Adakah aku dah letih skrg untuk memulakan semula kehidupan?Mungkin aku letih..sbb aku terasa sendirian..dah tak ada lagi teman2 yang ke depan bersama..bekerja bersama..mungkin..mungkin aku yg merasakan aku sendirian..hakikatnya Allah kan ada..
Semester enam baru sahaja bermula..semester terakhir yang telah aku jangka pasti paling rumit dalam kehidupan aku menjadi student lagi..bekejar ke kelas..melayani thesis..bergegas ke maju junction menghantar borang ‘cuba nasib’ untuk latihan industri..pulang ke UM mendapatkn Karisma..ke kolej mndptkan Balai Islam..ya!! kemudian assignment..ya assignment..
Baru sahaja tadi aku berazam untuk menerima tarbiyah Allah yg ini dengan cara terbaik..semoga kesibukan ini mengajar aku menyusun waktu sebaiknya..Tapi, pulang ke kolej sahaja aku terasa mahu berubah fikiran..
“Akak kalau kita duduk kat sesuatu platfom tapi tak memberi apa2 faedah pada tarbiyah kita..aktivisma kita..baik lepaskan..itu tandanya syura kita untuk memasuki platfom berdaftar demi mendapatkn mad’u tak berjaya..”masih terbayang2 lagi kata2 itu..teguran itu ada benarnya..apa yang dah aku dapat disini?Siapa yang aku berjaya ‘tarik’ disini?..
Perbualan dengan kak As mencetus kembali persepsi berbeza dalam ‘bergerak’..There is no time to turning back..LIFE is short..so MOVE faster..
Ya Allah..yg Maha Tahu segala sesuatu..Aku redha dengan apa yg Engkau beri ini..moga segalanya yang terbaik untuk ku..Engkaulah yg mampu membantu aku menghadap segalanya..
No comments:
Post a Comment