli kelas terdiri daripada kami berdua, trainer, sorang android/mobile developer dan seorang e-education master student dari Arab. Tiba ada seorang kak ni, ok nama dia Wong. Dia mintak kat trainer nak join class. Adalah die terangkan kenapa dia taknak register anda iTrain what-so-ever. Trainer malas nak cakap banyak die kata dia takleh terima duit direct dari student, tapi kalau nak belajar datang je la. Satu yang aku suka trainer ni, dia sangat profesional dan suka mengajar. bagus bagus bagus.

Kak ni memang takde background langsung pasal IT. Dia adalah degree in Econ + Maths dan sekarang buat master in SPAS kat UM. Nampak tak kat mana connection dia ngan IT? aku ngan Nasyrah memang mula-mula puzzle gak asal die nak join kelas sekali kan.
"You have Macbook.. why not you join iOS apps Development class?" kawan kak Wong
"Sekarang ni IT macam bahasa inggeris, dia da jadi satu nilai tambah if you have the knowledge" kak Wong
hanya kerana dua alasan ni dia decide nak join kelas kami. Peh! aku memang kagum. Gigih amat tu. Pada pandangan akulah kan atleast kalau nak bagi nilai tambah dalam IT, pergi la belajar php ke kan html ke. any CMS yang berlambak kat google kan.  Dalam banyak-banyak iOS jugak kau sergah. Phew~ ok peluh besar.

Aku nampak betapa puzzle nya dia dalam kelas, dengan dia punya Mac tak compatible dengan tool yang kami guna, so memang most of the time dia hanya melihat layar dengan pandangan kosong. (aku rasa la, taktau kalau dia nampak math equation kat atas tu kan.. memandangkan dia adalah once orang math) Aku agak demikian sebab aku ngan Nasyrah pun sometime loss.. huehuehue..

(lebih menggerunkan bila pikir soon will need to seat the exam and the trainer said from all of his student only 4 or 5 had passed.erk! hujan dan halilintar menyabung dalam hati yang gundah berkelana)

Berbalik pada Kak Wong, kadang-kadang rasa distract jugaklah bila kita in the middle of attention, then dia duk tanya kan pasal certain things. (Ok Cik Awanis saya tiba-tiba terkenangkan anda dan kawan Libya anda di kelas Master dulu. mungkin ini perasaan anda satu masa dulu) Tapi yang mengagumkan aku, rajin pulak la dia follow kan kelas ni. Memang berjiwa kental!

so itu ajelah yang aku nak ceritakan. hehe. aku harap kalian dapat mencari ibrah dari kisah ni. Nampak macam tak ada motifkan? sebenarnya memang ada.. korang tolonglah cari maksud tersirat. Kalau tak de idea, later aku explain. K lah, sampai sini dulu.. aku ada kerja kena hantar dan tak siap pun lagi. (ingat gi training dapat le rilek2 tanpa kerja opis. uhuk. inilah yang kita katakan harapan kini menjadi layu~)

till then, wassalam.

14 May 2013

Twisted


Siapa yang pernah tengok MV ni mesti tau, how the ending was twisted. After all, it just an MV right? So, orang just.. ala filem.. ala VC..

how about, memang ada your friend storyline yang twist kat hujung.

feel cheated? betray?

hurm.

mixed feeling.

07 May 2013

Politik Negara di balik kaca mata saya.

Aduh.

Ingat selepas 505 dah taknak citer pasal politik, tapi macam kena jugak sembang kencang kan.

Berdasarkan pembacaan, lanskap politik negara Malaysia benar-benar tergoncang sejak peristiwa Reformasi 1998. Sejak itulah, pertempuran medan politik negara semakin hari semakin tenat. Bau permusuhan bertebaran melata. Nista dan fitnah menjadi seakan kayu api yang berbara, pantang minyak tertumpah, api mula marak. Pelbagai media perdana pula samada televisyen, radio mahupun surat khabar mula menjadi condong, memihak ke arah satu pihak sahaja.

