Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

28 December 2015

the future me

ok disember dan hari ke-28.

Hari ni adalah agak 'lemau'. Untuk 4 hari ni, saya namakan lemau as a middle name. (nama da memang banyak, masih nak tambah lagi kan :P)

Mana tak lemaunya, cuti seminggu kan last week. zzz.. pastu datang ofis, nadya dan SL pulak cuti. Lagi double triple lemau. (sejak bila aku kisah lak kan diorang ada ke dak. haha) Aku rasa ni pengaruh lama sangat bercuti. Sindrom ni sindrom.

(antara perkara yang bless dalam hidup adalah bertemu gadis gadis comel dan kelakar. Teringat dia pun rasa nak tergelak. #random)

Minggu lepas, balik Perak jer walaupun cuti sampai seminggu kan. Kat Perak layan adik beradik, mak abah dan andak's family. Hari Jumaat back to Kuala Selangor. Ada kenduri sempena anak cousin bersunat. Ok, keunikan family belah mak adalah, keluarga mereka kecil saja dan kurang complicated berbanding keluarga ayah. (boleh pulak cek2 sedara ayah tetiba bersedara ngan budak GB !==) Maka kitorang sesama cousin dah macam adik beradik je. Jadi, anak-anak cousin da rasa macam anak sedara sendiri.

Jumaat tu habis kenduri lepak dengan anak2 sepupu, sembang je la. Seronok betul diorang dengar aku bercerita, kadang habis modal jugaklah nak bercerita. Tapi tetap kena paksa gak cerita.

"Cik Sarah, cerita lah lagi"
"Takde citer da ekal, semua dah cerita"
"Ala, cerita hantu gunung pulak"

"Ko tak de ke cerita yang lagi berfaedah Sarah" - mak
aku sengih jer :P

Malam tu mak n ayah ekal balik manjung kemas rumah nak pindah. Tapi anak dia yang 2 orang ni kena tinggal, sorang je angkut. So, layan la diorang lagi, cerita lagi dan lagi. Akhirnya kitorg adik beradik tido dulu. haha.

Sabtu pagi mak dan adik-adik balik. So, another day with kids. Letih jugak melayan bebudak nih. Nasib baik diorang ni tak ligat sangat, dan lebih suka duduk dan mengopi sambil berbual lagak orang tua. haha.


Ahad kelas and the rest is history.


Maka itu lah serba sedikit update tentang kehidupan saya yang semakin hambar. Ahaha. Oh ya, btw pernah ke aku kabarkan tentang satu website ni yang agak menarik.. ia dinamakan write a letter to your future self. Aku nak share sekali lagi lah kan, sebab tetiba hari ni aku teringat lagi website tu.

(https://www.futureme.org/ : Write a letter to your future self)

Al kisahnya aku jumpa this site somewhere in 2011, then aku tulis sepucuk surat (baca:emel) dan set kan tarikh untuk dihantar adalah bersamaan tahun hadapannya. Pastu aku pun dah lupa, tak alih2 aku dapat emel ni on 2012 aku terkejut balik dan berasa kelakar dan berasa, ahh rindunya aku yang dulu. Maybe u all can have a try? :) Seronok gak kadang-kadang. haha.

Ok, till then. Soon nak type konklusi untuk 2015.

Sedihlak rasa nak meninggalkan 2015,
apatah lagi nak melangkah ke 2016.

be strong, and keep paddle!

PJS,
3 hours to go
>.<

No comments: