Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

16 February 2010

loveville'04

okeyh.

memang dah lambat.tapi mahu ceritakan juga. banner baru nih, adelah salah satu siri dalam sebuah komik yang aku scan masa tingkat 4 atau 5 dulu.. terlalu best cerita nih. jalan cerita yang simple + sempoi tapi memberi kesan pada jiwa.

+ayat best
+kartun bersahaja
+berMOTIF jelas

so, siapa2 pernah tengok aku letak loveville'04(aku rasa xramai yang perasan dan tahu tentang ini) kt stuff aku.. komik inilah sumber inspirasinye.. lukisan AIE. (aku harap Gempak xkan saman aku sebab guna kartun dorg.. papehal bleh bawa bincang kan?)

"biarkan cinta itu terus berkampung disini" - tak ke best dan bermakna tu??

oh ya.. tadi aku ke blog ini.. [link] dan tag line blog beliau..
"rasa berDOSA itu suara IMAN" - sangat tepat quote ini.
dan patut disematkan dijiwa. kalau agak2 hati mula sukar merasa berdosa.. segeralah berMUHASABAH.. dimana agaknya IMAN kita hari ini..

+sudah makankah beliau?
+sihatkah hari ini..
+kemana pergi beliau akhir2 ini.

[ya 3 pertnyaan akhir ini aku tujukan KHAS kepada Cik Hati yang didalam dada ini.jangan kita bersengketa.aku perlu kamu!]

sekian,


Ceritera Kampung Cinta'04

pengembaraan ii

selepas berakhirnya MIN'10.. kami meneruskan kembara PERKASA menuju Stesen Universiti..

dari SAMTAJ berjalan kaki menuju ke tempat bas.. tak jauh sangat la berbanding LA ke 12th (ini boleh kira reunion geng pengembaraan kami yang lepas.. hehe)

amik U80 ke Stesen U.. (bertolak jam 3.39 sampai dalam jam 4.. 20mnt je?oh laju2..)

sampai di Stesen U.. kami berpecah.. k.zra ke UM, Fauhan ke Vista Angkasa.. dan aku la bersendiri meneruskan kembara.. ehe~

mengambil tren ke Terminal Kelana Jaya.. dan kemudian bertukar pula ke bas RapidKL untuk sampai ke Lembah Subang..

sampai di Vista Subang jam 5.30ptg ye kawan2.. ish2.. nampak je dekat KJ ngn UM ni.. 'jauh' rupenye..

dan disebabkan pengembaraan tanpa stretching ini. Maka, ia telah mengambil banyak tenaga simpanan aku yang sejak azalinye selalu xmencukupi.

Jadinya perasaan ingin masak nasi terkubur dek aku me'recharge' tenagaku dengan tidur.. (oh ada hajat mahu siapkan analisis kewangan pun terkubur.. sbr ye UM n PJ. akan ku siapkan jua)

jam 11.30 baru bangun setelah collapse after maghrib prayer ..

**tengok diorang ni balik cuti sem... uwaaa~ rindu plak cuti2 zaman belajar.. rasa nk jadi student pula..
**moga Fauhan selamat sampai ke negerinya..

Lastly,
hope.. NEXT pengembaraan will be different InsyaAllah!.. and more excitement.. hehe ^_^

*berwarna merah telah diedit untuk memudahkan pemahaman..

12 February 2010

hari ini 12 Febuari 2010

Alia kata pagi ni pagi yang indah.. ye ke? hurm, memang agak indah sebenarnya.. sebab bila aku tengok cahaya matahari pagi tadi. Subhanallah!! (ye, hanya bilik saya dan ruang tamu sahaja yang menghadap matahari terbit..ser0nok)

meski demikian hari aku sebenarnya dah terganggu dengan kejadian xbest pagi ni =( ..
yeah~ macam org selalu kata, kalau pagi sudah kacau the whole day akan kacau.. kan??
ye tepat sekali. Itulah yang sedang berlaku

[Maka, aku mau bermohon supaya ALlah masih beri esok untuk aku dapat melihat pagi yang indah bermula lagi.. disebalik jendela bilikku yang turut membawa hiruk-hingarnya kota ini]

sekian dulu.

*Kak Zira, selamat hari lahir untuk kamu!!Ku doakan kamu menjadi mujahidah.. Ameen..

10 February 2010

RapidKL

hari ni mau kisahkan tentang bas RapidKL pula. Untuk beberapa ketika, aku suka mengatakan..
"ala bawa RapidKL, simple giler.. dah la bas auto. nak masuk gear pun tekan button je"
tapi hari ni naik bas, rasa..
"susah gak jadi pakcik bas.semua benda kena urus sendiri"
dialah nak bawa bas,dia juga yang kena print tiket(kalau time tu ramai org, parah gak) pastu kalau ada yg byr guna syiling, kena lak make sure duit cukup.. itu belum kira nak kawal bas yang bagak besar tu.. hurm. tbe2 kagum lak ngan pemandu bas. haha!

mari compare sedikit.
perjalanan dari Kelana Jaya - Universiti Malaya.
Naik Kereta : 20 mnt (tidak melalui jam)
Naik pengangkutan awam : +-2jam. (tmbah melalui jam)

hehe ^_^.. so di bandar ni, dapat anda saksikan, mengapa agak sukar rely on public semata.. kena ada kenderaan sendiri jugak! (tapi kalau ada kereta sendiri, kena menempuh jam pun payah gak kut..)

*Dr Anand bagi 24hb untuk 2nd appointment for RCT.
*dibekalkan dengan Ponstan dan Amoxycilin.
*buat masa ni, jadi penagih dulu.

08 February 2010

Kemarau


kata orang.. sakit itu penghapus dosa.

masuk ni dah 3 minggu aku diserang penyakit kronik ni.
banyak betul dosa aku.

kebelakangan ni keadaan semakin memburuk.. terlalu.
hampir saja aku lupa.. bagaimana rasanya bahagia..

pada kawan2 yang pernah aku marah dan sakitkan hati.. aku mintak maaf.
pada mana2 yang aku selalu xlayan.. maaf juga.
jika banyak hutang ku.. lekas kabarkan, biar aku langsaikan segera..
pada Allah, aku mohon diberikan peluang untuk keadaan dan aku membaik seperti dulu..

doakan aku,
moga esok mengakhiri kemarau ini..
biar esok turun hujan.
biar aku rasa sekali lagi, betapa nikmatnya sihat ..
dan betapa manisnya bahagia ..

oh aku rindu!rindu untuk tersenyum dengan jujur.