Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

11 March 2013

Sg Chilling again

Disebabkan telah 2 tahun sejak pendakian Broga bersama rakan sekerja.. Maka, sebaik sahaja turun dari Sg Chilling aku mendapat idea untuk mem-propose tempat ini sebagai macromac outing trip (tak sangka selepas 2 tahun (baca: Broga and Mun's Wedding)

aku suka jugak hang out macam ni, bleh kenal macam-macam orang.

Maka, tanggal Ahad lepas bersamaan 10 Mac berpagi-pagian la kami mengutip orang dan berkumpul. Sepatutnya 6.30 berkumpul di R&R Rawang nampaknya tinggal perancangan sahaja. Berbekalkan pengalaman nan sekali ke Sg CHilling itulah, aku perkemaskan. Dan menerus kuat untuk membawa semuanya. Kezia pinjam kan GPS, yang aku tak tau guna pun. lol! Keep suruh aku u-turn and recalculate! Marah betul aku dengan GPS tersebut.

Kami tiba di Sg Chilling jam 9 pagi (ikut masa mendaftar di kaunter masuk) Aku rasa dah alert kan semua tentang kami akan masuk air dan perlu beware dengan peralatan elektronik! Nampaknya tak berapa nak alert. So, dengan bekalan plastik, solotep dan gunting yang aku ada, semua pun duk memeket smartphone memasing sehingga lebih kurang 15 minit kemudian baru gerak.


masa tulah nampak.. ada yang takut air deras (oh tapi airnya memang sangat deras dari sebelum ni..mungkin disebabkan oleh hujan disubuh harinya) so siap hold tangan orang depan dia tanak kasi lepas. ahaha..cute. Ada yang berkeyakinan tinggi lepaskan tangan orang depan end up hampir hanyut di bawa arus.

Overall it nice, mula-mula rasa macam takut jugak handle event for multi racial ni.. tapi bila dapat feed back dari some people. i think, worth it jugak la :)

Antara komen:

"Kenapa u tak remind saya, yang sungai ni akan curi selipar saya" - mangsa selipar dihanyutkan arus
"U tipu I, u tau kan i takut macam ni" - konon mangsa

Perjalanan yang sebelumnya diambil 45minit - sejam, kali ni ambil masa 1 jam 45 minit.. Sedangkan sebelum tu anggota rombongan 69 orang, dan kali ni hanya 14 orang :P


Till then. Pen off!

09 March 2013

tulis saje

Ehem,

bila review balik performance tahap menulis di zaman bekerja ni. teruk betullah. satu bulan boleh contribute 4-5 post je? tu pun da sangat untung kalau dapat kan. sedangakan kalau tengok balik masa zaman student. peh, kalau boleh tetiap hari nak update blog. LoL! Even cerita lebih kurang sama je kan. 

Sebenarnya ada kaitannya dengan turun naik iman dan tahap motivasi. Chi masa zaman student lagi bagus I think. ehem, bukan sebab saya da tua ok! hehe

Ada banyak benda yang perlu tulis tapi aku tak tulis pun lagi here. Almaklumlah, Blog ni da macam jurnal online kan. Agak2 nak trace tarikh je mesti bukak blog. 

Ni kena point date la kan, nak store.

23 Feb - Seminar Wanita & Syariah, Masjid Bulat Seksyen 14 (Wanita IKRAM PJ)
24 Feb - Santai Sg Chilling, Kuala Kubu Bharu. (Gema Backpackerz Selangor, GB)

Aku dah cakap kan aku sebenarnya takdalah tua sangat, tengok da umur-umur macam ni baru la nak sertai aktiviti-aktiviti orang muda ni through GB! haha. 

Oh ya bytheway,

hari ni sepatutnya ada aktiviti mencula (Berlangsung pada setiap hari Sabtu sebelum terjadinya pilihanraya - contact me if berminat dan nak bertanya lanjut). Sangat menarik ye! Teringin sangat nak pi. Dari minggu ke minggu, tapi rasanya tak dapat kut hari ni. Tambahan pula ada jemputan perkahwinan di Soromban. Hai nak kahwin dah kawan ku sorang ni..

Dan esok! InsyaAllah, mohon Allah mudahkan.. 2nd trip of Macromac&Friend outing! (yang first ofkos la masa pergi Broga last time kan?) Ehem.. pegi mana kali ni? Will update tomorrow perhaps? Konsep: Satu Malaysia! 


Till then, happy weekend.. weekenders!

07 March 2013

Mind Reflection

Ada satu masa dahulu, lama dahulu.. aku pernah menyertai satu kursus keusahawanan anjuran Karisma,  IMPAC. Rasanya program tu around 2008.

Ia merupakan satu program yang sangat unik rasanya. Motif utamanya adalah untuk memperbanyakkan lagi anak muda berjiwa Abd Rahman bin Auf mahupun Uthman b Affan. Usahawan yang bijak berniaga dan tak kalah dalam iman kepada Allah :)

Punyalah banyak ilmu yang dikongsikan tapi ada satu yang selalu aku terkenangkan. Tentang keberkatan rezeki.
"Jika antum nampak satu pen, antum pulak tengah rushing dan perlu tulis satu perkara ni. Urgent. Antum guna tak pen tu? Sedangkan antum tak tau pun siapa owner pen tu"
Waktu tu kan student, bila dengar tu macam, zass! kena sebijik! yelah kadang-kadang da lewat masuk kelas kan, kena tanda attendance lak tu.. main sapu je pen sesiapa je lah kan. tak tau pun sapa owner, main guna je.

Banyak benda, adalah kita rasa tak endah, dan mungkin tak perlu endah. Tapi sebenarnya sangat penting untuk di endah. Sebab apa? sebab setiap amal kita memang dicatat oleh malaikat kiri dan kanan. Takut kan?

Ada 2 kisah yang aku rasa sesuai di jadikan sumber untuk kita bermuhasabah dan koreksi diri.
1. Kisah tentang seorang penjual kayu api yang menggunakan serpihan kecil kayu api untuk mencungkil gigi (baca panjang)
2. Kisah Umar Abd Aziz yang memadamkan pelitanya kerana pelita milik negara, sedangkan dia mahu membincangkan tentang masalah peribadi keluarganya. (baca panjang)

Banyak benda yang kita kena ubah sebenarnya. Bila hidup kita semakin jauh dari zaman sahabat, apatah lagi di zaman Rasulullah bersama menunjuk betul atau salah.

Ok, this is just a token to ponder. Reflection.

04 March 2013

Hadith 4

Mari mengimani hadith ini ^_____^

Abu 'Abd al-Rahman 'Abdullah bin Mas'ud, radiyallahu 'anhu,reported: The Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, the most truthful, the most trusted, told us:Â
"Verily the creation of any one of you takes place when he is assembled in his mother's womb; for forty days he is as a drop of fluid, then it becomes a clot for a similar period. Thereafter, it is a lump looking like it has been chewed for a similar period. Then an angel is sent to him, who breathes the ruh (spirit) into him. This Angel is commanded to write Four decrees: that he writes down his provision (rizq), his life span, his deeds, and whether he will be among the wretched or the blessed.
I swear by Allah - there is no God but He - one of you may perform the deeds of the people of Paradise till there is naught but an arm's length between him and it, when that which has been written will outstrip him so that he performs the deeds of the people of the Hell Fire; one of you may perform the deeds of the people of the Hell Fire, till there is naught but an arm's length between him and it, when that which has been written will overtake him so that he performs the deeds of the people of Paradise and enters therein."
[Al-Bukhari & Muslim]

(source of hadeeth: here)

Atas permintaan Udez, aku carikan translated version :)

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. 
Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.
(Source: here )

*                *                *

Baru je membuat sedikit ulangkaji last week tentang hadith ini minggu lepas. Tapi rasa direct kena pulak minggu hari ni :)

Terima kasih Allah. Belajar teori terus prektikal ni, orang cakap lagi mudah faham..

Aku doakan, semua kita tergolong dalam golongan yang mati dalam iman. InsyaAllah.. Kadang-kadang terfikir jika mati dalam kemungkaran, nauzubillah! Nak fikir pun rasa tak sanggup.

27 February 2013

Jemputan Maut

Aku tak tau cerita sebenar, tapi berdasarkan baca-baca dari FB adalah disebabkan jangkitan pada jantung.
Tapi to be informed, Yus (Yusniza Shafara) dari Kolej 9, UM telah meninggal dunia pada jam 3.30 pagi tadi. Mohon sedekahkan Alfatihah. Moga beliau ditempatkan bersama orang soleh.

Status terakhir arwahyarhamah Yus T_T

Kadang-kadang, kita selalu sangat tekejarkan kerja-kerja kita, tak kiralah kerja di ofis, bersama masyarakat, mahupun sekadar membuat kerja rumah. Semua yang tersenarai hanyalah kerja yang wujud kerana kita didunia.

Meski sedar hidup kita di dunia sekadar 'menumpang teduh'.. tapi kita tetap terlupakan untuk menyiapkan bekal untuk ke negeri abadi.

Moga-moga berita kematian menjadi satu tazkirah terbaik untuk kita menjadi lebih baik.

22 February 2013

Why be a Productive?

I got this email today from Abu Productive. It was interesting.. So, hey! check it out..

Assalamu'alaikum Siti,
We live in a world where comfort is the no.1 priority for all; we want the most comfortable homes, most comfortable jobs, most comfortable flights, and most comfortable holidays. We don't want to sweat or work hard, but simply be comfortable. The irony of such quest is that once we achieve such comforts, we become restless, we become bored and we normally either seek new challenges and adventures or go into depression and sadness because we find our life to be meaningless.

Allah (Subhanahu Wa Ta'ala) says in the Quran: "Verily We have created man into toil and struggle" (Chapter 90, Verse 4). And although one might take this in the negative sense, but what if our happiness was linked to striving and struggling? A philosopher once said, "We take no pleasure in existence except when we're striving for something". I believe that's a universal law.

But what should we strive for? What would be our compass to ensure that we're growing in the right direction? That we're achieving our potential in areas that would benefit us in this life and hereafter? This is where Islam comes in and gives us this direction. Allah (Subhanahu Wa Ta'ala) says in the Quran "And I created not the jinn and mankind except that they should worship Me" (Chapter 51, Verse 56).

Our happiness is linked to our striving for Jannah and the pleasure of Allah (Subhanahu Wa Ta'ala), which encompasses the concept of worship in its widest sense and it never ceases until we die. Allah (Subhanahu Wa Ta'ala) says in the Quran: "And worship your Lord until there comes unto you the certainty (i.e. death)" (Chapter 15, Verse 99).

So why are you struggling, Siti? Why do you need to be productive? The answer: to be happy in this life and hereafter inshaAllah.

I hope this helps.

Sincerely,
Abu Productive

So? Find your compass now and lets be productive!!

23.2.2013 - Seminar Wanita dan Syariah 2013
24.2.2013 - Santai Sg Chilling

Jom jom..

12 February 2013

citer seram sesekala

Aku saspek ini akan jadi entri takde motif untuk yang seterusnya.

"Kau nak buat air ke? Air panas ada nih" kata maklong.

Aku lirik jam kat dinding, 11.30 malam. Dalam fikiran aku terbayang kan secawan kopi. Ngam jugak. 2 minit kemudian satu mug nescafe tersedia. Sambil layan wifi kampung bukit jeram ni yang tahap hidup segan2 mati tak mau ni.. ngam jugak kan.

Lepas aku hirup barang 2 kali, aku tengok maklong da beransur masuk bilik. Kak siti yang tengah tengok TV tadi dah tertidur. Deng! Tengok jam sekali lagi. oh men.. da 12.30malam. Aku pandang sekeliling. Perasaan seram tiba-tiba menegakkan bulu roma. Dalam hati tak habis-habis menyesal gatal sangat tangan nak gi bancuh kopi kan.

Jatuhnya sampai 1.30 pagi jugak aku tak boleh tidur. Rumah maklong ni pulak tengah renovation. Semua langsir dah diturunkan.. so, tingkap dia memang clear terus nampak jalan. Aku pandang tv, ada ulang siaran tanyalah ustaz. bertahan lagi. tapi tetiap kali iklan asal kena keluar tetamu maria kan, come on 1.30 pagi kut. haiya, aku pun terus off tv.

Aku masih takleh tido lagi, amik phone kak siti main game. still, takleh tido.. jantung da berdetak laju dari tadi. duss.. asal ni. tiba2 aku dengar bunyi macam kucing berlanggar something, sync dengan tu, cadar yang kitorang sidai utk ganti langsir jatuh. Dan dan jugak aku ada rasa macam angin laju je berhembus. (amboi) aih, ini da lain macam ni. xleh jadi. terus aku pegi kat kak siti.

"Kak siti bangun, ko tak sejuk ke tidur camni gi amik selimut lah" kak siti bangun terpinga-pinga.
"Eh bila akak tidur ni?"sambil lihat keadaan sekeliling yang dah gelap
"Cadar tu da 2 kali jatuh. Malas pulak nak angkat, kita tidur dalam bilik je lah" Cewah walhal da seram giler.
"ha yelah.."

Sementara dia alih tempat tidur aku pun cepat2 gi toilet jap.

Masuk bilik.
"Eh akak pun rasa nak gi buang air pulak" lepas dia cakap macam tu, dia sambung tidur. Apa punya statement.

Aku sebenarnya still tak boleh tidur, tapi aku cuba divert perasaan seram tadi tu jadi perasaan sedih. ingatkan kisah2 sedih sehinggala lupa yang tengah seram. sehingga tertidur.

Pagi esoknya.
"Sebenarnya akak pun rasa seram bila nak keluar balik bilik, tu yang terus tidur je."

Moral of the story
1. Jangan minum kopi tetengah malam
2. Bawak-bawaklah berenti kumpul cerita hantu/ tengok cerita seram.

Aha, sebelum aku off.. aku share lagi satu citer baru dengar dari ucu :)

Ucu dulu masa kat ITM KL dulu, ada sorang kawan ni dia selalu sangat datang awal, pukul 6.45pg da sampai kelas. So, bila sampai tu dia sorang2 je dalam kelas kat tingkat 3 tu. Kelas dia pulak jenis yang cermin sliding tu sepanjang2 kelas. Kira bila pagi tu pasang lampu dalam kelas, bila tengok cermin tu reflect diri sendiri lah kan. Tapi bila sekali tu dia tengok cermin tu, dia tengok diri dia dalam cermin tu tengah tersengih. Dia da aneh, dia terus kalih pandang meja tapi dari lirik mata dia nampak bayang-bayang dia pada cermin tu masih tersengih pandang dia, terus la dia bangun lari turun lobi dan inform pak guard. Boleh pulak pak guard bagitau.. 'oh tempat ni memang keras sikit korang hati-hatilah ye'. Sejak tu kitorang semua pun melepak la dulu kat lobi sampai cukup korum baru naik.
Ok, tu je sekian. selamat berkerja esok!

09 February 2013

Bye bye bye. T_T

Eat together,

Work together,

Play together,

Now, its time to leave..

Tinggalkan kekosongan pada satu ruang dalam hati

Hidup memang macam tu kan, berputaran antara bahagia dan sedih.

Balik kampung, biar sembuh mana yang luka.

Cari tenang . Cari damai. 
Kumpul kuat untuk pulang dan terus berjuang.



Live Well TJ and Kezia!
Nice to meet you. You're the best ^___^

08 February 2013

Miss me more..;P

Kata orang, 
cinta itu jangan bersebab,
takut-takut hilangnya sebab,
maka terputuslah cinta.

Ya Allah, dipagi yang hening ini, 
aku bermohon agar kau bukakan pintu hati rakan-rakan di ofis
supaya mereka kembali ke agama fitrah ini,
Islam yang tercinta


terutama si amoi manis disebelahku ini :) 

cinta berlainan bangsa, moga terbuka pintu hidayah 
dan kita berjumpa lagi disyurgaNya

ameen.

terima kasih untuk segala rasa.

Rindu. 

ouh, sebab ada ayat sedap, tempekkan sekali puisi yang terbaca di FB Nadia ni,

Kau dan aku lagaknya perlu hidup di atas udara. 
Lantas kita tidak akan terlanggar dan aku tidak jatuh. 

Jatuh cinta.

05 February 2013

Spill~

Sebenarnya agak sedih, memang sedih. 
(For the first batch, it's only me left. yes only me)

Hidup menghidangkan kita dengan bermacam dugaan dan perasaan.
Bercampur.
Baur.

Berbagai rasa patutnya indah.
Berbagai sakit selalunya perih.

Pada sela-sela masa yang ada,
Aku terkadang mahu ke bukit tinggi,
melihat alam dari atas sana.

Biar semuanya kelihatan kecil.
Sehingga tak terasa lagi segala lelah yang menggugah.

Biar aku tenangkan hati sambil membisik
"Masih ada lagi kisah suka didunia ini, kan Allah?"

1.43pm,
menulis dengan penuh perasaan.
Jln Klang Lama

30 January 2013

Pro-mo-do-ro Technique

Assalamualaikum wbt.

Semoga semuanyas sihat-sihat dan baik-baik hendaknya. InsyaAllah, jadi orang Islam ni, semua pun baik. iaitu bila mendapat rezeki/kebaikan dia bersyukur, dan apabila ditimpa musibah/keburukan dia bersabar. Win-win situation kan. Hebat kan Allah! Sentiasa nak bagi kita menang. So, pilih! hehe.

Oh, seperti yang dijanjikan, kan hari tu cakap nak share something from program Productive Muslim kan? So, here one!

Teknik Promodoro

Pernah dengar tak? apakah itu promodoro? hehe.. aku pun tak berapa sure dari sudut asal-usul lebih lanjut, yang aku boleh nak rekemen, teknik ni memang berkesan lah untuk aku. Kalau nak baca lanjut tentang promodoro, boleh lah baca dari sini. InsyaAllah boleh mendapat maklumat yang lebih tepat dan terperinci.

Ok, teknik promodoro ni adalah satu teknik untuk kita mengawal waktu kita. Yelah, macam yang kita sedia maklum kan.. kita ni memang banyak kerja. Siapa kat sini tak banyak kerja? Jadinya, bila banyak kerja ni, seringkali terjadi, kita sendiri cramp. brain freeze, taktau nak start mana dulu. Tak gitu?

Perkara macam ni lah yang kita nak avoid sangat jadinya kita kena berstrategi! Sebab kalau tak berstrategi memang lingkup kita kak oi!

Macam mana teknik ni dapat membantu? dengan cara ni kita kena blok kan masa kita untuk tiap-tiap 30 minit. 25 minit untuk tugasan dan 5 minit untuk rehat. Promodoro ni kitar dia 30 minit. Dan setiap 4 kitar promodoro, kita boleh rehat panjang sikit dalam 15 minit (tapi kalau korang dah masyuk ngan kerja, korang maybe akan rest for only 5 minute)


1. Plan your work

Bila masuk je pejabat, jangan terus-terus bukak email! (Ini sangat tidak bagus sebab akan mencelarukan lagi list sedia ada) Berdasarkan list-panjang kerja kita yang tak siap lagi tu, List kan satu persatu berdasarkan tahap pentingnya. Ingat, yang penting tak semestinya urgent ye! So list kan semua yang penting. Lepas tu, kat bawah buat satu lagi tajuk, urgent/sudden cases. Untuk kes-kes urgent dan datang secara tiba-tiba boleh lah list kat bawah tajuk tersebut.

2. To do list

Sekarang list panjang dah ada, mulakan dengan no.1 dalam list mulakannya dengan menekan button start pada timer anda. setkan untuk 25minit. Anda hendaklah fokus dalam membuat ini selama 25 minit, jangan biarkan sebarang sumber luar mengganggu anda dalam tempoh ini. Kiranya ada call - tugasan baru masuk (avoid to pick personal call) jangan terus buat, masukkan dalam list urgent tu dulu. Atau ada orang datang minta tolong, pun letak dalam list sudden case dulu. Kalau kes tu ada time limit, contoh kena hantar minggu depan. So, masukkan dalam inventory list, dimana yang dalam inventory list ni.. korang boleh lah masukkan dalam planning esok plak. Tapi untuk kes yang urgent nak hari ni.. bolehlah korang buat after siap tugasan penting korang tadi. Satu task mungkin tak sempat siap dalam satu kitar promodoro. Contoh korang nak buat minor research.. memang tak cukup 30minit. Ini tak da masalah, just after 25 minit, take rest 5 minit kan? masa tu letakkan 'x' pada hujung list no.1 anda. Cth:

 a. Research on Currency Chart Function - X X X

Lepas habis rehat 5 minit sambung lagi dan lagi sehinggalah siap. Aku nampak cara ni penting untuk menjaga fokus ketika berkerja!

There are no such multitasking person. It was a myth. It just our brain swap too fast till we thought we are multitasking person. - Bro Faris, Productive Muslim Seminar

3. Review

Bila kita rekodkan 'x' tadi tu, dapatlah kita guna untuk later on punya planning. kita boleh nampak dah berapa lama masa kita ambil untuk kes-kes macam ni/tu. Dan dari sini jugak bolehlah kita tengok produktif ke tidak kita dalam sesuatu hari tu. ^____^

Sebenarnya, aku berjaya cuba teknik ni hari ni dan alhamdulillah, ada satu kerja aku yang tertangguh dekat 2 bulan.. akhirnya berjaya disiapkan dalam tempoh 4jam setengah. :) Inilah akibat sering tertipu dengan statement. "Kerja ni urgent, siapkan ni dulu" Sehingga aku pun dah terabai mana-mana tugasan aku yang lain.. siapkan urgent punya pasal kan..

Walaupun, aku rasa nak sambung lagi.. tapi, nanti lewat sangat masuk tidur.. lari lak Sleep Cycle aku kan. So,see you then! Till next tip. Selamat mencuba!

nota1: jika tak paham, sila lah buka link aku bagi kat atas tu, dia ada bagi PDF note panjang lebar dia cerita pasal ni.
nota2: cara ni mungkin applicable for orang pejabat kut. pada guru-guru.. hei! u already got your schedule isn't it?

22 January 2013

Cuci kereta

Sambil-sambil menunggu proses memuat turun selesai, apalah salahnya kalau aku mengarang kabar buat pembaca sekalian kan?

Ok, semalam baca post di mailing list kiriman aren mengenai penjagaan kereta! Ohoi, pedas dan kebas.. lalu balik kerja terus straight ke Caltex!! Cuci kereta. Sebenarnya ini adalah tempat cuci yang paling kerap aku pergi, almaklumla satu hala nak balik rumah dari opis kan. Tiap kali pun duk tengok tukang vacuum anne yang sama saje. (amboi mementang nama keta Vijay Kumar, nak anne saje mencucikan kan..)

"Vacuum?" aku angguk.
"Polish?" amboi anne ni.. bukan main market lagi.
"Polish berapa RM?"
"60"
"oh lain kali la, tak cukup duit hari ni" hehehe..

macam tulah serba sedikit aku sembang ngan anne tukang cuci kereta. Menurutnya nak kasi kereta cun-melecun macam tuan punya badan, kena rajin polish & wax. Aku layankan je lah anne ni duk cerita, yelah kalau aku tak sembang ngan dia, takkan nak sembang ngan kereta pulak kan.

Pendek cerita katanya, nak kasi kereta cun.. buat wax 2 bulan sekali dan polish 3 bulan sekali. dan tiap satu tu harga nya adalah RM60. peh peh peh.. memang terbaiklah kalau aku ikut saranan dia kan ;P cuci kereta yang RM10 pun aku kerap skip.. apakah maknanya pada polish dan wax?

Tapi aku ingat kena jugaklah pergi hantar polish dan wax ni kan.. setahun sekali pun nice gak. kereta kalau da sendeng sana sini.. tak sedap gak tengok scratch dia kan..

eh ok lah.. sebenarnya aku nak cerita tentang sleep cycle.. info baru tau ni dari Seminar Productive Muslim yang aku attend bersama rakan serumah minggu lepas.. Sharing is caring kan.. Tapi nampaknya tak sempat pulak ni.. dah habis dah proses muat turun :P

So later i share k!

Lets live life to the fullest peeps! Be organized and be productive :)

11 January 2013

Reminisce of the past

Wah, begitu poyo rasanya status semalam! Last-last tak masukkan pun lagi calendarnya.
Anda yang terdetik hati untuk berubah, tergerak rasa untuk menjadi baik.. Cepat-cepat tangkap dan peluk kuat-kuat perasaan itu. Dan jangan lepaskannya.
Boleh jadi itu Makcik Hidayah. - Angel Pakai Gucci
Ok, mari kita ber-reminisce cerita lama :) (bagi chance la kan..terlebih feeling lak tetengah malam gini)

May, 2006
"Ustazah, saya dapat UM"
"Ok nanti akan ada orang yang contact awak kat sana"

Jun, 2006 (Sehari selepas Haluan Siswa)
"Hari Khamis ni free tak?"
"Free"
"Jom kita pegi Iftar" - aku terima mesej dari Kak As. Kakak yang aku tak pernah kenal, cuma bagitau yang dia dapat nama aku dari ustazah aku masa matrik.

Berbekalkan keyakinan yang itu, maka.. aku gagahkan diri tunggu Kak As pada petang Khamis tu di Dataran Sains. Tak pernah jumpa, tak pernah bercakap. Hanya bersms. Jam 6.30 petang di Dataran Sains, sendiri.

"Eh awak tak balik lagi?"
"Blum tengah tunggu sorang kakak"
"kakak mana? awak kenalke?"
geleng.
"beraninya awak ni. awak betul nak tunggu ni? kalau nak saing dengan saya jomlah sekali"
geleng. aku kental nak tunggu Kak As.

Dan dari situlah hidup aku bermula. Sebuah perjuangan InsyaAllah. :) pahit manis, semuanya.

Sehingga hari ni, aku tumpang gembira melihat sahabat-sahabat / adik-adik yang juga bermula sepertimana aku. Hidayah, rasanya memang manis. Betullah macam jatuh cinta (mungkin?).. ada sesuatu kekuatan yang menolak untuk terus mendapatkan meski apa pun yang menghalang.

Toleh ke kiri, melihat seorang kawan yang bergementaran untuk menghadapi hari pertama berbulatan gembira (ah rasa itu, Subhanallah.. indah!) Toleh ke kanan, melihat seorang adik, yang meninggalkan roommate nya yang masih bersiap-siap, semata-mata nak sampai on time ke bulatan gembira. (Masha Allah! :) )

Lihatlah, kekiri kanan depan dan belakang, semua orang disekeliling kita sedang berusaha membaik. Tanyakan diri, sejauh mana aku telah membaik? Astaghfirullah.

Ingat, bukan selama mana kita telah berusrah, bukan selama mana kita telah menganut Islam itu yang dikira, tapi sejauh mana telah kita amalkan Islam itu sendiri. Sejauh mana kita berubah setelah kita diberi faham tentang Islam itu. *cry*

Sumber: Muharikah.com

Rasa ini, mohon berkekalan. Biar mekar, biar hingga hujung nafas! Doakan, ayuh sama saling menguatkan.

09 January 2013

First Entri for 2013

Ok saya tahu sekarang bukan masa yang sesuai untuk menulis,

tetapi percayalah, bila otak anda cramp untuk buat semua kerja otomatisnya anda akan buat benda yang paling tak berkaitan dengan list-panjang-kerja anda tu. kankan?

ok mari membebel.

2013. fresh new start.
(ok new IC pun tak pergi ambil lagi even dah lama siap kat Pejabat pendaftaran sana)

tahun ni aku ramalkan akan lebih sukar dari tahun-tahun lepas, dulu kala dan sebagainya. Even harder. trust me, so anda semua pun harus tanamkan ini dalam diri. Sebab apa, bila kita da rasa akan susah, kita akan built anti-bodi lebih kuat!!! kankan? standard. Jadi sebarang rintangan, mampulah hendaknya anda/kita lalui dengan tabah lagi bersemangat. :) Gambateh!!

Okla, sebenarnya nak told you all je, saya bercadang untuk letak Google Calendar di merentas horizon!! Gaya artis sedikit kan, baru la you all bleh trace aku gi mana pasni.. kut nak mintak sign? ahaha.. atau nak follow aku ke program? Program yang aku pergi memang awesome belaka.

Jemput follow!!

err still masih dalam perancangan, dah ada masa nanti baru nak re-position dalam ini blog :)

Susah tak semestinya mustahil,
Mencabar tak semestinya kena give-up

Keep Moving On Peeps!