Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

11 October 2010

Cerita Hati

Album : Hafiz Hamidun
Munsyid : Hafiz Hamidun
http://liriknasyid.com


Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta

Terima kasih kepada semua penyumbang watak dan kisah dalam jalan panjang cerita hidup aku. Kalian semua ada posisi tersendiri dalam hati ini.. ^^,

sedap gak buat lagu tema untuk program ni. walaupun nampak xberapa siqqoh, ok la kan untuk umum..or reunion? fuh! hehe

T_T

9. AT-TAUBAH

44. Orang-orang yang beriman kepada Allah pada hari kemudian, tidak akan meminta izin (tidak ikut) kepadamu untuk berjihad dengan harta dan jiwa mereka. Allah mengetahui orang-orang yang bertaqwa.

45. Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu (Muhammad), hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian, dan hati mereka ragu, karena itu mereka selalu bimbang dalam keraguan.

46. Dan jika mereka mau berangkat, nescaya mereka menyiapkan persiapan untuk keberangkatan itu, tetapi Allah tidak menyukai keberangkatan mereka, maka Dia melemahkan keinginan mereka, dan dikatakan (kepada mereka) "Tinggallah kamu bersama-sama orang yang tinggal itu"

47. Jika (mereka berangkat bersamamu), nescaya mereka tidak akan menambah (kekuatan)mu, malah hanya akan membuat kekacauan, dan mereka tentu bergegas maju ke depan di celah-celah barisanmu untuk mengadakan kekacauan (di barisanmu); sedang diantara kamu ada orang-orang yang sangat suka mendengarkan (perkataan) mereka. Allah mengetahui orang-orang yang zalim.

siri tazkirah hati.
T_T

8.31 pagi
Phileo D

09 October 2010

Lari.

dulu kat sekolah rendah aku pernah join acara sukan lari.
tapi selepas sekolah rendah sudah tidak lagi.
tulang sudah berat agaknya.

lari.

kalau erti lari masih ada, mungkin telah berubah mengikut situasi masa..

escapism.

masih mau lari lagi?

sekian.
jiwa kacau,
8.53am
6th.

Lagu Ikram ^___^

Nah lagu Ikram..

Lirik oleh: Mohamed Hatta Shaharom & SaffOne
Lagu oleh: Saff One
Hak Cipta: Pertubuhan IKRAM Malaysia, 2010

Puluhan tahun telah kian berlalu
Jamaah dibina tanpa jemu
Pahit getir kita harung bersama
Manis juang nikmatnya terasa

Dalam usrah kita subur tarbiah
Janji setia dipatuhi
Dalam gerak kita menyusun langkah
Amalan syura diyakini

Azam digenggam penuh tabah
Membina IKRAM untuk ummah
Ukhuwah teras kegemilangan
Syariah menjadi pegangan

Demi redha Allah
Kita menjulang dakwah
Berpandukan al-Qur’an
Menuruti as-Sunnah

IKRAM wadah perjuangan

*agak2 kenapa ada lagu ni kat sini?
*simpan dlm notepad letak dlm fon. kool gak kan?

6th,1.09am

07 October 2010

Pause.

Dalam lajunya alam.. elok kita berehat sebentar,

Akhir-akhir ni, aku selalu merasakan.. ikhlas ke aku senyum? *sigh* ..
kenapa saat semakin diri hampir sesuai dengan keadaan ini.. datang lagi cobaan lain..

hidup... hidup..
mencabarlah kamu ni!

Rindunya dahulu.. T_T

Ok, ni update petang ni..
tengah tunggu masa nak berjumpa adik-adikku di PPUM terchenta..
(jgn tiru aksi ini k, nak maghrib ni bawa2lah berzikir dan membaca Al-Quran)

(motif: dasar anak muda, pantang ada broadband dan laptop)

Sekian,
7 malam,
PPUM.