Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

23 August 2014

Masjid

Seharusnya, waktu ni aku sedang menikmati angin desa yang wangi. Refreshing!

Ok, kelmarin.. aku singgah Maghrib di Masjid Tunku Kelana. Masjid boleh kira setanding masjid bulat lah masjid nih. Aku kira ia cantik, dan classy sesuai untuk PJ. Hehe. Dah lama tak pergi masjid ni. Ada beberapa kali je pergi masa Ramadhan somewhere in 2010.

Kalau datang time Ramadhan memang terbaik lah masjid ni. orang park kereta sampai naik kat bahu jalan tu. Kereta bukan calang2. Semua ala ala Storm tu.

Ok, btw aku cuba untuk mencari 'me time' kononnya.. ingat nak singgah depan masjid tu ada tasik. Sekali masa lalu tu macam xdek orang lak. Yang ada beberapa lelaki sedang lepak. Ok, terus serams. Belok masuk masjid. Sambil tunggu maghrib layan wassap grup. Apakah 'me time' disitu? Ahaha..

Masjid ni, selain cantik. Orang dalam dia pun owsem ngat kan?

Lepas maghrib, aku ingat nak wirid sekali la dengan jemaah masjid. Tetiba baru perasan, eh dah nak jam 8 dah. Terus salam makcik sebelah.

"Eh, nak balik dah?"
"Aah" senyum.
"Tak tunggu kejap ke? Ada kenduri kat bawah" tetiba aku ingat2 balik, aah tepi tempat wudhuk tadi ada kanvas terbentang. Boleh agak, sebab Khamis malam kan.
"Eh takpe lah makcik saya ada hal lain ni"
makcik akur, kami menyempurnakan salam.
aku beredar.

Dasar orang muda, selalu bajet tak cukup masa untuk beribadah di masjid. Kan? *sigh*
Terima kasih makcik, meskipun hanya sedikit sapaan, terasa bersaudara.

Sebarkan senyum, panjangkan salam.
Sesungguhnya Islam itu bersaudara.

2 comments:

ct cucubi said...

msa bln puasa ni td, on d way ke suatu tmpat, sggh solat maghrib kat masjid. ada 2 org je prmpuan. diaorg ajk berbuka sama. x dpt nk join sbb ada urusan. pastu diorg ajk berbuka sama2 d masjid stp hari. percuma. rsa serba slh pulak. tp mmg x dpt join sbb masjid tu jauh.

siti sarah aisyah said...

kan, makcik2 masjid ni biasa berhati bersih dan berjiwa syurga. Rasa mcm bersalah je klu tak penuhi pelawaan dia..

T.T