Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

26 August 2014

Minggu Lepas.

Post untuk bulan August je dah 21.
Paling banyak (post/month) dalam rekod adalah 24 iaitu Januari 2011.

Ok, untuk itu aku harap boleh beat rekod tersebut. He he. (Motif?)

Minggu lepas aku balik kampung. Bersempena dengan kenduri pakcik aku yang akan ke Mekah hari ni. Flight dia esok jam 3pagi. So, hari ni dah kena berkumpul di Tabung Haji Kelana Jaya. Tak sempat bersembang pun dengan pakcik atau makcik tersebut.

Nampak benor spirit ke kenduri dah melilau. Kenduri tu agak sedikit kelam kabut sebenarnya. Dan aku lak, lepak duk main dengan small cousin jer. heu heu. Budak budak zaman sekarang ni, umur kecik bercakap macam orang tua.

"Haziq, macam mana perasaan sebagai budak tingkatan 2?"
"Perasaan lebih tenang dan semakin fokus"

"Pada pandangan Haziq la, perasaan Aiman lak selaku budak tingkatan 3?"
"Sengsara"

Aiman abang Haziq, tahun ni nak amik exam PT3, samalah ngan adik aku Najiha tu. sebabkan itu, Aiman tak datang pun. Kena lah struggle kan. Nak exam.

Selain dari tentang kenduri, ialah tentang kebun. Sebenarnya, secara jujur.. tahun ni adalah selepas 16 tahun aku tak jejak kebun ni. Sebenarnya aku tak ingat last time aku masuk umur berapa. Tapi yang aku ingat, aku sekolah rendah. Masa tu masuk untuk kutip durian. Tapi kali ni aku masuk kutip dukong!

Pokok dukong ni halus ye kawan kawan. Lagi umur dia da agak lanjut, ada 20 tahun juga kut umur pokok ni. So, dahan dia begitu rapuh. Mula-mula aku tengok pokok tu, aku rasa macam boleh ni nak panjat. Sebab aku consider lah dikalangan 3 org yang ke kebun tu aku la paling ringan. Tapi, bila aku pijak je beberapa langkah. Macam menggeletar plak lutut. Huhu~ Itulah kejadian orang yang tak pernah memanjat pokok nak memanjat. Sudahnya kena gak la suruh pakcik yang lebih berperut memanjat.

:)

*ok xde idea. kbai.

No comments: