Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

04 August 2014

kerja. 8 Syawal

#throwback.7Syawal.

Awan sedang memeluk gunung saat kami berpeleseran pada perbukitan Lembah Beringin.
Ternyata angin lain benar hari ini. Selang beberapa meter, gerimis mula merenik kecil menyambut kepulanganku ke kota raya.

Kenderaan juga semakin bertali arus pulang ke bandar metropolitan, Kuala Lumpur.

Ah, nada rindu mula berlagu pada sekeping hati, kosong.
Kerana mungkin hati itu, sudah tertinggal di kg halaman.

T.T

p/s: arh, hari ni dah kerja, dan laptop lak buat hal.. T.T

1 comment:

Hajar B said...

ah, ini semua poyo!