Nyata, Malaysia telah meragut kebercayaan rakyat marhaen. Benarkah kebenaran itu benar? dan yang salah itu sebetulnya adalah salah? Minda rakyat tidak dapat lagi mencerna normal. Apatah lagi sekiranya sumber berita rakyat adalah dari sumber yang terhad, media perdana yang telah pun pincang dari ketelusan dan kelantangan menyuarakan yang haq.

Aku, ketika kejadian reformasi itu baru berusia 11 tahun, darjah 5. Apalah yang aku tahu tentang reformasi. Tapi aku tahu ia adalah satu isu yang besar. Hanya baru-baru ini aku mula membuat pembacaan tentang isu tersebut kembali. Ya, terdapat banyak kepincangan dan dan dan.. aku temui isu yang lebih besar. Negara kita mengalami isu korupsi yang makin teruk, makin membarah dan bernanah dalam daging.

Disebalik semuanya, aku mula menemui isu-isu seperti rasuah, kronisme, BMF & BBMB, NFC & Kondominium di Bangsar dan S'pura, misteri pembunuhan Jalil Ibrahim di Hong Kong, pengeboman Altantuya, kapal selam Scorpene. Kemudian, ada jugak kisah-kisah seks songsang, isu perkauman, isu kalimah Allah, dan paling sedih apabila Tuan Guru Nik Aziz juga turut menerima tempiasnya gelombang politik lucah ini.

Aku, bukan mengajak kita semua untuk mengagungkan parti BN mahupun parti PR. Kerana bagi aku, siapa-siapa  pun yang memegang tampuk pimpinan, yang berhadapan dengan wang berjuta-juta depan mata pasti akan di duga. samaada terduga, atau mampu menahan dugaan, semuanya bergantung pada tahap integirti dalam diri. Sejauh mana ketatnya keimanan dan kepercayaan masing-masing terhadap Allah, terhadap kepastian hari pembalasan.

Aku cuma menyeru, supaya kita sama-sama membuat satu penilaian yang benar berdasarkan fakta dari kedua-dua belah pihak. Jangan sekadar mendengar kata-kata pimpinan BN mahupun sekadar mengagong-agongkan pimpinan PR. Apa guna belajar sehingga peringkat tertinggi tapi langsung tak kritis dalam membuat pemilihan.

Setelah media perdana menjadi bias dalam mempamerkan kebenaran, adakah kita harus turut sama menjadi condong dan tidak adil dalam membuat keputusan? Letakkan tanggungjawab kepada negara terhadap bahu kita. Kerana pada akhirnya dunia ini milik orang muda! Dan kerana pada akhirnya semua kita akan dipersoalkan di Masyar tentang apa yang kita perjuangkan, tentang apa yang kita pilih.

Dengan keadaan hutang Malaysia yang bertambah dan terus bertambah tahun demi tahun sejak 1980-an hingga hari ini. Adakah masih, kita mahu memperjudikan nasib negara kita, yang kita cinta ini?

Di tanah ini kita mengenal tarbiyah,
Di tanah ini kita membina Islam dalam diri kita.
Di tanah ini kita menjadi dewasa, belajar dan bekerjaya.

Maka, tegarkah kita membiarkan ia hancur di tangan kita? Atas ketidak jujuran kita dalam memilih?

Fikirlah.

06 May 2013

Pasca GE13 - siri 505 (akhir)

Oh! Begini rasanya selepas pilihanraya ..


hurm. well, tak semestinya bila jadi pemerintah baru nak berjuang mendapatkan keadilan kan?

*agak-agak episod Altantuya akan bersambung tak? macam mana pulak isu NFC dan juga kapal selam scorpene? Ala, tak syok la tak tau ending.

05 May 2013

Warga Emas - siri 505

Aku melihat ini di FB Fanpage TV PRU13,


Entah kenapa, tiba-tiba mata berkaca.

Sampai macam ni rakyat marhaen berusaha demi mendapatkan satu keadilan, satu perubahan!

Berbaki lagi 70minit, anda berhak untuk memilih Malaysia yang lebih baik.

#ubah