Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

26 June 2021

Hilang (1)

 

Waktu yang kian singkat, 

Nafas yang makin terbatas, 

Sela-sela hari yang terus berulang,

Langit senja yang bertukar jingga,

Seperti usia yang makin menuju hujung.


Untuk setiap rasa yang makin pudar.

Asa yang makin berat.

Langkah yang terbata bata.


Tuhan,

Adakah masih ada harapan

untuk hambaMu kembali meraih cintaMu 


24 June 2021

Kesedihan demi kesedihan

Dunia terus diselubung awan mendung yang mengundang sedih demi sedih. Masa PKP 1 dulu rasa dah sedih dah, sebab ramai yang kena buang kerja. Balik kampung, restart. At a good side, boleh duduk dengan mak ayah kat kampung. 

Kerja

"Fiz, kerja ok ke?" tanya seorang ayah kepada anaknya lantaran 2 dari abangnya menghadapi masalah di tempat kerja. Seorang di cutikan tanpa gaji, sementara yang seorang lagi tak mendapat sebarang dapatan memandangkan bekerja sebagai tenaga pengajar di sekolah memandu. 

"Ok lagi bah" jawab sang anak, sambil juga memikirkan sehingga bila agaknya company boleh bertahan.  

Kehilangan

Pagi ni, aku buka tiktok macam biasa. Baru first few video, dah kasi banjir dah mata aku pagi ni. 

Azizah binti Siti Aishah

Makcik ni, kalau kira-kira umur dia dalam 65 tahun macam tu. Kurus kecik je, cargas lagi! Sekarang depa anak beranak tengah nak bina dewan perhimpunan untuk orang belajar agama. Makcik ni turun padang susun bata, sapu simen untuk naikkan dewan tu. Anak ada 12 orang. Takdak penyakit apa, meninggal sebab dah sampai ajalnya. 

Yang sedih sebab, masa kejadian husband dan 2 anak positif covid. Tak dapat tengok masa urusan kematian. Once dah sembuh barulah husband datang melawat kat kubur. 

Ya Allah, bila tengok pakcik tu pi kubur yang rasa BANJIR gaes. Membayangkan, bersama-sama menghadapi susah payah membesarkan anak yang 12 berdua. Sakitnya, ragamnya anak-anak. 

Dari sunyi menjadi ramai dan akhirnya sunyi kembali. Sesakit itu ya kehidupan ini teman2. :(

InsyaAllah, semoga makcik Azizah ditempatkan dikalangan hamba beriman. Alfatihah.

Ya Allah, kapan bumi akan sembuh? Akankah sembuh? sobs.

19 June 2021

Mimpi Berbaur RIndu

Sebelum puasa tahun ni, bersamaan sebelum PKP 3.0 berlangsung, aku telah pun mendapat seorang lagi anak buah, perempuan. Menjadikan keseluruhan anak buah kini adalah 4 orang. 2 lelaki dan 2 perempuan. Sempatlah berjumpa si kecik ni, sebab duk jaga abang-abangnya masa mak dan ayahnya ke hospital.

Tak lama lepas tu PKP kan, maka perkembangan baby girl ni memang di lihat melalui skrin fon je lah. 

Semalam aku mimpi, 

Medina dah pandai senyum, dan respon kepada orang, dah tak banyak nangis dah macam sekarang. Dan waktu tu, aku tak tau la mak bapaknya ke mana, tapi aku duk main dengan dia. Masa tu orang ramai. Macam ada majlis, dan semua balik kampung berkumpul. Tak ada orang pun pakai mask time tu. Aku pun tengah recap muka sorang sorang. Ni anak siapa, oh anak dia ni dah 3 orang. Oh dia ni, lama betul tak nampak.

Sehinggalah akhirnya aku terjaga, jam 3.40 pagi. 

Oh, mimpi.

Lama sangat ye kita dah di jarakkan dari suasana yang lama. Mungkin rindu agaknya kan? sampai masuk ke mimpi. 

#catatanpandemik #pkp3.0

02 June 2021

PKP 3.0 lagi oi

Sebenarnya aku pun tak dapat nak pasti kan PKP kali kebarapa dah ni. Pada seingat akulah, ni PKP 3.0 lah sebab sebelum ni ada sekali PKP 2.0 tapi sebab tak restrict sangat (still boleh pergi kerja) menjadikan PKP tu tak terasa macam PKP sangat. Lebih terasa seperti PKPB gitu. 

Ok seperti biasa kita nota kan sikitlah kan kat ruangan kenangan ni, untuk bagitau yang sekarang Malaysia sedang alami PKP lagi. 1 hingga 14 Jun. Maka, marilah kita berkurung lagi dirumah. Yeahooo.. Bagus sangat tau PKP ni untuk orang introvert macam aku ni. Wakakaka!

Apa aktiviti kalian sempena PKP? tuliskan lah di ruangan komen! 

(Berangan betul, nak interaktif suruh2 orang komen ni, tak dapat lah kat blog kan. Nak mintak orang respon kena pergi FB or IG kut. Blogspot dah lama sendu)

So itu je kut aku nak jot. Harap aku di tiupkan kekuatan untuk menulis kisah2 perjalanan yang lalu. Banyak nau tertunggak untuk disimpan disini. 

Till then.

28 May 2021

Mengenang

Dulu masa mula-mula aku masuk company, antara benda yang awal aku kena buat ialah mempromosikan FB company. (Buat SEO kan time tu, kita kena la banyak like, barulah 'terlihat')

Antara komen boss aku (lepas dia add aku)

"Sarah, you punya kawan semua perempuan ke?" Lepas dia stalk FB aku lah tu. 

Aku pun tak ingat apa respon aku kepada dia lepas tu. Kejadian tu adalah sekitar tahun 2011 atau awal 2012. Tak dinafikan kawan aku lebih banyak perempuan dari lelaki. Aku kan girl school dulu! (Walhal dah matrik dah universiti kut, nak gak gebang pasal skolah menengah kan!)

Masa pengajian tinggi plak duk kat persatuan2 islamis gitu. Harusla ana wa anti, akhi wa ukhti. Add FB pun takkan la diorang nak komen. 

Tapi, kalau diulang masa, i tetap nak gi sekolah perempuan jugak. haha! Taknak tukar. Best woi skolah 1 gender. 

Oh ya, disebabkan pandemik ni terlihat seperti tak kunjung reda, maka aku akan cuba memperbanyakkan siri2 mengenang. 

Best kan mengenang? Macam tu mungkin perasaan orang yang duduk dalam penjara kan. Hanya kenanganlah yang memberi nafas untuk hari hari kedepan. Uish tapi perit tu kalau kenangan persalah. Sakit.