Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

15 August 2014

entri untuk bujangan

im aging.

dalam mendepani usia, banyak yang difikir untuk buat, tapi lebih banyak yg tinggal draft je dalam otak.
terutamanya bila lihat kesihatan pakcik,makcik,mak,ayah dikampung yang semakin merosot. kita sibuk menjadi dewasa, mereka juga lebih awal berusia tua.


ok, aku jumpa list ni dekat status member kat FB. Jom usha.

12 perkara yang kau ‘wajib buat’ (wajibat) ketika bujang.

list ni banyak berputaran kat internet, ni aku buat versi aku nyer checklist la. Korang kalau nak baca panjang lebar leh cek kat sini.

1) Tinggalkan rumah, jangan duduk dengan mak ayah. 
[Done, since 13y.o]

2) Travel 
[Macam pernah sekali je, itupun dalam negara. Takut naik flight! ahha~ klishe]

3) Cari ilmu banyak-banyak-banyak-banyak-banyak-banyak !!!!
[Macam tak banyak, melainkan hanya ilmu FB. Lol! Ok, shud take note ini]

4) Spend duit beli buku.
[Sejak kerja memang spend for this, masalahnya beli je tak baca! Tu problem paling besar]

5) Belajar bawak kereta.
[Done!]

6) Join Usrah
[Done!]

7) Cuba benda baru
[Current yang aku cuba, outdoor activities. macam hiking? Soon, kena explore more ruang lain]

8) Berniaga kecil-kecilan
[ok, ni blom cuba. Asyik mengharap gaji opis je. aish~]

9) Simpan duit dan Belajar perancangan kewangan
[problem terbesar! masih tak setel even dah 5 tahun kerja. aish~]

10) Jaga kesihatan, awasi berat badan dan banyakkan exercise
[perlu lebih usaha dan displin! gambateh.. da beberapa kali percubaan macam failed. aiya..]

11) Suka Apa yang kau buat
[i wish i could love my job more, i wish i could care about me even more.]

12) Cari jodoh
[Jodoh, where r u?]

score: 3/12 
pergh banyak lagi tak setel!

till then, see u again later on!

14 August 2014

up-to-date

mencabar.

kadang-kadang. ada benda sehari-hari buat kita nak taknak kena up to date. dan ilmu kita pun kenalah meningkat. benda ni adalah pushing factor.

cth. bila pergi usrah. orang akan menjadikan anda library bergerak. tanya macam-macam. so nak taknak kena la up kan level ilmu tu. kalau tak tau pun, berusaha tanya orang yang tau. end up kita pun bertambah ilmu.

itu biasa jadi, dulu. er, skrg pun ada juga la. tapi terkawal lagi la.

bab yang agak mencabar sekarang ni bila melibatkan officemate.

hari isnin, 11.8

skype masuk.
+ can i ask u smth? agak sensitive
- ok silakan
- nervous.
+ what is ISIS?
- alamak, kena google dulu tu
- haha
(sebenarnya aku pernah dengarlah nama ISIS ni, ia regarding isu di Syria. Tapi tak in detail lah)
+ i know terrorist from Iraq or Arab… and saw many news about these group killing over 100 families beragama christian
- i knew a little, berkaitan syria and wgypt..
- *egypt
- nanti i get in depth dulu then explain back to u
+ and saw many kids got killed or head ripped of from body etc
+ dasyat

hari selasa, 12.8

skype masuk.

+ http://absolute-news.com/2014/08/250-christian-girls-gang-raped-executed-name-allah/
(klik link, baca tajuk dan several isi penting, di akhir artikel ada link ke cerita pasal ISIS)
- where did u get this?
+ my fren share this on fb
(jump to the conclusion, citer ni pasal kat Syria..)
- actually cath just ask me about this ISIS group yesterday
- but i havent explain yet to her.
+ isis?
+ u mean about this nigerian case?
(eh? baru scroll back, apa nama kampung google. ok cerita kat nigeria!)
- oh isis regarding syria
- about this nigerian issue i first time heard wo
- need to research it further first
+ o

ok.
sekarang inilah dua perkara yang menyebabkan aku rasa kena improvekan pengetahuan am.
dan menjadi up-to-date

13 August 2014

playlist kerja

Lately agak susah untuk fokus.
(macam forever je problem ni)

jadi, aku pun lalu lalang dekat internet sambil google 'playlist to listen while in work' so kat sana ada banyak lah list yang dia bagi. so aku try satu link ni. Dia listkan sound cloud playlist untuk kau buat kerja sambil dengar muzik.

kita try lah dulu. kut berguna kan?

kalau mampu menaikkan semangat aku dan terus siap satu apps terus lagi bagus.

hehe. till then~


12 August 2014

Kiamat? cerita 2012

Sejak akhir-akhir ini, banyak sungguh tentang kiamat di gembar-gemburkan. Yang paling hebat bila munculnya Filem 2012. Mula dari itu orang pun mula bertanya-tanya..

"eh betul ke kiamat 2012? saintifik kata gini gini.. mesti betul.. "

paling baru, ada pulak yang kaitkan dengan hadis nabi tentang kiamat akan berlaku pada hari Jumaat.

"21.12.2012 = Jumaat. Adakah kiamat berlaku hari tu?"

hebat betul segala perancangan Benedictine dan New World Order. Sampai macam ni dia bleh pusing otak Muslim sekalian..

sah-sah dah dari kecik kita belajar yang Hari Kiamat termasuk dalam perkara ghaib yang kita xtahu.. Buat apa lagi mahu di teka-teki..

Kadang2 aku terfikir, yang dok kecoh sangat nak tahu bila ni masalahnya apa?Adakah jika dengan pengetahuan tersebut bolehlah 'bajet' masa bila mahu ber'taubat'?Begitukah?

Serasanya.. peringatan-peringatan tentang Hari Kiamat itu sendiri sudah cukup untuk kita gerun dan memulakan usaha amal Islami buat bekal diSana..

Janganlah sampai kita menjadi seperti Yahudi, bertanya itu dan ini.. namun tetap jua menyimpang dari Ajaran Tuhan,nauzubillahminzalik..
AlMulk, 25-26:
Dan mereka (yang ingkar) berkata: "Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?"
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata".
Bergeraklah menambah ilmu dan belajarlah menjadi hamba terbaik.

#siriThrowback

11 August 2014

poseidon dan nilai


bayangkan.. kalian sedang dalam perjalanan menuju ke satu destinasi.. perlu naik kapal, di tengah lautan bergelora yang dalam.. gelora lautan telah memukul kapal.. sekaligus merosakkannya.. (peringatan:ini bukan cerita Titanic) lalu kapal terbalik, dan kamu.. terperangkap didalamnya.. what should one do? FUh!!

selepas menonton Poseidon, saya rasa sungguh! saya takut laut..

macam nak pecah kepala aku tgk cerita ni.. tertekan, sbb ada part diorg kena kawal pernafasan dan berenang dalam kadar yang sangat jauh.. (tanpa berjumpa ruang untuk menambah nafas.. )

moral of the story: sekali membuat keputusan, tiada masa lagi untuk berpatah balik.. pikir ke depan.. dan cara untuk mendepaninya.. bukan melarikan diri..

*draft lama keluarkan semula :P