Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

22 August 2014

Live long Learning

Orang kata belajar lah sehingga ke liang lahat. Maksudnya belajar lah sampai bila-bila.
Sebenarnya, bagi aku.. kehidupan itu sendiri satu sekolah terbesar. Kita belajar menjadi dewasa dengan mengambil pelajaran dari pengalaman.

Lepas habis degree, aku tak sambung master. Tak macam kawan-kawan aku lain yang some dah ada master. Masa aku habis degree dulu, aku ada tanyakan ini kepada diri sendiri
"kenapa aku kena sambung master? adakah sebab orang lain nak sambung, so aku pun nak?"
lepas aku tanya, aku rasa macam kalau betul aku sambung masa tu, memang sebab follow orang. just follow the trend. So, aku tak sambung.

2011, bila da 2 tahun kerja. Baru terbuka hati nak sambung. So aku apply, dapat Alhamdulillah! Tapi kekangan masa tu transport dan kewangan. huhu~ Jadi aku tak further. T.T sayang juga, tapi ..

Aku selalu lokek duit. Tapi takde gak menyimpan. !== Actually, aku fokus nak habis kan hutang.. (ayat penyedap rasa) hutang PTPTN masa degree kan.. kena la bayar balik.

PTPTN kan ado. kata iklan, tapi da pinjam jangan la lupa bayar. kan? tak gitu? So, aku harap by next year clear dah la hutang aku ngan encik PTPTN tu. Lama gak amik masa nak habis bayar.

Oh,

by the way.. berbalik kepada tajuk. Di sebabkan tak jadi sambung tadi, aku pun cuba lah google online courses kan. So I found several site. Mungkin korang pun bleh try.

1. Islamic Online University

Site ni offer diploma level study secara percuma. Kalau korang complete course, diorang leh shipping cert lagi. So, agak2 da bosan sangat hidup taktau nak buat mende, elok le tambah ilmu agama sikit. Umur pun makin lanjut dah kan. :P Aku rasa da subscribe since 2011. tapi satu kelas pun aku tak khatam lagi. kihkih.

2. Chinese Class 101 or Korean Class 101

Kelas ni berbayar, tapi kalau kau nak free word leh subscribe newsletter/ free trial diorang. Nanti diorang akan hantar kan a word a day. Kalau nak subscribe pun takde lah mahal mana aku rasa. Boleh lah nak belajar 4th language ke kan (1st - BM, 2nd - BI, 3rd - BA). Boleh jimat masa, wang dan tenaga. Tak yah nak bayar minyak gi kelas, sesusah cari parking kan. Online sajo!

3. Live Mocha

Aku pernah subscribe kelas ni dulu. Amik course chinese dan korea (Ada pelbagai bahasa lagi kat dalam kelas ni). Not bad lah actually, dia lebih kurang forum. Kumpulkan orang dari pelbagai pelusuk dunia, then share the language. Kira macam peer to peer experience la. Takdelah ko officially belajar dari cikgu. Kira macam kalau kita belajar chinese or tamil from office mate. Macam tu lah. help each other. Nice jugak. Cara belajar dia.. kau belajar, then dia akan ada test bertulis dan audio, sebelum boleh naik level. Nanti ujian audio kau, native speaker akan komen. Mungkin kau ckp laju sangat atau tone lari. so dia akan bagi komen. Aku join dulu free, sekarang nampak cam da berbayar.

So, inilah tiga online course yang aku pernah cuba. Maybe korang yang boring2 tak tau nak buat apa dengan hidup boleh cuba juga. Atau, bolehlah korang survey lagi site lain yang offer free class.

Cumanya, belajar online ni ada satu problem yang kalau kau dapat atasi memang kau akan excellent.

Wajib berdisplin!
Procrastination adalah musuh utama.

Dan aku kecundang bab tu. Semoga anda tidak! Selamat mencuba :)

No comments: