Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

22 December 2015

Tulisan Santai dari Desa nan Permai

Ketika aku menulis, aku berada di kampung halaman nan permai. Ada cuti tahun berbaki beberapa hari. Maka aku gunakan sedikit untuk bersantai dan tempoh bertenang di sini, Kg Gajah. Sebuah desa nan permai. Lebihan baki lagi tu, takpe kita simpan dulu untuk tahun depan.

Cuti seminggu rasa macam cuti semester jugaklah rasanya. Mengemas baju, mengemas rumah. Macam zaman student dulu bila nak tinggal hostel untuk cuti panjang. Ahaha, time belajar dulu mampulah cuti sampai sebulan kan. Dah kerja, dapat cuti seminggu tu pun dah besar nikmat. Mihmih.

Sekejap je, 2015 dah nak berakhir.

Aku beranggapan untuk membuat suatu post untuk menutup tirai 2015. Tapi kalau aku tulis post tu sekarang, nampak sangat macam aku dah malas nak menulis lagi untuk 31 disember nanti kan. hehe.

Cuma, aku tulis-tulis sikit lah kan perasaan-perasaan yang taktau la bercampur rasa lately. Perasaan orang dewasa. Ha, cenggitu.

Haritu, aku keluar dengan Fauhan dan Kak Ct, lebih tepat untuk ditulis adalah pada hari Sabtu kelmarin. Alkisahnya, Fauhan dah bagitau sejak minggu lepas, nak ajak aku pergi tengok laptop baru. Dia nak belikan untuk keluarga di kampung. Tapi alkisah juga aku yang pelupa (dan sering bajet paling sibuk sedunia) ni, maka hari Sabtu pagi tu baru aku teringat. So, keluarlah kami bertiga ke Digital Mall mendapatkan laptop untuk Fauhan.

Ceritanya bukan tentang Laptop, mahupun tentang Fauhan. Tapi sebuah tazkirah yang di kongsi Fauhan kepada kami. Ia, menginsafkan.

Diceritakan ada suatu kisah, seorang anak mengadu kepada seorang ustaz nih, kisah bapa dia, umur dah 60-70 series. Sejak akhir-akhir ni bapa dia dah tak nak sembahyang lagi. Dia pun rungsing apa lah yang dah jadi kepada bapa. Katanya kejadian tu berlaku selepas bapanya pencen. Maka ustaz pun cuba bertanya, apa pekerjaan bapa nih. Manalah tau ada memainkan peranan kepada solatnya. Pada mulanya si anak taknak beritahu kerana malu, tapi lama kelamaan, dia mengalah. Dan memberitahu, bapanya dulu adalah seorang imam. Setiap solat dia mengetuai jemaah untuk solat. Namun setelah pencen, dia merasakan sudah penat untuk solat. Jadi dia berhenti solat. Seolah olah solat menjadi pekerjaan, yang boleh pencen bersama sama kita pencen. Nauzubillahiminzalik.

Cerita Fauhan menyentap tangkai perasaan. Allahurobbi. Rasa sesak dada memikirkan cerita ini. Tiadalah niat untuk menghurai panjang tentang cerita ini, sekadar menjadi sebuah muhasabah untuk kita semua InsyaAllah.

Moga kita sama-sama senantiasa memperbaharui niat, dan terus berdoa dan berdoa dan berdoa. Semoga kita terus bersama iman dan Islam ini sehingga ke hujung nafas. Semoga kita tidak diberi rasa malas dan putus asa di sepanjang perjalanan kita diatas dunia ini.

Allahuakbar.

ok, sampai sini dulu. InsyaAllah jumpa lagi soon :p
till then, jaga hati jaga iman.
=.=

No comments: