Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

04 September 2009

mahu bertahan

mahu bertahan itu sukar+payah.tetapi mesti.
ada sabar perlu disalut tabah.
ada air mata yang perlu dibazir.mungkin.
ada rasa yang harus dihilangkan.
ada rajuk yang panjang tak terpamer.

TABAH.. lekaslah kau hadir.
SABAR.. bergabunglah denganku selamanya..
CINTA.. ajarkan aku untuk kuat.

^_~

.bahang kian terasa.
2.31pm
.Nepiege Holdings.

02 September 2009

sayu untuk ini.

Setelah merayap di blog awanis, aku pun mencuba perdanamail.. dan hasilnya begini..

cubaan login

dan inilah hasilnya..

mencuba nasib pula di umisisweb.. mungkin ada harapan..

nampaknya kenangan aku disini akan dihapuskan perlahan-lahan

8.34pm
Kelana Jaya

kita bebas memilih..


bukan mengalah. tapi merebut pelangi yang lebih cantik menyinar di sebalik gunung. bukan berundur. tapi mengejar hidup yang lebih baik.

untuk kalian. apapun yang diputuskan, semoga kalian bertabah menempuh jalan yang kalian pilih.

bukan aku tugasnya menghalang. kerna bahgia bukan aku yang tahu letaknya. tapi untuk aku, belum masanya untuk aku beredar, mahupun melangkah pergi. hidup baru bermula. sekurang-kurangnya biarlah aku belajar erti sabar dan tabah dahulu.

moga kelak. apapun yang datang telah ada bekal untuk aku perisaikan diri.

Quotes:
Kesenangan dan kesedihan adalah hal biasa yang mengiringi kehidupan..
Semua itu tidak lain sekadar hiasan waktu yang silih berganti..

Lyric:
Semoga kepergianmu..tak akan merubah apapun..
Semoga mampu kulawan..kesepianku..

Nanti kita kan tahu..betapa BIJAKnya hidup..
Sepahit apapun ini..pelajaran yang bererti..

~.miss my school life.no problemo.happy always.~

8.21pm
Kelana Jaya

31 August 2009

ini tentang hidup

kadang2 hidup membawa kita pada jalan yang sukar. tidak kurang juga lorong2 yang indah. pada jalan2 gembira. bersyukurlah. pada jalan yang sukar. redhalah. kerna tarbiyah Allah itu pelbagai. kan? ^_^ (.cuba tersenyum meskipun air mata dah mula bergenang.)

(94:5) maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.

ALFURQAN itu sentiasa ada cerita yang menghiburkan hati. membelai duka dan kecewa. saat sedih dan tertawa. kan? ^_^

(54:62) maka bersujudlah kepada Allah dan sembahlah (Dia)

11.55pm
vista subang.

29 August 2009

Janji

kak CT sudah bertukar kerjaya dr RA di UM kepada RO di UTP. [~wee..tahniah!]

td siang emak+ayah+amin+jiha+kak CT datang KL amik segala harta kak CT yang berbaki.. lalu untuk yang boleh aku gunakan dirumah sewa KJ tu ditinggalkan..[seperti meja+almari+ampaian].. sblm meninggalkan vista subang mak bertanya buat kesekian kalinya..

"xnak ikut mak balik ke?isnin ni kan cuti"
"xla mak.banyak kejanya.ahad+isnin ada meeting"

ehhe.. gile ar melepaskan peluang paling emas tu namanya.. dah la dapat balik rumah tanpa bersesak di PUDUraya. pastu dpt mencari damai+tenang di kampung lagi..
*kalau ikutkan hati nak je ku turutkan ke perak..tapi,

mode : flashback~ a week earlier.. (hari khamis)

"salah, meeting sabtu ni jadi ke?" kata sam.
"salah kita xyah buat meeting minggu ni la..jom kita semua balik kg minggu ni.next week kan cuti merdeka.kalau semua da balik mggu ni..mggu depan bolehlah kita buat meeting" lancar je mulut akumemberi idea..
"eh betul juga.. ana pun da lama xbalik kg..okla kita buat meeting minggu depan"

ye itula kawan2.. kalau lembu itu dipegang pada talinya.. manusia itu dipegang pada janjinya..
~ha camtu..
kalau langgar janji munafik kan namanya tu?..

ye aku sedang memegang janji aku..

*selamat berbuka semuanya!!

korban kasih,
7.29pm
12th College,UM