Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

02 September 2016

the North trip - part 1

Malam sebelum kejadian aku ada dinner company, makanya memang agak kelewatan lah sampai rumah. Itu tak siap kemas beg lagi tu. Wahaha! tapi sebab dah penat dan mengantuk bersangatan maka aku terus tidur, dan bangun sekitar jam 3 lebih untuk bersiap.

Sabtu, 27 Ogos 2016

5.30 jumpa Awanis di KL Sentral dan ambil bas jam 5.40 pagi. Flight pukul 8.15 so memang seharusnya jam 7.15 dah kena ada lah kat sana. Sampai kat KLIA2 pukul 6.40, solat semua then terus rush ke boarding area. Masa tu boleh tahan lapar, ye lah bangun pukul berapa kan. Tapi sebab duk teringatkan Penang katanya syurga makanan, takpe, tahan dulu pi makan kat sana saja.


9.06 pagi, Hi Penang!!

(Plan asalnya, sebaik tiba kami akan terus bergerak ke Air Itam, rumah Adila Teh. Dia ni kawan sebilik masa matrik, orang kokdiang. Tapi tiba2 katanya balik kokdiang, so xdan singgah rumah. Sebab lepas tu bila dia balik Penang, tok sedara pulak meninggal. Memang xdak jodoh nak jumpa kali ni. Tengok lain kali pulak ya Dila)

Dalam jam 10 pagi kitorang dah berada di warung makan bukit gedung. Tapi makanan kedai brader macam pelik sikit, awat manis? Cheq bukan makan warung kelantan kan?

Lepas kenyang bersarapan, kami pun memulakan pengembaraan. Dimulai dengan Kedah! Oh dan tidak lupa, sebelum menuju Kedah, topup Touch n Go dan refill minyak kereta dulu.

ya Kedah, kami mai na!!

Kedah.

1. Lembah Bujang, Merbok || 11.45 pagi

Tak lengkap rasanya pi Kedah tak singgah Lembah Bujang. (lagi-lagilah orang bujang macam kami ni. ahaha, ok tak kelakar #siscuba) Sekitar jam 11.46 pagi kami pun tiba di Lembah Bujang. Tak ramai mana pulak orang hari ni. Mungkin kami pi awal sangat kut. Mula-mula, masuk galeri. Candi yang kat sana adalah campuran antara Hindu dan Buddha. Ada candi hindu dan ada candi buddha. Yang duk melilau dalam galeri sama kami, tu lah dia orang india. Ahaha, mungkin dorang sedang menjejak sejarah agama mereka agaknya. Menarik jugalah. tempat nih.


Pusing sat ja tempat tu, kecik saja. Lepas tu terus keluar, naik tangga tengok kawasan-kawasan candi kat sana. Berhampiran galeri tu ada 4 candi. Lain-lain style dia. Nama pun lain-lain. Tapi aku rasa candi ni ada banyak lagi, tapi mungkin bukan kat area galeri. Masa kami nak masuk jalan ke lembah bujang ni pun masih terdapat tapak arkeologi dan kajian sejarah di sepanjang perjalanan. Lamanya diorang duk kaji ni ya. Bertabah lah~



Untuk yang tak tau, Lembah Bujang ni area kaki Gunung Jerai jugaklah. Tapi nak masuk gunung jerai (kawasan resort) tu tak dak lah dari lembah bujang ni.

2. Kawasan Rekreasi Lubuk Tupah, Merbok || 12.40 tengahari

Lepas keluar dari Lembah Bujang baru notis, yang kawasan rekreasi Lubuk Tupah sangat hampir dengan Lembah Bujang. Maka kami pun masuk lah. Sebab katanya antara kawasan pelancongan jugak. Tapi tak ramai orang pulak, yang nampak lelaki2 muda ja masuk naik motor.



Sampai kat sana, parking je. Nampak papan notis. Kawasan ancaman Leptospirosis, siap bagi amaran jangan sentuh air sekiranya tangan ada luka. Wahaha. Terus seram nak masuk air. Tapi rasa sayang pulak, tak dapat merasakan kenyamanan air terjun, aku masuk gak lah celup tangan sebelah (lepas memastikan takdak luka) Hehe..

3. Taman Suasana Permai, Jitra || 2.45 petang


Dari Merbok, terus ke Jitra untuk ke rumah Kak Shira! (to be exact rumah in law dia) It has been ages kut tak jumpa kak Shira (er, atau baru je last PTI jumpa? exaggerate sangat k) Pukul 2 petang sampai je tol Jitra, kami belok kiri dulu pi solat zohor sesiap.

Mesej kak Shira, melompat dia, sebab kami dah kat tol. Ahaha. Sembang gitu-gitu je lah dengan kak Shira. Dia pun nak mai PJ dah lepas ni sambung blajaq. Tak dan nak selfi dengan kak Shira, sibuk main dengan anak-anak dia. Umar dan Dhuha. Umar mula-mula taknak ngan orang, lama-lama siap lentok lagi. Duha senang je, kita kawtim dengan papadom je, setel. Ahaha.


Dalam tak dan nak borak tu 4 lebih jugak bergerak keluar dari rumah dia. ^^,

4. Taman Inang, Alor Setar || 4.45 petang

Lebih kurang 4.30 kami tiba di Taman Inang lepas tersasar sikit. Orang kabo Taman Inang, aku tuju Sri Inang. Hahaha! Ini, rumah kak Ila! Kak ila ni kawan masa tahun 3 kat kolej 12. Kak ila sama jk dengan aku kat JKP Balai Islam, AJK Tugas-tugas khas. Kerja duk menghias dewan kalau program dan buat sijil. Dua ni lah kerja wajib kami.

Dengan kak Ila ni betul2 lama haih tak jumpa, last aku jumpa adalah tahun 2010 masa dia konvo. Dia konvo setahun selepas aku. Masa tu dia baru keguguran. Tapi dia hat tu jugalah, lawak. Tak ada lah nampak kemurungan ke apa.

Sedar-sedar dah ada anak, Adam. Besar dah kut anak dia tak dan jumpa. Masa kami mai, Adam tido. Kak Ila kadang di Alor Setar, kadang di SP. Lawak kak Ila masih tara tu gak la. Sama cam dulu. Saiz badan je naik sikit, sama lah aku pun. Biasa lah faktor usia. Hehe.

5. Rumah kampung, Pendang || 6.45 petang

Dalam aku duk selak FB beberapa hari sebelum trip, aku perasan Adila Rahim (adik SEGI Kolej kat PJ ni) ada balik kampung kat kedah. Terus aku roger habaq nak singgah. Adila ni aku kenal 2 tahun lepas, sebab dia nak pi iBantu Kelantan, tapi sebelum tu bermalam dulu rumah aku, aku hantar kan ke PiPJ.


Cerita tentang kisah hidup Adila ni sayup2 di ingatan, tapi yang pasti masa aku dengar citer dia dulu aku ada sikit sedih jugak lah. Sebak gitu. Dengar cerita orang kan, kisah hidup lain-lain. Bila dengar hidup orang yang kurang mampu dari kita, betapa bersyukurnya kita. Dan rasa alahai tabahnya hang.

Adila ambil kami di Kolej Matrikulasi Teknikal Pendang. Lepas tu bawa kami pi bendang, duk bergambar dengan sunset. First time aku duk bergambar dengan bendang ni haruslah masa Matrik dulu. Belakang Matrik aku kan bendang. Masa tu tak da henfon kamera lagi, duk tumpang kamera kawan, lepas cuci simpan tu duk dalam album. Mana ntah album tu.

Rajin dak aku nak cuci gambar kat bendang jiran Adila ni. Hmm.


Sampai rumah Adila, singgah sembahyang maghrib dan dapat la pekena jambu air dan durian. :)

6. Check in CMN Hotel, Sungai Petani || 9.35 malam




Dah lambat juga sebenarnya sampai SP, dengan duk berputar2 nya nak mencari lokasi, check in sat hotel pastu terus keluar balik cari rumah Alia Kassim plak!

7. Bandar Amanjaya, Sungai Petani || 10.30 malam

Punya lah kalut aku duk nak search rumah Alia nih. Sampai aku dah menyesatkan lagi keadaan. Wahaha! Sorry Ude, my bad tak minta Alia awal-awal suruh share location.

(Alia adalah rakan serumah masa beliau masih bekerja di PJ dan masih bujang dulu)



Sampai rumah Alia, husband dia dah keluar bekerja. Maka Alia dengan kuasa mengayat dia, berjaya memaksa kami tidur di rumah beliau.

"Bagus jugak korang ada kat sini, aku 2 hari lepas duk tengok orang meninggal. Dah terbayang-bayang da 2 malam ni. Atleast korang kat sini kurang lah sikit duk teringat" kemain ayat Alia kan.

Walaupun, aku berkeras nak balik hotel (sebab aku dah bayar) tapi aku kesian jugak kat Ude, dia yang drive since pagi kut! Mesti dia penat. Jadi dia cakap nak tidur rumah Alia, kita layan kan ajelah.

Anak Alia, Husna cheeky sangat! Halus dan rasa cam nak picit2!

Ahad, 28 Ogos 2016

Rancangnya nak keluar around 4 pagi lah, nak pi hotel. Wakaka! Tapi aku langsung tak dengar bunyi jam. Pukul 6 pagi baru bangun. Solat subuh, then baru gerak ke Hotel untuk bermandi manda.


Lepas solat tu, aku nak gerak la Alia kononnya, nak keluar awal kan. Baru je aku toleh hadap tangga, nak naik gi bilik dia, tengok dia da ada kat tangga. Berdiri tegak kat situ. Putus nafas jugaklah aku kat bawah tu. Tekejut tau!

8.20 pagi, checkout CMN Hotel.

8. Restoren Nasi Kandar Subaidah, Sungai Petani || 8.50 pagi

Lepas check out dari CMN hotel, terus menuju Restoren Subaidah untuk sarapan pagi, dan bertemu dengan Yan! Yan ni adik Mahsa amik medik. Tapi sama lah ngan aku dan awanis masa last time naik CBL. Aku tengok kat telegram ada member batch dia bagitau da habis da belajar. Jadi alang-alang aku da kat Kedah ni, gi lah meet up dia sekali, fikir ntah bila la dapat jumpa dah since da abis belajar kan.


Alih-alih Yan bagitau, dia kena extend lagi satu sem. Oh then takpa lah, jumpa lagi kat PJ ok Yan? Haha.

Jenuh aku minta alamat Yan, pulun dia takmau kasi. Duk minta kami jumpa di Subaidah jugak. Dia cakap malas nak bawa balik rumah sebab xda siapa kat rumah. Ahaha. Untunglah Yan, ada mamak dekat rumah, boleh divert orang pi mamak. Kg Gajah xdak Subaidah, xtau mana nak divert member kalau mai. Haha!

Bye Kedah, till we meet again!


01 September 2016

the North trip (pre)

Nak dijadikan cerita, aku dah pernah plan dengan Awanis untuk ke Penang. Lama sangat dah, sampai dah lupa 2 atau 3 tahun kebelakang. Disebabkan perancangan itu, aku pun adalah deal sama dengan Una Mat zin untuk singgah rumah dia, sebab rumah dia kat Penang (masa tu) Siap deal nak g war museum sesama lagi.

Tapi atlast, wahaha! Una pun dah pindah Melaka! Lol. (punyalah lama)

Aku cam biasa, kalau xde book any tix memang biasanya xgi lah jawabnya. Sebab biasalah bila kita bergerak dengan NGO, pastilah masa yang digunakan adalah di luar waktu kerja, jadi memang terhad lah masa2 untuk di bahagikan pula kepada rakan2 handai, macam tu.

Nak dijadikan cerita GEMA buat event on the 27th of August tu sampai 30hb. Dan disebabkan trip tu agak hardcore jadi aku refuse untuk join. (Kalah sebelum bertanding lah ceritanya?) ^^,

Then awanis booked kan flight tix, thus no turning back dah! Wahaha~

Maka perlahan-lahan aku design kan itinerary. Sambil tu kita roger rakan derak dari utara, Miss Udez!! (terima kasih Ude, sudi jadi our partner in crime)

till then, let the journey begin.

(nanti aku sambung, bajet2 bz kerja)

24 August 2016

Sangkut

Hai, ada yang masih belum tidur? Aku lah tu. ahaha.

Biasalah penangan berjumpa para gadis yang kita suka. Harus seperti berjumpa cinta hati, penangan dia sama macam nescafe. tak boleh tidur malam! (walaupun sebenarnya aku memang baru amik kafein tadi - reason sebenar tak boleh tidur)

Tadi macam biasa perjumpaan mingguan kami. Hari ni mengupas tajuk tawadhuk. Ya Allah semoga Allah mudahkan kita semua untuk mempunyai sifat ini. Mampu menerima kebenaran dari siapa saja. Tidak langsung mempunyai kesombongan dalam diri.

Habis perjumpaan hujan turun selebat lebat nya. Maka, kami pun memanjangkan masa perjumpaan dan macam biasa ranting tentang hidup. Hmm harusnya kita ranting tentang akhirat kan. Ok, soon will try this plak. Sembang tentang Nani and her new workplace. Aku kadang envy jugak dengan keberanian nani, change for good. Dare to be different and dare to make a move dari her comfort zone.

Nani, jjanggg!~

Lewat sangat jugalah jadinya balik tadi. Wuwu.. sebenarnya perkara yang menakutkan apabila balik lambat ni adalah, parking! Ntahlah dulu aku memang takut ni. Sebab kalau lambat memang susah gila la nak cari parking. Biasalah flat. Tambahan pula aku punya skill nak double park memang kelaut! Ahaha. Sekarang ni kurang sikit dah perasaan takut tentang parking ni, selalu bersangka baik je ngan Allah. (Nampak problem kat situ, tawakal sesiap.. tak pandaila nak usaha balik awalkan)

Nak dijadikan cerita memang takde parking hari ni. Tapi aku ada spot satu tempat nih. Memang takde orang park. Tempat tu aku biasa park, tapi tak perasan pulak ada lubang. Rupanya memang ada lubang besar kat situ, dan diorang tutup dengan papan. Dan aku aku tak notis lansung!

Sekali aku nak betulkan tayar, mendap sebelah Vijay. Sian sangat ke vijay. Mula-mula aku ingat lubang kecil je. Jadi aku cuba jugalah beberapa kali bermain antara gear D atau R. Tapi, memang tak membuahkan hasil. Aku masa tu takde gelabah apa pun, sebab tak perasan perkara ni agak serius sebenarnya. Sehingga ada satu motor ni dia lalu, lepas tu patah balik ketuk tingkap cermin aku. Dan tunjuk brader yang tengah lepak dekat level G.

"Kak kak jangan buat apa-apa. Stop dulu da masuk lubang dah tayar tu. Kejap-kejap" erk? Aku pun tukar gear P dan angkat handbrake. Lepas tu aku keluar dari kereta dan tengok apakah tahap keseriusan Vijay ni. Memang serius! satu tayar da masuk lubang. Wahaha! Aku dongak balik tengok tingkat G, brader yang jerit tadi dah takde. Tinggal brader motor je.

Time ni jugaklah nak jadi kan. Tak lama brader tadi tu muncul dan tengok tayar kereta aku

"Masuk habis dah ni! Kak tak nampak ke sini ada lubang?" Serius memang aku tak nampak pun! Aku nampak papan je, tak sangka lubang bawah dia memang muat satu tayar. Wuwu.

"Ok takpe. Macam ni, akak masuk dalam nanti saya cakap tekan minyak akak tekan" sambil tu dia ajak beberapa lagi orang tepi2 untuk angkat vijay. Mula-mula cuba reverse, diorang angkat depan. Aku tekan minyak sampai bau asap jugalah. Cara satu gagal.

Sorang abang ni sarankan drive biasa je kedapan, diorang cuba angkat bumbung kereta pulak. Ok, eksperimen berjaya kali ni dengan bantuan 4 orang brader gagah perkasa~ Siap tolong arrange kan parking untuk aku lagi.

Sobs. terharu!
(Aku harus lebih giat mengikuti aktiviti kariah. Ni asyik time susah je baru nak kenal jiran tetangga. Wuwu)

Jadi tadi, aku double park je kereta mereka. Esok kena keluar awal. Harap tayar tak rosak pasca aktiviti hingga menghangitkan tayar aku tadi.

Terbuktilah bantuan Allah itu dekat, Alhamdulillah ^^,

Thank you Allah.

20 August 2016

Malam hitam atau kelabu?

there is one time yang i cant figure out the answer. so i ask my fren. and I got the answer as below,

"tanyalah fatwa hatimu"

bila da dekat 7 tahun kau tinggal kan your comfort zone. tinggalkan kawan-kawan yang kau suka. tinggalkan rutinitas yang sentiasa dalam keadaan 'selamat'.

ada saatnya kau sedar yang kau dah makin 'rabun'.
dah banyak yang kelabu diantara terangnya putih dan ketaranya hitam.
dan each day the grey area become bigger.

sejak menjadi dewasa banyak prinsip yang aku mula persoalkan kembali.
dan banyak juga yang da mula longgar.

atas dasar dakwah atau sebenarnya taknak hilang kawan?

astaghfirullahalazim.

semoga Allahlah sebaik baik pilihan untuk kita terus bermuhasabah dan meluruskan langkah.

bila seorang teman memintaku bertanya fatwa hati, aku jadi takut, apakah fatwa hatiku masih menurut jalan yang benar?

hai, hati apa kabarmu?

aku masih selalu merindukan aku yang dulu. walau kadang kadang aku terlihat 'hanyut' dengan aku yang kini.

#nightranting #muhasabah #makeawish

18 August 2016

trip kekakak.

Aku kadang-kadang ada saatnya merasa diri ini dah tua. Bila, mula reminisce of the pass.

Wahaha!

Harapan orang kecil macam aku, takdelah sampai nak menakluk everest. Kinabalu pun sebenarnya tak pernah menjadi target. Haha!

Aku hanya teringin untuk berziarah.

teman-teman yang pernah singgah dalam perjalanan hidup yang panjang ini. ^^,
bila start counting kawan-kawan di kawasan tertentu mulalah duk terkenang zaman silam.
bila duk terkenang, masa tu lah terasa tua! Haha.

Bismillah.
hope the trip will be good.

And i'll write the journey here soon.
>.<

till then.

17 August 2016

Once upon a time in China

Dulu ada satu waktu aku agak rajin melakukan jogging ringan sesudah habis waktu bekerja. Rakan-rakan sekerja kadang2 ada anginnya untuk bersukan. 3-4 kali jugalah aku join aktiviti riadah bersama rakan sekerja ni. 

Tapi aku pun tak pasti macam mana aktiviti larian ni akhirnya boleh terhenti.


Dan semua pun dah tinggal sejarah je. Termasukla ketebalan dagu, saiz pinggang, dan berat. Sejarah je semua tu. Nak mengulang sejarah perlu kekuatan kan? 

Adakah sejarah mungkin berulang? (Background music: Sejarah mungkin berulang - Newboyz)

Seluar yang aku pakai tu pun sekarang entah mana duduknya, dia pun segan kut nak bertemu aku kerana barangkali kenyataanya akan lebih memeritkan jika aku sarung ke kaki. (Ah!! Sobsob, menangis di bucu katil)

Ok lah. cukup ranting tak bermakna untuk hari ini. Saja aku nak abadikan gambar zaman kegemilangan ni disini. Mungkin boleh jadi motivasi. 

Mungkin..

16 August 2016

A Sad Bonanza

A gloomy day to start.

Semalam adalah hari Bonanza. Sushi Bonanza! ^^, Maka aku pun telah set the date dengan rakan pakatan sushi untuk meraikan hari bermakna ini.

Sekitar jam 4 lebih menghampiri 5 aku dapat mesej dari Samihah.

'Tolong doakan ayah saya, irregular heartbeat. Angioplasty terpaksa postpone, xboleh buat esok'
'Semoga Allah mudahkan urusan Miha dan keluarga. Semoga hearbeat abah Miha kembali normal' balas aku

Jam 5.15 petang seperti yang dah janji dengan pakatan sushi, maka aku pun start enjin dan kereta pun melaju ke destinasi Sushi kali ini, Giant Kelana Jaya. Sampai2 sekitar 5.35, belum ramai orang. Masa kami sampai, kami orang ke 4 untuk masa itu.

Wahhhh.. ramainya sushi berbaris (mata jadi sushi salmon) .. Masa untuk makan adalah 45 minit. Jadi 6.24 petang adalah masa keluar kami. Semalam berjaya, 7 pinggan. Hehe.

6.30 petang kami keluar dari Sushi dan menuju ke Mr. DIY sementara menunggu waktu maghrib.

The shocking news

Sebabkan ralit sangat melihat barang-barang di kedai, langsung tak aku hiraukan handphone. Dah pukul 7 macam tu, baru tengok mesej.

'Sarah kau pergi rumah Samiha ke? Akak baru baca telegram, ayah dia meninggal' - kak siti

the scariest things yang kita taknak dengar tapi kena dengar juga.

Whatt?!

terkejut. laju-laju buka telegram.

Rupanya kat sana Kerul dah announce bapa mertua dah meninggal. Hilang rasa aku sekejap. Inilah yang orang selalu katakan, bumi seakan berhenti berputar buat seketika.

Innalillahi wainnailaihirojiun.

Masa tu dah dekat maghrib, aku pun ajak pakatan ke surau. Lepas maghrib bersurai. Aku text Kak djah ajak pergi PPUM lepas maghrib. Pickup kak Djah then gerak ke PPUM. Pergi tingkat 4 wad Kardio, diorang cakap mayat dah pergi Mortuary. So, ikut jalan dalam dan pergi bilik mayat. Kat luar takde pulak orang ramai2. Tanya lah kaunter.

"Jenazah ada kat sini, tadi ada 2 orang anak dia hantar. Tapi sekarang dah balik pergi uruskan van"

Nampaknya tak dapat jumpa Samihah. Ada program pulak jam 9. Jadi terus meninggalkan PPUM menuju ke pejabat ikram. Jam 10.50 baru dapat kabar, jenazah baru sampai di SS3. Maka kira-kira jam 11.20 kitorang keluar dari program, terus ke rumah Samihah. Walaupun dah tengah malam, duk fikir esok memang tak dan dah jadinya pergi juga.

Mihah nampak ok. Tapi i think seluruh ahli keluarga pun masih terkejut. Tak sangka kan. Ingat nak prosedur untuk buat angioplasty, rupanya a sign of goodbye. sigh.

Berakhir satu perjalanan hidup seorang ayah kepada anak-anak. guru kepada anak murid dan suami kepada isteri. Dan bermulalah perjalanan baru menuju negeri abadi bersendirian. Hanya sebagai hamba menuju tuhan.

Allahu.

Moga Arwah Pak Cik Mohd Nor di tempatkan dikalangan hamba Allah yang soleh. Amin.

09 August 2016

batu karang

Aku dapat makluman di FB, bahawa seorang senior aku dulu menghidapi batu karang. Tak tau lah apa cerita panjang nya. (Maybe kena buat projek ziarah pantai timur kalau nak tau lanjut kut) Tapi dia cakap, sebab amik supliment tapi less intake of plain water. Kak tu just a year older than me je.

Dulu ustaz ckp sakit nk mati tu terlalu sakit sampai kita x blh nk mengucap dan ingat allah. Akak pun fikir takkanlah sakit sampai xleh berzikir, sakit mestilah lg ingat allah. bila jd mcm tu, sakitnya tu mmg buatkan kita x blh nk fikir, apatah lg nak berzikir ingat tuhan. Jadi gunalah ms sihat utk ibadah. pengajaran yg akak x boleh lupa.

Jadi, tazkirah hari ini. Jangan culas minum air kosong! Jangan skip beramal (baca Quran, zikir, sedekah) Oh masa! dan kesihatan. yang makin mencemburui.

Tapi betul, bila sakit datang rasa berat sangat nak beramal. Untuk aku yang boleh dikira sakit tekak adalah hampir kepada penyakit bulanan. Memang mencabar betul nak baca quran masa tu.

Semoga kita sama-sama dapat istiqamah dalam beramal. Semoga sakit tak jadikan asbab untuk kita jauh dari Allah.

(Tiba tiba rasa sengal-sengal pulak kat pinggang belah kiri ni. Saiko ke apa nih. Argh)

Sekian, itu saja.

03 August 2016

zombi dan kehidupan

Dulu, masa aku degree.. aku pernah layan satu game ni yang dinamakan Plant vs Zombie. Ha kalau korang pun biasa main satu masa dulu. Maka kita sebaya! *sep sikit*

Masa tu laptop version. Bersungguh aku main, sampai last sekali masa tu yang roof punya part. Zombie terbang curi plant. Rasa macam tak terkawal dah, tak boleh boleh nya nak menang. Susah sangat pulak level tu. Maka, perjuangan menentang zombie aku terhenti disitu. Give up. Stress out.

Baru-baru ni, aku baru perasan yang game ni da ada version mobile. So sajalah aku download. Main kat phone pulak. Mengimbau kenangan, tambahan pula nak menebus kegagalan lalu lah kononnya. Sampai part roof tu, eh takdelah susah mana pun. Lepas part tu lawan Dr Zombos.

Pastu, habis! ek eleh. camtu jer? (Sebenarnya bersambung plant vs zombie 2)

Moral of the story kisah ni adalah,
Kemenangan akan muncul selepas part yang paling susah.

Rupanya, yang aku main dulu betul2 before the end. So kawan-kawan kalau rasa susah sangat in your life or your work, always believe lepas ni mesti menang ^^, chill eh!

p/s: aku tengah stress nak siapkan satu line lagi before nak submit code. Sebabkan nak loose kan stress, aku pun menulis dulu kat sini. its therapy somehow! Today is the dead-line.

okbai.

01 August 2016

of PTPTN and a weekend.

sabtu malam.

"kak wani jom ar overnite our house"
"eh betul jugak! kenapalah aku tak terfikir"

thus, kak wani enjoy the weekend with us. Kebetulan aku pun baru je menapau mi bandung muar dari rumah yang aku pergi di Banting. Sedap betul mi tersebut. Harus aku tapau pulang! Di sebabkan itu aku pelawa sama la kak wani untuk merasai keenakan mi tersebut.

Not much to do the night, but kak wani said nak berjoging di Taman Jaya Ahad pagi tu. But, when the day rise, ahaha! tak selalu perkara yang dirancang akan menjadi kenyataan. Maafkan ku kak wani kerana tidak menjadi supporter terbaik semalam.

"eh aku dah bawa baju nak berjalan dah, so kita kena keluar jugak hari ni"
aku kira-kira, hari ni aku takde apa2 aktiviti. Tapi aku ada deal ngan Wani Zf untuk ambil udang. Kak Wani cakap, nak keluar before Asar balik lah. Then aku rasa, enough time kut nak rush pergi Shah Alam sat. So, on!

ahad pagi.

amcorp mall. 
[flea market - mamak - book excess - hot market - ptptn - solat zohor]
meskipun pagi dan da sarapan, tapi aku berasa mengantuk pulak, maka ajak mamak sat dan pekena teh ais dan roti tisu. sesungguhnya amcorp mall di hari minggu adalah seronok sekali memandangkan akan ada flea market. kat sana, biasanya paling-paling aku beli pin tudung je pun, tapi just enjoy la tengok barang2 diorang jual. a good place to kill time. tengok CD lama, lagu boyband masa zaman kanak-kanak.

oh dan, ternampak pulak lahai kaunter PTPTN. aku pun jumpa kakak kaunter,
"kak kalau nak tukar ujrah boleh ke?"
"boleh, meh no ic" aku bagi, kakak tu key in dan menyambung..
"alahai, tinggal RM76.xx je ni dik, baik bayar terus je. Tak payah la tukar ujrah" kawan kakak kaunter pun turut tergelak dengan baki aku.
maka aku pun pasrah dan beri RM77 ke kakak.

so gais, im done with PTPTN. yay!

lepas tu, masuk pulak bookexcess tengok buku-buku menarik untuk dibaca. pusing punya pusing dah zohor rupanya, maka solatlah kami kemudian beransur.

jaya shopping center. 
[texas chicken - guardian - cold storage - cafe bene - solat asar]
dah sampai je kat jaya, terus cari texas. lapar dah, duk pusing amcorp tadi kan, sampai lupa nak makan. so makan-makan, then pergi guardian cuci mata. then pergi digital mall. lepas digital mall baru ke cafe bene untuk minum petang (over sangat minum petang kat sini! over price. haha) saja lah, nak hiaskan gambar kat insta. gituh! lepas minum, pergi solat Asar then baru bergerak pulang.




digital mall.
cari USB pendrive untuk kak mai. anak dia kena beri pendrive ke cikgu, aku pun tak faham apa function, tapi anak dia sekolah rendah lagi da IT savvy, power betul! Lepas tu aku cari juga headphone, semua over budget jadi tak beli. so berjaya beli pendrive untuk kak mai je, 8GB RM13 pendrive sony. lepas tu, lepak kat samsung jap main gadget. rasa macam fall in love pulak dengan Samsung Galaxy Tab A (with S pen)!


dalam perjalanan balik, barulah berkesempatan nak usha fon celcom! pergh. what is this. terlupakan udang! ahahaha~

penutup
ok sebenarnya aku nak store kan pasal aku dah habis bayar PTPTN je. untuk rujukan di masa depan, biasala walau pun aku suka numbers tapi di masa depan aku mudah sangat lupa simple things macam numbers ni. kenapa aku macam konfiden yang aku akan lupa? sebab baru-baru ni ada orang tanya berapa harga tayar masa aku tukar dulu. memang aku tak ingat, tapi alhamdulillah, aku ada jotdown!

till then!

21 July 2016

Hai Kak Ct, Happy 30!

Dalam dunia ni, dari rahim mak yang sama aku ada sorang kakak je. Masa sekolah menengah dulu tengok orang lain ada abang, ada jugalah rasa-rasa nak ada abang. (Tapi tak kuat sangat kut perasaan tu, sebab keluarga mak kecil je, jadi abang2 sedara pun dah rasa macam abang sendiri. Thanks to all abang sedara yang so close masa sekolah rendah. I got what the feeling of having abangs. Tak seronok pun. Lalala!)

Berbalik cerita, kakak itu namanya kak Siti. Masa sekolah rendah satu sekolah. Dan kak siti adalah orang yang paling aku menyampah masa kecik. Sebab aku akan bersaing siapa mandi dulu. Kalau kak siti siap dulu pagi tu aku akan moody sepanjang nak ke sekolah tu. Buat perangai. Biasala beza setahun kan, jadi itulah saingan rapat yang kita punya. Tambahan pula bila balik kampung, kak siti akan geng pulak dengan abang sedara. Aduh. Ah menyampahlah pendek kata.

Bila masuk sekolah menengah, dah tak sama sekolah. Aku kat Ipoh, kak siti kat Bota. Jadi masa tu rajin juga la tulis2 surat (peh, klasik sangat rasa) Excited dia lain macam kalau dapat surat time sekolah. Haha! Kemudian aku sambung di Penang, dan kak Siti ke UM. (Lama gila kut kak siti kat UM.. blerghhh)

Ok, then aku follow kak Siti masuk UM. akhirnya! Masa aku awal degree tak ramai pun tau aku ada kakak satu universiti. Tapi dah tahun2 akhir tu ramai juga yang tau. Dan reaksi ramai biasalah, eh muka tak sama pun! Eheh, so what tak sama? hahaha.

Lepas habis UM sehinggalah today, masih tengok muka yang sama setiap hari. Kalau kereta aku rosak, dia layan. Kalau aku tak dan hantar pi serbis dia gak hantarkan. Kalau aku malas drive balik kampung, dia drive kan. Balik rumah kalau dia masak aku tolong makan kan. Paip rosak dia baiki, lampu rosak pun! Hei, still rasa nak abang? memang tak. Abang Jay kan ada! Kah kah.

Terima kasih Kak Siti.



So,
Hai Kak Ct, Happy 30!
I'll follow u next year,
InsyaAllah.

Tak da hadiah bro, sorry!
Kak Siti, pi lah cepat kahwin.
Nanti Muadz ada cousin. Haha.

p/s: Kak Siti cakap kalau dia kawin nanti dia sedih, siapa nak masakkan untuk aku. Pergh. Ayat.

20 July 2016

Selamat bersara, Teacher Miskiah!

Hari ni adalah bersamaan sambutan hari bersara mak.

Mak masa mula-mula posting mengajar di SK Bukit Belimbing, 
sweet 22 gitu!

Mak telah menjadi guru sejak, 1982. Dari Sk Bukit Belimbing, SK Jeram, SK Dato' Sagor, SK Pasir Panjang Ulu dan akhirnya SK Kota Setia. Menjadikan keseluruhan perkhidmatan mak dalam bidang perguruan adalah 34 tahun.

(Pergh lamanya kerja! aku yang baru 7 tahun pun rasa makin lemau)

Sebenarnya, tarikh persaraan mak adalah 30 Jun yang lalu. Masa Ramadhan. Tapi majlisnya tunda ke hari ini.

Aku dan mak ketika umrah pada 2014.

Mak yang aku kenal adalah seorang yang sangat dedikasi dalam mengajar. Walaupun aku belajar secara official dengan mak tak lama iaitu pada darjah 6 menggantikan guru yang sedang cuti bersalin. Tapi, aku rasa mak garang! hahaha. Pernah sekali kena cubit sebab tak siap kerja. Pastu balik rumah aku kondem, sebab mak cubit aku lagi sakit berbanding mak cubit kawan aku. Hahahaha..

Mak suka buat macam2 untuk membantu anak2 murid belajar. Dulu masa masih mengajar di SKDS dan baru berpindah ke SKPPU ramai juga yang minta mak ajar tuisyen. The tuisyen last for several years juga. Mak ajar sebab nak tolong je lah, bukan nak side income sangat pun. Sebab aku dengar RM30/month jer mak ambil untuk each student. Tak dapat rate tu kalau kat PJ nih.

Aku rasa ahli yang paling perform dalam Villa Oren Kg Gajah tu adalah mak! Sebab mak paling rajin di antara semua ahli yang lain. >.<

Walaupun mak sangat berpengalaman berbanding anak-anak tapi mak selalu layan jer cerita2 anak dia yang baru nak merasa hidup nih, pastu cerita macam paling hebat. (Walhal semua mak dah lalu dah dulu) Kira nya pendengar yang bagus lah mak nih.

Mak juga tak pernah mengehadkan keinginan anak2 yang selalu ingin mencuba. Sebab mak dulu selalu terhalang untuk buat sesuatu oleh parent, jadi bila sampai tang anak2 mak cuba untuk tak halang dan biar anaknya mencuba jatuh dan bangun sendiri setelah tahu itu sakit.

Terima kasih mak untuk seluruh pelajaran dan pengajaran terbaik dalam menata hidup ini.

Terima kasih teacher miskiah, andalah cikgu terbaik selepas pengalaman.

Aku dan mak, 2010.

Selamat bersara Guru Besar Hjh Miskiah bt Yunus ^^,

Maaf tak dapat sertai hari bersara mak.
Semoga mak terus diberi kesihatan berpanjangan dan kelapangan hati dalam meneruskan kehidupan bersuri-rumah tangga. ^___^
Terus sabar dan kuat untuk beribadah mak! Moga Allah hadiahkan syurga untuk mak atas kesabaran dan ketabahan mak membesarkan kami 6 beradik dan juga seluruh anak murid mak selama ini.

Amin.

10 July 2016

Bila nak kahwin?

(Aduh!! aku taip panjang2 tadi camtu je dia hilang? Aduhhh..)
Berusaha keras aku cuba taip semula apa yang aku tulis tadi. Ok.

Restart. Retype.

Ramadhan lalu, aku start nampak post2 di fb tentang apa perlu dijawab bila makcik2 mula bertanya 'bila nak kawen' masa hari raya. (Kenapa aku banyak nampak kat timeline aku benda nih eh. Tua sangat dah ke aku sehingga dikelilingi ramai rakan2 belum berkahwin)

Maka banyaklah komen2 yg kurang sedap didengar konon nak 'back up' la para gegadis yg belum brtemu jodoh nih.

"Makcik bila pulak nak meninggal?"
"Saya tunggu pakcik (suami makcik) masuk meminang saya dulu"

Astaghfirullahalazim. Macam manalah bahasa kita ni kan. Bahasakan nilai bangsa. Adakah nilai bangsa Melayu telah sampai ke serendah ini? (Semangat anak bangsa tiba2 berkobar kuat)

Secara peribadi kepada aku, persoalan tersebut tak de la berkudis sangat. (Mungkin sebab aku tak selalu dapat soalan tu? Atau mungkin aku selalu dapat tapi aku je tak sedar?)

Bagi aku, bila dapat soalan emas ni
1. Itu tanda ada orang perasan yang eh ada anak sedara yang muka remaja rupanya umur dh layak anak 3.
2. Orang concern
3. Berbasa - basi. Sekadar modal nak start up conversation yang dh lama beku.
4. Mungkin mereka tengah saringkan calon pasangan. so sajalah nak check availibility. Haha

Apepun. Konsep yang aku pegang jodoh tu rahsia Allah. Dan ada yang Allah rezeki kan untuk dapat awal. Ada yang dapat lambat dan mungkin ada juga yang x dapat pun di dunia ini.

Bila orang bertanya kan soalan yang bukan dalam kemampuan kita. Memang tak da apa mampu aku emosikan dalam menjawab. Luar bidang kuasa.

So untuk gadis sebaya yang sedang struggle, chill! Teruskan berdoa dan berusaha.

Jangan sedih xkahwin, sedihlah kalau amalan kita masih sama macam kita 10 - 20 tahun yang dulu atau entah2 makin berkurangan dari itu. Sebab apa? sebab merasa sedih kepada sesuatu yg tak pasti adalah sia sia. Sedangkan amalan baik mmg kita pasti adalah jambatan menuju Allah.

Sis, lets flee to Allah~

^^,
Till then, selamat hari raya dan salam 5 syawal.

nah, belanja sket gambo raya ngan shawl. penampilan khas raya 2016. #siscuba

06 July 2016

Yang tak bersambung.

Aku berada di tengah lorong yang sunyi. Hanya ada deretan kereta2 kaku yang tuannya entah dimana. Aku bersama dua orang kawan. Tujuan kami kesini adalah untuk meneman nina. Kerana rakannya yang aku tak ingat namanya baru meninggal, tapi di sebabkan ingin tahu yang kuat punca kematian, maka nina ajak kami kesini mencari punca.

Aku hanya berlegar-legar di kaki lima bangunan rumah kedai itu ketika Nina sedang dirundung perasaan hiba. Tiba-tiba, aku lihat ada 2 orang lelaki yang tak kukenal susuknya. Tetapi keberadaan mereka berdua memang agak mencurigakan.

"Itu kawan pejabat Syu (bukan nama sebenar, aku lupa nama kawan dia yang mati tu)" Nina tiba tiba bersuara. nada itu berbunyi trauma. Walau pun tidak sehingga berbunyi teriak, tapi aku kira cukup kuat lah untuk encik berdua menoleh.

"Suruh Nina pandu kereta keluar dari sini" ujar Salha yang dah rasa kurang enak. Tapi Nina tak respon. Wajah dia masih nampak trauma. Siapa sebenarnya lelaki berdua ni? kenapa Nina macam kenal? dan

"Nina, drive keluar!" Salha sekali lagi bersuara, sebuah perintah. Aku dari tadi sekadar memerhati bisu kejadian di hadapan mata. Apa sedang berlaku ni. Blurr, dan tak sabar nak tahu misteri apakah yang sedang berlangsung dihadapan mataku ini.

Tak lama kemudian aku tengok Salha menghidupkan enjin kereta dan kami berdua masuk kedalam kereta. Baru ingat, Nina tak boleh memandu. Mungkin setelah bagi arahan dua kali baru Salha sedar tentang fakta ini. Aku lihat brader berdua pun dah lekas-lekas masuk ke perut van untuk mengejar kami.

Di celah lorong yang gelap dan sunyi, Salha cuba mencelah laju lagak dalam filem. Tapi rupanya dalam filem tak sama macam real life, elok nak tekan minyak.. kat satu simpang ada kereta keluar overtake jalan kami. Arghhh...

"Sarah, bangun! Dah sembahyang Subuh belum?"
Arghhhh..
6.30 pagi, 1 Syawal.

Sepanjang Ramadhan aku tak pernah mimpi. Tiba-tiba sebelum Subuh 1 Syawal didatangi mimpi. Mungkin bosan dengan tv kat rumah asyik scrambled jer, so dapat tengok mimpi yang jalan cerita sangat smooth jadi syok pulak. Orang kata mimpi ni mainan tido, dan aku mimpi tu kira-kira diantara 5.30 pagi - 6.30 pagi. Sebab kali terakhir aku sedar masa tu hujan lebat. Dan ayah keluar untuk Subuh di masjid. Sebaik lepas tu, aku mimpi. Sah! Syaitan telah di bebaskan dan cuba mengajakku tidur lebih lama..

Tapi, siapa pembunuh sebenar Syu?!

Ahaha. orang kata, some things are better left unsaid.

By the way semua! SELAMAT HARI RAYEEEEE!

27 June 2016

Sisi pandang

Azan Asar berkumandang saat seorang doktor sedang rancak berbual dengan salah orang sukarelawan Sahabat. Lalu dia terus mematikan perbualan dan menuju ke masjid berhampiran sebelum pun habis azan dilaungkan.

Sementara seorang lagi ustaz yang agak asing dengan surau hospital telah lebih dulu mencari surau sebelum azan Asar dilaungkan.

Beginilah agaknya hati hati pemuda yang mencintai masjid.

Sarah yang sedang terkagum terus menoleh
"kak, lelaki macam ni lah kita kena cari untuk jadi suami"
"Dik kalau nak suami rajin ke masjid, kta pun kena rajin ke masjid"

Sentap.
Tetapi indah.

#ramadhanyouthchallenge2016

20 June 2016

Novel Cinta Boy

Sudah lama rasanya tak baca novel cinta. Rasanya kali terakhir aku baca novel cinta ni masa tahun satu kat UM dulu. Lepas tu most of novel yang aku baca adalah menjurus kepada keagamaan. Sebab rasa macam membazir masa. Entah kenapa dan mimpi apa, aku dah terjebak sekali lagi dengan novel cinta nih.

Tajuk buku: Sepasang kekasih yang belum bertemu, boycandra

Semalam masa iftar, aku bawa buku ni. Sambil catch-up tentang life dengan kakak cantik. Aku tunjuk buku ni, pantas dia membalas.

"Akak tau, mesti tentang cinta kepada Allah kan.."

MashaAllah sistur, muka cantik, hati bersih. Subhanallah! Moga cepat lah di dampingi lelaki soleh. ^^, Numbers of guys that left you weren't meant to be for you sisturr.

Aku tarik buku dari dia, sengih kecil. Polos nya kau kak.

"Taklah kak, ni cerita cinta lah"

"Oh ya ke?"

Ok berbalik kepada novel ni, alkisahnya sekembalinya aku dari Jogja bulan lepas, aku ada membeli satu karya boy. Tajuknya sebuah catatan pendek untuk cinta yang panjang. Aku kira buku tu keren. Best. Terutama bahasanya, indah! Jadinya, bila aku dengar kawan aku nak order buku-buku boy dari seseorang yang akan ke Jakarta, aku pun memesan beberapa lagi buah buku termasuk yang ini.

Tentang novel ini aku kira tidak kurang kerennya. Bahasa masih indah. Terbawa oleh bahasa. dan tak dapat dinafikan lagi kecanduan bahasanya sehingga aku mampu menghabiskan dalam tempoh 2 hari! Aha, kira abis bagus lah tu untuk aku yang dah jarang membaca nih.. !==

Penyelitan kisah fakta sikit sikit tentang Pulau Sikuai di Padang dan Pantai Lampuuk di Acheh adalah satu langkah yang menarik untuk Explore Indonesia ^__^ Strategi kali ya? 

Selain dari itu, 

Hmm, ternyata baca buku novel cinta melayu yang agak kebaratan, jadi rindu pada novel islamik. 

Tetapi jika kalian mampu membaca dengan hati, terdapat banyak hikmah yang boleh kita pelajari insyaAllah. 


1 down, a lot more to go.. ahahahaha~ ntah bila agaknya boleh habis baca semua buku. 

#15Ramadhan

18 June 2016

Anak Muda.

Aku kira dewasa ini hiking dan traveling adalah satu perkara yang agak fenomena dan trending masa kini untuk para belia. Travel menjadi sesuatu yang mencabar diri dan sesuai dengan jiwa anak muda yang ingin mencuba.

Tapi lama-lama aku merasakan ia sepertinya menjadi satu kegilaan. Yang mana kegilaan ini tak pernah terlintas di minda pun semasa aku sekadar seorang pelajar satu masa dahulu. Zaman ideal, comfort dan jelas hala tuju.

(Sekarang adalah zaman yang tidak secomfort dulu, terdapat banyak tarikan di sepanjang jalan dan penghujung a.k.a titik akhir menjadi begitu samar)

Namun yang demikian trend ini ada menelan belanja nya yang tersendiri. Meskipun ada yang mengatakan belanja tak sebanyak mana jika pandai strategi. Tetapi belanja ya tetap belanja lah. Wangnya makin nipis kan :D

Komitmen orang lain-lain. Ukur baju di badan sendiri :P

"Takpe, kalau duit tak cukup nanti kami dahulukan duit kami dulu" - anon

Ayat macam ni yang paling aku jeles sekali. Aku tengok total budget, aku kenangkan baki duit kat bank. Memang defisit melebihi 80%, Memang harapan la aku nak dahulukan duit aku. huhu

Dari zaman aku student dulu aku selalu berangan nak bantu projek dakwah ala-ala Abdul Rahman b Auf, atau Uthman b Affan. Orang minta je kita sumbang. Atau tak sempat minta kita boleh sumbang dulu dah. Style gila! ini baru betul #suwek

(Biasalah time blaja kan takde duit, time nak buat program rasa macam struggle teruk nak cari duit. Alangkah indah dan super bahagianya kalau ada yang sudi nak bantu)

To make the story short.

Ada orang tak travel, dapat sumbang banyak bila ada program.
Ada orang tak berapa nak berduit tapi nak travel, bila program, cukup2 je nak menyumbang.
Ada orang travel banyak dan banyak juga menyumbang. Subhanallah!

Orang muda, selain wangnya ada (lah juga compare to student) kudratnya juga masih kuat. Maka, anak muda jangan lupa untuk tetap berdakwah ya dalam tualang mu kemanapun ^^, Dan janganlah semuanya travel mulu, banyak lagi kerja di lapangan.

Moga tiap kudrat dan usia yang dijalani terus dalam Redha Allah.

*may contain some Indonesian words

Sekian. Pen off.

17 June 2016

Terkenang jugak

Kadang-kadang, terkenang jugak.
Raya ni genaplah setahun.


Semoga Arwah Nadia tenang disana. 
Banyak amal soleh dan ikhlas Nadia di dunia nih.

Al Fatihah Nadia.

15 June 2016

Yahoo messenger.

Hehe.

Rentetan dari terbaca tentang yahoo messenger yang akan totally shut down by 5th of August this year.. terasa nak buat satu blog post plak tentangnya.

Kalau diibaratkan ym sbg suatu tempat lepak macam warung mamak. Aku rasa sangat sinonim. Dan akulah antara yang membesar di warung mamak tersebut.

Pertama kali di beri kesedaran untuk meneruskan menyertai usrah di IPT adalah melalui YM.

Pertama kali ber'sembang' dengan lelaki juga di YM.

Bahkan kerja pertama aku pon adalah dari kawan yang aku kenal di YM. Boss ku rakan YM ku. (Gitu la tajuk drama akasia terbaru)

Sentimental juga la. Bila dengar yang YM akan shut down. Biasa la, nokia yang gah pon akhirnya tersungkur bila smartphone muncul. Dah tiba masanya roda itu berputar. Sekarang mungkin zaman yang lebih besar. Facebook. Instagram. Twitter. Snapchat. Tak tersenarai rasanya. Terlalu banyak.

Entah mana lah random people yang aku addicted sangat utk berbual satu masa dulu? Hari tu ada juga cuba cuba aku trace balik rakan2 YM ni thru FB. (Kan fb boleh cek guna emel) Tapi tak tegurlah, aku stalk je.

☺ time flies, everyone have their own life now 💕 bahagia. Mungkin mereka pun dah lupa kehidupan separa sampah yang dilalui satu masa dulu. Ha ha. (Aku rasa mcm sampah gk la. Sbb banyak sembang kosong je)

YM juga adalah medium untuk k-um berinteraksi bila terpaksa mesyuarat online.

Dan terakhir sekali aku guna dengan aktif masa company first. Bila tukar company diorang guna skype. Jadi babai la YM.

Aku pun ada try install apps kat smartphone. Tp cam sedih sangat pulak. Sebab dah xde sesiapa 😅😅 so, uninstall. Buat semak phone jer.

Yang pasti, aku adalah diantara generasi YM itu.

Buzz!! Asl? 😊
Memori.
Sentimental abis!

#8Ramadhan

12 June 2016

Mati.

Aku pernah dengar orang cakap, kita akan mati dalam keadaan/ melakukan perkara yang kita suka @ kebiasaan yang kita lakukan.

Sebagai contoh, seorang pengacara tv yang terkenal satu masa dulu, Steve Irwin (Crocodile Hunter). Steve meninggal kerana terkena sengat pada ikan pari dalam salah satu shoot dia untuk salah satu siri dokumentari Ocean's Deadliest.

Selain itu, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Kita sedia tahu betapa zuhud dan solehnya tok guru ini. Tak perlu di cerita panjangkan tentang amal baiknya. Akhirnya di ambil Allah pada hari terbaik. Khamis malam Jumaat. Subhanallah. 😭

Tengah malam ni aku dengar tentang kematian seorang artis US yang memulakan langkah nyanyiannya di Youtube dan baru baru ini meletop setelah menang rancangan The Voice, Christina Grimmie. Dia mati di tembak ketika fan sign session setelah preformance nya di Orlando, Florida. Di tembak. Dan kemudian penembak menembak diri sendiri. Baru 22 😢.

Eh panjang plak citer chris mati camner. Tapi nak ceritanya. Passion chris pada nyanyian. And there she go.

One fine day .. kita juga akan menjadi jenazah yang diusung di dalam keranda. Kita tak pernah tau bila masanya akan tiba. Tetapi tidak pernah terlambat untuk kita berubah dan mula melakukan kebiasaan kebiasaan yang kita harapkan akan mati dalam keadaan itu.

Dalam kehidupan banyak kejadian yang Allah bagi untuk kita berfikir. Berfikirlah..

Satu tazkirah untuk kita yang berdosa.

#pray4betterSelf
#7Ramadhan

06 June 2016

Jilbab Traveller

Film yang ditunggu akhirnya bakal mampir ke bioskop anda lewat lebaran ini. ^^,

Tak tahulah cerita dia akan best ke tidak, mungkin tipikal love story indonesia kut? Lanjutan cerita Assalammualaikum Beijing, teringin pulak nak tengok cerita nih. itu saja..

Nah trailer,

Morgan Oey & Bunga Citra Lestari

Banyak jugak dalam list menunggu nih. Hmm.

1. Ada Apa Dengan Cinta 2 (masih tak tengok ok)
2. Mimpi Ananda Raih Semesta (MARS)
3. Aisyah
4. Hijab Traveller

Baru 1st Ramadhan ni dah bising filem. T_T Mengantuk punya pasal lah ni, sambil duk usha youtube nak hilangkan mengantuk terus teringat cerita ni. Google sikit cari trailer. :)

Salam Ramadhan.
#1

02 June 2016

Datuk oo datuk

2013

Kelmarin Kak Madina muncul di Whatsapp.

"Sarah, Ahad ni jom Datuk"
"Tengok dulu kak. Rasanya macam nak balik kampung"

Kak ni kenal masa program hiking kat Broga somewhere in 2013 i think. Kalau tak Broga, mungkin wall climbing. Sebab aku selalu jadi jk pendaftaran dulu, so banyaklah kenalan.

Semalam, habis meeting sajalah tanya Man,

"Eh Man, yang hari tu naik broga.. " saja aku malas nak habis kan ayat, sebenarnya aku pun tak tau nak mula dan habiskan macam mana. Haha.
"Oh, ada orang minta kawan jadi guide, saya join sekali la teman member. Geng dorang baru baru nak start"
"Dengan madina.. "
"Ha betul lah tu, ngan dia dan kawan-kawan dia, Ahad ni dorang ajak g Datuk. Jomla sekali.."
"Tengok lah kalau tak balik kampung"
"Ok, kalau jadi roger aa.."

Pagi ni sarapan ngan Naim,

"Kak Sarah, Ahad ni, Datuk jom"
"Eh?" Aku macam da puzzle. Diorang ni group sekali ke dengan kak Madina & Man.
seraya kusambung "Pegi ngan siapa lagi?"
"WC ngan Aisyah"
pastu aku tunjuk gambar kak Madina and the geng masa dorang naik Broga last time untuk make sure diorang bukan dari team yang sama. Ok, macam tak sama!

***

(penat ok hiking. haha)

Emangnya ada apa sih di Datuk Ahad ni? Apa ada kondangan di puncak?
=.=

01 June 2016

Ikhlas

Allah akan menguji kita pada titik yang paling kita lemah. Agar apa? agar kita bisa menjadi lebih baik dan terus membaik.

Hidup adalah ujian, terus menerus. Tak ada langkah pintas dalam mendepani ujian. Saat ujian datang, hanya mahu dirempuh atau biar saja ia berlalu. Namun, cepat atau lambat ujian tetap akan datang meski kita sering berlari pergi, kerana Allah tetap mahu menguji kita untuk menjadi kan kita manusia yang lebih baik.

iya kan?

Apabila teruji oleh masa, kesibukan dan kurang daya. Kita mula bertanya, 'ah, apakah tadinya alasan untuk aku bermula. Masak sudah sampai dini rasanya seperti lelah sekali ya?' Bukankah ikhlas itu penyebab kita untuk tidak merasa lelah? Dimana kah ikhlas kita? Adakah selama ini alasan kita bermula adalah kerana sesuatu yang bukan abadi?

Astaghfirullahal azim.

Ya.

Akhirnya kita telah sedar apa sebabnya kita bermula. Tidak ada yang terlambat, dan salah tak akan selamanya salah selama kita tekad untuk membaik. Mari, koreksi langkah. Bermula kembali dengan niat yang lebih baik.

Ikhlas dong bro!

p/s: testing bahasa indon sikit~ hehe. pass nggak?

Pen off,
Jln Klang Lama.

berbaki 5 hari menuju Ramadhan.
Sampaikan lah kepada Ramadhan mu Ya Rabb..

31 May 2016

Lately,

akhir-akhir ini, selalu sahaja rasa jatuh (baca: down) dan malas.

pergi usrah last week, naqibah pesan.

"Kalau kita dah mula malas beramal, dah rasa suka bertangguh cuba cek balik tilawah kita, qiam kita, zikir kita macam mana. Muhasabah setiap malam. Takut-takut Allah sedang menyaring kita, dan kita tidak lagi terpilih untuk meneruskan perjuangan dakwah ini"

air mata menitis dalam hati.

sentap.
Allahu~

Mungkin aku disibukkan dengan perkara-perkara yang aku tak sepatutnya sibuk pun. Mungkin kompas kehidupan aku dah beri arah yang salah, kerana magnet nya mungkin bukan lagi kepada akhirat. tetapi dunia? Apakah selama ini aku benar ikhlas? atau?

Nauzubillahiminzalik..

Dakwah adalah cinta, dan cinta akan meminta semuanya darimu
[Adakah dakwah belum menjadi kecintaan kepada kita?]

Salam Ramadhan. 
Aku mahu berubah.

26 May 2016

Belajar mengatakan TIDAK.

All this while, I always come with idea.. go with the flow.

Ikut flow ni seronok, sebab kau just follow je kemana arus membawa kau pergi. Tak perlu lah kau nak hold akar2 ketat2 sebab nak against the flow kan. Tips dia mudah, banyakkan berkata..

[boleh. eh ok jugak. jom. betul! molek sangat tu. on! beres. marilah saya tolong.]

Itu semua contoh ayat yang membawa kepada go with the flow. Tapi bila dah lama sangat kau go with the flow, kau akan mula rasa macam eh, banyak pula benda kena buat. dan ayat kau akan bertukar sikit.

[boleh tapi lambat sikit. ok, tapi petang sikitla aku sampai. ok kut.]

perlahan-lahan perkara macam ni akan terjadi juga. Sebab? memang life like that. Tak kan kau mampu nak pegang sampai 10 post dalam sesuatu masa? (aku rasa kau boleh, aku jer x sebab memang ada managing problem)

Dan, sampai saatnya.. kau perlu belajar untuk mengatakan NO.

walaupun begitu susah sekali, belajarlah untuk mengatakan tidak. sebab kadang-kadang bila banyak sangat perkara. kau mula mempersoalkan, dimana ikhlas kau. apa sebenarnya niat kau bila buat perkara tu. apa objektif aku untuk berada dalam gerakan ini.

Jadi aku kira, mengatakan tidak adalah suatu langkah bijak untuk kau memaksimumkan tenaga dan belajar untuk fokus.

Namun demikian ada satu yang aku takutkan, apabila berkata tidak menjadi satu kebiasaan. hurm.

menakutkan bukan?

Marilah bermuhasabah. Jom?

24 May 2016

Denias Senandung Di Atas Awan

Sebenarnya sejak minggu lepas aku keep on search google untuk masalah iframe dan on click function (Js). Tapi bila dah tepu aku layan la jap menaip kat blog nih.

*by the way masalah Js tu da setel pun*

Ok seperti tajuk, baru-baru ni aku tengok cerita nih. Filem ni adalah filem lama sebenarnya, tapi aku baru nak tengok. Trailer dia tetiba agak popular lepas Laskar Pelangi (2008) punya filem sukses. Sedangkan cerita ni dulu keluar (2006), mungkin lepas Laskar Pelangi baru orang mula gali semula cerita yang bergenre sama. Tema cerita pun sama, pendidikan!

Aku tengok trailer dia, terus macam ok, nak tengok cerita nih! Tak sangka lepas bertahun-tahun baru berkesempatan. Hehe. (sebenarnya dah lupa!)

Ada beberapa sebab aku nak tengok cerita nih.
1. Sebab pendidikan, how they struggle untuk belajar
2. Aku nak tengok Papua ^^, (Papua, Jayapura, Westpapua semua nya terletak sebelah dengan papua new guinea. So, orang kat sana kulit hitam tapi cakap indon. Kan unik tu? Hehe)

Lepas aku tengok, i think! The struggle is real.

Sepatutnya kena banyak bersyukur dah orang Malaysia. Banyak bersyukur. We have far lot better than them. Di sana, mereka tak ada tempat nak belajar, sekolah hanya ada di kota, dan permukaan bumi yang berbukit-bukit menyebabkan yang mana duduk di sebalik bukit tu sangat lah susahnya nak access kepada pendidikan.

Di kampung tempat Denias belajar ada guru yang dihantar untuk ajar budak kampung, jadi mereka bina pondok untuk mereka belajar. Tak ada uniform, tak ada buku teks proper. Tapi satu hari keluarga sang guru di Jakarta sakit. Maka guru balik ke Jakarta, tak ada lah guru di kampung.


Tak lama ada ribut, pondok belajar pula runtuh.


Ada sorang askar ditugaskan kat sana, dia pula kesian dengan denias dan budak-budak kampung ni, dia pun tolong ajar. Siap re-built pondok sekolah yang baru. Tapi sekejap lepas tu, dia ditukarkan ke tempat lain. So, terkontang-kanting la Denias dan kawan-kawan, dah tak ada guru. Tapi sebab nak belajar, Denias pergi ke kota (jarak perjalanan 4 hari) berjalan!

Gigih! dan menginsafkan.

Ya, tapi akhirnya jadi orang kan!

Malaysia should have more film like this i think. Cukup-cukuplah cerita cinta dan taghut sekalian.

Pen off.

23 May 2016

mukhayam.

Tahun ni first time jadi komiti untuk program mukhayam. fuh~ Mula-mula rasa biasa jer, tetiba da dekat date, kena pulak jadi fesi! Ya ampun~

Sebelum ni kena jadi fesi Batu Maloi pun tau last minit jugak lah. Tapi ok lah, fasi outdoor kan. Layan trek jer. Sekali kau, kena jadi fesi mukhayam? macam.. ok agak menggugah jiwa sikit lah. Ahahaha~

But overall, the program went well. Alhamdulillah~

Kita ni manusia, selalu sangat pelbagai rasa. Dan yang paling utama kita selalu sangat rasa yang hasil yang kita akan dapat tu adalah base on apa yang kita usahakan. Tu lah yang paling salah. kan?

Hakikatnya menjadi manusia, kita hanya boleh berusaha semaksimum kita. The end product, semua adalah kuasa Dia. kan?

Alhamdulillah, program 21 & 22 May checked! Another week left for May.

testing main video cam orang ^^,

Semoga berjumpa lagi kesemua kesayangan yang menguatkan .. pada program mendatang. Tak sempat nak ingat nama semua, semoga bila kita keep on bump to each other, saya akan ingat nama kalian!

gadis-gadis syurga yang sentiasa membekas rasa bahagia kepada jiwa.

till then.

19 May 2016

5 cm.

Menjejak kaki langit, Menggapai puncak Mahameru!. 
kaki yang akan berjalan lebih jauh dari biasanya
tangan yang akan berbuat lebih banyak dari biasanya
mata yang akan menatap lebih lama dari biasanya
leher yang akan lebih sering melihat ke atas
lapisan tekad yang seribu kali lebih keras dari baja
hati yang akan bekerja lebih keras dari biasanya
mulut yang akan selalu berdoa
Walaupun katanya Maha Meru, tapi sepertinya Bromo. Tidak mengapalah! yang penting, keren banget ah!

Cerita mimpi, persahabatan dan cinta. Bolak balik antara kelakar dan emosi. Walaupun santai aja, tapi emosi tu sampai. Walaupun ending dia twisted sikit, tapi oklah. Boleh diterima ^^,

So? Mahameru bila? hehe.



buat kehormatan berada disini memperjuangkan impian
bersama kalian teman teman tercinta
mahameru, kita datang!

14 May 2016

Random WhatsApp

Random tengah malam
(terlebih kopi O barangkali)

kulihat keluar jendela, 
ku tanya langit, 
apa warna hujung cerita cintaku.
ternyata, warna nya kelabu
- Sarah

Kurenung sebalik hatimu
Masih ada warna merah jambu
Walau kelihatannya diluar kelabu
😘

Mencandat2 di terengganu
Meredah tasik laut nan biru
Tak kesah lah kelabu ke merah jambu
Sampai saatnya jodoh pasti bertemu
Duhai Sarah ku 😘😘😘
- Nurul

😌
Di dadaku masih selalu mengalir rindu,
menujumu dan tak pernah merasa jemu,
karena bagaimana pun kamu,
bagiku kau perempuan yang meneduhkan.
[Untuk perempuan di Sabtu kelmarin, boycandra]


Saat kita bosan menatap langit, kerana hidup masih sama seperti selalu.
Pernah kah kita fikir, apakah langit tidak bosan melihat kita?

Ahaha! Gotcha.

Saja ja aku salin tampal perbualan dengan bidadari2 kecil yang ku kenali di Shah Alam. Semoga 'ingat-ingat' kalian memancing hati ini kembali saat tekadang aku menjadi larut dengan dunia.

Love u fillah! 💞

p/s: u know who u are. isn't it?

PJ, 0037
13 Mei 2016

13 May 2016

Candat Sotong!! >.~

Alhamdulillah ala kulli hal. Program Candat Sotong has come to its end. Rasa macam roller coaster sangat!


Sebaik saja habisnya program terakhir GEMA Backpackerz yang lepas iaitu Eksplorace & Caving Gua Batu Maloi, team GSB terus saja plan untuk Candat Sotong. Yunuss as the pengarah untuk projek kali ini. Awal-awal dia dah pm aku minta jadi jk pendaftaran. Aku pun ok kan ajelah, as long kerja tu aku boleh handle kan :)

Nak dijadikan cerita masa meeting aku tak dapat pergi. Masa diorang start hebahan aku masih kat Jogja! Haha. Kesian yang contact aku via whatsapp tu, dah malam baru aku dapat reply (sebab takda data plan kan masa kt Jogja, mengharap ihsan wifi free kat hotel & homestay jer la)

Walaupun plan asal, kami target untuk 4 bot, dan peserta terkumpul seramai 40 orang. Namun pada akhirnya change of plan. Bot kami minta 3 dan peserta turn out to be 34 orang je.

Excited vs Nervous.

Mesti cam bengang jer kan, asyik nervous memanjang jer kerja aku ni. Aku excited sebab tak pernah candat sotong, mahupun overnight atas boat! Tapi dalam masa yang sama ada jugalah perkara-perkara yang mencemaskan aku. Sebab air! Namun nervous air ni takde la begitu mencemaskan berbanding nervous nak dapatkan peserta T.T

Sabtu, 7 Mei 2016.
Terminal Bas Sementara, Seksyen 13 Shah Alam.

Sejak sebelum jam 7.00 pagi para peserta dah mula berkumpul berhampiran tempat teksi dalam terminal. Banyak juga muka-muka baru yang pertama kali aku jumpa. Tapi ada juga yang dah dua tiga kali menyertai program GSB.
Peserta

Bersama pengiring di Shah Alam. Afiq, Akmal, Fareez, Irsyad.

Da balik awal Ismaliana :)

Kira-kira jam 8 pagi bas pun tiba di terminal. Semua pun dengan excited mengambil tempat di atas bas. Barang-barang pancing, memasak, beg besar, air mineral dan pelbagai lagi yang sama waktu dengannya di simpan di bawah bas. And, here we go. Till we meet again Shah Alam!

Terminal Putra LRT, Gombak.

Sekitar jam 9 pagi kami berhenti pula di Terminal Putra LRT Gombak. Ada 8 orang yang memaklumkan akan naik dari sini. 

Bendahari program, Iwan. Datang hantar fulus. Pengiring Gombak.

Dan bas pun memulakan perjalanan. Berhenti sebentar di Genting Sempah untuk mana-mana individu yang belum berkesempatan sarapan.

Jeti Pulau Kapas, Marang.

Sampai di Jeti Pulau Kapas, masa tu da 3.30 petang. Berhenti makan sebentar, kemudian Solat Jamak di Masjid Marang yang terletak berhampiran. Mandi, salin baju dan bersiap untuk menaiki bot. Berkumpul di jeti untuk sesi taklimat dan taaruf. Pembahagian kumpulan dan kemudiannya, menuju ke bot masing-masing.

Naufal macam biasa, jawatan tetap MC

Alammak! kabur lak gambar Cikgu Fizi nih.

Bot ada 3 buah. 2 bot moden, 1 bot kayu. Pembahagian kumpulan pula adalah 12 + 12 + 10. Disebabkan kumpulan aku paling kecil, 10 orang. Maka, kami dapat duduk bot kayu. Kelebihan bot kayu, ada dapur!

Oh! Disebabkan aku ragu-ragu dengan kemampuan aku beraksi di atas laut, jadi sesiaplah aku telan ubat tahan mabuk sebelum naik bot. Ikhtiar kita sebagai hamba, semuanya pun masih pada susunan Allah nak beri segar atau tak. Kan?

Angkat sauh dan pelayaran pun bermula.


This is, Bot 1!

Masa kat jeti lagi, kami dah terkagum da dengan tekong bot. Dengan hensemnya duk depan kapal pakai kain sarung dan lebai putih. Idola betul pakcik ni tau! Tengok bot dari jauh pun dah jatuh cinta. Masuk bot, susun beg kat kerusi kemudian semua lepak kat depan bot. Layan langit senja. Cantiknya, Subhanallah!



Aku keep on dalam otak, aku tak ingat kata-kata siapa tapi one of GSB member lah
"Mabuk ni saiko jer.." ok Sarah, mabuk ni saiko jer. Ko tak mabuk! Steady k. Haa nampak kita saiko pulak diri sendiri. ^^,

Maghrib. Bergaya betul Pak Umar

Baru kira-kira 10 minit perjalanan, Kak Risya da start pening. Da dalam bot baru aku notis, yang mabuk laut ni ada 2 jenis. masa bot bergerak, dan masa bot berhenti.

Perkara menarik yang aku enjoy trip kali ni?
1. Sembahyang atas bot masa bot tengah bergerak
2. Belajar nak tengok kiblat bila kita atas laut.

Ya Allah betapa besyukurnya dapat pakcik Umar ni as tekong. Memang semua nya pakcik lah yang banyak ajar. Pakcik steady solat atas bumbung bot! Gigih k nak amik wudhuk guna air mineral (lupa bawa spray. hmm) Tapi pakcik Umar steady, amik air laut jer.

Sebelum sauh berlabuh, kami duk lepak kat depan bot lah ambil angin malam. Sambil layan perasaan. Pelbagai perasaan lah. Yang nak mual melayan mual. Yang tak mual duk layan view. Brader awak-awak tu lagi steady, sebabkan kitorang duk penuhkan depan bot dan blok view dia, maka dia naik atas bot dan kontrol bot guna kaki je! Terbaik!

Akhirnya bot berhenti, dan kami pun mengambil posisi masing-masing. Pakcik Umar bagi relung candat sorang satu. Mana yang tak dapat relung candat tu, dapat lah joran. Letih gak menunggu sotong nih!

Lepas bot berhenti Kak Midah dan Ash pulak kecundang! Muntah-muntah. Masing-masing secure kubu semasing. Bila bot dah berhenti, haruslah berayun kuat. Kan kena pukul ombak. Mungkin itu boleh beri efek mual yang lebih dahsyat. Kak Risya pun sama, sambung lagi mabuk! Jadi selain yang ber-3 nih.. kami ber-7 yang lain meneruskan misi candat.

Lama jugaklah nak dapat first sotong. Aku rasa antara yang awal dapat sotong adalah Naja, dan awak-awak. Yang lain krik-krik belaka. Dah dalam pukul 10 tu macam tak nampak bayang lagi aku pun mula merasa mengantuk. Rasa macam duk dalam buai kan tu yang mengantuk kuat tu. Pastu aku tambat relung candat, ikut cadangan mirul lepak atas bumbung.

MasyaAllah !! Subhanallah. Inilah yang dikatakan bot ribuan bintang.. apa barang 5 bintang kan. hehe. Baring atas bot sambil usha bintang-bintang di langit lepas. Star gazing! Baring memandang langit sambil terbuai dengan ombak. Memang mengundang! Sedar-sedar aku dengar suara Mirul.

"Kak Sarah, kalau nak tidur kaki tu masuk kan dalam ni. (Merujuk kepada lubang kat bumbung kapal, tempat kami naik) Kang tak pasal-pasal dah hilang masuk laut"

Bahaha! Tak lama lepas tu Tokie ajak Una naik, so mirul di paksa turun. Hehe. Girls time this time. Ahaha, da kitorang bertiga je atas tu, memang sedap lah aku tidur. Sejam kemudian baru bangun. Hehe. (Tapi masa tidur tu 2x gak terjaga sebab badan macam tergerak sikit bila ombak pukul bot. Tekejut tau, habis nafas sat. Takut gak tergolek masuk laut)

Pukul 11 tu aku turun lepas dapat tidur selesa kan. Pegi kat candat, eh cam berat jer ni. Tarik punya tarik. Alhamdulillah! dapat lah seekor sotong laut dalam. Besar gak ni, sekaki setengah jugak aku rasa. Eksaited! Tapi tu jer lah, sekali! Cubaan seterusnya tak berjaya pulak.

Yeah, inilah sotong yang aku candat!

Masa ni, tetiba aku rasa perut dah lain macam. Kalau di biar terus aku syak memang akan muntah ni. Terus mendapatkan minyak cap kapak dan makan something. (Sebab aku percaya muntah ni selalu terjadi sebab kan angin mungkin perut kosong, tak makan) Alhamdulillah cara tu berhasil lepas makan sikit dan melumur minyak cap kapak.

Sebab da sejak Isyak sampai sekarang tak berapa nak ada sotongnya, maka Pak Umar pun ajak awak-awak bot pindah tempat. Mencuba nasib di tempat baru. Selepas sauh dilabuhkan, memasing pun melontar candat. Kali ni pun masih tak begitu menggembirakan. Aku tengok Kak Risha, Kak Midah dan Ash masih di alam fantasi mereka sendiri. Memang memasing ada port sendiri.

"Kak Sarah, nak masak tak sotong ni?" Tokie

Aku malas-malas je nak jawab. Sebab sotong tu bukan banyak pun. Huhu.

"Tunggu sikit lagi kut"

Da nak pukul 12 tu, rata-rata dah tidur. Aku dan Tokie layan Youtube seround, sebelum berhenti nampak Daus macam bergerak-gerak. Alamak, mengganggu Daus tidur ke? Terus stop layan youtube. By the way, amazing jugaklah sebab masa tengok tu memang tak buffer langsung internet. Laju! Tengah laut kut! Ahaha.

"Pakcik, kat sini pun macam tak banyak je sotong. Kita pergi tempat lain la pakcik"
"Air kuat ni, kalau macam ni kat mana-mana pun memang susah dapat sotong. Kita tunggu air lembut sikit"

Selepas sesi soal jawab tu, aku pun dah sedar tak sedar. Sebelum sebelum tu pola tidur aku: tidur sejam + berjaga setengah jam, then tidur lagi. Tapi kali terakhir aku tidur jam 1.30 tertidur terus sampai pukul 4 pagi. Ralat jugak rasanya.

Ahad, 8 Mei 2016.
Perairan Pulau Kapas, Terengganu

Dalam 4.20 pagi tu aku terjaga, aku nampak Pak Umar sedang bersiap-siap.

"Pakcik, kita nak pergi mana ni? Nak balik dah ke?"
"Kita pergi ke tempat kawan kamu (lagi 2 bot) Kalau kat sana juga masih tak ada sotong, kita balik"

Sauh diangkat. Motor dimulakan. Dan kami pun bergerak ke kawasan Bot 3 dan Bot 2.

Akhirnya!

Kat sini ada banyak giler sotong. Berenang-renang pulak tu kat permukaan laut. Bot 1 ni lengkap jugak peralaannya, siap ada sauk dan umpan mata kecil (untuk sotong kecil). Tiba-tiba Ash yang kecundang tadi pun dah ok! bersemangat betul nak menyauk sotong! Sibuk belaka lah Bot 1, nak mendapat kan sotong2 di laut. Kami menyauk/menjoran sehingga Subuh juga lah. Sampai aku pun terlupa pesan Yunuss suruh sampai jeti diantara jam 6 hingga 7 pagi. Excited sangat agaknya!

 
Kiri: Tokie tengah pilih sotong nak masak
Kanan: Awak-awak bot dan sotongs!

Tokie and Husna!

Lepas Subuh, bot pun da bergerak nak balik jeti Daus duk request untuk makan sotong atas bot. Lepas bincang ngan Pak Umar, Pak Umar bagi greenlight. Maka, Una dengan Tokie la harapan untuk mencuci sotong. Kak Risha dan Kak Midah memang masih di alam lain! Aku? hehe.

Lepas siap digaul dengan tepung, telur dan kunyit aku tolong hidupkan api je. Ash yang tolong gorengkan sotong. Meletup kuat ok sotong tu!

 
Gigih Ash menggoreng walaupun menyorok-nyorok jugaklah di balik dapur.

Brotherly sangat Ash. 
Erm, ke Ash pun sedang lapar sotong goreng tepung? Hmm..

Alhamdulillah, dapat juga la sotong goreng tepung kat atas kapal!

Aktiviti anak muda atas bot 1

Aktiviti anak muda atas bot 2


Ok, sampai semula ke peradaban~
[Daus, Mirul, Kak Midah, Kak Risya, Shafik, Naja, Pak Umar, Awak-awak, Ash
Husna, Aku, Tokie - Bot 1]

Sampai jeti, berjalan ke masjid. Mandi, sarapan dan bergerak ke Kuala Terengganu.

Yang paling menang masih Pak Umar!

Dari Marang kami bergerak ke Pasar Payang dan Kg Losong. Last sekali singgah Zohor di Masjid Kristal dan bergerak pulang ke Selangor!



Hasil tangkapan yang dibahagikan sorang sikit kepada ahli bas

Sampai di Shah Alam sekitar jam 11 malam dengan masing-masing mendapat 7-8 ekor sotong seorang. Waiting for Candat 2.0 ~

Rombongan Gombak dan hasil tangkapan

Rombongan Shah Alam dan hasil tangkapan

Alhamdulillah, program berjalan lancar. Selamat pergi, dan selamat pulang! Walaupun sotong tak banyak mana. Tapi pengalaman tu~ priceless! 

p/s: Ntah bila lah gamaknya nak belajar renang. T.T wuwuwu.

Gambar kat Pasar Payang masa tengah tunggu bas sampai. 
Menyerolang gak eh warna merah!


:: Sebuah lagi projek GEMA Selangor Backpackerz! ::