Mati itu terjadi bukan apabila kita telah terlalu letih untuk hidup, ataupun apabila kita memilih untuk mati. Mati itu akan terjadi pada saat yang telah ditentukan olehNya.
itulah yang boleh aku interpretasikan sekadar pengetahuanku. Halnya sama, jika kita kaitkan ia dengan pekerjaan, pembelajaran mahupun kehidupan sehari-hari kita. Semuanya bisa kita rancang, tapi tak semuanya mampu kita perolehi, kerana kita sekadar hamba yang tidak mempunyai apa-apa kekuasaan. Dan hanya Dialah yang Maha Berkuasa keatas segala sesuatu.
Kesakitan dan kesihatan juga adalah pengetahuanNya. Semoga segalanya lekas membaik, Dia Maha tau segala sesuatu, untuk diberi dan diambil semula pada masa yang tepat.
Hasbiyallahu wa ni`mal-wakil, wa ni`mal mawla wa ni `man-nashir.
Bismillahi tawakal tu a'lallah.
No comments:
Post a Comment