Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

02 December 2008

Perjalanan pulang

Huh! Perjalanan yang sungguh panjang KL-Teluk Intan. Sampai di Teluk Intan menunggu ayah di stesen bas.. Almaklumlah duduk di Kg Gajah mana lah ada bas ekspress terus dari KL. Sesampainya ayah, terlihatlah muka Amin di seat depan.

”Ok kita sembahyang dulu” kata ayah.

”Lepas sembahyang kita pegi bank, beli simen kemudian kita pegi makan” sambung ayah lagi.

-makan..humm..best ni perut pon sudah lapar..

Lepas makan kami bertiga pun pergi ke bank, selepas itu membeli simen bewarna untuk kolam ikan ayah yang masih dalam fasa pembinaan.

”Ok sekarang kita nak makan kat mana?City Mewah ok?”

-wah city mewah, mesti mewah ni..hehe

“OK ayah, setuju!”tanpa aku berpikir panjang,terus aje stuju..

”Ke nak makan kat sutera bayu?”

”Makan kat city mewah lah ayah..sutera bayu da pernah makan” – dalam hati berkobar-kobar nak gi city mewah, dah membayangkan restoran mewah ala-ala hotel..wakaka!

Sebelum sampai kat City Mewah, ayah singgah di kedai aksesori kolam. Orang jual ikan dan akuarium pun ade kat sebelah kedai tu.Beli lah 2 ekor ikan kap.

”Ha ini lah City Mewah” kata ayah sebaik sahaja kereta memasuki perkarangan kawasan rumah kedai di satu sudut kawasan agak terpencil di Teluk Intan. (sebelah aje dari kedai aksesori kolam tu)

~ Aduhai tertipu rupanya aku dengan tajuk kedai..city mewah..Dah dekat 21 tahun aku dok ngan ayah..macam mana aku leh terlupa perangai ayah yang satu tu..ayah memang suka cakap hebat2 hakikatnya tempat tu biasa aja. Aduhai!

Tapi walaupun gerai ala2 rumah setinggan..makanan2 nya walah!superb seyh!!

Hehe..(bukan sebab aku nak cover keseganan ku salah sangka terhadap city mewah. Hakikatnya memang sedap)

Balik rumah, after lepak2 sat..bangkit semula kearah hadapan rumah untuk membersihkan akuarium yang dah tak nampak macam akuarium. (kaler air yg dulu hijau da keperangan..hua3) Ikutkan hati rasa macam nak terus landing je atas sofa empuk kat ruang tamu tu.. tapi mengenangkan nasib ikan kap yang da hampir nyawa2 ikan kat dalam plastik jernih tu..gagahkan jugak le..dengan bantuan amin,naim dan jiha..kami pun mengorak langkah membersihkan akuarium..dengan hempas pulas akhirnya segalanya setel dalam jam hampir ke 5.30 petang.

Masuk kedalam rumah, terdengar pula perbincangan mak ngan ayah bila mau amik fikri. Hoho, kejap cakap nak amik malam..kejap nak amik esokan hari..akhirnye setelah berlaku sebutir dua perbalahan maka kata sepakat menentukan untuk mengambil fikri jam 6 petang. Wah ~ berjalan lagi.. saya suka!!Hehe..

No comments: