Salam Ramadhan ke-18 semuanya.
Bagaimana perjalanan ibadah di bulan Ramadhan tahun ini? Aku? ya ampun, kelam kabut.
Sebenarnya hari ni, aku mahu update serba sedikit mengenai perjalanan kehidupan aku beberapa bulan belakangan ni. Manalah tau kan, kut ada tertanya-tanya apa terjadi dengan blog aku yang kusam tanpa kabar berita ni kan.
Untuk pengetahuan, aku dah secara rasmi berhenti kerja pada 20 Jun lepas. Keadaan selepas tarikh tu agak tak berapa nak stabil. Perasaannya adalah bercampur antara terkejut dan relieve. Jadinya boleh kira sebulan lebih jugak la jadi penganggur. Kadang-kadang berada di PJ dan kadangkala pulang ke kampung halaman.
Senggang waktu tu. bermulalah satu fasa yang tak berapa berfaedah terjadi. haiya~ dan perangai buruk tersebut masih terbawa-bawa sehingga ke hari ini. Perlahan-lahan aku usahakan untuk menghilangkannya semula. (I'll try..)
Dalam kecelaruan pemikiran seorang penganggur, aku dapat offer untuk sambung belajar. Excited. Berkobar-kobar rasa nak sambung. Esoknya, aku kena panggil interview untuk kerja.
Alhamdulillah, rezeki dipermudah dan aku sekarang menjadi pekerja semula. Untuk kali ini tak taulah berapa lama.. :P Hari ni dah minggu ke-3 aku bekerja. teringat pulak awal-awal kerja hari tu, hari ke-3 je, aku rasa macam nak quit. haha! Dah tua-tua ni mental susah sket nak bertahan dengan tekanan.
Oh, tentang belajar? setelah aku hitung-kira, kemungkinannya aku tunda dulu hasrat tersebut. Bolehlah masukkan ke dalam list hasrat yang tertunda. Kenapa? sebab.. komitmen kerja. Aku tak sangka, keputusan aku boleh berubah disebabkan status penganggur aku yang telah hilang.
Oklah, itu dulu update terbaru. sekarang ni aku dah nak kena start stretching banyak bahagian dalam diri, memandangkan gaya hidup bulan lepas yang terlampau slow. Perlu bergerak laju!!
Selamat berpuasa semua! Marilah bersama mengejar Al-Qadar!
No comments:
Post a Comment