Quotes..
Sedikit Renungan
30 December 2008
Karnival Kebudayaan Belia dan Komuniti
22 December 2008
Memandang dengan hati
***
petang tadi..ketika dalam perjalanan pulang dari fakulti sains..aku ternampak sepasang manusia buta dalam perjalanan melintas jalan..[lately aku slalu nmpk org buta.ade pape petandakah??] Tersentuh aku lihat mereka..mereka xnampak..tapi mereka berdikari..tanpa bantuan sesiapa mereka mampu melintas..betullah..org buta melihat dgn hati..
Aku ralit melihat..sorg pakcik itu meluru ditgh trafik yang agak menyesakkan[biasa..time org balik kija]bg yg prihatin terus shj berhenti..tp tidak bg yg ala kadar melihat dunia..
Bunyi lampu isyarat pejalan kaki bernyala hijau menghasilkan bunyi yang membingitkan..pakcik yg steady melintas terhentii langkahnya..mungkin terkejut..aku yg td nye leka memerhati juga terkejut melihat pakcik tu terkejut..
'pakcik jgn berenti tgh jln..bahaya!'getus hati kecilku..
perasaan berperang di benak dan akhirnya fitrah mengungguli pertempuran..aku melangkah ketengah trafik dan menarik tongkat pakcik tersebut..
"pak cik nak pergi mana?"
"nak ke stesyen bas"
"boleh pergi sendiri ke ni?"
"boleh2..saya boleh pergi sendiri"
apa kejadah punya manusia aku ni..lepas pakcik tu ckp cmtu,aku pon trus blah..pakcik tu pun terkontang-kanting mengetuk-ngetuk lantai bumi..
if any bad thing happen to him at that momment..bet i would blame myself for that..aduhai..
***
after all..do i really need to give up..
21 December 2008
Hassan dan Amir..
I dream that god will guide us to a better day..
I dream that my son will grow up to be a good person,
A free person
An important person
I dream a flower will bloom in the street of Kabul again,
And music will play in the samovar houses,
And kites will fly in the skies
And I dream that someday you will return to Kabul
To revisit the land of our childhood
If you do, you’ll find an old faithful friend waiting for you
May god be with you always
::Hassan::
19 December 2008
::no spesific title::
"A woman is particularly vulnerable to the negative and incorrect belief that she doesnt deserved to be loved. If as a child she witnessed abuse or was directly abuse, then she is even more vulnerable to feeling unworthy of love; it is harder for her to determine her worth. Hidden in unconscious, this feeling of unworthiness generates the fear of needing others. A part of imagine that she will not be supported"
perenggan ni telah di ambil dari 'Men are from mars, women are from venus'
Am i that abbused child??whoaha..
17 December 2008
mencari damai diri
Melangkah sejauh 11th ke fakulti Sains Universiti Malaya..
Setelah di duga dengan pengalaman eksiden..
Dan dihadiahi kenangan manisnya berjaulah bersama akhwat UiTM,
Terpanggil untuk meneruskan semula kerja2 projek yang belum pun merangkak ke angka 5% progress..
Besar harapannya untuk habiskan membaca 2 demo Matlab 5.3 pagi hari ni.. dan 1 jurnal. Sekurang-kurangnya ada progress dalam bekerja..
Namun tindakan meng’online’
Apakah aku blum cukup IKHLAS untuk beramal?
Menangani serabut yang makin menebal dan mengganggu minda, yahoomail ku tutup..dan ym terbiar dlm mode ‘offline’
Ya Allah!Bantu aku untuk focus,mencari masa bersendiri dan mencari semula jati diri yang makin kambus di tengah lekanya melayan duniawi..
UMKL
1.17pm
14 December 2008
hari yang panjang
dari UMKL tersayang..menuju ke AU2 Keramat, Walimah kak Manihah..sahabat di UIA Gombak..
pulang ke UMKL.. berehat menunggu Asar...
jam 4++ pm bergerak pula menuju ke Shah Alam..
dengan niat untuk men'clear'kan sedikit cerita yang masih belum jernih mengenai subprogram karnival..
Destinasi pertama, masjid negeri untuk solat Asar..
tak pernah terfikir hikmah Allah itu bagaimana Dia pertontonkan..
WLK 9744 mengalami pelanggaran kecil namun memberi kesan yg besar pada paras kancil tersebut.Satu kejadian punya jutaan hikmah..InsyaAllah..
Sehingga saat ini.. jam 12.02 am masih lagi menatap laptop pinjaman dari akhwat UiTM di UiTM Shah Alam..
Bermalam di Rumah Akhwat UiTM..
InsyaAllah, pertolongan yang sahabat hulurkan ini punya ganjaran di mata tuhan..
Untuk sahabat yang sepatutnya bermesyuarat bersama..jutaan kemaafan di pohonkan, lantaran komitmen terbantut kerna mengisahkan hal kancil..
UiTM Shah Alam
12.05am
08 December 2008
Bersihkan hati..bangunlah insan
02 December 2008
Perjalanan pulang
Huh! Perjalanan yang sungguh panjang KL-Teluk Intan. Sampai di Teluk Intan menunggu ayah di stesen bas.. Almaklumlah duduk di Kg Gajah mana lah ada bas ekspress terus dari KL. Sesampainya ayah, terlihatlah muka Amin di seat depan.
”Ok kita sembahyang dulu” kata ayah.
”Lepas sembahyang kita pegi bank, beli simen kemudian kita pegi makan” sambung ayah lagi.
-makan..humm..best ni perut pon sudah lapar..
Lepas makan kami bertiga pun pergi ke bank, selepas itu membeli simen bewarna untuk kolam ikan ayah yang masih dalam fasa pembinaan.
”Ok sekarang kita nak makan kat mana?City Mewah ok?”
-wah city mewah, mesti mewah ni..hehe
“OK ayah, setuju!”tanpa aku berpikir panjang,terus aje stuju..
”Ke nak makan kat sutera bayu?”
”Makan kat city mewah lah ayah..sutera bayu da pernah makan” – dalam hati berkobar-kobar nak gi city mewah, dah membayangkan restoran mewah ala-ala hotel..wakaka!
Sebelum sampai kat City Mewah, ayah singgah di kedai aksesori kolam. Orang jual ikan dan akuarium pun ade kat sebelah kedai tu.Beli lah 2 ekor ikan kap.
”Ha ini lah City Mewah” kata ayah sebaik sahaja kereta memasuki perkarangan kawasan rumah kedai di satu sudut kawasan agak terpencil di Teluk Intan. (sebelah aje dari kedai aksesori kolam tu)
~ Aduhai tertipu rupanya aku dengan tajuk kedai..city mewah..Dah dekat 21 tahun aku dok ngan ayah..macam mana aku leh terlupa perangai ayah yang satu tu..ayah memang suka cakap hebat2 hakikatnya tempat tu biasa aja. Aduhai!
Tapi walaupun gerai ala2 rumah setinggan..makanan2 nya walah!superb seyh!!
Hehe..(bukan sebab aku nak cover keseganan ku salah sangka terhadap city mewah. Hakikatnya memang sedap)
Balik rumah, after lepak2 sat..bangkit semula kearah hadapan rumah untuk membersihkan akuarium yang dah tak nampak macam akuarium. (kaler air yg dulu hijau da keperangan..hua3) Ikutkan hati rasa macam nak terus landing je atas sofa empuk kat ruang tamu tu.. tapi mengenangkan nasib ikan kap yang da hampir nyawa2 ikan kat dalam plastik jernih tu..gagahkan jugak le..dengan bantuan amin,naim dan jiha..kami pun mengorak langkah membersihkan akuarium..dengan hempas pulas akhirnya segalanya setel dalam jam hampir ke 5.30 petang.
Masuk kedalam rumah, terdengar pula perbincangan mak ngan ayah bila mau amik fikri. Hoho, kejap cakap nak amik malam..kejap nak amik esokan hari..akhirnye setelah berlaku sebutir dua perbalahan maka kata sepakat menentukan untuk mengambil fikri jam 6 petang. Wah ~ berjalan lagi.. saya suka!!Hehe..