Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

18 August 2011

Sebuah Perjalanan.

Salam Ramadhan ke-18 semuanya.

Bagaimana perjalanan ibadah di bulan Ramadhan tahun ini? Aku? ya ampun, kelam kabut.

Sebenarnya hari ni, aku mahu update serba sedikit mengenai perjalanan kehidupan aku beberapa bulan belakangan ni. Manalah tau kan, kut ada tertanya-tanya apa terjadi dengan blog aku yang kusam tanpa kabar berita ni kan.

Untuk pengetahuan, aku dah secara rasmi berhenti kerja pada 20 Jun lepas. Keadaan selepas tarikh tu agak tak berapa nak stabil. Perasaannya adalah bercampur antara terkejut dan relieve. Jadinya boleh kira sebulan lebih jugak la jadi penganggur. Kadang-kadang berada di PJ dan kadangkala pulang ke kampung halaman.

Senggang waktu tu. bermulalah satu fasa yang tak berapa berfaedah terjadi. haiya~ dan perangai buruk tersebut masih terbawa-bawa sehingga ke hari ini. Perlahan-lahan aku usahakan untuk menghilangkannya semula. (I'll try..)

Dalam kecelaruan pemikiran seorang penganggur, aku dapat offer untuk sambung belajar. Excited. Berkobar-kobar rasa nak sambung. Esoknya, aku kena panggil interview untuk kerja.

Alhamdulillah, rezeki dipermudah dan aku sekarang menjadi pekerja semula. Untuk kali ini tak taulah berapa lama.. :P Hari ni dah minggu ke-3 aku bekerja. teringat pulak awal-awal kerja hari tu, hari ke-3 je, aku rasa macam nak quit. haha! Dah tua-tua ni mental susah sket nak bertahan dengan tekanan.

Oh, tentang belajar? setelah aku hitung-kira, kemungkinannya aku tunda dulu hasrat tersebut. Bolehlah masukkan ke dalam list hasrat yang tertunda. Kenapa? sebab.. komitmen kerja. Aku tak sangka, keputusan aku boleh berubah disebabkan status penganggur aku yang telah hilang.

Oklah, itu dulu update terbaru. sekarang ni aku dah nak kena start stretching banyak bahagian dalam diri, memandangkan gaya hidup bulan lepas yang terlampau slow. Perlu bergerak laju!!

Selamat berpuasa semua! Marilah bersama mengejar Al-Qadar!

15 August 2011

dilema

It just my foot note about my current mind situation.

..blur..
..confuse..
..cant decide..

haiya!

till then,

p/s: it's Ramadhan the 15th. Do struggle more!

31 July 2011

Akar.

Ribut melanda lagi malam tadi, maka pagi ini.. angin sejuk dari pergunungan lepas laju, menyelubungi sebuah kampung kecil di negeri ini. Pada satu sudut bahagian banglo oren yang agak tidak terurus parasnya, sebuah pohonan yang dulunya agak rendang meredupi isi rumah, tewas menyembah bumi. Akar-akar pohon nampak nyata, mungkin ributnya terlalu kuat hingga akar terlepas cengkamannya pada tanah.


"Sarah kalau pernah kau nampak orang rambut dia panjang sangat, dan jadi lebih besar dari badan dia, kena tiup angin sikit tumbanglah. Sama macam pokok tu (sambil tunjuk pokok)"
"Agak-agak sikit" analogi kak siti ni selalu aneh-aneh.
"eh betullah, tak rasa ke daun-daun pokok tu macam rambut? Dah kalau daunnye lagi banyak, mestilah tak stabil, kena tiup angin je tumbang"
"Come on lah, kasik la hujah saintifik sikit"
"tapi kan, kenapa kalau pokok tumbang bila ribut ni, mesti terkeluar akar sekali? ribut kat UM dulu pun macam tu gak"
"haah, boleh je patah dahan ke, ranting ke kan, tapi kenapa sampai akar?"
"Itulah maksudnya, dahan dia lagi kuat dari akar, tapi apa-apa pun kalau akar tak kuat maka tumbanglah pokok. akar.. pegangan.."

Maka, dapatlah disimpulkan disini. Pokok pangkalnya yang paling bagus adalah memperkuatkan akar. Sama seperti manusia, jika pegangannya goyah maka hancurlah keseluruhan hidupnya. Nauzubillah!

Ingat tu kawan-kawan, jika pegangan kita kuat, maka berkawanlah dengan siapapun, duduklah dimana pun, ataupun lakukanlah apa saja, InsyaAllah kita takkan tersasar. Pegangan kita akidah kita,

Salam Ramadhan semua!

11.23pagi
banglo oren,
di kampung kecil, negeri ini.

29 July 2011

Takdir.

p/s: sekarang mood aku masih dengan sakit gigi (the pain is killing me) tak habis-habis kan? So, harap kalian layanlah rambling aku ni, semoga bermanfaat.

Mati itu terjadi bukan apabila kita telah terlalu letih untuk hidup, ataupun apabila kita memilih untuk mati. Mati itu akan terjadi pada saat yang telah ditentukan olehNya.

itulah yang boleh aku interpretasikan sekadar pengetahuanku. Halnya sama, jika kita kaitkan ia dengan pekerjaan, pembelajaran mahupun kehidupan sehari-hari kita. Semuanya bisa kita rancang, tapi tak semuanya  mampu kita perolehi, kerana kita sekadar hamba yang tidak mempunyai apa-apa kekuasaan. Dan hanya Dialah yang Maha Berkuasa keatas segala sesuatu.

Kesakitan dan kesihatan juga adalah pengetahuanNya. Semoga segalanya lekas membaik, Dia Maha tau segala sesuatu, untuk diberi dan diambil semula pada masa yang tepat.

Hasbiyallahu wa ni`mal-wakil, wa ni`mal mawla wa ni `man-nashir.
Bismillahi tawakal tu a'lallah.

20 July 2011

[siri pakcik2] Antara rasa syukur dan kagum.

Assalamualaikum semua!

Diharap semuanya sihat-sihat dan baik baik sahaja. Hari ni, aku bertemu dengan 2 orang pakcik..

Situasi 1
Baru sahaja tak berapa lama melabuhkan punggung di kerusi fakulti sastera. Aku didatangi seorang pakcik, bukan orang Malaysia. Dia membawa sekeping kertas (surat aku rasa) dan sebiji pendrive. Memberitahu nak tumpang laptop untuk dia edit surat dia tu. Maka aku pinjamkan, dengan bahasa inggeris yang masih di bawah paras mahir, aku gagahkan jugak nak bercakap dengan pakcik ni.

asalnya dari Iran, dan sekarang sedang menyambung PHD di fakulti bahasa dan linguistik. ada juga beliau menceritakan tentang kelantangan Ahmadinejad yang memberi kesan kepada rakyat Iran dan tentang seorang anak perempuannya yang sebaya aku yang sedang menyambung master di Perancis.

Umur pakcik ni dah sebaya bapak aku, gagah betul dia belajar sampai ke negara orang. Salute! Life long learning. Patut dicontohi ni!

Situasi 2
Ketika aku sedang menghadap asam laksa di Enzo Kopitiam, aku didatangi pula oleh seorang pakcik tua berbangsa Tiong Hwa. Umurnya 75 tahun. Jalannya lambat-lambat.
"Boleh saya duduk sini? tak boleh jalan jauh, sakit" sambil memegang bahagian hatinya.
"Uncle kerja sini ke?"
"Eh taklah, saya dah 75, dah tak boleh kerja lagi. Saya pesakit kat sini"
"Oh sakit apa? da berapa lama?"
"Kanser hati. 4 tahun. Setiap hari saya bersyukur kerana dikurniakan sehari lagi untuk hidup"

T_T. sebenarnya, aku memang selalu mempunyai perasaan syahdu yang bercampur kagum apabila berhadapan dengan pesakit kanser,
Kesakitan mereka, entah bagaimana untuk kita bayangkan. 
Tetapi kekuatan mereka, luar biasa dari yang kita sangkakan!
Dia hanya makan beberapa gigit roti bakar dan separuh cawan teh panas, katanya sekadar memberi tenaga untuk memandu pulang. Nak makan banyak pun sakit juga katanya.

Untuk situasi yang aku temui hari ni, yang mampu aku katakan, Alhamdulillah dan terima kasih Allah untuk  nikmat sihat yang masih Engkau pinjamkan kepada hambaMu yang sering leka ini.

Wallahualam!